Saturday, December 31, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Kat Melawati, ada satu gerai yang jual nasi ayam terbaik. Memang terbaik. Setakat ni tak pernah lagi rasa yang lebih terbaik dari gerai tu. Setiap masa, lagi-lagi waktu lunch hour, memang berduyun-duyun orang beratur untuk bungkus saja. Tu baru bungkus pun dah berduyun-duyun orang beratur. Yang makan kat situ? Perh. Hampir semua yang duduk kat meja-meja makan di kawasan food court tu mesti ada nasi ayam dari kedai  sedap tu. Hairan, tak jauh dari gerai nasi ayam yang sedap tu, ada lagi gerai nasi ayam jugak tapi tak sesedap yang terbaik. Jadi pelanggan yang datang pun boleh kira dengan jari je.

     Entah ada sekali tu aku nak pergi menikmati nasi ayam sedap tu. Tau-tau bila sampai je gerai tutup. Ma dza bin naar?? Kecewa. Serius kecewa. Nak makan nasi campur memang tak ada mood langsung. Yang peliknya, gerai nasi ayam yang tak berapa nak sedap tu bukak pulak, dan ramai pulak tu yang beratur. Perh! Memang 'golden opportunity' sungguh. Kempunan nak nasi ayam punya pasal, aku pun pergi la kedai yang nasi ayam yang satu lagi tu. Sedap tak sedap lain cerita.

      Sampai-sampai je terus masuk beratur. Panjang. Pastu aku memerhati gerak-geri brader kat gerai tu. Ish kesian. 2 orang je yang keje. Hari ni tiba-tiba customer ramai memang kelam kabut la diorang. Cedok nasi, potong ayam, amik order, angkat pinggan mangkuk lagi, banyak gile keje. Tanpa aku sedar, dah lama beratur tapi tak gerak-gerak jugak. Rupe-rupenye ni que  untuk bungkus je. Patut la lama. Aku pun terus ke depan. Bingung gak sebenarnya nak order kat siapa dan macam mana.

       Sampai kat depan, terus tanya brader yang tengah potong ayam.


"Bang saya nak nasi ayam satu. Saya dok kat meja sana".


      Tapi brader tu buat bodo je. Mungkin sebab telinga aku kurang deria pendengaran sehinggakan aku tak sedar yang aku cakap perlahan sampai brader tu tak dengar. Chill dulu. Brader tu dengar kot tapi busy sangat. Lepak lu..

     Kurang 30 saat, aku perhatikan memang brader tu tak dengar apa yang aku cakap tadi. Kemudian aku tambah magnitud suara,


"Bang! Saya nak nasi ayam satu. Saya duduk kat meja sana tau."


     Tanpa melihat wajah aku dan gigih meneruskan kerjanya memotong ayam, brader tu dengan magnitud suara yang tinggi juga menjawab soalan,


"Tunggu kejap ye! Saya tengah buat kerja lain ni. Duduk dulu."


     Ok ok. Aku paham. Sinonim dengan ayat "Shut up and get lost!". Hahaha. Aku pun duduk balik kat meja sambil memerhatikan adik dengan kakak dah separuh nasi dah nak habis. Harapannya, nanti akan ada orang letak nasi ayam kat atas meja aku dalam sedikit masa lagi. Amin...

..
....
......
.......
................................................


     Ok. Adik beradik aku dah habis makan dah. Aku je belum lagi makan. Ternyata nasi ayam yang aku harapkan tak muncul jua. Aku sedih dan kecewa, maka aku pun dengan berat hati cedok nasi putih amik ikan goreng dan ulam sebagai menu makan tengahari. Dan nyata jugalah, sampai aku dah habis makan pun masih tak muncul lagi nasi ayam. Hampeh. Bayar-bayar, terus blah.

     Gerai nasi ayam sedap tutup, so sepatutnya menjadi 'golden opportunity' bagi gerai nasi ayam satu lagi tu. First time banyak gila customer. Namun, kekuatan yang tidak mencukupi, maka kelam-kabutlah pekerja-pekerja gerai tu tidak bersedia dan menjadi muncung lah mulut mereka sepanjang masa. Jelas jugalah di mata ini, bahawa mengapa kadang-kadang doa kita tak dimakbulkan oleh Allah (atau dilambatkan).

      Ingat kisah Qarun?



 إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ
Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat.
[Al-Qasas (28): 76]




     Nak sangat kekayaan atau, tergesa-gesa nak doa dimakbulkan, maka Allah beri. Tapi tengoklah, selepas dimakbulkan doa Qarun jadi angkuh gila. Atau dengan bahasa lain, hakikatnya Qarun tak bersedia untuk menerima golden opportunity. Akhirnya, 'kelam-kabutlah' Qarun kerana tak dapat menyelamatkan dirinya dari adzab Allah. Na'udzubillaahi min zaalik.

     Kepada kita, bukan Allah tak nak memakbulkan doa kita atau lambat makbul doa. Kalau doa dimakbulkan dan hakikatnya kita tak bersedia untuk menerima golden opportunity tu, siapa yang susah? KAU JUGAK YANG SUSAH !

     Ingat, minta doa kepada Allah tidak sama seperti cara kita suruh kuli buat kerja. Sambungan kepada ayat kisah Qarun kat atas,



وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ
Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat,
[Al-Qasas (28): 77]



      Wab taghi fiima aataakallaah, ad-daarul aakhirah .

     Mungkin kita buta, sehinggakan kita tak sedar berapa banyak anugerah Allah dah beri. Bersyukurlah dengan apa yang ada, harapannya syukur kita itu bisa menjadi saham untuk kebahagiaan negeri akhirat. Amin...

      Oh apa kena mengena dengan tahun baru 2012? Tengoklah setiap tahun kita punya azam atau wish . Kalau yang basic pun tak setel lagi, macam mana nak dapat yang complex?


Selamat tahun baru.



Wab taghi fiima aatakallah, ad-daarul aakhirah
 .



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 10:26 PM
Categories:

0 comments  

Wednesday, December 28, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim





     Asalnya berdebat itu salah satu medium untuk mencari kebenaran, membandingkan 2 perkara, blablabla. Tapi, realiti berdebat sekarang, lagi-lagi kat facebook atau youtube, sama macam gambar di atas. Hodoh sangat.


Tidaklah sebuah kaum menjadi sesat setelah mereka dulunya berada di atas hidaya kecuali yang suka berdebat, kemudian beliau membaca (ayat) "Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja ".
[Hadith riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi]



Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.
[Hadith riwayat Abu Daud]



    Ingat, kalau kita selalu berteori tentang Al-Quran, lama-lama kita sendiri akan perasan bahawa Quran adalah sesuatu yang tak praktikal, kerana kesalahan kita sendiri tidak mau berpraktik. Amalkan. Praktikkan. Islam itu indah bila diamalkan / dipraktikkan (Syed Qutb). Kita adalah kaum yang beramal, bukannya bertengkar.



Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak di atas bumi kamu - Hasan Al-Banna


Wahai Ikhwan! Sebenarnya saya ingin senantiasa beramal dengan tidak banyak bercerita. Kepada amal saja kami wakilkan pembahasan tentang Ikhwan dan langkah-langkahnya - Hasan Al-Banna





الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
[Yaasin (36): 65]




Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 12:42 PM
Categories:

2 comments  

Monday, December 26, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Sejak 2 hari balik rumah ni, kakak aku je tolong masak untuk aku dan adik aku. Mak bapak aku balik Kedah lawat datuk aku sakit. Wow. Kakak aku masak sorang-sorang je. Aku tak terdaya nak menolong apa-apa sebab aku memang tak reti memasak. Setakat masak nugget, hotdog, sardin, telur dadar tu boleh la. Aku nak belajar memasak sesuatu yang kompleks, yang ada potong-potong sayur ke, tambah herba apa2 ke, tambah gula garam etc. ke. Huh. Benarlah kata Syed Qutb,



"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil.
Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar."



     Lelaki dayus. Pondan. Lambakan daging yang berserakan atas bumi. Hidup menyusahkan orang. Pelaburan yang sia-sia. Mulai sekarang, aku kena hidup untuk memikiran tentang hidup orang lain. Erti hidup pada memberi.

     Apa-apapun, serius weh aku nak belajar memasak. Ada tak apa-apa website atau buku yang nak direkemen? Atau tips / nasihat / 'cooking for dummies'?



Semoga Allah membalas jasa baik kamu dengan kebaikan. Amin...



fakta di sekeliling masyarakat aku: Lelaki-lelaki yang pandai masak biasanya gemuk-gemuk belaka (tengok masterchef), yang tak pandai masak biasanya kuruih kering macam aku. Kebetulan dengan apa yang dikatakan oleh Syed Qutb?? LOL!! Wallaahu'alam bis sowab :p

Posted by Posted by zabed at 9:10 PM
Categories:

8 comments  

Saturday, December 24, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Hari ni kawan aku kahwin, jadi aku pun ingat nak pakai smart-smart sikit. Hakikatnya, aku seorang yang tak biasa pakai baju smart seperti casual, kemeja, etc. Maka kerja mencari baju kemeja adalah sangat lama dan akhirnya aku terjumpa satu. Ye satu je baju kemeja aku sejak tingkatan empat. Last sekali aku pakai time hari pertama praktikal tahun ni. Woaaah tibe-tibe aku teringat peristiwa hari pertama di ofis.

     Hari pertama ke ofis yang letaknya 20++ km dari rumah aku buat aku betul-betul kecuakan yang teramat. Masuk pukul 9 tapi 8.30 masih lagi stuck dalam traffic jam. Pastu, dah la terlepas simpang pulak tu, nak kena u-turn dengan keadaan jam yang masih teruk. Ya Allah. Nak cari parking, pulak dahhh. Jauh gila nak kena jalan ke bangunan ofis.

     8.50 aku berjaya park kemudian perlu berjalan sejauh 1.4km ke ofis (ihsan Google Maps). Kerana nak bina first impression  , aku berlari-lari menuju ke ofis dengan membawa beg yang diisi dengan laptop berat. Ya Allah. Hanya Tuhan saja yang tau betapa perlunya aku untuk sampai ke ofis tepat pada masanya. Tak kisahlah berpeluh-peluh pun. Kadang sehinggakan aku terpaksa berlari merentas jalan walaupun traffic light warna merah. Pastu kantoi dengan polis. Pulakkkkk. Polis tu bukak siren dan lampu biru tu. Aku pun lagi la bertambah laju berlari. Haha. Alhamdulillah, keadaan waktu tu tengah jam teruk, maka polis tu nak buat u-turn nak kejar aku pun tak boleh. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.


     Dan akhirnya tibalah aku di bangunan, dan berhenti berlari bila masuk lif. Dapat jugak menghirup udara. Berpeluh tak hengat la time tu. Aku tak kisah. Janji dapat bina first impression. Sampai-sampai, tengah taklimat untuk budak2 praktikal dan staff baru. Alhamdulillah, walaupun lambat sikit tapi sempat jugak. Orang HR pun tak marah aku, siap kesian lagi sebab aku terlari-lari. Hahaha alhamdulillah, all credit goes to Allah.


     Semangat betul aku cerita pasal 'berlari'. Dulu kecik-kecik berlari sebab kena kejar dengan anjing, sekarang berlari sebab nak kejar waktu on time di ofis. Sifat 'berlari' ni boleh jadi simbolik kepada perasaan terdesak kepada sesuatu. Nakkkkk sangatttt. Sangat terdesakk. Dalam Quran, Allah ada sebut bahawa ada 'satu perkara ni' yang seharusnya perasaan terdesak-nak-sangat-tu perlu disalurkan.



وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ  
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu

 وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ  
dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa,

[Al-i-Imran (3): 133]








     *Saari'u  juga boleh diterjemahkan kepada perkataan 'berlari-lari'. Wallaahu'alam. Correct me if I'm wrong.


     Maghfiratullah . Keampunan (dari) Allah. Berlari-lari ke arah keampunan dari Allah. Perasaan 'berlari-lari' kepada keampunan Allah pernah dizahirkan oleh ideal man sepanjang zaman, Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam.



Adalah Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam apabila keluar dari tandas, baginda membaca "Ghufraanaka" (Aku memohon keampunanMu).
[Diriwayatkan oleh Ahmad]



     Menurut Imam Al-Baghawi, tindakan Rasulullah memohon keampunan (Ghufraanaka) adalah kerana semasa membuang air tidak dibenarkan menyebut nama Allah. Jadi baginda melihat telah berlaku kekurangan (lupa kepada Allah) semasa buang air lalu baginda memohon keampunan kepada Allah dengan kalimah tersebut apabila keluar dari tandas.

     Hadith ni seolah-olah menggambarkan perasaan Rasulullah yang sedang 'terdesak' kerana kesalahannya (dia yang rasa), lalu perasaan terdesak ini disalurkan kepada 'berlari-lari' memohon keampunan dari Allah. Cepat-cepat istighfar selepas keluar tandas. Subhaanallah.

      Allah yang Menyambut si pendosa dengan taubatnya, tapi tak semua taubat diterimaNya. Firaun ketika hampir ditenggelamkan, dia sempat bertaubat namun Allah menolak taubatnya. Kerana itu, renungkanlah perkataan saari'u  sedalam mungkin dan reflect kepada diri sendiri.

     Keampunan dari Allah mungkin berlaku dalam hidup kita hanya sekali seumur hidup ataupun tak banyak. Tapi cara hidup kita hari ini seolah-olah dah confirm masuk syurga. Sebab itu, digariskan perkataan 'berlari' agar perasaan kita ini betul-betul terdesak untuk merebut keampunan dari Allah. Hakikatnya, kalau tengok diri sendiri dan amal yang telah dibuat sepanjang hidup, roh kita tercungap-cungap nak keampunan dari Allah, tapi kita tak terdesak langsung untuk berlari mendapatkannya.



Allah berfirman,
"Kalau dia (hambaKu) datang mendekatkan dirinya kepadaKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku datang mendapatkannya dengan jarak sehasta.
Kalau dia datang sehasta, Aku datang kepadanya sedepa.
Kalau hambaKu datang mendapatkan Aku dengan cara berjalan kaki, nescaya Aku datang mendapatkan dia sambil berlari-lari kecil."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]


     Ya. Pastinya post ini ditulis 100% untuk aku sorang saja sebagai peringatan untuk diri ini yang berlengah-lengah memohon agar Allah sudi melihat diri yang kerdil tapi gemuk dengan dosa ini. Ambillah mana-mana yang baik kerana itu datang dari Allah, dan buruk itu berpunca dari kesalahan penulis.

Wallaahu'alam bis sowabb...




p/s: last-last aku pakai t-shirt round neck je ke kenduri kahwin sebab tak selesa pakai baju kemeja. Haha

Posted by Posted by zabed at 10:14 PM
Categories:

0 comments  

Thursday, December 22, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Sewaktu aku sedang menulis ni, aku baru lepas tengok movie Sherlock Holmes. Ada satu mentaliti yang sama bila menggambarkan perkahwinan,




     Haha. Bukannya aku nak cakap pasal isu perkahwinan kat sini. Cuma saja nak share sesuatu yang bermain dalam kepala otak aku.


     Kat Barat (kat Malaysia pun sama kot), kalau kahwin dianggap GAME OVER. Sebab dah ada isteri, so dah tak boleh berfoya-foya dah. Pastu nak kena sara hidup isteri lagi. Kalau dah beranak, anak pulak yang nak kena tanggung. Nak beli rumah untuk family lagi. Berapa tahun punya hutang baru habis bayar. Duit lebihan dari gaji untuk isteri dan anak-anak beli barang kesukaan diorang, bukan barang kau! No more playing time la macha.

     Bagi yang memilih untuk hidup bujang pulak, diorang ada 'life'. Bebas. Duit makan minum sentiasa cukup. Duit lebihan tu digunakan untuk enjoy, travel banyak tempat, cari perempuan, etc. Kan best hidup camtu? Segala benda yang kau ada untuk kau sorang, bukan untuk orang lain (untuk ditanggung).

     Enjoy tak enjoy, lambat laun diorang akan sedar jugak nanti. Diorang akan hidup berseorangan, lonely. Sekejap je nikmat 'enjoy' tu. Kesenangan yang menipu. Bila kau susah, siapa nak tolong kau? Mati pun sorang-sorang, sapa kisah bila kau mati nanti?


     So, ini antara hujah bagi mereka yang dah berkahwin. Kononnya diorang dah bosan hidup dalam keadaan 'kesenangan yang menipu'. Maka bertukarlah haluan mereka ke arah 'kesenangan yang hakiki', iaitu kahwin. Tapi tempoh selama sejak kau kahwin sampai mati tu sekejap ke? Ingat 2 3 tahun je? Kalau Allah kehendaki, kadang boleh tahan lama sampai 2 kali ganda umur ko sekarang. Hidup 20 tahun ditanggung oleh orang lain pun dah banyak masalah, ni nak hidup 40 tahun menanggung hidup orang lain?? Ingat, segala harta yang ada bukan milik kau lagi dah, tapi milik diorang bawah tanggungan ko.

     So much for a happy ending huh? Nak 'kesenangan yang hakiki', tapi satu sen yang kau bersusah payah tu langsung tak dapat dirasa? Ptuiiih. Didik anak sejak kecik sampai masuk universiti hebat-hebat pastu dapat degree mantap untuk kerja gaji sampai 6 angka. Time tu kita dah pencen dah kot, sedang bercuti menikmati 'happy ending'. Kononnya duit sentiasa flow, anak-anak akan sentiasa bagi duit kat kita.

     Tu semua cita-cita kita bila dah kahwin untuk sedapkan hati sebab dah berkorban banyak duit untuk future asset  kita a.k.a. anak-anak. Cuba tengok realiti masyarakat sekarang. Berapa ramai yang dah melupakan ibu bapa sendiri? Sampai hantar ke pusat jagaan? Itu zaman sekarang, lagi 40 tahun akan datang, masyarakat kita akan jadi lebih baik kah? Tak payah tengok masyarakat, kita sendiri dengan mak bapak kita macam mana?

     Asalnya anak itu adalah asset untuk happy ending kita, lama kelamaan ia bertukar menjadi parasit, menyusahkan dan menentang kita. So, jadi bujang pun susah, kahwin pun sama. Lebih baik bunuh diri sekarang, habis semua masalah sekarang dan akan datang. Senang?

     Dalam Al-Quran, surah An-Naba' ayat terakhir ada dikisahkan bahawa kelak di akhirat, orang kafir sangat berharap bahawa mereka di dunia dahulu tidak mempunyai apa-apa langsung, baik berupa future asset  (anak-anak) ataupun happy ending yang diorang harapkan tu (kehidupan selepas pencen, etc.)



إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا

Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
[An-Naba' (78): 40]



     Ironi kan? Sejak dari kecil sampai sekarang dan akan datang, semuanya perancangan untuk generate duit. Anak pun boleh dijadikan sebagai future asset. Pada hari 'itu', kita akan melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangan kita, dan kesemua usaha kita hanyalah untuk karier cemerlang, harta, duit, hidup yang senang, etc.

     Cuba tengok datuk-datuk dan nenek-nenek kita yang telah pergi. Ok. Pergi lagi jauh. Moyang-moyang kita yang dah lama pergi, sehinggakan kita tak pernah jumpa diorang langsung. Moyang-moyang kita tu, ada tak sesiapa yang sedekahkan bacaan Quran untuk mereka? Kalau kita dah mati, mungkin anak-anak kita akan tolong bacakan, tapi sampai ke cucu? Cicit? Diorang kenal kau ke tak? Senang cerita, bekalan kau akan berhenti sampai situ sahaja, dan yakinkah kita bahawa hanya dengan solat lima waktu sehari dan sedekah seringgit kat surau betul-betul dapat menjamin selamat daripada siksa kubur?

     Tengok tokoh-tokoh seperti Ibnu Kathir, tafsir Quran-nya masih dipakai sehingga ke hari ini. Ada saham. Syed Qutb, tulisan dia berjaya me-revolusi-kan pemikiran islam liberal kepada islam yang syumul sehinggakan hari ini. Ada saham. Dakwah Imam Hasan Al-Banna yang bermula dengan beberapa orang dan sekarang ni sehinggakan regim zalim Mesir ditumbangkan. Ada saham. Saad Abi Waqas, yang menyebarkan islam di China, ada berapa juta Chinese muslim sekarang? Ada saham.


Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; Sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan ke atasnya"

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i dan al-Bukhari]




     Ini future asset . Sekarang, mula lah merancang untuk invest kepada orang-orang di sekeliling kita, agar ilmu bermanfaat yang kita kongsikan adalah bertujuan untuk mengajak manusia kepada Allah. Jangan alergik dengar perkataan dakwah, sebab itulah yang akan menjadi benteng antara kita dan ular di kubur.

     So much for a happy ending huh? Kau yang pilih. Wallaahu'alam bis sowab.
.
.
.
.
.
.
.
.....

p/s: hakikatnya, aku orang paling tak layak sekali nak cerita pasal perkahwinan sebab tak kahwin lagi. Tapi, ambil lah yang baik kerana ianya datang dari Allah dan buruk itu dari cakap-lebat-teori aku yang masih lagi bujang.

Posted by Posted by zabed at 12:47 PM
Categories:

2 comments  

Thursday, December 15, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Asrama putera (aspura)



     Beberapa hari yang lepas, sedang aku memandu ke arah kampus, tiba-tiba aku terperasan dua orang budak sekolah naik motor dengan baju mereka dipenuhi dengan contengan signature kawan-kawan. Mula-mula aku hairan. Bukan sekarang tengah cuti sekolah ke? Ohhhhhhhhh yeahhhhh aku lupa. Ni mesti budak baru habis paper SPM ni. Haha nostalgic sungguh.

     Aku ingat lagi 4 tahun lepas, time paper terakhir SPM. Habis je paper Bio, pergh melambung suka gila. Malam tu budak-budak dah start enjoy dah, kecuali yang amik paper akaun sebab paper diorang tak habis lagi. Kah kah padan muka. Memang happy faces  lah kat mana-mana pun. Siap main bola lagi kat kawasan dataran asrama (kawasan larangan). Aku tak tau kenapa tapi main bola di kawasan larangan memang best. Rasa high  semacam. Siapa yang kaki bangku macam aku pun boleh jadi terer tiba-tiba. Haha syok sendiri.

     Tiba-tiba muncul kereta MyVi hon sekuat-kuatnya. Warden perempuan jerit sekuat-kuatnya suruh berhenti main bola. Kitorang pun lari lintang pukang. Tak boleh blah betul time tu. Mentang-mentang no plate kereta baru. Aku ingat lagi. Haha.

      Kemudian warden tu sambung menjerit lagi. "Jangan keluar ke mana-mana walaupun ke kelas! Duduk dalam bilik atau dorm kamu masing-masing!". Yang tak syoknya, dia suruh kitorang yang dah habis paper ni untuk balik pada keesokan hari jugak. Tak boleh stay lama-lama. Hooo berkecai gila hati time tu. Sedih bhaii. Baru nak spend quality time kat sini sebelum balik. Huh.

      Murung je satu asrama time tu. Akhirnya, kesemua sepakat untuk tidak tidur pada malam tu, untuk spend quality time  bersama member-member dari berbilang-bilang negeri. Touching bhaii. Lepak-lepak, bual-bual, gelak-gelak.

     Siapa yang duduk asrama mungkin faham kot hakikat bahawa yang pergi solat subuh berjemaah di surau hanyalah ajk-ajk surau dan biro BADAR. Tapi, kejaiban Tuhan, pertama kali sejak minggu pertama orientasi, surau dipenuhi oleh pelajar pada waktu subuh. Dan selepas solat subuh berjemaah, turun ke dewan makan pula untuk breakfast. Perh. Tak pernah-pernah orang solat subuh berjemaah + breakfast, tiba-tiba hari terakhir ramai orang turun. Yang non-muslims pun turun untuk breakfast selepas subuh. Syahdu.

     Selesai makan, balik bilik, kemas barang-barang, kemas bilik-bilik, cuci-cuci satu dorm kasi bersih. Kalau ada sapa-sapa punya parents datang, kitorang tolong angkat ramai-ramai barang-barang dia masuk kereta. Dan aku ingat waktu tu jugak, ada sorang kawan aku ni bagi aku baju free. Lepas tu baju free tu dipenuhi dengan contengan signature macam-macam orang. 2007 in memory brotherrr. Aku ingat nak upload gamba baju tu tapi tak sesuai sebab content@corak baju tu berunsur negatif. Pada waktu tengahari, mak dan kakak aku datang dan akhirnya pulang ke KL. Tamat lah peristiwa 'Subuh Terakhir di Kuala Lipis'. *sniff*

     Renung balik kisah di kuala lipis, perh rindu gila. Aku rasa macam nak balik ke zaman tersebut. Betul lah apa yang cikgu aku cakap dulu, zaman sekolah adalah Golden age , zaman keemasan. Tapi time SPM dulu, beriya-iya sangat nak habis sekolah.

     Bila dah masuk uni, tak sabar-sabar pulak nak habis belajar pastu terus kerja. Tapi pengalaman kerja praktikal mengajar bahawa seboleh-bolehnya belajar sampai dapat PhD. Maksudnya, jangan grad awal sangat. AKU TAK SUKA KERJA.

     Mungkin majoriti yang baca blog ni adalah pelajar di uni., dan aku percaya majoritinya merindui zaman sekolah. Tak kisahlah zaman bila pun, kita tetap akan merindui Golden Age  masing-masing.

     Kadang kita renung balik waktu silam, dan sampai satu tahap kita rasa, "Apesal aku buat macam tu? Apesal aku tak buat macam tu?" Dan perkataan 'kalau' memang selalu bermain dalam fikiran kita. Kalau aku camni, kalau aku elak tu, kalau aku betul-betul pulun etc.

     Bila kita dok sorang-sorang, merenung masalah sekarang atau perkara yang buat kita menyesal, kita akan teringat Golden Age  kita, pencapaian kita, senang cerita zaman yang boleh dibangga-banggakan. Tak rasa macam kita ni macam orang tua ka kerana terlalu bergantung kepada Golden Age ?



"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama: masa sihat sebelum sakit. Kedua: masa kaya sebelum datangnya masa sempit. Ketiga: masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat: masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima: masa hidup sebelum masa mati."

[riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]



     Realitinya, perkara yang berlaku sekarang bukanlah secantik atau seindah Golden Age  kita. Sebab tu hadith ni mengajar supaya kita utilise apa yang kita ada sekarang ni. Bukannya faktor 'umur muda atau tua' (faktor fizikal) yang menjadi pokok perbincangan, hakikatnya mentaliti dan sikap kita terhadap asset yang kita ada.



Dari Shofwan bin Amr, ia berkata,

"Ketika aku menjadi Gabenor Hums (Syria), aku menjumpai seorang bapak tua warga Syria yang telah turun kedua alisnya. Ia berada di atas kenderaannya bersiap-siap hendak ikut berperang. Lalu aku berkata kepadanya,


'Wahai Paman, engkau dimaklumi oleh Allah untuk tidak ikut berperang.'


Seraya mengangkat kedua alisnya, bapak tua itu berkata,


'Hai nak, Allah telah menyuruh kita keluar baik dalam keadaan ringan maupun berat. Ketahuilah, sesungguhnya Allah selalu menguji orang yang dicintainya.'"



Diriwayatkan oleh Imam Az-Zuhry, suatu ketika Said bin Al-Musayyib radhiyallahu 'anhu  keluar untuk berperang, sedangkan salah satu matanya tidak dapat melihat. Lalu ia berkata,

"Allah meminta kita untuk keluar berperang, baik terasa ringan atau berat. Jika aku tak berdaya untuk jihad, maka berarti aku telah memperbanyak pasukan musuh dan aku hanya menjaga harta bendaku."



      Mentaliti kita yang bermasalah. Sama ada hendak memberi alasan atau cuba cari jawapan kepada setiap alasan. Kalau dulu aku boleh buat, kenapa sekarang tak boleh? Apa-apapun, buatlah semampu mungkin. Hakimnya adalah Allah, bukan manusia keliling kita. Segalanya bermula dengan hati kita, 'kemahuan kita adalah segalanya'.



"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati."

[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]




     Orang yang tua dan buta pun pergi berperang, mengelakkan diri dari mencari alasan walaupun hakikatnya mereka tak diwajibkan. Rebutlah masa hidup sebelum masa mati. Kalau kita kuat memberi alasan, boleh cuba bagi alasan dekat Allah kelak. After all, dia lebih mengetahui kita. Wallaahu'alam bis sowab .


Related article: Mentaliti


Posted by Posted by zabed at 1:20 PM
Categories:

0 comments  

Monday, December 12, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim

ada style



     Surau di kawasan perumahan ni ada banyak imam, dan kebanyakan mereka adalah berumur pakcik-pakcik tua. Tau-tau je la kan macam mana ciri-ciri kebanyakan pakcik tua jadi imam. Kalau setakat pakcik yang berumur 60-an aku boleh terima lagi, tapi aku betul-betul payah kalau sorang pakcik ni yang jadi imam. Bacaan dia...ya Allah. Unik. Sama macam sami kat kuil tu baca mantera. நீங்கள் ஏன் இந்த மொழிபெயர்ப்பு உள்ளன??

     Tak feel langsung. Kadang-kadang  kawan aku buat lawak bila pakcik tu jadi imam,


Eh kita kat kuil ke surau ni?


     Sampai la suatu ketika, mungkin Allah nak tegur aku, (atau bahasa yang lebih sesuai) Allah nak tarbiyah aku melalui seorang housemate.

     Pernah sekali kitorang menuju untuk solat asar, tiba-tiba kawan aku ni buat lawak 'zaman jahiliyah',


Perlu ke nak solat ni? Kalau aku nak tinggalkan takpe ke?


     Aku pun melayan 'lawak jahiliyahnya',


Setiap hari solat 5 waktu tak pernah tinggal. Pahala mesti dah bertimbun-timbun. Kalau tinggal solat asar kali ni, dosa dia taklah sebanyak pahala solat-solat fardhu kita yang sebelum ni. Jom la balik. Gi tidur petang lagi bagus.


     Heh. Aku tau. Mengundang gila jawapan ni walaupun bernada lawak. Kemudian mamat tu balas seolah-olah seperti baru dapat hidayah,


Ish ish ish kau ni. Iblis dulu kuat beribadah, hanya kerana sekali tu je tak sujud, terus Allah sesatkan dia sampai sekarang. Berapa banyak pulak sujud yang kau tak buat kalau tinggalkan solat asar?


     Zasss. Tak tau nak balas apa dah. Haha. Well, this is sooooo true. Bayangkan seorang ustaz, alim ulama', muslim scholars, murabbi@naqib, presiden ngo islam etc., yang kuat beribadah dan kita tau dia ni memang orang kata tahap wali dah, sama sahaja mereka ini seperti iblis (pada pandangan makhluq) suatu ketika dahulu, tetapi hanya kerana satu sujud, terus Allah sesatkan iblis sampai hari kiamat. Apa masalah dia?



قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ۖ أَسْتَكْبَرْ‌تَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِي

Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?"


قَالَ أَنَا خَيْرٌ‌ مِّنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ‌ وَخَلَقْتَهُ مِن طِي

Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".

[Sad (38): 75-76]



     Penyakit ana khoirun minhu  (aku lebih baik daripadanya). Atau bahasa yang lebih mudah,


    

     Atas dasar ego, selama-lamanya Allah melaknat si alim kuat beribadah ni a.k.a. iblis. Boleh nampak tak relevannya Allah menutup pintu syurga bagi mereka yang ada kibr  (takabbur, arrogance etc.) walau sebesar atom?

     Bila aku renung balik pasal pakcik imam tu, ya Allah. Hakikatnya aku yang bersalah. Aku tak sedar, perasaan ego aku terhadap pakcik tu, aku rasa aku lagi bagus dari dia kerana sifat semangat pemuda yang ada padaku, bacaanku yang tidak seteruk sami baca mantera dan mungkin tajweed yang lebih sahih. Kerana perasaan ana khoiron minhu , mungkin aku tak sedar slowly Allah melaknat aku, membiarkan aku sesat. Na'udzubillaahi min dzaalik.

     Aku terlalu sibuk memerhatikan kesalahan orang lain sehinggakan ayat quran yang dibacakan packik tu sedikit pun tidak menggoncangkan jiwa. Bukankah jelas dan nyata bahawa hati sudah keras? Jelas aku disesatkan kerana kesalahan sendiri?



أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ‌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turung (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

[Al-Hadid (57): 16]



     Hati yang keras kerana tidak khusyu' mengingati Allah dan peringatan-peringatan dalam Quran. Maka hati yang keras ni merasakan sudah cukup religious , sehinggakan timbul perasaan ana khoirun minhu . Inilah sebab iblis dilaknat Allah sampai kiamat. Naudzubillahi min zaalik.

     Sama sahaja halnya seperti bila ada orang tegur kita, terus-menerus perkataan "what the hell are you saying?" keluar kat kepala kerana kita rasa lebih baik dari dia walaupun yang menegur adalah non-muslim. Sama sahaja bila ada status@share di facebook pasal ayat Quran atau hadith, yang bermain di kepala kita hanyalah "Ceh. Aku dah tau dah hadith ni." Sama juga bila imam membaca surah, yang bermain di fikiran kita hanyalah "Tajweed salah ni. Ish ish ish."

      Bagi kita yang berkecimpung dalam dakwah, merasakan diri lebih hebat berbanding objek dakwah (mad'u) dan cepat melenting bila mad'u melontarkan pendapat yang bercanggah dengan fikrah@pemikiran kita. Kadang susah juga untuk kita menerima nasihat dari orang jemaah lain kerana merasakan jemaah mereka adalah salah walaupun nasihat itu berasal dari Quran & sunnah sendiri.


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ampunilah kami wahai Yang Menyambut si pendosa apabila kembali kepada taubatnya.



     "take the good even from a bad comment" -
ustadh nouman ali khan.



     Perbetulkan niat adalah langkah pertama. Ini sendiri diakui oleh iblis dalam Quran:



قَالَ رَ‌بِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,


إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".


[Al-Hijr (15): 39-40]



      Ketahuilah, setiap peringatan walaupun hodoh sekali pun (ugly truth) adalah ditujukan kepada:



وَإِنَّهُ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ
Dan Al-Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa
[Al-Haaqqa 69:48]


وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ
Dan Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat
[Al-Qalam 68:52]


    
     Aku tau bukan senang, tapi sekurang-kurangnya mencuba. "At least I die trying" - Luffy One Piece.

     *Untuk penjelasan lebih mendalam, boleh tengok Islam and Ego - Nouman Ali Khan





     Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu kerana kesalahan dan kecacatan penulis, yang kapasitinya hanya lah hamba yang hina.


"Pride is dissatisfaction with the truth, and belittling the people." [Hadith reported by Muslim]

Posted by Posted by zabed at 4:14 PM
Categories:

2 comments  

Sunday, December 11, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim





     Hampir setiap waktu solat mesti brader ni datang ke surau. Seorang brader yang menghidap penyakit down syndrome. Aku tak tau siapa yang bertanggungjawab ke atasnya, tapi selalu nampak dia jalan kaki melintas jalan besar ke surau. Wow. Hebat. Subhaanallah yang memberi kekuatan kepada hambaNya.

     Kadang aku tersengih tengok gelagat dia. Kadang tu aku tergelak, sebab dia 'buli' budak2 rumah aku. Dia kalau jumpa kitorang mesti salam. Pastu mintak tolong lipat seluar dia. Selalu jugak dia mintak gula2@coklat kat kitorang. Dan kalau lepas solat imam baca doa, brader ni lah yang akn aminkan sekuat-kuat mungkin. *sengih*

     Entah camana entah pada suatu hari tu, berlaku lintasan hati bila aku tersengih tengok dia kata 'pakai sabun tak tadi mandi?' kat kawan aku.

     Asalnya aku gelak gila2, pastu gelak aku terhenti selepas berlaku lintasan hati tersebut. Sama ada aku sedar atau tidak, hakikatnya telah Allah janjikan bahawa golongan seperti mereka akan memasuki syurga.

     Mungkin di dunia nikmat fikiran yang waras telah Allah tarik dari mereka, kerana Allah menggantikan syurga buat mereka di akhirat. Kita diberi nikmat akal yang waras di dunia, maka apakah nikmat yang bakal kita terima di akhirat kelak? Atau silap2, azab?

Sungguh benar firman Allah,



رَ‌بَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ‌

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

[Al-i-Imran (3): 191]



     Kita semua tahu bahawa kesemuanya datang dari Allah, walau perkara buruk sekali pun. Buruk pada hemat pengetahuan kita yang cetek, namun berbeza pula pandangan Allah kerana tiada apa2 yang sia2 pada ciptaan Allah, walaupun pada manusia down syndrome.

     Pada pandangan mata manusia yang kapitalis (bahasa mudah: kaki buat duit), manusia down syndrome tidak menguntungkan langsung, tak boleh buat apa2 malah menyusahkan orang lagi nak kena jaga dia. Bukan setahun atau dua, kadang sampai berpuluh tahun.

     Sekali lagi, tiada apa yang sia2 pada ciptaan Allah, melainkan bagi mereka yang tidak mahu berfikir secara waras.



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ‌ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِ‌ي فِي الْبَحْرِ‌ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْ‌ضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِ‌يفِ الرِّ‌يَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ‌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْ‌ضِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi;


لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

[Al-Baqarah (2): 164]



     Siapa sangka, kewujudan manusia down syndrome di kalangan kita mengingatkan kita bahawa syurga adalah sesuatu yang tidak pasti bagi kita yang waras?

     Maka kita akan tunduk, khusyuk dan muhasabah balik. Dan kita sendiri tahu, benar-benar tahu, bahawa hakikatnya kita tetap tak terlepas dari neraka macam mana pusing pun. Naudzubillahi min zaalik.

     Renunglah manusia down syndrome ni selama mungkin. Di akhirat kelak, kita akan perhatikan mereka masuk ke dalam syurga walau di dunia mereka ini hina. Apakah kewujudan ahli syurga di hadapan kita sekarang tidak memotivasikan diri untuk ke syurga juga? Atau sekurang-kurangnya lepas dari azab neraka?


Ya Allah, sungguh,

Rabbana maa kholaqta haadza baatila!
Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia!


     Tunjukilah kami jalan ke syurgaMu. Jauhilah kami dari adzab nerakaMu. Tetapkanlah hati kami insaf, khusyuk untuk mengingati mati. Tetapkanlah jiwa kami berada pada jalan yang lurus, bukan jalan yang telah Engkau sesatkan. Anugerahkanlah kami beserta zuriat kami kesudahan yang baik.

     Ya Allah, kehidupan di dunia ibarat berus lama yang menghapuskan kekotoran (mataa'ul ghurur). Usahlah Engkau menghinakan kami dengan memperindahkan berus lama tersebut pada pandangan mata kami, sehinggakan kami bermegah-megahan dengan berus yang hina tersebut.





     Ya Allah, kami lebih rela bersusah-payah dan dipandang hina oleh masyarakat sekarang, oleh itu janganlah Engkau menghinakan kami di akhirat kelak.

Sungguh, tiada lagi tempat kami mengadu masalah hati kami melainkan kepadaMu yang membolak-balikkan hati kami.

Ya muqallibal qulubb, thabbit qulbana 'ala deenik, thabbit qulubana 'alaa tho'atik, thabbit quluubana 'ala sabiili da'watik


إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَ‌ىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.


يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَ‌اةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْ‌آنِ

Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.


وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُ‌وا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

[At-Taubah (9): 111]



Allaahu akbar.

Posted by Posted by zabed at 2:45 PM
Categories:

1 comments  

Tuesday, November 29, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Bila balik rumah dan kakak tak ada kat rumah, aku akan tidur kat bilik dia. Apasal? Sebab waktu kecik-kecik dulu, aku dengan adik aku selalu lepak dekat bilik kakak aku. Sebab ada tv, walaupun boleh tengok tv1, tv2 dan tv3 saja. Senang cerita, tempat berkumpulnya ketiga-tiga adik beradik kami.

     Dulu kalau aku balik rumah lepas waktu maghrib atau tak makan malam bersama-sama dengan keluarga, bapak aku akan marah kerana tidak ada 'kebersamaan' bersama ahli keluarga. Sekarang, semuanya dah berubah. Semua dah besar. Adik aku pun nak masuk umur 20.

     Rumah yang pernah dipenuhi oleh 5 orang, sekarang selalunya hanya 2 atau 3 orang saja. Oleh kerana aku tak menghargai faktor 'kebersamaan' bersama keluarga waktu kecik dulu, maka sekarang aku merindui perasaan tersebut, lalu aku selalunya tertidur di bilik kakak aku.

     Bila aku tengah belajar, adik atau kakak aku pulak cuti. Bila aku cuti, diorang pulak belajar. Nak jumpa pun waktu hujung minggu, itupun kalau tak ada hal lain.

     Sampai satu tahap, atau satu penghijrahan yang Allah tetapkan, kita akan rasa berat hati untuk meninggalkan platform asal. Atau kalau tak berat hati pun, kita akan rasa menyesal kerana tak menghargai  peristiwa lama bila berada di platform baru. Walaupun kita tahu dan beriman sekalipun bahawa setiap penghijrahan itu adalah for the greater good , hangpa ingat senang ka nak tinggalkan tangkuk lama?

     Walau peristiwa penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah dianggap nikmat yang sangat besar dan suatu bentuk kemenangan buat islam (kerana islam pertama kali ada kerajaan sendiri; suatu bentuk 'kekuatan'), tapi hangpa ingat mudah ka bagi Nabi nak tinggalkan kampung halaman dia?

     Selalu tengok filem Hollywood, bila hero kena tinggalkan kampung dia sebab nak sambung belajar/kerja/mission baru/for the greater good/etc. akan bermula dengan babak dia kemas-kemas baju dia. Pastu bila tren dah sampai, dia akan tarik nafas sedalam mungkin dan melihat ke belakang untuk kali terakhir. Walaupun hero tu tau yang penghijrahan dia tu sebenarnya for the greater good , tapi tetap tak mudah bagi dia untuk naik tren blah macam tu je.



     Bak kata mat saleh,

For everything you gain, you lose something.


     Kalau kita renung balik hayat kita betul-betul dari kecik sampai sekarang, berapa banyak penghijrahan telah kita buat sehinggakan jadilah kita sepertimana sekarang ni tengah baca blog aku. Berapa banyak achievements  telah kita peroleh gara-gara kerana penghijrahan yang berkali-kali.

     Banyak benda dapat melalui penghijrahan? Penat tak berhijrah banyak sangat? Berapa banyak dah perkara terpaksa dilepaskan?

     Kadang-kadang aku mengeluh sorang-sorang, bila tengah futur  atau iman down. Aku rasa penat bila terlalu banyak hijrah (aku rasa la 'banyak'). Setiap kali ke destinasi baru, tahap ujian itu makin berat sampai kadang-kadang tu sampai aku rasa yang "aku tak ready lagi tapi dah kena hijrah dah".

     Tapi betul apa yang dikatakan Dr. MAZA. "Inilah kehidupan. This is life. Nak pi taqaq (takat) mana? Taqaq ni lah selagi mana ia dipanggil kehidupan."

     Sampai satu tahap bila kita dah jauh sangat berhijrah, kita akan pulang balik ke kampung halaman kita. Sama kan macam orang-orang tua yang dah pencen? Kalau dulu duduk Kedah, lepas tu kerja kat KL, bila dah pencen mesti balik duduk Kedah. Aku rasa semua orang macam tu, ye dok?

     Kita dulu asalnya tanah, maka nanti kita pun akan kembali kepada tanah.



إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[Al-Baqarah (2): 156]





     Tengok cerita Puss In Boots, asalnya dari San Ricardo (kampung halaman dia). Misi dia dalam cerita ni, macam mana dia nak balik ke kampung halaman dia dalam keadaan suci dari dosa? Orang kampung dia boleh terima dia tak bila dia balik?




     Kita asalnya dari syurga. Rasa-rasanya Pemilik syurga nak terima kita tak bila kita balik??


*krikk krikk krikk*


     Selamat berhijrah. Harapnya setiap penghijrahan tersebut dapat menghapuskan dosa kita, harapnya Pemilik 'kampung halaman' meredhai dengan kepulangan kita dan meredhai keberadaan kita di sana kelak insha Allah.



Strive towards Mardhatillah!

Posted by Posted by zabed at 12:17 AM
Categories:

2 comments  

Friday, November 25, 2011








Bismillaahirrahmaanirrahiim



عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?

عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ
Tentang berita yang besar,

الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
yang mereka perselisihkan tentang ini.

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui,

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui


[An-Naba' (78): 1-5]




     Menurut Syed Qutb, 'mereka' yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas ialah orang kafir mekah yang menolak apa yang diberitakan oleh Rasul; tentang Hari Kiamat atau Hari Pembalasan.

     Agak pelik tapi benar, walaupun mereka ni kafir, tetapi mereka tetap percaya kepada Allah, Tuhan yang betul-betul berkuasa. Tapi mereka seboleh-boleh menafikan bahawa wujudnya hari di mana mereka akan dibangkitkan semula dan akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang di buat waktu kat dunia dulu.

     Yes. Memang pelik bila percaya Allah tapi tak percaya Hari Pembalasan, but what does this shows to you?

     Cuba kita ingat balik orang yang jenis macam mana yang mula-mula menerima islam dan orang yang macam mana mula-mula melawan islam. Antara ciri-ciri persamaan yang mula-mula menerima islam adalah di kalangan miskin, yang tertindas, golongan bawahan etc. Berlainan pula dengan yang menolak, mereka ada kuasa, pembesar, kaya raya, menindas hamba-hamba etc.

     Bila ada kuasa, harta pangkat, diorang boleh buat apa-apa saja, termasuklah dengan menindas orang-orang bawahan tadi. Diorang sedar apa yang diorang buat memang sebenarnya tak patut tetapi dia jadi high  semacam. Seronok semacam bila kacau orang. Sebab tu lah mereka ni terus-menerus menolak kewujudan Hari Pembalasan kerana mereka sedar kalau betul-betul wujud hari sebegitu, depa tau memang depa ni akan kena punya dengan Allah kelak. Kena seksa lebih teruk dari apa yang diorang penah buat kat orang lain.

      Sama sahaja halnya seperti group Darwinism yang bermati-matian perjuangkan ideologi mereka walaupun teori diorang benar-benar kantoi. Sebab apa? Seboleh-boleh diorang nak buktikan bahawa Allah tak wujud kerana wujudnya Tuhan di alam ini bererti no more playing time . Diorang memang kena akur apa yang diperintahkan oleh Pencipta. Kalau Tuhan tak wujud, tak wujud jugaklah Hari Pembalasan, maka aku boleh living life to the fullest .


     Living life to the fullest (seperti apa yang disalah-tafsir-kan oleh majoriti manusia sekarang):


I take what I want
Take what I need
They say it's wrong but it's right for me
I won't look down
Won't say I'm sorry



      Ambik segala-galanya dari dunia, tapi satu pun tak dapat nak tolong bila di akhirat. Tak ada investment  pada akhirat langsung.

      Nak jadi kaya tak ada masalah. Nak jadi rockstar pun ok je. Nak jadi mat rempit pun suka hati lah. Jadi lah apa-apa pun, yang kita memang minat atau high  semacam kat dunia ni, tapi jangan sampai 'living life to the fullest' , bermaksud: apa-apa kelebihan atau minat kita, pastikan ia boleh menjadi investment  kepada kita di akhirat kelak. Jangan jadi macam orang kafir mekah yang kaya raya tu, diorang buat perkara yang diorang suka dan high  semacam, tapi satu pun (diorang sendiri sedar) tak dapat menjadi investment  yang baik untuk kehidupan selepas ni.

       Loon a.k.a Amir Muhadith meninggalkan dunia rapping  kerana dia sendiri takut untuk kembali ke kehidupan yang lama, kehidupan berada di jurang neraka. Aku sendiri jual gitar ESP LTD EX-50 bukan kerana masalah halal atau haram instrument muzik, tapi aku sendiri sedar bahawa aku lebih banyak buang masa dan lalai dari kononnya nak berdakwah kepada orang lain. Senang cerita, investment  ke neraka lebih tinggi dari investment  ke syurga. Lebih baik tinggalkan dok?

     Tetapi berlainan pula apa yang difikirkan oleh brader Sham Kamikaze. Pernah sekali dia kata dia nak tinggalkan dunia gitar dia tapi ditegur oleh sorang ustaz ni. Ustaz ni kata Sham Kamikaze berdosa besar sekiranya beliau tinggalkan gitar. Pulak dahhhhh. Namun apa yang ustaz tu kata memang betul.

      Antara highlight event Sham Kamikaze dalam ceramah-ceramahnya ialah ketika beliau bermain gitar. Orang boleh menitiskan air mata keinsafan bila mendengar beliau bermain gitar. Sungguh perfect. Sungguh tenang jiwa. Sungguh syahdu. Sungguh 'Another You by Cromok'. Ya. Kelebihan atau minat yang ada pada Sham Kamikaze, beliau gunakan sebagai investment  untuk di akhirat kelak.  Beliau kata dakwah; mengajak manusia kepada Allah. Ini barulah maksud living life to the fullest  yang sebenarnya!

     Buatlah apa-apapun kat atas dunia ni yang membahagiakan atau buat kita jadi high  semacam, tapi sendiri mau ingat lah. Antara minat kita tu lebih ke arah investment  keredhaan Allah atau investment  kemurkaan Allah. Antara kita jadi macam orang kafir mekah yang kaya atau Abdul Rahman bin Auf yang kaya.

     Ingat, tiada jalan tengah atau ketiga. Semoga Allah mengilhamkan kepada kita betapa besarnya akhirat jika dibandingkan dengan dunia. Ameen~






فَأَلْهَمَهَا فُجُورَ‌هَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.


قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,


وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.


[Ash-Shams (91): 8-10]



Wallaahu'alam bis sowab.

notakaki: Lepas dengar penjelasan dari brader Sham, tiba-tiba gatal tangan nak pi beli gitar baru pulak. HAHA ZABED2. Itu lebih ke arah nafsu, bukan iman. Papepun sape2 nak jual 2nd hand guitar bagitau la eh?



Posted by Posted by zabed at 9:03 AM
Categories:

2 comments  

Sunday, November 20, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Baru-baru ni, ada seorang pelajar muslim di uni. mengaku yang dia adalah seorang atheist. Antara alasannya ialah kerana apa yang terkandung dalam Quran adalah hanya cerita semata-mata. Ala-ala bedtime stories gitu. Mungkin ada alasannya yang lain lebih kukuh. Wallaahu'alam.

     Tentang Al-Quran, aku ada celoteh panjang gila kat link Kemuliaan Al-Quran.

     Pada post kali ni bukan isu al-quran yang nak disentuh, tetapi nak pergi lebih general  lagi. Tentang praktikaliti islam. Sekarang, pernah persoal diri sendiri apa yang membuatkan kita rasa islam adalah agama paling benar?

     Jangan hanya sekadar berteori tentang bukti saintifik yang dibenarkan Quran. Ada banyak lagi yang sains tak dapat nak cover.

     Sekarang kita bermain sesuatu yang logik pulak. Siapa di kalangan kita pernah melihat Allah? Bagaimana kita boleh kata bahawa islam itu adalah benar kerana datang dari Tuhan? Nabi Muhammad pun kita tak sempat nak lihat sedangkan baginda adalah contoh ideal man. Apa praktikalnya islam?

     Kalau kita perasan, Allah ada berfirman bahawa Dia akan menjaga Quran sehingga kiamat:


لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ

Tidak ada (seorangpun) yang dapat merubah kalimat-kalimat-Nya
[Al-Kahf (18): 27]


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku."
[Khutbah terakhir Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam]


     Persoalan-persoalan semua di atas dijawab apabila Allah memberi jaminan bahawa Dia akan memelihara al-Quran sehinggalah kiamat. Quran lah bukti bahawa Allah wujud, islam itu benar.

     Satu-satunya jawapan atau bukti kepada benarnya islam itu kini telah dipersoal. Di mana relevannya Al-Quran kalau ianya hanyalah himpunan kisah-kisah atau pernyataan hukum semata?

     Ok ok bro. Lemme get this straight chap. Bukannya islam tak praktikal, hakikatnya muslim (orang yang mengaku islam) tu yang tak praktikal.

     Dulu sebelum aku join tarbiyah, pernah jugak aku terfikir, apa relevannya Allah cerita tentang kisah Nabi Yunus, Nabi Nuh dan lain-lain? Tak de la sampai aku persoalkan kebenaran islam, cuma tercari-cari di mana relevannya kisah-kisah yang diceritakan ni.

     Dan persoalan tu terjawab bukan kerana aku mencari di mana praktikalnya Quran seperti penemuan saintifik dan sebagainya, akan tetapi ketika aku sendiri nak berubah (cuba) menjadi muslim yang praktikal. Aku seorang muslim yang cuba mempraktikkan islam, bukannya nak kata aku ni muslim yang ideal (jangan salah faham pulak).

     Kalau kita sedar, Allah beri kita pilihan dalam hidup kita. Yes or no. Good or bad. +ve or -ve. Islam atau jahiliyah. Kita yang memilih dan akhirnya Allah yang tentukan hasilnya. Dan apabila kita memilih untuk menghidupkan islam atau mempraktikkan islam, Allah akan tunjuk jalan. Ini janji Allah.




وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِي

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-'Ankabut (29): 69]



     Subhanallah. Benar-benar Allah tunjuk apa mesej tersirat Al-Quran kepada mereka yang benar-benar berjihad. Dan ketika itulah baru kita tahu bahawa betapa praktikalnya Al-Quran ini, betul-betul dari dasar hati kita, tanpa perlu pengesahan saintifik blablablabla semua tuh.

     Mungkin masalah kita pada hari ini ialah terlalu berteori tentang islam. Teori je memanjang, secara praktisnya tak pulak. Pastu kita nak convince kepada orang lain bahawa islam itu benar melalui teori? Tak boleh jep. Tak boleh tak boleh. Kalau macam tu lah perangai kita, bukan setakat orang luar, kita sendiri lambat-laun akan rasa islam tak praktikal.



"Wahai Ikhwan! Sebenarnya saya ingin senantiasa beramal dengan tidak banyak bercerita. Kepada amal saja kami wakilkan pembahasan tentang Ikhwan dan langkah-langkahnya,"

[Imam Hasan Al-Banna]



      Cuba lah menjadi muslim yang praktikal. Jangan jadi muslim yang teoretikal kalau betul-betul nak "membela" islam. Bukan setakat orang luar, aku sendiri pun menyampah + meluat kalau teori je memanjang. Mungkin aku agak streotaip, tetapi itulah realiti mengikut perspektif aku. Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari aku yang banyak berteori. As-salaam.

Posted by Posted by zabed at 1:58 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, November 12, 2011


Aku tau. Dah nak seminggu raya haji baru nak post. Ambik je la pengajaran.




تَبَارَ‌كَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
[Al-Mulk (67): 1]



     Semua jelas dengan ayat ni. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Kita tau Allah memiliki syurga, neraka, bumi, cakerawala etc. Tapi kadang kita terlepas pandang bahawa



Yang menyempitkan kehidupan,
Yang mendatangkan masalah,
Yang menarik nikmat rezeki,
Yang melahirkan perasaan dukacita,
Yang menarik nyawa ibu bapa kita,
Yang membuat kerja di ofis semakin rumit,
Yang menambahkan beban assignments,
Yang mengakibatkan perlanggaran kenderaan,
Yang menarik duit elaun kita,
Yang memberikan keputusan rendah dalam exam,
Yang mengakibatkan kita makan 'nasi bujang' setiap malam,
Yang menimbulkan perasaan hasad dengki,
Yang membiarkan syaitan hidup untuk menyesatkan manusia,



        Juga datangnya dari Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kadang Allah lanyak kita, tapi kita tak pernah pun sedar dengan berada pada tahap 'kena lanyak' ni lah Allah nak kita kembali kepadaNya. Untuk menghentikan sikap takabbur kita. Untuk menghentikan keselesaan yang melalaikan. Untuk kita betul-betul tunduk khusyuk berdoa meminta tolong kepadaNya "Ya Allah kasihanilah hambaMu ini".

        Pernah suatu ketika Allah melemparkan ujian kepada ahli-ahli Jamaah Ikhwan Muslimin; zaman ketika ahli-ahli mereka beramai-ramai ditangkap dan diseksa oleh kerajaan Mesir.

       Saat penjara-penjara Mesir benar-benar berubah menjadi madzbahah  (rumah sembelih), seorang opsir membawa Mushthafa Masyhur muda bersama seorang anggota usrahnya yang tak hilang-hilang gementar dan kengeriannya melihat penyiksaan yang di luar batas khayalan manusia.

Ya Naqib, bagaimana nasib kita bila mereka lemparkan kita ke sarang serigala atau lubang busuk tanpa kehidupan?

        Dengan mantap Mushthafa Masyhur menjawab:

"Mereka dapat membuang kita ke tempat manapun yang kita takuti, namun ketahuilah mereka takkan mampu membuang kita ke tempat yang tak ada Allah."



        Begitu lah seharusnya kebergantungan kita kepada Allah. Allah yang mendatangkan kesusahan, maka siapa lagi yang dapat menyelamatkan kita kalau bukan Allah?

        Bila bersedih, ramai orang menghadap mencari Allah. Bersyukurlah. Moga setiap pengorbanan kita akan diterima Allah. Insha Allah.



        Selamat Hari Raya Eidul Adha 2011.


post lama: Eid-ul-Adha 2010

Posted by Posted by zabed at 10:22 PM
Categories:

0 comments  

Friday, November 4, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim.


Cerita ni.....tak tau sejauh mana kesahihan. Aku pernah dengar orang cerita tapi tatau la watak dalam cerita ni betul ke tak. Try google search banyak result lain keluar. Kisah ketika imam hambali sedang nazak? Tak pe lah. Pengajaran dia yang syiok sebenarnya.




     "PERGI! PERGI! PERGI KAU DARI SINI!"


     Jerit Imam Hambali ketika nazak. Anaknya ketika itu hairan kerana tiada sesiapa pun yang ada ketika itu. Ayahnya kemudian terus menghalau lagi, "Pergi! Pergi! Pergi!"

      Selepas Imam Hambali reda, anaknya bertanya, "Siapakah yang dihalau tu?". Imam Hambali menjawab, "Aku melihat kelibat syaitan datang ke arah kakiku lalu dia mengucup kakiku sebagai tanda hormat. Lalu, aku menghalaunya."


****



       Apa yang dimaksudkan dengan tanda hormat ialah, seolah-olah syaitan tersebut menghormati atau terlalu respek kepada Imam Hambali kerana syaitan gagal menjatuhkannya. Jadi, untuk mengelakkan perasaan takabbur atau riak, Imam Hambali terus menghalau syaitan tersebut. Na'udzubillahi min zaalik.

      Bila bercakap tentang riak, ini bukan masalah kecik jang oiii. Masalah besar. Bukan senang nak hilangkan perasaan riak ni. Ada hadith kata tak masuk syurga orang yang ada perasaan takabbur. Bayangkan sehingga syaitan tadi sanggup pakai taktik sedemikian? Kalau kitalah di tempat Imam Hambali, apa jenis mentaliti yang kita rasa bila syaitan kucup kaki kita sebagai tanda hormat?

     Tapi satu benda yang syaitan kantoi dengan kita,



قَالَ رَ‌بِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".


[Al-Hijr (15): 39-40]




      Lawan kepada takabbur ialah ikhlas.



Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.


Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

[Al-Insan (76): 8-9]




      Sebab tu ramai ustaz2 kat negara kita bila habis ceramah diorang akan kata,




Yang baik itu datang dari Allah


       Yang baik itu datang dari Allah, maka segala puji hanyalah bagi Allah. Mulianya kita kerana islam, yang juga datang dari Allah.



Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 10:56 AM
Categories:

2 comments  

Sunday, October 30, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim.


     Pagi tadi aku ikut mak aku pergi beli barang rumah kat supermarket. Habis beli barang, aku tolak troli ke arah kereta. Dalam perjalanan, aku nampak seorang budak kecik ni. Dia dok syok bermain-main dengan air pancut-pancut tu. Tengah-tengah panas tengahari. Mak bapak dia layan je la.

     Serius best kalau dapat jadi macam budak tu. Tengah-tengah panas ni main air. Perh. Tak ada sapa nak gelakkan budak tu. Pak guard pun paham sampai tak perlu untuk menghalau budak kecik tu. Orang ramai yang lalu lalang pun buat biasa je. Budak tu lagi la. Main dengan happy sungguh. Tak rasa malu langsung. Seperti tak diminta pertanggungjawaban atas setiap perkara yang dilakukan.

       Budak kecik......hangpa pun tau la kan. Depa ni bukannya boleh pikiaq lagi. Anugerah akal yang waras masih lagi di tahap tak matang. Bagi la macam-macam benda pun, depa ni pikiaq nak main ja. Gigit sana, gigit sini. Ouch.

        Kadang berlaku lintasan hati. Aku bersyukur sekiranya aku mati pada usia tidak baligh lagi. Free-free je masuk syurga. Tentulah, mereka ni tidak diminta pertanggungjawaban atas nikmat-nikmat yang diberikan.


        Yang peliknya, bila otak kita dah waras, makin banyak benda yang kita minta dari Allah. Macam-macam permintaan pelik-pelik kita pinta. Bukan nak kata salah, cuma lagi banyak benda yang kita dapat, lagi banyak tanggungjawab akan dipersoalkan kelak.


With great power comes with great responsibility  [Uncle Ben, Spiderman 2002 ]


         Orang kafir lagi lah. Betapa menyesalnya mereka di akhirat kelak sehinggakan mereka bukan sahaja tak nak jadi budak kecik, tetapi kalau boleh nak jadi tanah terus. Langsung tak punyai apa-apa. Habuk pun.




إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
[An-Naba' (78): 40]






      Perut yang kosong, kalau disuapkan nasi kosong pun dah sedap. Dapat kicap Habhal manis pun boleh menangis.

Posted by Posted by zabed at 7:38 PM
Categories:

0 comments  

Friday, October 28, 2011


Assalaamu'alaykum warahmatullaahi wabaarakaatuh.


     Sekarang dah pukul 2.51 a.m. Lagi 9 minit dah pukul 3. Hakikatnya, dari pukul 12 tadi aku cuba untuk tido. Dari tadi aku hanya golek-golek atas katil je. Tak tau pasal tak boleh lelap mata ni. Mungkin sebab aku terlalu stress dengan kerja menjadi seorang pelajar akhir tahun. Wallaahu'alam. Aku tak tau nak cakap camana.

     Busy? Ye. Mungkin itu alasan aku dah lama tak update blog. Nak baca blog pun tak ada masa. Ewahhh. Kau perdana menteri ke ape ni? Berpijak kepada bumi realiti, 3 jam dibazirkan macam tu je. Ape bende yang aku busy sebenarnye? Syok sendiri?

     Pakcik Hassan Al-Banna pernah berkata, "Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada". Ramai ikhwah  atau brothers setuju dengan apa yang dikatakan oleh Pakcik Hassan Al-Banna. Aku pun setuju.

     Cuma aku tak setuju bila kata-kata Hassan Al-Banna ini digunakan setelah kita rasa kita telah buat baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kerja dakwah. 1000km ke tempat destinasi. Setiap malam ade je tempat minta diberi pengisian. Sabtu ahad berulang alik ke program dari setiap sudut lapis umur. Sebelum subuh kena bertolak balik ke rumah sebab ada kelas pada keesokan pagi. Nak bermesra atau bina hubungan dengan objek dakwah lagi. Dan macam-macam 1001 kerja yang kita boleh senaraikan.

      Kadang kita merasakan tanggungjawab yang telah kita laksanakan telah melangkaui magnitud masa itu sendiri. Kemudian kita gah memperkatakan, "tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada". Itu syok sendiri namanya. Realitinya,


"Masa yang ada terlalu banyak berbanding tanggungjawab yang kita ada"


     Allah itu Maha Adil. Setiap orang telah diperuntukkan masa yang cukup sebelum tamatnya ujian. Rugilah bagi mereka yang 'berlengah-lengah' dengan masa tersebut. Tak ada kes "banyaknya kerja sampai tak cukup masa!"


أَوَلَمْ نُعَمِّرْ‌كُم مَّا يَتَذَكَّرُ‌ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ‌
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir?
[Fatir (35): 37]


      Pakcik Hassan Al-Banna tak salah. Yang salah adalah pemikiran kita yang merasakan kerja kita terlalu banyak sehinggakan perlu 'extra time'.

      Pengajaran: Hakikatnya, kerja yang telah dilaksanakan adalah sedikit berbanding waktu yang disediakan. Mungkin aku akan pergi baca buku fikrah kejap lagi untuk buat aku rasa mengantuk. Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada menghadap facebook berejam-rejam ataupun bergolek-golek di atas katil mengharapkan siling berwarna putih menjadi hitam.




       Gelas yang kosong, kalau tak diisi dengan air, akan diisi dengan udara.







Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kesilapan manusia itu sendiri.

Posted by Posted by zabed at 3:49 AM
Categories:

5 comments  

Friday, October 14, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Alhamdulillah tambah sorang housemate baru. Dia mintak tolong aku untuk pinjam kapasiti kereta nak punggah barang dari rumah dia ke rumah kitorang. Aku tak ada hal je sebab bila mamat ni masuk, sewa rumah makin murah la. Haha tak ada la main2 je.

     Tapi gua silap bajet la jep. Aku ingat barang setakat baju2 atau benda2 yang kecik je seperti buku2, kipas kecik, extension cable etc. Rupe2nye sampai almari baju dan meja belajar pun nak kena pindah sekali! Memang tak dapat la jep kawe nak nolong.

     Takpa. Kita try slow-slow nah? Walaupun kesemuanya mustahil untuk disumbatkan dalam kereta kelisa, kami try jugak kira2 camana nak bajet nak sumbat barang ni sekali. Tak boleh la bro. Ini almari baju ni 2 orang pun boleh share. Kalau sumbat dalam kelisa jugak, takdak driver la jawabnye.

     Akhirnya kami pun try mintak tolong member yang ada kereta pickup macam toyota hilux ke, ford ranger etc. Tapi kesemuanya busy ada hal kecuali sorang member ni yang bawak toyota unser. Tu bukan pickup tau. Unser pun unser la, janji boleh sumbat. Try2 sumbat, hah nampak macam van jenazah pulak. Haha takpa janji boleh gerak sampai rumah.

     Kereta aku sumbat barang2 kecik dan meja belajar. Ok la. Alhamdulillah ada jugak ruang untuk meja belajar. Kereta kelisa beb tapi boleh muat! Maha Suci Allah yang mempermudah urusan hamba-hambaNya.

     Jadi bergeraklah kami konvoi 2 kereta. Dalam perjalanan, aku dok fikir, memang kereta aku ni kecik lagi dha'if. Sekurang2nya dapat viva pun ok lagi sebab boleh muat 5 orang. Kelisa kalau 5 orang kena himpit2 jugak. Setiap kali kalau aku jadi driver untuk peserta2 program, aku rasa serba salah je bagi adik2 yang terpaksa naik kereta aku. Dah la kereta lama, sempit pulak tu. Aircond? Haih tiup guna mulut lagi sejuk rasanya.

     Apa nasihat yang selalu kita dengar? Ya akhi, enta kena banyak2 bersabar . Ye. Bersabar je la yang aku mampu buat. Ingat bapak aku cop duit ka nak beli kereta baru? Haha apa2 pun bersabar je la jang. Sabar sabar sabaq sabaq.

     Dalam perjalanan, tiba-tiba aku tersentak dengan satu motor ni. 3 orang naik sekali. Orang belakang dan orang tengah sedang menjunjung almari yang sama saiz dengan member aku tadi tu dengan kedua-dua tangan mereka memegang almari dengan erat.Ye. Naik motor je.



Allaahu akbar. Allaahu akbar. Ramai orang boleh bersabar dengan dugaan sendiri. Berapa ramai pula boleh bersyukur  dengan apa yang dimiliki? Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 8:28 AM
Categories:

5 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>