Sunday, June 12, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Time form 1 dulu aku belajar bahasa Arab dengan sorang ustaz yang lebih dikenali sebagai Ustaz Zaki. Ustaz ni memang tegas, cikgu disiplin kat sekolah lama. Setiap kali nampak dia, aku takut. Aku ingat lagi time kelas Arab, mesti ramai yang kena berdiri sebab tak dapat jawab soalan. Bukan setakat berdiri je, siap kena rotan kat tapak tangan lagi tuh. Adusss!

      Bukan setakat tapak tangan saja, ada sekali tu kaki aku pun kena rotan gak. Memang pedih gila time tu. Aku pun tak ingat aku buat salah ape. Ada sorang kawan aku lagi la. Dia cuba nak buat lawak dalam kelas dengan cara yang salah, hambikk kau. Kena tepuk sekali kat belakang dia. Terus cuak kawan aku tu.

      Garang tak garang. Tegas tak tegas. Rotan tak rotan. Tengoklah kat mana 'kami' sekarang selepas 8 tahun. Kalau bukan sifat tegas beliau, aku rasa sia-sia je belajar arab 3 tahun. Alhamdulillah, sehingga sekarang aku masih dapat apply  skill bahasa Arab yang diajar oleh ustaz Zaki. Aku tak de la sampai boleh kecek arab, at least  tau la jugak sikit-sikit pasal Arab. Dapat la jugak aku guna skill arab untuk penulisan blog ni. Ye dok?



      Pulang dari solat jumaat, aku terus check email. Tup tap tup tap. Herm?????




      Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

      "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
    
      Ustaz Zaki telah meninggal dunia tak lama selepas waktu solat Jumaat.

      Moga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada'.



      Pengajaran: Jangan takut untuk mengajar. Jangan takut untuk memberi.



ERTI HIDUP PADA MEMBERI









Ya Rabbi....sesungguhnya Kau lebih mencintai akh  kami ini....

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ

Posted by Posted by zabed at 4:06 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>