Sunday, March 18, 2012


bismillaahirrahmaanirraahiim







Question: How many litres of blood does a human male have? Answer: 5 Litres


     5 litres of blood? Macam isi 10 air mineral botol kecik. Banyak tuh. Pastu kesemua botol tu tertumpah atas jalan raya. Bloodbath. Ngeri. Oh. Tak mungkin berlaku eh? Baru pagi tadi aku nampak. Pukul 8 pagi. Penuh satu lane untuk jarak dalam 10 meter.

      Biasanya kalau ada accident, polis akan selimutkan mayat dengan kain atau kanvas hitam. Kita tau ada mayat bila kita nampak kanvas tu menzahirkan rupa bentuk seorang manusia. Dada, tangan, kaki, etc. Apa yang berlaku pagi tadi, aku tak nampak mana-mana bahagian pun pada kanvas hitam tu yang menzahirkan tubuh manusia. Seperti longgokan atau timbunan serpihan-serpihan mayat yang dikumpulkan. Helmet motor betul-betul diletakkan di sebelah kanvas hitam tu. Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'uun.

     Teringat kata-kata Imam As-syahid Hassan Al-Banna,


Orang yang bijak ialah orang yang mengolah seni kematiannya.


     Hampir sama dengan mafhum hadith nabi tentang orang yang bijak ingat kepada kematian. Kata-kata hasan al-banna ni bukan bermaksud kita bebas untuk tentukan waktu mati kita dan macam mana dan sebagainya.

     Seorang pelajar yang nak kerja bagus-bagus, sebelum grad lagi dah start usaha pulun habis. Bermula dengan belajar bersungguh-sungguh untuk dapat second class atau first class degree. Study dapat result gempak tak cukup bang. Pergi mana-mana career fair, hantar CV atau resume yang ditulis dengan mantap nak mampus. Pastu hantar ke company bagus-bagus. Tak cukup lagi. Kena sentiasa follow up company yang diidam-idamkan dengan selalu call tanya 'apa perkembangan saya?'. Ada lagi. Pergi join mana-mana club di universiti tu yang dapat membina jaringan atau network atau kabel dengan company besar-besar.

     Seorang lelaki bujang yang keinginannya meluap-luap nak kahwin dengan perempuan yang dia syok. Sebelum habis belajar dah start kumpul duit dah. Letak tabung kahwin dalam almari. Sehari menabung tiga ringgit. Cukup setahun, dapat 3 x 365 = RM1,095. Cukup seribu, beli emas pastu simpan. Tunggu sampai harga emas melambung naik. Setahun dapat generate seribu sikit tu bang. Jadi, kos belanja makan tengahari setiap hari jangan lebih 5 ringgit. Air mineral beli pada awal minggu, pastu setiap hari refill botol tu dengan water cooler. Tu lah minuman untuk setiap masa. Makan malam, kalau malas memasak pergi beli nasi bujang yang berharga 2 ringgit. Kalau lapar lagi, pergi minum water cooler tu, kasi kembung perut sampai dah tak ada nafsu makan lagi dah.

     Camana pulak dengan manusia yang selalu fikir tentang masalah ummah? Allahyarham Ustaz K.H. Rahmat Abdullah pernah berkata (video youtube),


Salah seorang kader ini keluar dari bengkel tempat dia bekerja...
Bengkel...bukan kampus.
Bengkel dia...tukang las...bikin furniture.
Dia keluar dari kantornya, dari bengkelnya itu, hari Khamis...Petang hari.
Kerana liburnya di waktu itu, di sana.
Hari Jumaat, tiba-tiba Isyak dia sudah memberi dauroh di hadapan sekian ratus orang.
Sekian puluh kilometernya dari kotanya.
Kemudian, besok pagi dia sudah memberikan kuliah subuh,
di sekian ratus kilometer tempat.
Dan Jumaat siangnya, dia sudah khutbah Jumaat di sekian ratus kilometer lagi.
Malam Sabtunya, Asar hari Jumaat.
Dia diberikan arahan pada mukhayyam.
Pada camping yang dihadiri ratusan pemuda dari berbagai kabupaten.
Mula isyaknya, dibikin dauroh yang luar biasa, mempengaruhi, dan menimbulkan pengaruh besar dan perubahan pada syabab,
pemuda-pemuda dan kader yang ada di tempat-tempat itu.
Dan besok pagi, sudah ada di bengkelnya.
Jauh, sebelum datangnya buruh-buruh yang lain.
Dia datang dengan wajah yang cerah...
Cerah!!
Ceria!
Segar!
Walaupun lelah.. tetapi, dia penuh semangat...
dan kebanggaan!!
Seperti itulah kader seharusnya..Profil.. yang dibanggakan.. pada saatnya..
Cerdas.




     Katakanlah, sekiranya kitalah serpihan mayat yang aku lihat pagi tadi, rasa-rasanya kita dalam perjalanan ke mana kalau hajat dan keinginan kita memang nak pangkat dan gaji lumayan?

     Kalau kita hidup bermati-matian kumpul duit untuk kahwin perempuan yang kita...eherm 'sayang', rasa-rasanya kita dalam perjalanan ke mana pagi tadi?

     Dan kalau betullah kita peduli ummah, siang hari sebelum tidur hanya berkisarkan tentang ummah, rasa-rasanya boleh tak kita jadikan peristiwa accident pagi tadi untuk kita tunjuk di hadapan Allah sebagai saksi (syahid)?

     Inilah apa yang dimaksudkan dengan, 'mengolah seni kematiannya'. Kita diberi pilihan, betul. Jangan nak menggelabah kata hidayah tak sampai lagi.




maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketaqwaan. [Ash-Shams (91): 8]



Wallaahu'alam

Posted by Posted by zabed at 5:31 PM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>