Bismillaahirrahmaanirrahiim
Pukul 7 pagi, hujan lebat di MRR2. MRR2 + hujan lebat = JAM GILA! Lama jugak driving ke ofis, ada dalam sejam lebih baru sampai kot. Wah la.. so productive maaaa.
Semasa perjalanan ke ofis, kelihatan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh 2 orang wanita. Ish kesian. Dah la tak pakai jaket hujan, basah kuyup baju kerja diorang. Tu tak campur lagi kesakitan sebab melawan arus hujan. Pedih mat.
Secara jujurnya aku rasa bersalah. Kereta aku hanya ada aku sorang je padahal boleh muat lagi 3 orang. Siap berbumbung lagi, boleh elak hujan.
This kind of phenomenon should not happen. I say, this is unfair. No, seriously.
Ada beberapa sebab mengapa Allah memberi beberapa kelebihan kepada lelaki berbanding perempuan. Aku rasa seolah-olah aku lebih layak berada di pihak penunggang wanita tersebut, dan kedua-dua wanita itu seharusnya berada di pihak aku.
Betul ke? Terasa seperti Spiderman pulak.
Ada sekali aku didedahkan dengan sebuah video tentang kehidupan masyarakat Palestin di kem pelarian tak-ingat-nama. Rasanya takkan keluar kat tv kot sebab ‘pakcik’ kat aqsa syarif tu yang record sendiri. Amateur recording rasanya.
Ya Allah. Memang dhaif. Saluran paip air bersepah-sepah. Tidak tersusun. Dilonggok-longgokkan. Sama juga dengan kabel elektrik. Bersepah-sepah, tidak tersusun. Nampak macam kerja last minute tanpa diambil kira tentang keselamatan orang yang lalu-lalang. Tak tau nak cakap camana keadaan yang bersepah-sepah atau ‘chaotic’ tersebut.
But then, here in Malaysia,
Berapa banyak kereta Mercedes boleh kita nampak kat atas jalan raya? Bukan murah tu. Paling murah pun rm200k.
Tau BMW X6? Harga lebih dari setengah juta ringgit tapi beberapa bulan selepas pelancaran model tersebut sehingga sekarang, bersepah-sepah X6 tu ada kat atas jalan raya kat Malaysia, lagi-lagi kat KL.
Kereta baru: Golf GTI. Ni memang hot cakes, pisang goreng. Kat mana-mana memang akan jumpa punya lah. Harga: rm200k ++. Kumpulkan kesepuluh sekali, kita ada aset bernilai lebih dari sejuta ringgit.
Kaya tak kaya rakyat Malaysia betul? 1 juta ringgit bukan suatu masalah pun sebenarnya. I say, it’s quite a common phenomenon around here.
Tapi di Indonesia, aku sedekah 1000 rupiah dekat sorang pakcik yang ‘tengah bengang kerana sebab-sebab tertentu’ pun boleh tersengih panjang lebar gila. Padahal 1000 rupiah tu lebih sikit nilainya dari seringgit!
Jadi, banyak sebenarnya pengajaran yang boleh dikupas melalui beberapa fenomena-fenomena yang diceritakan. ‘umat islam tiada kesatuan’, ‘kita perlu sedekah kepada yang memerlukan’, ‘jangan melebihkan kehidupan dunia’ dan etc. pum pam pum pam.
Point aku dalam post ni senang je; jadilah seperti Spiderman.
With great power comes with great responsibility
[Uncle Ben, Spiderman 2002 ]
Berapa banyak kelebihan yang kita ada, baik berbentuk tenaga, kemahiran mahupun harta, hakikatnya ada tanggunjawab yang akan dipersoalkan.
Nak jadi kaya tak ada masalah. Tapi berwaspadalah dengan kelebihan yang kita ada, atau dalam bahasa orang Roman moden, ‘be aware of what we possess ’
Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.
[Hadith riwayat Tarmizi]
Wallahu’alam bis sowab…
3 comments:
thanks dude...i like it...haha
setiap kehormatan diiringi bersama-samanya tanggungjawab... :)
anonymous: any of good befalls you is from Allah. make sure that we can or at least try to practice it, don't take this as something theoretical. Allahu'alam.
marouane: betul tu. jazaakallahu khair :)
Post a Comment