Bismillaahirrahmaanirrahiim
Budak zaman sekarang perangai pelik
Orang pandang buruk dia pandang semua cantik
Tak serik, mana pergi rasa segan
Kalau kata orang blablabla (tak ingat) ingat Tuhan
Kuat manusia bergantung pada ilmu
Setakat tunjuk otai tak ada orang respek kat luu
Memang begitu, dunia orang-orang bijak
Pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak
Lagu ni femes time form 4 dulu. Tak silap Hafiz As'ari yang nyanyi. Walaupun dah 6 tahun, content lagu ni masih lagi relevan sampai sekarang.
Ada sorang sepupu ni pernah cerita pasal sorang budak lelaki genius dalam kelas dia. Budak no. 1 dalam kelas. Tapi pelik gak, 'geeks' pun boleh ada girlfriend?? Dan awek kepada mamat no. 1 itu pula berbeza dengan dia. Kerana pencapaian akademik yang kurang memberansangkan, aweknya terpaksa extend 1 sem.
Disebabkan awek dia terpaksa extend 1 sem, mamat ni pun ambil tindakan yang agak drastik. Cinta sejati kononnya dan perasaan nak konvo bersama-sama nanti, beliau akhirnya memilih untuk extend 1 sem jugak. Bukan sebab result dia teruk, tapi dia bagi alasan dekat lecturer kononnya mak dia sakit, jadi terpaksa extend 1 sem untuk jaga maknya.
Ape dia buat selama satu sem pun aku tak tau. Cari kerja part time kot, wallaahu'alam. Tup tap tup tap, satu sem telah berlalu. Dan agak tragis, aweknya terpaksa extend 1 sem lagi disebabkan result akademiknya lagi. Pastu, kali ni ape mamat tu nak buat pulak??
Mesti ramai yang geleng kepala dengar cerita ni. "Ape nak jadi budak ni". Dari sudut kita yang kononnya orang dewasa ni akan menganggap tindakan budak ni sangat lah tahpape. Tapi dari sudut mamat tu dan kawan-kawan dia atau aweknya sendiri, mungkin tindakan dia dianggap sangat mulia dan sangat gentleman. Sangat heroik. Tak ramai yang sanggup buat 'kerja gila' (kerja di luar batasan pemikiran) ni. Memang berani betul mamat tu, dari sudut kedua-dua belah kita setuju yang dia ni berani.
Cerita pasal budak tayang 'punggung' (sopan gila ayat) dia kat gambar PM Najib dan isteri pada malam kemerdekaan. Serius ini bukan cerita lawak, memang rasa macam....eiiii geram geram. Memang ramai akan kata "@#$$^@ punya budak!!". Tapi tak dinafikan, tindakan dia memang berani. Bagi kita, ini berani yang tak kena tempat. Tapi bagi budak tu, mungkin ini tindakan heroik dari sudut....entah lah aku tak tau sudut mana yang layak untuk bagi kepujian. Tanya lah budak tu ape yang cool sangat dengan tindakan dia tu.
Orang pandang buruk dia pandang semua cantik
Tak serik, mana pergi rasa segan?
Kesian... Tindakan diorang ni memang tak ramai yang sanggup buat. Mereka berani. Berani tak bertempat. Berani yang sampai tahap 'tak patut langsung nak didefinisikan sebagai berani'. 'Kerja gila' diorang ni layak diberi nilai magnitud yang sangat tinggi, tapi pada 'direction' yang negatif. Kalau magnitud yang sama kita 'apply' pada positive direction macam mana? Kerja gila jugak kan? Tapi berani yang bertempat.
Miskinnya Mus'ab bin Umair ni sehinggakan kain kafan tak cukup untuk menutup badannya. Tarik kain tutup kepala, nampak kaki. Tarik kain tutup kaki, nampak kepala pulak. Miskin, padahal sewaktu zaman jahiliyah dialah lelaki idaman yang macho. Muka hensem, baju-baju branded, pakai perfume mahal-mahal, memang betul-betul kegilaan wanita kat Mekah. Masuk islam, beliau tinggalkan semua tu dan join bersama sahabat-shabat yang miskin. Ini 'kerja gila'. Sapa sanggup buat? Ekau boleh jang? Tapi magnitud 'kerja gila' ni pada positive direction kan? Rasulullah menangis bila tengok keadaan mayat Mus'ab kerana teringat kisah hidup Mus'ab sewaktu jahiliyah dulu.
Kapal laut perang sememangnya besar dan pastinya sangat berat diisi dengan macam-macam meriam dan peluru. Tapi wujud jugak dalam sejarah bahawa terdapat satu pasukan perang yang mengangkat kapal-kapal perang ni ke atas bukit. Dan akhirnya mereka menang dan menawan kota Constantinople. Ini....memang 'kerja gila'. Aku tak boleh bayang camana diorang boleh buat camtu. Tapi 'kerja gila' diorang ni dilihat dari sudut yang mengkagumkan. A magnitude at a positive direction.
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu."
Ini adalah kata-kata femes Sayyid Qutb semasa ditawarkan pengampunan oleh rejim Mesir waktu tu. Kalau beliau menolak, beliau akan dihukum gantung mati. Berani? Ini betul-betul berani kerana benar.
Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham.
[hadits riwayat Bukhari]
Benarlah Rasulullah bila baginda menyatakan kita semua ni 'special'. Sama ada 'specialty' kita ni di halakan pada positive atau negative direction. 'Budak-budak zaman sekarang' yang kita tengok dekat surat khabar hari ni sangat-sangatlah berani dan buat 'kerja gila' (kerja di luar batasan pemikiran). Tapi kalau 'specialty' mereka ditujukan pada positive direction, tak mustahil mereka bakal mati dalam keadaan syahid fi sabeelillah.
Eh jap. Pesal tunjuk kat budak-budak ni pulak. Ekau boleh jang?? Hobin jang hobin!
*Lebih Serius post baru: tiga ringgit sehari kerana wanita (untuk da'i yang angau sangat nak kahwin)
Wallaahu'alam bis sowabb.
2 comments:
try baca kisah Bouazizi, 26 yr old. He s the pemuda that triggered the Arab spring. Some ppl might say dia ni bunuh diri but Syeikh Yusuf Qardawi ckp dia mati syahid. just look the effect of his action to the Arab world. may Allah bless his soul. wallahua'lam
-Orang KL-
Rasanya dia bukan bunuh diri tu. Insya Allah dia mati syahid. Amin..
Post a Comment