Saturday, December 15, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Ada sekali tu aku pernah jadi volunteer untuk satu program salah satu sekolah antarabangsa (international) yang berpendidikan islam di KL. Fuhh panjang nama. Tau-tau je la kan kalau sekolah international ni, budak-budak ni kaya. Bukannya nak bersikap stereotaip, tapi kebanyakan memang camtu.

     Kalau dah nama sekolah islam, mesti ada sesi qiamullail. Pukul 4 pagi, semua orang dah mula bangun. Beratur panjang gila nak masuk tandas. Melihatkan budak-budak ni beratur sangat panjang, jadi aku pun blah dan pergi ke kereta untuk amik air botol dalam tu.

     Sedikit demi sedikit, aku tuang dari air botol tu ke penutup dia. Untuk amik wudhu'. Memang sikit la, janji sah air wudhu' insya Allah. Tengah syok amik wudhu' tu, aku tak perasan ada beberapa budak pandang aku dengan mata yang terkebil-kebil. Diorang macam tak percaya.

     Eh kenapa abang ni amik wudhu' kesian sangat? Sikitnye air. Sanggup pulak abang ni amik wudhu' dalam keadaan doif sedemikian. Lebih kurang macam tu la pandangan diorang kat aku. Aku pulak terkejut dengan diorang ni. Mak aih korang ni, manja betul sampai ambil wudhu' macam ni pun dah dikira sangat doif. Hahaha.

     Bagi diorang, mungkin tindakan aku dianggap "this is soooo unacceptable!" atau tiada kepuasan dalam air yang sikit tu. Padahal bagi aku dah terlebih cukup pun untuk amik wudhu'. Puas je. Siap boleh minum lagi lepas tu. Mandi tak mandi tu lain cerita la. Haha.

     Beberapa bulan selepas tu, aku cucuk duit di salah satu mesin ATM. Kemudian aku nak check balance. KA-CHINGGG!!! Terkejut beruk aku bila tengok balance dalam bank. Banyakkkk gilaaaa! (bagi aku la, yang doif ni). Rupe-rupenye baru aku faham dilemma orang-orang yang baru grad kemudian bekerja dan peroleh gaji setiap akhir bulan ditambah dengan elaun-elaun kerja yang tinggi.

     Tiba-tiba entah kenape kepala aku dok terbayang Honda CBR 250cc, iPad Mini, Proton Preve, guitar ESP pun ada jugak. Haish bang, sebelum cucuk duit ni tak de la terpikir atau ada buat perancangan untuk beli benda-benda tu. Tapi entah kenapa selepas cucuk duit je, benda-benda tu terus keluar secara automatik.

     Bagi aku, bawak motor ex5 yang dah cabok gila tu pun dah memuaskan hati dah. iPod 3rd gen yang dah kusut gila ni pun bagi aku dah puas dah untuk surf internet. Henset aku yang kadang-kadang keypad 'A' tak boleh pakai ni pun dah tenangkan hati dah. Kereta Kelisa ni yang bergegar selalu ni pun dah cukup bagi 'thrill' dah kat aku. Entah kenapa selepas aku 'check balance' tu, tiba-tiba benda-benda ni tak memuaskan dah. Dok terpikir benda-benda yang aku cakap tu.

     I dunno macha. Ini yang orang kata 'rezeki' kot. Ada orang bawak kelisa pun dah rasa best dah, tapi ada orang bawak Ferrari pun tak rasa puas lagi. Gaza secara fizikal banyak hancur bangunan, tapi penduduk dia sentiasa happy dan ceria. Malaysia banyak gila pembangunan, tapi rakyat dia masih lagi tak rasa aman dan bahagia. Betul kata sorang pakcik kat ofis, "Duit memang tak pernah cukup bang".

     Kemudian aku duduk tercangkung sambil berfikir. What kind of satisfaction will I get with this money?



Narrated Ibn 'Abbas:
I heard the Prophet saying,

If the son of Adam had two valleys of money, he would wish for a third, for nothing can fill the belly of Adam's son except dust, and Allah forgives him who repents to Him.

[Saheeh Bukhari , Volume 8, Book 76, Number 444]








Related article: 15 minutes of walking.

Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 6:38 PM
Categories:

3 comments  

Sunday, December 2, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Dah lama tak menulis. Insya Allah, mulai dari sekarang akan kembali menulis. Doakan gua agar diberi kekuatan dan tsabat  (keteguhan).

     Satu benda yang aku perasan dalam dunia orang bekerjaya ni, kebanyakan dari depa ni dah tak berapa nak semangat atau 'riang' bila sentuh bab-bab kemenangan islam. Dalam kepala diorang semua nak 'politik, politik, politik'. Selagi tak ada politik, tak ada perjuangan islam. Kata diorang la, bukan aku.

     Beza bila kita cerita isu-isu ummat ni dengan budak-budak uni atau sekolah. Kalau cerita kat depa ni, "hah? betul ke? TAK TAU PUN!", "Kita kena SEMANGAT memperjuangkan saudara-saudara kita ni!" dan lain-lain. Kebanyakan diorang memang 'zero' bab-bab ni, kalau ada yang tau pun setakat sikit ja.

     Kalau cerita dekat orang-orang ofis (biasanya lingkungan 40-an), diorang akan jawab senang je, "nak setel isu negara ka, palestin ka, kena politik. Itu saja. Jangan sembang dengan aku benda-benda (cara-cara) lain". Itu kalau pro pembangkang. Kalau pro kerajaan, ayat diorang bersyukur, bersyukur, bersyukur je. Tak pe lah. Aku respek kedua-dua pandangan, sebab masing-masing ada pengalaman hidup lain-lain kannnn....

     Aku nak kongsi sikitlah pengalaman tahun 2009 dulu kerja kerani kat salah satu bank yang mengaku mengamalkan konsep 'perbankan islam'. Kerja aku agak simple lah, key in data-data peminjam (atau orang yang berhutang dengan bank) ke fail lain.

     Mengaku mengamalkan konsep 'perbankan islam', tetapi unsur-unsur seperti riba dalam pinjaman tu tetap ada. Walaupun dilapik dengan alasan-alasan seperti 'akad jual beli' dan sebagainya (sori, gua tak nak cerita panjang-panjang kat sini. Confidential).

     Tapi kalau bandingkan dengan bank lain, bank yang 'islam' ni tawarkan jumlah bayaran hutang yang paling sedikit. Walaupun ada jugak berlaku riba tu, tapi dapat la jugak mengurangkan beban orang-orang yang meminjam kalau nak banding dengan bank lain (mungkin la sebab tu ofis aku kerja dulu agak doif kot. haha abaikan).

     Bukan orang islam je, orang yang belum-lagi islam pun buat pinjaman dengan bank ni. Dan kebanyakan mereka not-yet muslim ni adalah berpendapatan rendah. Sedikit sebanyak nampak seperti islam itu 'rahmatan lil 'aalamin' (rahmat/kasih sayang ke seluruh alam).

     Itu tahun 2009, masih 'insignificant' lagi perbankan islam ni. Berapa kerat je yang nak mengamalkan. Sekarang ni dah 3 tahun berlalu. Tumbuh macam cendawan, hampir kesemua bank yang ada kat malaysia ni mula perkenalkan 'perbankan islam'. Aku tak tau la metodologi setiap bank tu macam mana, tapi jenama 'islam' itu mula menunjukkan kesan kepada orang ramai. Setuju?

     Baru ni isu palestin riuh, mendapat sambutan saaaaaaaaaaaangat hangat di kalangan rakyat malaysia. Boikot kaw-kaw punya sampai McD tu lengang dari customer (walaupun pada minggu pertama saja). Afdlin Shauki pun 'amik port' dalam isu ni, siap jadi duta Aqsa Syarif lagi. Torrrrbaek la. Insya Allah dalam masa terdekat ni beliau akan ke Gaza untuk misi kemanusiaan. Biidznillah.

     Bila perjuangan Palestin ni bermula? 1948? Dah berapa lama dah? Bila isu ni mula masuk diperkenalkan di malaysia? Seingat aku lah kan, beberapa tahun dulu kalau share isu palestin ni dianggap sebagai alien. Asing.  Sekarang ni terbalik, dah jadi viral. Penuh news feed facebook tu dengan isu palestin.

     Sama jugak lah share benda-benda islamik kat facebook. Dulu tulis status islamik sikit je kena label budak surau, budak usrah, baru insaf dan sebagainya. Sekarang, wow. Sungguh 'common' share perkara-perkara islamik ni. Hadits tu la, hadits ni la. 'Mujahidku dan mujahidahku' la, kisah artis yang berhijrah dan sebagainya. Yang tak share benda-benda islamik ni pulak yang dipandang pelik (walaupun tak sepatutnya berlaku).

     Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) merupakan sebuah gerakan islam di Mesir yang ditubuhkan pada tahun 1928. Selepas pengasasnya Imam Hasan Al-Banna mati ditembak pada tahun 1949, bermulalah zaman ahli-ahli ikhwan ditangkap beramai-ramai ke dalam penjara. Diseksa, dibunuh, dibuang negeri. Tetapi perjuangan islam di bumi Mesir tetap berterusan sehingga hari ini.

     Antara sebab penubuhan gerakan ini adalah untuk mengembalikan khilafah islam (kerajaan turki uthamniyah tumbang pada 1922, 6 tahun sebelum penubuhan Ikhwan Muslimin). Pada Jun 2012, baaarulah salah seorang ahli mereka diangkat menjadi Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Itu baru wakil menjadi presiden, belum lagi penubuhan khilafah islam. Berapa lama perjuangan diorang ni?

     All the good things yang berlaku di sekeliling kita ni ingat tiba-tiba terjadi ka? Hang ingat tiba-tiba manusia bertukar arah ke islam? Hang ingat zam zam alakazam, "KAMI NAK ISLAM!! YEAHHH!"? Hang ingat boleh jadi semudah itu ka? No no no macha. Rasulullah suffer (secara fizikal) banyaakkkkk sangat kerana sebarkan islam. Orang-orang yang perjuangkan islam, mereka akan mendapat nasib yang sama sepertimana berlaku pada Rasulullah. Inilah tabiat islam, perjuangan yang panjang dan susah. Bukannya sekadar taip taip taip sikit, pastu share kat fesbuk. NO.

     Inilah jalan yang dilalui Rasulullah; 'slowly but surely'. Camni lah bro, hang tengok la sekeliling. Tanpa kewujudan hang pun, islam tetap akan tegak. Tanpa hang berbuat apa-apa pun, islam tetap akan menang nanti. Sekarang ni bagitau aku, siapa yang rugi?? Islam rugi sebab hang tak join? Silap jep. Silap besar. HANG SENDIQI YANG PALING RUGI BESAQ.

     Mati dalam keadaan tak pernah pun menggerakkan anggota badan untuk perjuangan islam. Mati dalam keadaan sedikit pun tak pernah terfikir atau berniat untuk bersama-sama dalam gerakan islam. Hang nak mati dalam keadaan camtu? Hang rasa hang memang confirm masuk syurga? Syurga atau neraka, hang dengan Allah ja yang lebih tau.

     Bro, ini bukan zaman individualism lagi. 'Engage' dengan masyarakat sekeliling (mak ayah, adik beradik, kawan-kawan, pakcik & makcik). Jangan baik untuk diri sendiri saja, sebarkan kemanisan iman itu. Libatkanlah diri dengan mana-mana gerakan yang mengaku perjuangkan islam. Usrah ke, tabligh ke, NGO islam ke (IKRAM, Haluan, ABIM, IRF, Aqsa Syarif etc.), Salafi ke, PAS ke, join je lah yang mana-mana hang selesa.

     Be a part of this community. Kalau bukan hari ini, esok Allah janjikan kemenangan islam. Kalau mati, syahid mendapat syurga. Kalau hidup, hidup dalam kemuliaan dan kemenangan. Kalau tak terkenal di dunia, insya Allah terkenal di kalangan penghuni langit.

     Bergeraklah, kerana diam itu mematikan.












إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ



Truly, this, your Ummah is one religion, and I am your Lord, therefore worship Me.



Dan sesungguhnya, ummat ini adalah ummat kamu, ummat yang satu, dan Aku adalah Tuhan kamu. Oleh itu sembahlah Aku.



[Al-Anbiya' (21): 92]



Wallaahu'alam bis sowabb


Posted by Posted by zabed at 11:23 PM
Categories:

5 comments  

Friday, October 26, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Tadi habis solat isya' kat surau rasa syahdu pulak. 'Ilham syahdu'. Sebab tok imam takbir raya dengan nada yang sedih. Adoi la machaaaaa.

     Kalau kat negara-negara Arab, standard kalau diorang takbir tidak bernada sedih pun. Nada dia macam keras, atau macam....camana entah nak cakap. Pi la try Youtube tengok. Haha. Nada normal la kot.

     Walaupun aku tau kebiasaan di negara-negara Arab takbir raya tidak bernada sedih, tapi aku tetap 'ilham syahdu' jugak semasa tok imam takbir. Entah pasaipa. Aku rindu kedah pulak. Setiap kali pak imam takbir aku teringat kedah. Berat nanang ni. Ilham syahdu betul.

     Kalau korang perasan sewaktu takbir tu ada part bacaan ni:


     Laa ilaaha illaallaahu wahdah. Sodaqo wa'dah. Wa nasoro 'abdah. Wa a'azzajundahu wa hazamal ahzaaba wahdah.


     Tak silap aku (betulkan ye kalau salah), Rasulullah lafazkan kata-kata ni ketika peristiwa Fathul Makkah.

     Cube bayangkan keadaan ketika tentera islam beramai-ramai masuk Mekah, semua orang musyrik tak berani nak keluar sebab takut. Kemudian satu persatu berhala di sekitar Ka'bah dirobohkan, pun tak ada puak-puak penyembah berhala ni berani keluar nak pertahankan.

     Lepas berhala-berhala dirobohkan, Rasulullah masuk ke dalam Ka'bah. Dalam Ka'bah ada satu patung berhala. Rasulullah pun tolak berhala tersebut sampai jatuh berkecai. Melihatkan keadaan semua ini, Rasulullah bersabda:


Sodaqo wa'dah!
Benarlah janji-janjiNya!

Wa nasoro 'abdah!
Dan telah menolong hambaNya!

Wa a'azzajundahu!
Dan telah memuliakan tenteraNya!

Wa hazamal ahzaaba wahdah!
Dan berjaya menumpaskan tentera bersekutu (musyrikin mekah & yahudi) dengan ke-esa-anNya!



     Aku bayangkan, detik Rasulullah cakap camtu seolah-olah itulah 'the moment of glory'. 'Sweet victory'. 'Epic moment'.

     Mungkin dikatakan syahdu, tapi syahdu kerana kemenangan yang sungguh epik. Mana tak epik bro, 20 tahun sebelum peristiwa ni diorang kena siksa. Kena sula. Kena hempap batu, pastu dijemur tengah panas di padang pasir pulak tu. Ada yang sampai kena panggang sehinggakan lemak-lemak kat badan dia yang memadamkan api. Lepas tu diboikot, nak makan apa semua tak boleh, sehinggakan anak-anak Rasulullah meninggal dunia ketika itu. Sehinggakan sahabat makan rumput kering kat padang pasir.

     Dengan segala macam siksaan di awal dakwah, selepas 20 tahun segalanya berubah. Mereka-mereka yang disiksa dengan teruk ni lebih kuat dari golongan penyiksa. Puak-puak ni tak berani keluar bila berhala-berhala mereka dihancurkan. Betapa Allah menghinakan orang-orang musyrikin time tu, padahal dulu diorang boleh buat sesuka hati dekat orang-orang islam.

     Terasa tak seperti betul-betul 'epic moment' bila Rasulullah cakap camtu? Allah.....syahdu. Syahdu. Pengorbanan bertahun-tahun, sehinggakan ada yang terkorban tak sempat melihat hari kemenangan tersebut. Hari fathul makkah.

     Rasulullah dan sahabat menderita (secara fizikal) kerana dakwah. Dan selepas kemenangan (fathul makkah), islam disebarkan kepada semua orang, sehinggakan penganut agama hindu di hujung tenggara Asia ni merasai nikmat islam.

     And now what are we doing? So much for 'sayang Rasulullah'???


"Maka bersiaplah untuk berkorban, sebab apa yang kalian miliki akan musnah dan apa yang di sisi Allah akan kekal"



That 'sweet victory' feeling




Wallaahu'alam bis sowabb


*Lebih Serius post baru: Anakin, you were the chosen one!

Posted by Posted by zabed at 12:18 AM
Categories:

3 comments  

Saturday, October 20, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Antara movie feveret aku time kecik-kecik dulu: Jurassic Park. Serius epik kalau aku ingat balik time kecik-kecik dulu, betapa kagumnya aku dekat T-Rex, lagi-lagi bila part dia mengaum tuh. Perh serius style. Rawwrrrrrrrrr.

     Dinosaurs hidup selama 165 juta tahun sebelum diorang pupus. Mungkin sekali dengar macam, 'alaa...165 juta je pun, standard ah tu'. Sebab dah macam cliche sangat dah fakta tu. Sorang saintis dalam Discovery Channel pernah menghuraikan berapa lama sebenarnya 165 juta tahun ni.

     **Sebelum terus baca, kena ubah mindset sikit ye. Kena ingat, saintis ni menyokong teori evolusi Darwin, apatah lagi nak kata dia ni orang islam. Bukannya nak suruh pesong akidah pun, cuma cuba kita ambil sudut pemikiran geng-geng Darwin ni. Kalau rasa macam khurafat, baik blah je berhenti dari membaca.

     Sebagai seorang manusia yang tak percaya kepada manusia pertama a.k.a Adam 'alaihi salaam , saintis ni cuba memberi bayangan berapa lama sebenarnya jangka 165 juta tahun ni. Menurut mereka, 165 juta tahun ni ibarat 800 kali lebih lama dari jangka sejak manusia 'berkeliaran' (roam) kat atas bumi ni.

     Ape yang mengkagumkan si saintis ni ialah, walaupun dinosaur ni dah 800 kali lebih lama 'roam' atas bumi, tapi dinosaur ni tak ada tamadun seperti mana kita hari ni. Diorang tak ada bangunan tinggi, diorang tak ada LRT, diorang tak ada 'space exploration' sekali pun. Diorang tak ada benda-benda yang macam kita manusia hari ni dok 'sibuk-sibuk' sangat dok kejar.

     Sekali lagi perlu diingatkan, fakta saintis ni dikagumi oleh geng-geng yang percaya manusia asal dari beruk. Jadi mungkin ada dalam sangkaan diorang bahawa macam mana dinosaur boleh 'evolve' tapi tak sampai ke tahap manusia yang ada akal.

     Yang best-nye, si saintis ni tak kagum dekat manusia yang berakal. Tapi dia kagum dengan dinosaur, yang tak bertamadun. Sebab, kalau dinosaur yang tidak berakal tu boleh survive selama 165 juta tahun, manusia yang 800 jarak waktu ketinggalan dari mereka hari ni boleh nampak bibit-bibit kepupusan. Kepupusan apa? Humanity.

     Point saintis ni senang saja. Dia tak nampak pun apa beza haiwan dengan manusia. Kalau setakat ada akal, ke mana je kita boleh bawak benda tu? Kalau nak cakap pasal 'survivability', dinosaur yang tak ada akal survive lagi lama dari kita.

    Pusing punya pusing, akhirnya saintis tu senyap. Bingung. Habis cerita....



Man vs Dinosaur. Who will 'survive'?




Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja

[Hamka]



Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

[Al-Baqarah (2): 30]




Aku doakan agar saintis tu dapat hidayah, dan pastinya diri aku dan yang sedang membaca. Aminn.

Wallaahu'alam bis sowabb


*Lebih Serius post baru: Felix Baumgartner



Posted by Posted by zabed at 1:12 AM
Categories:

0 comments  

Thursday, October 4, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Baru-baru ni aku lawat jap sekolah lama kat kuala lipis setelah 3 tahun tak pergi sana. Memang dah lain gila sekarang. Facilities canggih habis. Melampau.....bagi aku la. Haha. Dah tak nampak macam sekolah asrama, lebih kepada gaya kolej.

     Mane tak aku jeles, dekat dewan makan pakai tv flatscreen. Dulu tv kotak je, itupun kalau nak bukak kena buat permohonan. Bas pun dah lain, dulu TATA, sekarang mata 'belalang'. Kalau dulu nak tengok match kat padang bola kena berjemur bawah matahari, sekarang ni dah ada astaka. Taman burung pun dah ada, siap bersangkar lagi padahal kawasan tu dulu memang tak hidup langsung kalau nak tanam apa-apa pokok pun. Yang paling aku tak boleh blah, lantai kat asrama. Standard la kan lantai asrama simen? Tapi sekarang ni lantai dah 'tile' dah. Yang licin tu. Bapak ahhh. Dah macam kolej punya style dah. Hahaha.

     Boleh kata sekolah tu sangat modern. Macam-macam ada. Dah macam orang kata 'sekolah idaman'. Tapi sayang........setiap tahun keputusan SPM makin merudum. Haishhh. Kalau jatuh sikit-sikit, atau ada naik selepas jatuh takpa lagi. Ini sekali jatuh sampai magnitud 10. Tak tau la apa nak jadi sekarang.

     Tu aku tak cerita lagi bab-bab 'office politics'. Tak perlu lah aku cerita kat sini, tapi akhirnya aku paham kenapa banyak cikgu dah pindah mengajar tempat lain. Haish sedih sedih.

     Sekolah ku moden dengan bermacam-macam benda, tapi............................






When I say "I miss school", I mean my friends and the fun, not the school. [quoted]




'Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) was sitting with a group of his companions. He asked  them: "Make a wish", one of them said, "I wish to have as much gold as would fill this whole house, so that I could spend it in Jihaad";

then again 'Umar asked: "Make a wish", another man said, "I wished that this house was full of jewels and pearls so that I could spend it all in Jihaad and charity for the sake of Allah";

'Umar asked for the third time: "Make a wish", his companions said: "We don't know what to say, O leader of the believers";

Thereupon 'Umar said,

I wish that this house was full of men like Abu 'Ubaydah Ibn Al-Jarrah, Mu'adh bin Jabbal dan Saalim (who works for Abu Hudhayfah) in order to use them to spread the word of Allah"

[source]



Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.

[A chinese proverb]





Wallaahu'alam bis sowabb


*Lebih Serius post latest: tips tidur awal: baca buku fikrah.

Posted by Posted by zabed at 5:54 PM
Categories:

2 comments  

Saturday, September 15, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Aku teringat sewaktu kecik dulu pernah sorang mat saleh datang kenduri kahwin di kampung. Riuh satu kampung. Orang kata sampai 'bumbung tercabut'. Seingat aku mat saleh tu macam orang biasa saja tapi dapat layanan ...fuhh macam artis. Semua pandang je.

     Pastu mat saleh tu dipelawa masuk ke dalam rumah pengantin. Kononnya nak tengok macam mana rumah kampung di malaysia. Perh macam VIP pulak mamat ni. Yang tak boleh blah bila mat saleh tu masuk dalam rumah, semua yang lain pun dok intai-intai nak tengok apa yang mat saleh tu buat. Padahal 'raja sehari' bukan mat saleh tu pun. Aduhh machaa. Haha. I feel you bro *sambil menepuk-nepuk bahu pengantin lelaki*.

     Dr Zainur Rashid Zainuddin (dekan IMU Clinical School, aktivis Aman Palestin & public figure) pernah cerita pengalaman sewaktu bekerja di salah sebuah hospital utama di malaysia. Dia kata ada sekali tu sorang doktor dan jururawat menangis. Bila ditanya kenapa, diorang kata dapat tau yang Princess Diana baru saja meninggal dunia sebab accident (tahun 1997). Makkkk aihhhh. Hebat betul penangan 'mat saleh' ni sampai beribu-ribu batu jauh tuu.

     Aku sangka mat saleh adalah orang yang dibenci oleh rakyat malaysia (especially orang melayu) kerana diorang ni pernah menjajah kita dulu. Ye lah belajar dari tingkatan 1 sampai 5, banyak betul keburukan penjajah British ni diceritakan dalam buku teks tu. Tipu raja, bunuh wira negara, tindas rakyat, kenakan cukai tinggi dan lain-lain. Tapi bila tengok realiti, tak ade la pulak orang menghalau mat saleh-mat saleh ni keluar.

     Mungkin betul jugak kata-kata yang mengatakan bahawa tanah melayu sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British. Betul ke orang British bersikap kasar dengan kita dulu? Kenapa kebencian kita kat diorang tak sama macam orang-orang indonesia benci dekat orang Belanda? Ape jenis 'serangan pemikiran' yang telah diwariskan sejak dahulu sehinggakan hari ni kalau kita dapat bersama-sama dengan 'mat saleh' merupakan kebanggaan terbesar?

     Jangan salah faham pulak. Aku tak mengajak korang untuk membenci orang-orang Barat pun. Cuma pelik sebenarnya bila belek-belek balik buku teks sejarah time sekolah dulu dan lihat realiti sekarang. Semalam Prince William dan isteri Kate Middleton datang malaysia, kebetulan pula lawatan mereka betul-betul pada masa dunia islam tengah berang pasal video 'innocence of muslims'.

     Kadang-kadang aku persoalkan diri jugak, ape yang aku faham dengan maksud 'aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah'? Mungkin betul kenyataan bahawa orang British sebenarnya tak pernah menjajah tanah melayu pun (sebab kerelaan kita mungkin?). Tapi ada persoalan lain pulak timbul, sejak bila pulak kita merdeka?







Jika bukan kerana Rasulullah kita marah, untuk apa lagi kemarahan kita?

[Dr Mursi, Rabithah Ikhwan ]



Wallaahu'alam bis sowabb


blog Lebih Serius post baru: Manajemen warung burger bakar.









Posted by Posted by zabed at 5:29 PM
Categories:

2 comments  

Wednesday, September 5, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Budak zaman sekarang perangai pelik
Orang pandang buruk dia pandang semua cantik
Tak serik, mana pergi rasa segan
Kalau kata orang blablabla (tak ingat) ingat Tuhan
Kuat manusia bergantung pada ilmu
Setakat tunjuk otai tak ada orang respek kat luu
Memang begitu, dunia orang-orang bijak
Pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak



     Lagu ni femes time form 4 dulu. Tak silap Hafiz As'ari yang nyanyi. Walaupun dah 6 tahun, content lagu ni masih lagi relevan sampai sekarang.

     Ada sorang sepupu ni pernah cerita pasal sorang budak lelaki genius dalam kelas dia. Budak no. 1 dalam kelas. Tapi pelik gak, 'geeks' pun boleh ada girlfriend?? Dan awek kepada mamat no. 1 itu pula berbeza dengan dia. Kerana pencapaian akademik yang kurang memberansangkan, aweknya terpaksa extend 1 sem.

     Disebabkan awek dia terpaksa extend 1 sem, mamat ni pun ambil tindakan yang agak drastik. Cinta sejati kononnya dan perasaan nak konvo bersama-sama nanti, beliau akhirnya memilih untuk extend 1 sem jugak. Bukan sebab result dia teruk, tapi dia bagi alasan dekat lecturer kononnya mak dia sakit, jadi terpaksa extend 1 sem untuk jaga maknya.

     Ape dia buat selama satu sem pun aku tak tau. Cari kerja part time kot, wallaahu'alam. Tup tap tup tap, satu sem telah berlalu. Dan agak tragis, aweknya terpaksa extend 1 sem lagi disebabkan result akademiknya lagi. Pastu, kali ni ape mamat tu nak buat pulak??

     Mesti ramai yang geleng kepala dengar cerita ni. "Ape nak jadi budak ni". Dari sudut kita yang kononnya orang dewasa ni akan menganggap tindakan budak ni sangat lah tahpape. Tapi dari sudut mamat tu dan kawan-kawan dia atau aweknya sendiri, mungkin tindakan dia dianggap sangat mulia dan sangat gentleman. Sangat heroik. Tak ramai yang sanggup buat 'kerja gila' (kerja di luar batasan pemikiran) ni. Memang berani betul mamat tu, dari sudut kedua-dua belah kita setuju yang dia ni berani.





     Cerita pasal budak tayang 'punggung' (sopan gila ayat) dia kat gambar PM Najib dan isteri pada malam kemerdekaan. Serius ini bukan cerita lawak, memang rasa macam....eiiii geram geram. Memang ramai akan kata "@#$$^@ punya budak!!". Tapi tak dinafikan, tindakan dia memang berani. Bagi kita, ini berani yang tak kena tempat. Tapi bagi budak tu, mungkin ini tindakan heroik dari sudut....entah lah aku tak tau sudut mana yang layak untuk bagi kepujian. Tanya lah budak tu ape yang cool sangat dengan tindakan dia tu.


Orang pandang buruk dia pandang semua cantik
Tak serik, mana pergi rasa segan?


     Kesian... Tindakan diorang ni memang tak ramai yang sanggup buat. Mereka berani. Berani tak bertempat. Berani yang sampai tahap 'tak patut langsung nak didefinisikan sebagai berani'. 'Kerja gila' diorang ni layak diberi nilai magnitud yang sangat tinggi, tapi pada 'direction' yang negatif. Kalau magnitud yang sama kita 'apply' pada positive direction  macam mana? Kerja gila jugak kan? Tapi berani yang bertempat.

     Miskinnya Mus'ab bin Umair ni sehinggakan kain kafan tak cukup untuk menutup badannya. Tarik kain tutup kepala, nampak kaki. Tarik kain tutup kaki, nampak kepala pulak. Miskin, padahal sewaktu zaman jahiliyah dialah lelaki idaman yang macho. Muka hensem, baju-baju branded, pakai perfume mahal-mahal, memang betul-betul kegilaan wanita kat Mekah. Masuk islam, beliau tinggalkan semua tu dan join bersama sahabat-shabat yang miskin. Ini 'kerja gila'. Sapa sanggup buat? Ekau boleh jang? Tapi magnitud 'kerja gila' ni pada positive direction  kan? Rasulullah menangis bila tengok keadaan mayat Mus'ab kerana teringat kisah hidup Mus'ab sewaktu jahiliyah dulu.

     Kapal laut perang sememangnya besar dan pastinya sangat berat diisi dengan macam-macam meriam dan peluru. Tapi wujud jugak dalam sejarah bahawa terdapat satu pasukan perang yang mengangkat kapal-kapal perang ni ke atas bukit. Dan akhirnya mereka menang dan menawan kota Constantinople. Ini....memang 'kerja gila'. Aku tak boleh bayang camana diorang boleh buat camtu. Tapi 'kerja gila' diorang ni dilihat dari sudut yang mengkagumkan. A magnitude at a positive direction.


"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu."

     Ini adalah kata-kata femes Sayyid Qutb semasa ditawarkan pengampunan oleh rejim Mesir waktu tu. Kalau beliau menolak, beliau akan dihukum gantung mati. Berani? Ini betul-betul berani kerana benar.


Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham.

[hadits riwayat Bukhari]


     Benarlah Rasulullah bila baginda menyatakan kita semua ni 'special'. Sama ada 'specialty' kita ni di halakan pada positive atau negative direction. 'Budak-budak zaman sekarang' yang kita tengok dekat surat khabar hari ni sangat-sangatlah berani dan buat 'kerja gila' (kerja di luar batasan pemikiran). Tapi kalau 'specialty' mereka ditujukan pada positive direction, tak mustahil mereka bakal mati dalam keadaan syahid fi sabeelillah.

     Eh jap. Pesal tunjuk kat budak-budak ni pulak. Ekau boleh jang?? Hobin jang hobin!



*Lebih Serius post baru: tiga ringgit sehari kerana wanita (untuk da'i yang angau sangat nak kahwin)



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 6:46 PM
Categories:

2 comments  

Saturday, September 1, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim. *koff koff* tersedak sikit.



     Mimpi pebende ni? Camana lagu Janji Ditepati boleh masuk dalam mimpi aku ni? Kemudian aku tengok jam kat henset. 5.30 pagi. Aish tak boleh jadi ni. Kena balik rumah sekarang jugak, kalau tak jam  tak hingat punya. Lalu aku bingkas bangun dalam keadaan mengantuk, kepala sangat kusut dan berjalan terhuyung hayang ke arah kereta. Start enjin, terus blah.

     Tengah driving tu...ya Allah. Bahaya gila. Terhuyung hayang. 'Nasib baik' (bukan nasib yang baik, tapi lebih kepada penggunaan kata yang dah biasa guna) kereta tak ada kat atas highway. Yo lah jang. Tidur pukul 2.30. Bangun pukul 5.30. 3 jam je tidur mane cukup jang. Mengantuk gila.

     Keadaan aku semakin lama semakin teruk. Dah kira 'dangerous driving' dah ni. Aku pun berhenti di 7-eleven berdekatan untuk minum air gas yang betul-betul boleh segarkan mata. Keluar kereta, badan masih lagi dalam keadaan tidak segar. Mata sangat sepet orang kata, tapi gagahkan diri jugak berjalan ke arah peti ais 7-E tuh.

     Mountain Dew. Botol warna hijau tu aku angkat. Manis yang merangsang otak. Ditambah lagi dengan gas karbonat yang mencucuk lidah. Sangat sesuai untuk orang yang tengah mengantuk macam aku. Dan aku bawak botol tersebut ke kaunter cashier.

     Aiseh man. Ada amoi pulak depan aku ni. Banyak pulak barang dia beli. Selepas barang-barang yang dibeli oleh amoi tersebut dimasukkan ke dalam plastik, amoi tersebut pandang aku. Aikk, syok kat aku ka? Hahaha takde ah. Dia pandang aku dengan muka pelik. Pesal minah ni? Sebab aku terlalu selekeh? Kusut masai? Ada aku kesah? Haha. Janji aku dapat minum air mountain dew ni.

     Sampai la giliran aku di kaunter cashier ni. Kali ni akak cashier tu pulak pandang pelik dekat aku. Pulak dah. Kemudian akak tu bersuara,


"Encik, betul ke nak beli ni?"


     Aku senyap. Tak keluar apa-apa perkataan. Aku pandang tepat ke arah muka akak tersebut dengan mesej yang membawa maksud "Aku tau la muka aku dah macam mat pit dah sekarang ni, tapi jangan la ingat macam aku ni tak ada duit pulak nak bayar air Mountain Dew ni".




Are you kidding me?




     Melihat muka aku serius tanpa keluar sepatah perkataan, akak tu terus sambung buat kerja dia. Dia scan botol tersebut dan bersuara,


"Sembilan ringgit."


     Sembilan ringgit?? Ko biar betul? Aku amik satu botol je pun bukannya.........Eh? Botol kaca? Eh? Eh? Eh? Eh? Eh?!!!


     Cepat-cepat aku cancel urusan jual beli tersebut dan berlari ke arah peti ais dan ambil botol Mountain Dew yang sebenar dan kembali ke kaunter cashier. Eheh. Sori kak. Saya tak paham tadi. Kali ni akak tu pulak yang memandang serius ke arah muka aku dengan mesej:


"Sebab tu aku tanya kau tadi budak. Mentang-mentang malam ni Merdeka Night, selamba badak je la ko nak minum Carlsberg hah??"



I tried to warn you kiddo



*****


     Hahaha. Anggaplah ini cerita rekaan semata. Bukan betul pun. Sebagai muqaddimah saja. Aku start menulis entri ni pun sebab baru balik dari Dataran Merdeka yang "Janji Bersih" tu. Saja pegi. Nak tengok apa jadi. Dan......aku kecewa sebenarnya. Aishhhh sedih sedih. Bukannya "Janji Bersih" itu yang mengecewakan, tapi sikap remaja yang mengambil kesempatan sempena perhimpunan ni. Depa ni pikir nak enjoy je, kesah la pulak pasal bersih-bersih ni. Baca ni: Najib, wife become butt of joke. This is not funny at all.












"Ada sebuah negara, sudah 64 tahun terjajah, sebahagian kecil darinya dikepung dan dikenakan pelbagai sekatan ekonomi dan pergerakan keluar-masuk; darat, laut dan udara.

Pada hemat aku negara yang terjajah ini lebih merdeka dari kebanyakan negara yang mendakwa telah merdeka dari penjajahan asing dan berdiri sebagai sebuah negara berdaulat.

Kerana kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan jiwa dan kemahuan. Walaupun tanah air terjajah dan batang tubuh terpenjara namun jiwa dan raga tidak pernah menyerah  kerana jiwa itu telah lama sujud kepada Allah dan kepada Allah sahaja.

Inilah dia manusia merdeka."

[Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad]



"Beliau yang lebih selesa dikenali sebagai Ummu Muhammad menceritakan bahawa saat dua orang anaknya itu syahid, naluri seorang ibu yang membesarkan mereka turut menangis di atas kehilangan permata hatinya. Namnu keadaannya berubah setelah dia mengalami satu mimpi. Di dalam mimpi itu, kedua-dua orang anaknya datang memujuknya lalu mengatakan, "Ummi jangan menangis lagi. Kami kini di syurga, ummi."  Lihatlah, apalagi yang membahagiakan seorang ibu apabila melihat anak-anak dari rahimnya kini bergembira di syurga? Setelah itu, wanita ini bertekad mengumpul kekuatan untuk mengirim seramai mungkin anak-anaknya yang masih bersamanya sebagai syuhada' yang akan menebus Palestin dari Israel. Semangat seperti ini tidak akan saya temukan di tanah air sendiri kerana para ibu di Malaysia lebih memanjai anak-anaknya dengan kesenangan"

[Noorhasyimah Ismail, Ahli Misi A2G2 'Ramadan di Palestin Bersama Aqsa Syarif 2011']




     Rupa-rupanya kehidupan di Gaza lebih tenteram dari kita di sini. Lebih mendamaikan. Tak kusut macam kita sekarang. Jiwa yang merdeka. Janji sudah ditepati, kini masa balas budi??? *koff koff*. Tersedak lagi. Adeh.







Wallaahu'alam bis sowab



Lebih Serius post baru: Daging merah + telur bungkuih.





Posted by Posted by zabed at 4:24 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, August 26, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



"Zaid zaid. Sini jap."


Kepala aku menoleh dekat sorang kawan genius yang memang terkenal dengan lawak sarkastiknya. Mampuih la aku. Mesti ada ja lawak-lawak dia yang nak perli aku ni. Haha.


"Apesal?" Aku tanya.


"Susah doh nak panggil nama ko. Za-yed. Takkan nak panggil Yed kot?", kemudian disusuri dengan gelak yang betul-betul bernada perli. Aku layan je la mamat ni. Haha.


"Alah kau. Macam nama kau senang pulak nak sebut. Haa-di. Takkan aku nak panggil Dee Dee kot? Hahaha" aku balas perli mamat tersebut.


"Tu lah. Tak cool la panggil nama kau Za-yed. Aku bagi gelaran yang lebih cool la. Zap It! Zap It! Zap Zap Zap! Hahahaha." Mungkin sesetengah yang membaca ni tak paham, tapi bagi aku nada suara dia memang betul-betul bunyi sarkastik kaw-kaw punya. Layan je la mamat ni. Haha


     Dan takdir Allah, nama tu betul-betul melekat sejak tahun 2004 sehingga sekarang. Zap It. Zab It. Sehinggalah orang panggil aku Zabed atau Bed. Habis cerita. Haha. Asalnya nak lawak-lawak 'nama-bajet-cool', last-last amik kau melekat sampai sekarang.

     Walaupun aku dah pindah sekolah lepas PMR, kitorang masih lagi contact-contact lepak-lepak sekali. Dan macam biasa la, setiap kali lepak dengan mamat ni, ada je lawak-lawak sarkastik yang dia nak perli aku. Aku layan je. Tak kecik hati pun. Hati kering. Hahaha. Kadang-kadang aku balas balik lawak dia. 0-0.

     Semalam aku dan beberapa geng beraya di rumah member-member sekolah lama. Dari pagi ke petang. Satu hari bhaii. Dan alhamdulillah, sempat kami ziarah kubur kawan kami arwah Abdul Hadi Nordin yang dah setahun lebih pulang ke rahmat Allah.

     Aku.....tak berniat pun sebenarnya nak post cerita sedih kat sini walaupun trend drama-drama melayu buat cerita sedih pada hari raya aidilfitri. Nama pun hari raya, takkan nak gloomy punya ekspressi kot?

     Hari raya 'aidilfitri, hari yang diraikan kerana perjuangan selama sebulan yang mengembalikan diri kita kepada fitrah (nature, bentuk asal, etc.). Ada orang kata maksud 'kembali kepada fitrah' ialah dosa-dosa kita diampunkan, kiranya kita ni macam sesuci bayi-bayi yang comel tu yang sememangnya adalah fitrah.

     Aku tau....kita semua pun tau....walaupun sakan gila sambut hari raya setiap tahun, jujur dalam hati kita masing-masing tau sebenar-benarnya bahawa dosa kita sememangnya masih lagi menggunung walaupun dah masuk 1 syawal. Ya Allah...ya Allah... Dan sejujurnya kita tau kalau saat ini juga kita ditakdirkan mati, ke mana kita selepas ini pun kita dah tau dah sebenarnya. Ya Allah...ya Allah...

      Ziarah kubur kawan aku semalam membuatkan aku memahami ayat ni:



الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ 

Teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.

[Az-Zukhruf (43): 67]




     Ada yang kawan atas dasar 'duit, ada yang kerana 'muzik dan gitar', ada yang kerana 'ketawa berdekah', ada yang kerana 'outdoor adventure', ada yang kerana 'kereta', ada yang kerana 'kawan kelas', ada yang kerana 'nak jadi alien (asing)', ada yang atas dasar 'nak jadi famous sebab ramai kawan', ada jugak yang kerana 'mencantikkan facebook profile' dan lain-lain lagi lah.

     Bila dibangkitkan di padang Mahsyar karang, gambar-gambar kat facebook yang penuh dengan gelak-gelak yang macam rapat kaw-team gila tu tiba-tiba jadi musuh sama sendiri. "Bukan salah saya Allah, kawan saya ni lah yang paksa saya buat sekian sekian". "Mana ada ya Allah, dia! Dia memang cari alasan! Saya sebenarnya tak nak kawan dengan dia pun tapi.....". Betul, kalau kawan sekadar nak enjoy-enjoy, itu fake namanya.

     Dekat facebook profile aku ada 800++ friends dan kesemuanya aku kenal. Tapi aku tak tau berapa ramai dari 800 orang ni yang akan menziarahi kubur aku kelak, kemudian mereka tolong cabut rumput-rumput yang tumbuh di atas kubur aku, dan mendoakan kesejahteraan aku di bawah sana agar kubur aku diluaskan ibarat taman syurga.

     Dan sememangnya kawan aku Abdul Hadi Nordin ni sungguh beruntung, kerana ada di kalangan kawan-kawannya yang berkawan atas dasar taqwa. Diorang ziarah kubur kau, bagi salam apa khabar dan bagitau update-update kawan-kawan yang dah kahwin, tolong cabutkan rumput-rumput yang tumbuh di atas kubur kau dan akhirnya mendoakan kesejahteraan di bawah sana. Kami sayangkan kau kerana Allah.

     Insha Allah setiap kali ada orang tergelak atau tersenyum bila aku introduce nama gelaran aku 'Zabed' dekat orang lain, kau akan dapat saham pahala di sana. Haha insha Allah :).

     Allaahumma faghfirlahu warhamhu wa'aafihii wa'fu'anhu.

     Papepun, jangan lah putus kawan pulak sebab musabab tadi. Berdosa tu. Sebaliknya tukar lah daripada asalnya atas dasar yang entah pape kepada "aku kawan dengan kau kerana Allah. Kat akhirat karang insha Allah kita satu geng".

   Kepada kawan-kawan yang mengenali aku, aku sayang korang kerana Allah. Hahaha tak boleh blah ayat, tapi serius ni. Aku harap korang pun berkawan dengan aku kerana Allah jugak. Di akhirat kelak sama-sama backup sama sendiri, sampai kesemuanya ke dalam syurga insha Allah. :)

     Selamat hari raya geng. Jangan lupa puasa enam.


Mencabut rumput-rumput yang tumbuh di kubur Hadi

Membaca doa untuk Hadi




Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan ke atasnya.

[hadits riwayat Muslim]





p/s:  frasa 'hey kawan. sudah makan?' adalah frasa yang paling femes sekali digunakan oleh kawan-kawan foreigner yang baru belajar bahasa melayu. Haha style style.


Wallaahu'alam bis sowabb.


post baru blog DnT: sentuhan ke-27 di masjid seri petaling.





Posted by Posted by zabed at 3:41 PM
Categories:

0 comments  

Monday, August 13, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Bendera negara Kazakhstan



     Di uni. kat semenyih ni boleh kata ada banyak jugak lah pelajar dari Kazakhstan. Nak cam diorang pun bukan menjadi masalah, diorang ni ada 'trait' yang sama pada muka-muka diorang. Tak tau nak cakap camana, tapi memang boleh cam lah kalau dia ni orang Kazakhstan atau tak.

     Pengalaman aku mengenali orang-orang Kazakhstan ialah mereka beragama islam. Aku tak tau sama ada ada di kalangan mereka ada yang beragama lain. Mungkin diorang ni macam orang Melayu Malaysia, asal Melayu je mesti islam, asal Kazakh je mesti islam. Hahaha.

     Jadi aku agak terkejut jugak lah pada suatu waktu tengahari ni, aku ternampak ada sorang mamat Kazakhstan dengan selambe je makan kat salah satu restoran kat uni. ni (pada bulan Ramadan). Aku........sangat hairan sebab memang setakat orang Kazakhstan yang aku kenal di uni. ni memang beragama islam.

     Sangat aneh, lalu aku pun 'Google' pasal Kazakhstan:

"Islam is the religion of about 70.2% while Christianity is practiced by 26.2% of the population. [Wikipedia]"


     Ohhhh yekeeee. Tak tau pulak ada yang bukan islam. Ingatkan macam Melayu Malaysia. Tapi bila tengok angka 70% yang mungkin tak berapa nak 'wow' sangat, hakikatnya jumlah peratusan ni lebih tinggi dari populasi penduduk Malaysia yang 60% saja yang beragama islam. Jadi...sah la jugak untuk aku berasa hairan apabila aku melihat ada orang Kazakhstan yang tidak berpuasa. Seolah-olah aku melihat orang Melayu yang selamba je makan kat restoran pada waktu tengahari.

     Rasa-rasanya kalau mamat Kazakh tadi tu beragama islam, orang-orang dari jabatan agama nak tangkap dia tak?

     Ada satu cerita tentang 'seseorang yang nama dan muka seperti orang melayu' (bekas CEO syarikat penerbangan, sekarang CEO dalam salah satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. You figure it out yourself la macha.). Beliau ditangkap atas tuduhan tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Cek cek identiti beliau, rupe-rupenye mamat ni orang kristian, nama je nama islam dan muka pun macam orang melayu. Asal dari Sarawak. Sejauh mana kebenaran cerita ni....wallaahu'alam.

     Dengar nama pun boleh tau dah orang islam. Tengok muka pun muka orang Melayu. Jadi tak hairan jugak lah kalau mana-mana orang dari jabatan agama nak berkas dia kerana melepak makan di restoran pada tengahari bulan Ramadan.

     Aku ada beberapa kawan melayu yang muka memang sejibik macam orang Cina. Memang betul muka Cina lah, no doubt about it. Dan aku rasa kalau dia dengan gaya selamba buat-buat macam nak makan tengahari di restoran pada bulan Ramadan, tak ada sapa nak kesah, apatah lagi orang dalam jabatan agama.

      Undang-undang negara menetapkan bahawa setiap yang melayu itu ialah islam. Pastinya sangat ramai yang menyokong kenyataan ini. Namun ada jugak di kalangan melayu sendiri yang tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut.

     Kalau betul lah mamat Kazakh tadi orang islam dan orang-orang dari jabatan agama tahu bahawa dia islam, rasanya diorang nak tangkap tak?

     Walaupun aku tidak menyokong 100% tindakan menangkap atau menyerbu orang islam yang tidak berpuasa ni, somehow aku akan rasa kasihan pulak kepada mamat Kazakh tersebut sekiranya dia tidak ditangkap.

      Kalau atas dasar 'aqidah' kita bersikap 'caring' pada orang melayu, kenapa tidak kepada bukan melayu? Caring = kasih sayang?



وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat (baca: kasih sayang) bagi semesta alam.

[Al-Anbiya' (21): 107]




     Oh lagi satu, korang tau tak bakal menantu PM Najib ialah orang Kazakhstan?



Wallaahu'alam bis sowabb.


blog DnT post baru: 'Application unsuccessful'



Posted by Posted by zabed at 1:33 AM
Categories:

2 comments  

Wednesday, August 8, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Menjadi satu trend di malaysia, ibu bapa berbangga dengan anak-anak yang belajar kat universiti. Anak aku belajar dekat uni ni. Anak makcik ambil jurusan ni. Sekarang ni dah dua anak aku ada kat universiti. Anak makcik yang no tiga tu ada kat england belajar kat sana. Dan lain-lain.

     Ada kurang dari 2 minggu lagi sebelum raya. Risau jugak aku sebenarnya nak balik kampung ni. Sat lagi mak aku pulak yang berbangga dengan anak-anak dia yang dah habis belajar. "Anak Mak Tam (gelaran mak aku) laa ni dah 2 orang dah habih belajaq". Haha.

     Alhamdulillah. Zaman sekarang tau-tau je la kan kes-kes anak derhaka pada mak bapak. Kalau kita dapat buat mak bapak gembira, perh....itu sangat 'rare' sebenarnya. Pertama kali aku tengok mak aku senyum selebar mungkin sewaktu aku konvo bulan lepas. Perh, hanya Allah saja yang tau betapa berbunga-bunganya hati ini bila melihat mak sendiri senyum macam tu. Subhaanallah. So, sapa-sapa yang masih lagi tengah belajar tu, belajarlah betul-betul. Haha.

     Kalau di malaysia, ibu bapa bangga dengan anak kerana pencapaian akademik. Kalau di Gaza, ibu bapa mereka berbangga dengan anak-anak yang telah syahid. "Anak makcik baru minggu lepas syahid". "Anak saya dah dua orang dah kat syurga, yang bongsu tu dalam proses. Ada kat medan sekarang". Kadang kalau kita tengah sembang dengan mereka pun, tak tanya pasal anak pun dengan bangganya mereka mampu bercerita tentang anak-anak mereka yang telah syahid. Kalau tak syahid lagi, ada yang masih di medan perang. Memang kembang gila hidung diorang.

     Ada seorang pejuang di Gaza, tangan kiri putus, kaki kanan tak berfungsi. Tapi dia sangat hepi, sebab 'kaki kananku sudah setapak ke syurga'. Masha Allah, kalau sembang dengan orang yang berbangga-bangga dengan kematian yang mulia ni, kita pun boleh naik syeikh. Inilah kebanggaan yang 'ultimate'.

     Itu cerita di Gaza. Di Syria pula, tentera pembebasan (media malaysia melabel mereka sebagai pemberontak) dah conquer sebanyak 75%.  Hajat mereka atau matlamat mereka pada akhir ramadan ialah, 100% conquer Syria! Allaahu akbar. Insha Allah boleh boh.


Ketika Haram bin Milhan radhiyallaahu'anhu ditusuk dengan tombak, tombak diambil dari tubuhnya, dan ia melihat darah mengucur dari tubuhnya, ia malah berkata, "Demi Allah, aku beruntung."

[mafhum diriwayatkan dari al-bukhari, muslim dan ahmad]


Utsman bin Madz'un radhiyallaahu'anhu, matanya dicukil di jalan Allah ta'ala setelah menolak dilindungi orang musyrik. Beliau pernah berkata, "Demi Allah, mataku yang sihat perlu merasakan apa yang juga dirasakan mata yang lain di jalan Allah."

[mafhum diriwayatkan dari abu nu'aim]


Sebelum bertempur di medan perang, Umair bin Al-Hammam mengeluarkan beberapa kurma dari tabungnya, memakannya, lalu berkata, "Jika aku hidup untuk makan kurma-kurma ini, maka itu terlalu lama". Lalu, ia buang kurmanya dan bertempur hingga terbunuh.

[mafhum diriwayatkan dari Muslim dan Malik]


Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta. Mengajak kita untuk terus berlari.

[Rahmat Abdullah]


Orang yang bijak ialah orang yang mengolah seni kematiannya.

[Asy-syahid Hasan Al-Banna]




Tentera pembebasan Syria berbuka puasa




     Betul-betul bulan Ramadan ialah bulan mentarbiyah. Bulan yang mengembalikan manusia kepada fitrahnya.

     Orang-orang di luar sana betul-betul dapat manfaatkan Ramadan mereka tahun ni. Ape je la yang aku dah buat time Ramadan ni. Astaghfirullah.




post baru di blog DnT: Salahkan speaker yang murah.




Posted by Posted by zabed at 4:31 AM
Categories:

0 comments  

Wednesday, August 1, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim








     Sapa-sapa yang tak boleh baca cerita hantu, dinasihatkan agar tidak baca post ni sebab aku memang betul-betul nak cerita hantu kat sini.

     Pada satu malam Ramadan di rumah sewa, aku keseorangan menghadap laptop. Suasana gelap, tak bukak lampu (sebab nak save bil letrik). Tiba-tiba terdengar seperti ada benda jatuh di kawasan dapur. Cuak. Tapi fikir positif, mesti ada penyapu yang terjatuh. Sat lagi pi tengok la.

     Entah camana, bunyi jatuh di dalam dapur tu buat aku teringat kisah-kisah hantu semasa di Kuala Lipis dulu. Aku teringat seminggu sebelum perkhemahan kadet polis, budak-budak kadet polis akan berlatih kawad setiap malam di dataran. Pada satu malam, tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan-hentakan kaki berlari di kawasan dorm asrama. Kami pun tengok dekat kaki lima dorm, kelihatan budak-budak kadet polis lari berserakan masuk ke bilik masing-masing. Muka diorang cuak tak terkata.


"Apesal ni weh lari-lari ni?"

"Cuak doh. Cuak doh!" kata seorang member kadet polis ni.


     Korek punya korek, rupa-rupanya semasa berlatih kawad di dataran, diorang ternampak bayang putih berterbangan di atap blok akademik. Kalau sorang nampak, boleh dipertikai lagi kan? Ini semua nampak, memang sorang-sorang lari macam gila la kan. Hahahaha. Seram jugak lah bila kitorang dengar cerita tu.

     Semasa aku mengelamun teringat cerita kadet polis tu, tiba-tiba aku terasa seperti ada hentakan kaki yang senyap melangkah keluar dari dapur ke arah ruang tamu (tempat aku menghadap laptop). Terus aku capai iPod lalu disuluh kawasan yang didengari hentakan kaki tu. Tak ada apa-apa. Lama jugak aku suluh takut-takut pencuri ke yang masuk rumah aku senyap-senyap ni. Tapi memang tak ada, bayang pun tak ada. Gerak-geri pun tak perasan. Memang bulu meremang la time tu. Tapi aku fikir positif, bulan Ramadan kan syaitan diikat?

     Kemudian aku sambung menghadap laptop. Habis cerita kadet polis, aku teringat kisah lain pulak di sickbay sekolah aku. Time tu aku dan beberapa member kena kuarantin sebab mata kami merah kerana sakit apa entah aku tak ingat. Bukan setakat mata merah, demam pun kena jugak. Jadi kami dipindahkan dari asrama ke sickbay untuk 3-4 hari. Sickbay tu....dah berapa lama dah orang tak masuk situ apatah lagi tinggal di situ. So.....teee neee neiii neee teee neee neiii neee *lagu seram cerita-cerita P.Ramlee*.

     Ada sorang kawan ni, memang nakal la mamat ni. Sempat lagi dia bawak lari papan carrom dari asrama ke sickbay sebab takut kebosanan. Pada malam pertama, kesemua kami enjoy bermain carrom ni. Tapi sampai pukul 10, majoriti dari kami dah mengantuk dan tak larat. Tapi mamat gila ni masih sibuk lagi nak main. Aktif semacam tak tau pehal. Last-last bila semua orang dah tidor, dia masih main lagi. Main sorang-sorang. Jentik sorang-sorang. Memang gila.

     Keesokan pagi, si mamat gila ni jadi lain macam. Demam teruk. Muka pucat. Asalnya aktif semacam, tiba-tiba pagi ni jadi pendiam, tak banyak cakap. Pelik jugak, pesal tiba-tiba jadi pendiam ni. Kemudian, dia memberanikan diri untuk cerita.

     Malam semalam, lepas habis main carrom sorang-sorang, dia letakkan papan carrom tu dalam keadaan bersandar pada dinding. Kemudian, dia cuba untuk tidur. Malam tersebut dia tak boleh tidur nyenyak sebab selalu terjaga secara 'tiba-tiba'. Dan setiap kali dia terjaga secara 'tiba-tiba', dia terdengar bunyi orang main carrom. Bunyi jentikan. Padahal papan tersebut disandarkan dalam keadaan berdiri!

     Cuak punya pasal, dia cuba sambung tidur. Dia dengar bunyi jentikan tu dengan jelas sekali. Jentikan yang halus. Seperti orang yang tak reti main carrom, jentik tak kuat. Kadang-kadang jentikan tu terlebih kuat sehinggakan menghasilkan bunyi yang bising tapi sorang pun tak terjaga melainkan dia sorang. Dan berkali-kali dia cuba lelap tapi selalu betul dikejutkan secara 'tiba-tiba'. Tak tau kenapa. Seingat dia, kali terakhir dia terjaga, bukan lagi bunyi jentikan, tapi bunyi papan tersebut dicakar-cakar dengan rakus. Kemudian dia pengsan sebab cuak sangat. Itu apa yang dia cerita la. Sedar-sedar esok pagi demam teruk.

     Aku dengar cerita dia memang seram sebab papan carrom tu betul-betul diletakkan sebelah katil aku! Tapi aku hairan macam tak dengar apa pun malam tu. Kemudian masuk malam kedua, kami semua bertekad untuk tidur awal sebab 'tak nak kacau orang'. Paham kan? Tapi pada malam tu, kami dengar bunyi anjing 'howling' ('awooooooooooooo'...tak tau dalam bahasa melayu dipanggil apa) dari jauh. Entah apahal kesemua kami keluar beramai-ramai dari sickbay untuk mencari sumber 'howling' tersebut. Rasa-rasanya suara tersebut berasal dari bukit di hadapan sekolah kami. Pastu kitorang pun masuk balik sickbay dan kembali ke katil masing-masing. Tak sampai 5 minit kami 'settle down' di katil masing-masing.........'Awooooooooooooooo!'. Suara tersebut betul-betul berada di belakang sickbay!

     Tapi aku tak berapa ingat apa terjadi lepas kami dengar suara tu. Sedang aku cuba mengingat, tiba-tiba aku betul-betul yakin bahawa ada sesuatu di belakang aku, ada sesuatu 'landing' di sofa belakang aku ni. Tak sampai beberapa saat 'benda' tersebut landing, bunyi cakar-cakar sangat jelas kedengaran.

     Kerana perasaan cuak yang terlampau tinggi, tindakan refleks membuatkan aku secara spontan pusing ke belakang dan sepak (baca: rembat) sofa tersebut sekuat-kuat mungkin. Dan memang jelas aku nampak ada satu bayang-bayang putih melompat ke arah sofa lain!

     Aku bertambah lagi takut, jadi aku tak 'hesitate' untuk sepak sofa yang satu lagi tu. Bayang putih tersebut lari ke atas lantai dan sekelip mata aku tak tau camana dia buat sampailah bayang tersebut berhenti di satu penjuru ruang tamu. Time tu.........serius aku sangat-sangat cuak. Aku teliti bayang putih tu. Aku cepat-cepat lari ke arah suis lampu ruang tamu. Aku redho....kalau apa-apa yang bakal ku lihat selepas suis lampu dibuka. Ape nak jadi, jadilah. Bismillah... *Klik*

...
....
......
........
.........
..........
...........
............
...................
..............................
...............................................
.......................................................
................................................................
..............................................................................




..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..














































BOO YAHHH!










     KUANG HAJOOO PUNYA KUCING!! Bikin aku cuak je. Kucing pencuri makanan. Kerana terlalu bengang dan kurang waras, aku tutup semua tingkap di ruang tamu dan mengejar kucing tersebut sekejam mungkin. Kucing tu pun cuak sangat sehinggakan tak tau nak lari mana. Akhirnya dia lari naik tingkat atas. Aku dah malas nak kejar dah. Lantak kau lah labu pandai-pandai cari tingkap keluar rumah. Hahaha memang mengundang sungguh.




***********



     Kadang-kadang kita hairan dengan diri sendiri. Kita tau syaitan diikat, tapi terasa macam.....macam tak ada beza je? Kenapa aku masih boleh buat begini begini begini?

     Baru semalam aku nampak satu kemalangan yang sangat dahsyat. Kereta tindih atas kereta lain. Tak tau camana boleh jadi macam tu. Hanya dengar bunyi orang nangis saja. Bayangkan sekiranya kitalah mangsa dalam kereta tersebut, detik-detik terakhir sebelum accident ialah karaoke dalam kereta dengar lagu entah pape joget sana sini. Na'udzubillaahi min zaalik.

     Aku tak mengajak kepada menjadi hamba kepada Ramadan, tetapi bulan Ramadan seharusnya mentarbiyah (baca: mendidik) kita supaya menjadi hamba Allah. Ideally begitu juga lah selepas bulan Ramadan.

     Tujuan sebenar aku tulis post ni saja nak bangkitkan persoalan 'kenapa terasa seperti syaitan berada di kiri kanan pada bulan Ramadan'. Tapi otak manusia ni sebenarnya terhad.



Rasul Allah said:

"The universe compared to Allah's kursi (footrest) is like a ring in the desert. And Allah's kursi compared to His ursh (throne) is like a ring in the desert."

[reported by Ibn Hibban, Ibn Abi Hatim]



     Daripada memikirkan jawapan, lebih baik kita beristighfar. Hakikatnya diri kita ni terlampau teruk sehinggakan tidak memerlukan syaitan pun untuk menghasut kita. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.






Ya Allah, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang tersendiri 

Wahai pengaman segala yang takut 

Wahai penguat segala yang lemah 

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah 

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran 

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak 

Engkau Maha Tahu dan melihatnya 



Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami



Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan



Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya

Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya

Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara



Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami

Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal

usaha kami sendiri




[Ustaz KH Rahmat Abdullah, Deklarasi Partai Keadilan 1998]







Wallaahu'alam bis sowabb


Post baru blog baru: buka puasa free di masjid





Posted by Posted by zabed at 12:30 AM
Categories:

9 comments  

Thursday, July 26, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahim.


     Kalau pergi bazaar ramadan, semua benda nampak menarik. Makanan yang bukan feveret kita pun boleh jadi nampak sangat sedap. Beli lah macam-macam. Beli beli beli beli.

     Bila sampai rumah, dengar azan maghrib, makan 2 3 biji kurma dan minum segelas air pun sebenarnya dah cukup. Lepas tu, sapa nak habiskan semua lauk-lauk yang berlambak atas meja tuh? Yang tak boleh blah, ada sorang kawan beli ikan bakar hangus untuk berbuka. DAH HANGUSS PUN KAU BELI??

      Bila lapar, semua benda nampak cantik dan menyelerakan. Bila dah kenyang, walaupun rupa luarannya cantik dan rasa yang sangat sedap, tetap perut tak boleh terima makanan tersebut. Kemudian mulalah kita rasa menyesal, kenapa aku boleh desperate sangat nak beli ikan bakar ni padahal dah hangus?



Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir.

[Hadith riwayat Tirmidzi]


     Di sisi Allah, dunia lebih tidak berharga daripada sayap nyamuk. Hari ni, ikan bakar hangus pun boleh jadi sesuatu yang menyedapkan mata.

     Bulan Ramadan bulan melatih kita untuk bertaqwa. Hari raya aidilfitri disambut kerana diri kita kembali kepada fitrah (natural, bentuk asal, etc.) selepas sebulan Ramadan. Manusia dan binatang adalah dua entiti berbeza tahu?









Wallaahu'alam bis sowabb.

post baru blog baru: Masjid Terapung Puchong

Posted by Posted by zabed at 4:00 PM
Categories:

0 comments  

Saturday, July 21, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim





Aku suka singkong, kau suka keju. Aku otak lembab, kau otak laju.



     "Dulu aku kagum sangat dengan orang-orang yang otak cepat pickup ni. Otak laju. Otak genius. Study sekejap pun boleh ingat banyak benda. Study last minute pun boleh score tinggi. Tengok notes sekejap pun dah boleh ajar orang. Memang aku betul-betul kagum lah dengan diorang ni, sehinggakan aku sendiri rasa nak jadi macam diorang. Aku rasa aku boleh, aku rasa je lah kan.

     Aku pun meniru lifestyle mereka. Diorang ni bukannya kaki study pun. Banyak masa diorang melepak je keje. Kalau balik bilik pun tidur sampai pukul berapa pun tak tau. Diorang study bila sehari atau dua hari sebelum exam. Aku rasa...diorang ni genius sebab merasai tekanan yang melampau tinggi (kerana kesuntukan masa) lalu mereka fokus se-fokus mungkin sehinggakan mereka dapat memahami sesuatu konsep dalam masa yang sekejap. Perh.

      Akhirnya aku menerima kenyataan yang sungguh pahit. Eksperimen gagal. Suatu penampo kuat kat muka. Aku sebenarnya dikategorikan sebagai 'otak lembab', tapi mengada nak cuba study seperti orang-orang yang otak pickup. Ini fakta. Tapi alhamdulillah, aku tak rasa malu pun menjadi orang 'otak lembab' malah siap bangga lagi. Haha. Ini kan karunia dari Allah?"    

     Bukan aku sorang yang mengidam untuk menjadi seperti mereka yang 'otak pickup', ada raaaaamai lagi kawan-kawan yang beria-ia sangat nak menjadi sebegitu sedangkan otak kami........

     Ada sorang kawan, memang dikategorikan sebagai 'otak lembab', tapi dia tak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak berjaya.


"Bed, aku ni jenis lambat pickup sikit. Aku kena study awal baru boleh masuk kepala."


     Dan dua minggu sebelum exam, mamat ni dah habis study dah. Tinggal nak jawab past year papers. Dan result dia....Perhhhh. Sekarang ni tengah tunggu application untuk sambung PhD. Bapakkkkk ahhhhhhhhhhh. Long live 'otak lembab'! Yeahh aku bangga jadi orang 'otak lembab'.

     Ada orang otak memang laju dan ada yang lembab. Kalau nak explain kenapa jadi macam tu memang kena baca banyak jurnal la. Tapi aku rasa semua orang setuju dengan kewujudan otak laju dan lembab. Otak laju tidak bermaksud pandai dan otak lembab tidak bermaksud bodoh. Otak laju tidak semestinya sesuatu yang postif dan otak lembab tidak semestinya sesuatu yang negatif. Kiranya, 'kelajuan' otak tu dipengaruhi oleh mekanisma badan kita yang blablablablabla.

     Apa-apa pun, kenal lah diri sendiri. Tahu tentang 'limit' pada badan kita. Jangan menidakkan fitrah masing-masing. Kan masing-masing dari kita ni unik, masing-masing memang dilahirkan dalam keadaan fitrah?


Tidaklah setiap anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi. Seperti haiwan melahirkan anaknya yang sempurna, apakah kalian melihat darinya buntung (pada telinga)?

[Hadits riwayat Bukhari dan Muslim]



     Fitrah ni boleh diertikan seperti 'natural', semula jadi. Kembali kepada yang asal. Sifat semula jadi.


     Aku peminat cerita Batman yang diarahkan oleh Christopher Nolan (Batman Begins, The Dark Knight & The Dark Knight Rises). Dan aku perasan dalam ketiga-tiga filem tersebut, Christopher Nolan memang betul-betul dapat 'describe' realiti yang berlaku pada dunia sekarang di mana-mana negara sahaja. Tak macam filem-filem superhero yang lain seperti Avengers atau Iron Man atau Spiderman yang hanya tunjuk 'the good side' atau 'beautiful lie' tentang realiti dunia sekarang.

     Korupsi, itu realiti yang kita buat-buat tak nampak. Cepat je sorokkan. Keadaan yang terlalu korup seperti dalam ketiga-tiga cerita Batman tu hakikatnya memang sejibik yang berlaku di tempat kita sekarang. Institusi negara mana ja yang betul-betul membela hak rakyat? Benda-benda macam ni tak perlu dibincangkan dengan panjang lebar. Masing-masing tau. Dunia memang tak selamat bukan kerana terrorist, tapi kerana mereka-mereka yang bertopeng 'orang baik'.

     Batman sendiri tak tau nak jawab apa bila ada orang tanya mengapa dia masih nak selamatkan Gotham City daripada 'criminals' sedangkan rakyat sendiri pun tak berapa nak betul. Walaupun semua 'criminals' ditangkap, masalah korupsi tetap ada. Sebab manusia tidak kembali kepada fitrah, masalah tetap akan wujud. Manusia tidak pergi pada 'the root', maka selama-lamanya korupsi akan wujud sehinggalah dunia tidak tahan dengan perkara yang tidak kembali pada fitrah ini dan menghancurkan penduduknya (bala atau kiamat).

     Kalau kita tidak kembali kepada fitrah, fitrah akan memukul kita. Kalau lapar, perlu makan. Kalau tak, tanggung kesakitannya. Kalau mengantuk, perlu tidur. Kalau tak, kita tanggung pukulan dari fitrah. Fitrah orang kaya perlu menolong orang miskin. Kalau tak, tengok keadaan orang kaya yang terlampau hodoh dan orang miskin yang terlampau kasihan. Fitrah orang berkuasa kena tolong orang yang ditindas. Kalau tak, tengoklah realiti orang berkuasa pula menindas orang-orang yang lemah.


"Kemudian pada akhirnya mereka pun hancur dan isme-isme bikinan mereka juga turut hancur di bawah pukulan tukul-tukul fitrah semulajadi yang tidak sanggup ditanggung oleh isme-isme yang sewenang-wenang."

[Sayyid Qutb, Muqaddimah , Fi Zilal Quran]



     Hari Raya Aidilfitri disambut kerana diri kita kembali kepada fitrah selepas sebulan berada di madrasah Ramadan.

     Alhamdulillah hari ini kita masih lagi berkesempatan untuk berada di bulan Ramadan, bulan yang akan 'train' atau tarbiyah  kita sehingga kita kembali kepada fitrah kita yang asal.

     Jangan menganggap bulan Ramadan hanya bulan puasa semata atau kandang ibadah semata. Jangan kita mengambil islam dari sudut fizikal atau luaran (lahiriah, zahir) sahaja seperti mana yang disebutkan dalam hadits dan Quran:


Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan hanya lapar dan haus sahaja.

[Hadits riwayat Ahmad dan Hakim dari Abu Hurairah]




Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,

(yaitu) Orang-orang yang lalai dari solatnya,
[Al-Ma'un (107): 4-5]



     Puasa perut bukan semata-mata menahan lapar. Dan begitu juga dengan puasa mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan dan dan semua sekali lah. Allah melatih kita pada bulan Ramadan ini dengan sifat 'berpuasa' dari kejahatan. Allah melatih kita pada bulan Ramadan ini agar kita kembali kepada fitrah.

     Tarbiyah bulan Ramadan dapat memenangkan pasukan yang hanya 313 orang menentang 1000 orang. Mengapa tarbiyah Ramadan 2012 tidak dapat memenangkan segala macam korupsi yang berlaku di dunia sekarang?

     Insha Allah kita boleh. Bismillah...jalan...



Dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan di dalam undang-undang Allah.



[Al-Fath (48): 23]



Wallaahu'alam bis sowabb...





post lama berkaitan puasa: Dilemma Bazaar Ramadan




Posted by Posted by zabed at 12:39 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>