Bismillahirrahmanirrahim
*Berikut merupakan dialog yang benar-benar berlaku di antara 2 housemate, cuma di-tokok-tambah-kan sedikit agar cerita menjadi lebih sedap.
Beberapa hari sebelum final exam sem 1, pulang sahaja mereka dari makan tengahari, maka berlakulah dialog ini di kawasan ruang tamu rumah bujang:
A: Ahhh tak boleh study ah aku! Tengah kenyang-kenyang ni rasa mengantuk pulak.
Z: Itu mentality je tu macha. Kalau ko fikir nak tido, memang ko akan tido pun. Kalau ko fikir nak study, makan kenyang mana pun ko tak akan rasa mengantuk. Ko taw tak, orang yang tak reti berenang pun reti berenang bila dia taw ada ikan jerung kat kawasan air tu. Pernah berlaku taw.
A: Tu bukan dalam cerita Doraemon ke? Nobita kan yang tak reti berenang tu?
Z: *Ciss kantoi pulak!* Haa......ah. Betul la tu. Ade je kat real-life peristiwa camni. Waktu aku form 1 dulu, kitorang pernah night walk kat area sekolah kitorang. Ni kira program sekolah, conducted by senior-senior yang suka raging (aku tak taw nak eja camana). Memang penat gila lah kitorang malam tu sebab program start dari tengahari. Ada seorang kawan aku ni, berbadan besar, dan suka complain (metafora: orang yang pemalas), kebetulan time tu dia terserempak dengan anjing liar. Besar tak besar, walaupun tengah penat masa tu, dia berjaya jugak melepaskan diri daripada kena kejar dengan anjing tersebut sehinggakan dia panjat pagar. Mula-mula kitorang tak percaya jugak dia ni boleh lari, tapi tengok baju dia terkoyak sebab panjat pagar terus kitorang gelak. Memang kurang asam. Hahaha tapi tu la, mentality mat!
A: Kan senang kalau kau bagi cerita macam ni.
Z: Cerita apa?
A: Aahh.. aah... erm... *sedang mengingat*
Z: *Man.. I'm waiting......*
A: Haa cerita dia macam ni. Ada seorang paderi dulu, dia dipenjarakan *Penulis tak ingat nama paderi tersebut*. Sewaktu dia kena hukuman, dibakar hidup-hidup, dia relaks je. Tak jerit-jerit pun sewaktu kena bakar.
Z: Sampai mati?
A: Yeap, sampai mati.
Z: Eh camana pulak tu?
A: Haaa.... *muka bangga*. Sewaktu dia kena penjara dulu, dia asyik berfikir tentang sejuk je. Dia taw nak kena bakar, dia fikir pasal sejuk je. Sejuk, sejuk, sejuk, bila dia kena bakar pun, dia tak rasa panas, sampai la dia mati.
Z: Perh.. mentality ! Sebab tu certain orang kata "human is limitless". Manusia punya ketahanan unpredictable.
A: Herm...
Suasana di ruang tamu ketika itu sunyi. Masing-masing khusyuk menyambung ulangkaji mereka. Tiba-tiba, muncul suara beberapa minit lepas tu:
Z: Daripada ko bagi contoh cerita tadi, lebih baik ko cerita je pasal Perang Badar. Nampak islamic sikit.
A: Haah. Betul gak.
*Tambahan dari penulis berkaitan perang Badar:
[1] Tentera islam ketika itu berbilangan 313 orang sahaja menentang tentera musyrikin Mekah yang berjumlah 1000 orang.
[2] Teknologi perang tentera islam ketika itu sangat menyedihkan, sehinggakan seorang atau beberapa sahabat terpaksa membawa pelepah tamar sebagai ganti untuk pedang kerana tidak mampu memilikinya. Tentera musyrikin Mekah ketika itu pula lengkap dengan set pakaian besi dari kepala hingga ke kaki, ditambah kelengkapan transportation yang mencukupi seperti kuda dan unta sedangkan tentera islam hanya berjalan sahaja dari Madinah.
[3] Perang Badar berlaku ketika bulan Ramadhan. Walaupun dalam keadaan berperang, tentera islam tetap juga berpuasa, berbanding tentera musyrikin Mekah yang membawa makanan mewah mereka, daging-daging yang mencukupi untuk setiap tentera mereka, ditambah lagi dengan arak, betapa mewahnya mereka semasa perjalanan ke Badar. Tak cukup lagi, mereka membawa wanita sebagai penghibur mereka dan pemberi semangat.
Lihat sahaja pada ketiga-tiga point ini cukup membuatkan kita berfikir secara logik dan theoretical, bahawa sungguh mustahil untuk tentera islam menang dalam peperangan Badar ini. Namun, mentality tentera islam ketika itu ialah, sami'na wa atho'na! (Kami mendengar dan kami patuh!) Turun sahaja perintah Allah untuk berjihad, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan jiwa raga mereka walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan serba kekurangan. Mentality yang mengharapkan kemenangan dari Allah, baik berupa menang dalam perang ataupun syahid mendapat syurga, mendatangkan pertolongan dari Allah, Tuhan seru sekelian alam, tentera musyrikin yang kaya dengan materi dikalahkan begitu sahaja. Allahu Akbar!
Z: Dalam Al-Quran ada diceritakan tentang mentality. Dalam surah ar-ra'ad kalau tak silap.
A: Bukan ar-ra'ad, tapi Ar-Ra'd.
Z: Oh yeah? Aku tak taw sangat bahasa arab ni. Haha.
Kemudian, keadaan kembali senyap. Masing-masing menyambung ulangkaji pelajaran mereka. Namun, sekali lagi, suasana 'study' tersebut dipecahkan oleh suara yang sama:
Z: Haa! Makes me wonder. Tiba-tiba aku dapat idea....
A: Untuk tulis dalam blog.
Z: Exactly!
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
6 comments:
nice! perbualan yg berfaedah melahirkan penulisan yg bermanfaat... jazakallah atas perkonsian
tu pentingnya rumah ikhwah :)
si A tu Amin ke? :)
rahsiaa...
ni ada satu case
http://www.youtube.com/watch?v=E37cMtCrKoA
xislamic
tapi sami ni membakar diri sendri nak pasal akidah dan humanity yang dipegang
nak taw leh gugel
aku malas cite panjang2
ada exam wahaha
aku pun x ada masa nak view. haha
papepun,jazaakallah
Post a Comment