Sunday, October 30, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim.


     Pagi tadi aku ikut mak aku pergi beli barang rumah kat supermarket. Habis beli barang, aku tolak troli ke arah kereta. Dalam perjalanan, aku nampak seorang budak kecik ni. Dia dok syok bermain-main dengan air pancut-pancut tu. Tengah-tengah panas tengahari. Mak bapak dia layan je la.

     Serius best kalau dapat jadi macam budak tu. Tengah-tengah panas ni main air. Perh. Tak ada sapa nak gelakkan budak tu. Pak guard pun paham sampai tak perlu untuk menghalau budak kecik tu. Orang ramai yang lalu lalang pun buat biasa je. Budak tu lagi la. Main dengan happy sungguh. Tak rasa malu langsung. Seperti tak diminta pertanggungjawaban atas setiap perkara yang dilakukan.

       Budak kecik......hangpa pun tau la kan. Depa ni bukannya boleh pikiaq lagi. Anugerah akal yang waras masih lagi di tahap tak matang. Bagi la macam-macam benda pun, depa ni pikiaq nak main ja. Gigit sana, gigit sini. Ouch.

        Kadang berlaku lintasan hati. Aku bersyukur sekiranya aku mati pada usia tidak baligh lagi. Free-free je masuk syurga. Tentulah, mereka ni tidak diminta pertanggungjawaban atas nikmat-nikmat yang diberikan.


        Yang peliknya, bila otak kita dah waras, makin banyak benda yang kita minta dari Allah. Macam-macam permintaan pelik-pelik kita pinta. Bukan nak kata salah, cuma lagi banyak benda yang kita dapat, lagi banyak tanggungjawab akan dipersoalkan kelak.


With great power comes with great responsibility  [Uncle Ben, Spiderman 2002 ]


         Orang kafir lagi lah. Betapa menyesalnya mereka di akhirat kelak sehinggakan mereka bukan sahaja tak nak jadi budak kecik, tetapi kalau boleh nak jadi tanah terus. Langsung tak punyai apa-apa. Habuk pun.




إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
[An-Naba' (78): 40]






      Perut yang kosong, kalau disuapkan nasi kosong pun dah sedap. Dapat kicap Habhal manis pun boleh menangis.

Posted by Posted by zabed at 7:38 PM
Categories:

0 comments  

Friday, October 28, 2011


Assalaamu'alaykum warahmatullaahi wabaarakaatuh.


     Sekarang dah pukul 2.51 a.m. Lagi 9 minit dah pukul 3. Hakikatnya, dari pukul 12 tadi aku cuba untuk tido. Dari tadi aku hanya golek-golek atas katil je. Tak tau pasal tak boleh lelap mata ni. Mungkin sebab aku terlalu stress dengan kerja menjadi seorang pelajar akhir tahun. Wallaahu'alam. Aku tak tau nak cakap camana.

     Busy? Ye. Mungkin itu alasan aku dah lama tak update blog. Nak baca blog pun tak ada masa. Ewahhh. Kau perdana menteri ke ape ni? Berpijak kepada bumi realiti, 3 jam dibazirkan macam tu je. Ape bende yang aku busy sebenarnye? Syok sendiri?

     Pakcik Hassan Al-Banna pernah berkata, "Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada". Ramai ikhwah  atau brothers setuju dengan apa yang dikatakan oleh Pakcik Hassan Al-Banna. Aku pun setuju.

     Cuma aku tak setuju bila kata-kata Hassan Al-Banna ini digunakan setelah kita rasa kita telah buat baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kerja dakwah. 1000km ke tempat destinasi. Setiap malam ade je tempat minta diberi pengisian. Sabtu ahad berulang alik ke program dari setiap sudut lapis umur. Sebelum subuh kena bertolak balik ke rumah sebab ada kelas pada keesokan pagi. Nak bermesra atau bina hubungan dengan objek dakwah lagi. Dan macam-macam 1001 kerja yang kita boleh senaraikan.

      Kadang kita merasakan tanggungjawab yang telah kita laksanakan telah melangkaui magnitud masa itu sendiri. Kemudian kita gah memperkatakan, "tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada". Itu syok sendiri namanya. Realitinya,


"Masa yang ada terlalu banyak berbanding tanggungjawab yang kita ada"


     Allah itu Maha Adil. Setiap orang telah diperuntukkan masa yang cukup sebelum tamatnya ujian. Rugilah bagi mereka yang 'berlengah-lengah' dengan masa tersebut. Tak ada kes "banyaknya kerja sampai tak cukup masa!"


أَوَلَمْ نُعَمِّرْ‌كُم مَّا يَتَذَكَّرُ‌ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ‌
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir?
[Fatir (35): 37]


      Pakcik Hassan Al-Banna tak salah. Yang salah adalah pemikiran kita yang merasakan kerja kita terlalu banyak sehinggakan perlu 'extra time'.

      Pengajaran: Hakikatnya, kerja yang telah dilaksanakan adalah sedikit berbanding waktu yang disediakan. Mungkin aku akan pergi baca buku fikrah kejap lagi untuk buat aku rasa mengantuk. Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada menghadap facebook berejam-rejam ataupun bergolek-golek di atas katil mengharapkan siling berwarna putih menjadi hitam.




       Gelas yang kosong, kalau tak diisi dengan air, akan diisi dengan udara.







Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kesilapan manusia itu sendiri.

Posted by Posted by zabed at 3:49 AM
Categories:

5 comments  

Friday, October 14, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Alhamdulillah tambah sorang housemate baru. Dia mintak tolong aku untuk pinjam kapasiti kereta nak punggah barang dari rumah dia ke rumah kitorang. Aku tak ada hal je sebab bila mamat ni masuk, sewa rumah makin murah la. Haha tak ada la main2 je.

     Tapi gua silap bajet la jep. Aku ingat barang setakat baju2 atau benda2 yang kecik je seperti buku2, kipas kecik, extension cable etc. Rupe2nye sampai almari baju dan meja belajar pun nak kena pindah sekali! Memang tak dapat la jep kawe nak nolong.

     Takpa. Kita try slow-slow nah? Walaupun kesemuanya mustahil untuk disumbatkan dalam kereta kelisa, kami try jugak kira2 camana nak bajet nak sumbat barang ni sekali. Tak boleh la bro. Ini almari baju ni 2 orang pun boleh share. Kalau sumbat dalam kelisa jugak, takdak driver la jawabnye.

     Akhirnya kami pun try mintak tolong member yang ada kereta pickup macam toyota hilux ke, ford ranger etc. Tapi kesemuanya busy ada hal kecuali sorang member ni yang bawak toyota unser. Tu bukan pickup tau. Unser pun unser la, janji boleh sumbat. Try2 sumbat, hah nampak macam van jenazah pulak. Haha takpa janji boleh gerak sampai rumah.

     Kereta aku sumbat barang2 kecik dan meja belajar. Ok la. Alhamdulillah ada jugak ruang untuk meja belajar. Kereta kelisa beb tapi boleh muat! Maha Suci Allah yang mempermudah urusan hamba-hambaNya.

     Jadi bergeraklah kami konvoi 2 kereta. Dalam perjalanan, aku dok fikir, memang kereta aku ni kecik lagi dha'if. Sekurang2nya dapat viva pun ok lagi sebab boleh muat 5 orang. Kelisa kalau 5 orang kena himpit2 jugak. Setiap kali kalau aku jadi driver untuk peserta2 program, aku rasa serba salah je bagi adik2 yang terpaksa naik kereta aku. Dah la kereta lama, sempit pulak tu. Aircond? Haih tiup guna mulut lagi sejuk rasanya.

     Apa nasihat yang selalu kita dengar? Ya akhi, enta kena banyak2 bersabar . Ye. Bersabar je la yang aku mampu buat. Ingat bapak aku cop duit ka nak beli kereta baru? Haha apa2 pun bersabar je la jang. Sabar sabar sabaq sabaq.

     Dalam perjalanan, tiba-tiba aku tersentak dengan satu motor ni. 3 orang naik sekali. Orang belakang dan orang tengah sedang menjunjung almari yang sama saiz dengan member aku tadi tu dengan kedua-dua tangan mereka memegang almari dengan erat.Ye. Naik motor je.



Allaahu akbar. Allaahu akbar. Ramai orang boleh bersabar dengan dugaan sendiri. Berapa ramai pula boleh bersyukur  dengan apa yang dimiliki? Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 8:28 AM
Categories:

5 comments  

Sunday, October 2, 2011


Bismillaahirrahmaanirraahiim


Salaam 'alaikum. Ni 'random thoughts' yang berlaku pada jumaat lepas. Kalau dah nama pun cerita, jangan harap cerita ni 100% betul. Ape-apepun, dah lama tak update blog, rasa bersalah. 



     Pada malam hari jumaat, ada beberapa brader ajak 'lepak' kat serdang lepas isya'. Lepas dapat sms tu, aku terus mandi dan bersiap nak solat maghrib kat surau berdekatan dengan kawasan rumah sewa. Selesai solat maghrib, macam kebiasaan surau-surau atau masjid-masjid di malaysia, mesti berselawat sambil bersalam 'ikut barisan'.

     Dengan muka yang diisi dengan senyuman dan kasih sayang (*puking ), aku salam sorang pakcik ni. Pakcik tu pandang muka aku dengan wajah yang sangat-sangat tidak ceria dan macam nak mengamuk. Melihat ekspressi wajah pakcik tersebut, aku menggenggam erat tanggannya semasa bersalam sambil berkata "AS SAA LAA MU A LAI KUM!!" dengan nada suara yang tinggi. Pakcik tu terkejut. Aku pun cepat-cepat blah dari surau tu takut apa-apa terjadi.

     Aku buat camtu sebab "pesal kau salam-salam orang lepas solat tapi muka macam tak puas hati je? Bersalam-salaman ni kan bertujuan untuk bermesra dengan manusia lain? Baik tak payah salam langsung kalau muka macam nak mintak penampar je! "

      Masuk kereta, terus gerak ke serdang sorang-sorang. Habis solat isya' di serdang, dapat sms kata tangguh pukul 10 pulak. Tengok jam, masih ada 45 minit lagi. Orait, sempat lagi nak dinner  ni. Restoran sebelah je dengan surau. Sambil membawa sebuah Quran kecik, aku berjalan ke arah restoran tersebut yang penuh padat dengan 1001 jenis manusia. Serius first time tengok restoran ni penuh dengan orang. Jakun jap.

      Duduk je, terus ada sorang pekerja ni pergi ke arah meja aku. Aku senyum tengok brader tu. Brader tu pun membalas senyuman yang lebih mesra. Haa. Ni baru betul jang. Baru lah namanya sedekah. Ke brader tu senyum sebab nampak aku pakai kopiah dengan janggut panjang ditambah lagi atas meja ada sebuah Quran? Seluar jeans tu lain cerita la. Haha gurau-gurau la bro. Berdosa besar aku sekiranya itu tujuan aku mengikut sunnah.

     Lepas order, aku melihat sekeliling restoran seperti orang freak  atau stalker . Bising gila restoran tu sebab ramai sangat, ditambah lagi dengan gaya pelik-pelik individu-individu yang berada di situ. Tiba-tiba hati tergerak untuk membaca maksud surah As-Sajdah, memandangkan tu surah feveret.


Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alif laam miim.


     Aku terus membaca maksud, sehinggalah tersentak dengan 'ketukan' pada ayat ketiga.


Sebenarnya Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.


      Bergetar hati. Tertunduk sekejap. Muhasabah balik. Kemudian pandanganku teralih ke arah timur laut, kelihatan seorang perempuan Melayu tidak bertudung dan berseluar pendek. Lihat ke arah barat laut pulak, juga seorang perempuan Melayu, bertudung belit-belit, tapi pakaian tetap menampakkan tubuh badan jugak. Melihat ke arah hadapan, seorang lelaki Melayu dengan t-shirt tertera perkataan "Behemoth" (blackmetal). Di sebelah kanan pula, sepasang suami isteri Melayu yang tidak menutup aurat sedang mendidik anak-anak mereka.

      Geleng kepala. Tapi jelas di ayat tadi bahawa sebenarnya tak boleh nak salahkan mereka 100% atas kesilapan mereka kerana mereka ini orang yang tidak tahu. Tak boleh nak menghukum sesuka hati. Tak boleh nak cakap "buat apa pakai tudung kalau pakaian masih ketat?", tak boleh juga nak cakap "kalau mak bapak pun camni, jangan salahkan orang lain la kalau anak-anak jadi macam set** bila dah besar nanti". Dan sama sahaja kes aku dengan pakcik kat surau tadi. Hakikatnya, mereka tidak tahu. Dan lebih parah lagi, tak ada orang yang nak beri peringatan kepada mereka.

     Astaghfirullah. Istighfar banyak kali. Lupa daratan betul aku ni. 3 tahun yang lepas aku pun seperti mereka. Berseluar pendek dan t-shirt band metal, pastu ke hulu hilir ke Annexe Hall di Pasar Seni semata-mata nak tengok gig-gig metal. Pastu head banging. Langgar sana, langgar sini, laki ke perempuan ke langgar je. Janji ada feel.

     Termenung sekejap. Waktu tu, sapa je lah nak tolong dakwah orang-orang macam kami ni. Yang selalu dengar caci-caci macam tadi la. The so-called serbanistas ni tau nak hukum-hukum, marah-marah, jeling maut je. Bukannya kami ni tak nak islam. Bukannya kami ni beriya-iya nak masuk neraka. Hakikatnya kami memang dahagakan sinar islam. Kami tercari-cari ketenangan dalam hati ni. Luaran gila-gila, dalaman tak happy bro. Banyak masalah serabut jiwa. Tak ada orang yang nak dakwah kami secara hikmah waktu tu. Alhamdulillah, takdir Allah, muncul juga seorang murabbi  (brader usrah) yang juga seorang ex-rockstar, datang kepada kami dan menceritakan tentang islam. Mahasuci Allah yang melembutkan hati-hati yang sekeras batu.


"agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu"


     Sungguh aku rasa bersalah gila dengan pakcik surau tu. Sambil aku makan, sambil aku kenang bagaimana cara kita rakyat malaysia berdakwah. Isu buang anak merata hanya disalahkan kepada ibu bayi-bayi tersebut. Isu JAIS & gereja hanya disalahkan kepada paderi-paderi dan ibu-ibu tunggal muslim. Isu Lina Joy hanya disalahkan kepada Lina Joy sahaja. Remaja yang makin gah dengan hiburan pun hanya disalahkan kepada kerajaan sahaja. Semua orang pun salah, kau sorang je betul. Kau sorang je tuhan, yang tak buat salah.

     Dude, kalau dah rasa pandai sangat, cerdik gila a.k.a "orang yang tahu", kenapa tak "memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan"?

     Kita tahu, maka kita mengajar mereka yang tidak tahu. Itu sifir mudah. Itu fenomena normal di bumi ni. Kita tahu dan mencaci pula orang yang tidak tahu, kan zalim namanya tu? Ada power tapi salah gunakan. Hosni Mubarak betul la kita ni.

      Selesai makan, dapat sms berbunyi, "Akhi, anta kat mana?". Aku bingkas bangun, lap mulut dan berjalan ke arah kereta. Bila dah masuk kereta, tiba-tiba aku macam teringat suatu perkara yang sangat penting. Apa dia eh? Ade aku buat salah ke tadi? Ada tafsiran yang lebih dalam ke selain dari ayat ke 3 tadi? Tup tap tup tap tup tap...........................................
.......
.......
.......
.....
...
...
...
..
..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.




AKU LUPA NAK BAYAR PULAK!!!!



Tammat.


p/s:
1. Jangan salah anggap bahawa post ini bertujuan untuk menghalalkan dosa kita dengan alasan "Allah tak turunkan hidayah kat aku lagi".
2. Bukan semua yang berpakaian serban adalah teruk, perkataan 'serbanistas' ditujukan kepada mereka yang melebihkan penampilan luaran berbanding dalaman.

Posted by Posted by zabed at 9:18 PM
Categories:

2 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>