Saturday, June 4, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim





إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi 'Ulil Albaab'.
[Al-i-Imran 3:190]


     Kalau tengok terjemahan quran, maksud ulul albab ialah orang-orang yang berakal, kadang-kadang tu ada tulis intelek, orang-orang berfikir dan sebagainya.

     "Itulah yang bosannya bila menjadi orang Melayu!" Tak pasal-pasal je Melayu kena fire . Silap-silap, restructure  ayat jap.

     "Itulah yang bosannya bila tak belajar bahasa Arab!"

     Yang best pasal bahasa Arab ialah, satu perkataan tu kadang-kadang membawa maksud yang sangat-sangat-sangat mendalam. Sebab tu pada awal penuruan Quran a.k.a ketika di Mekah dulu, surah-surah adalah pendek-pendek dan ringkas seperti surah-surah dalam juz 'Amma. Walaupun pendek dan ringkas, tetapi hampir setiap perkataan yang digunakan dalam surah-surah tersebut memberi maksud yang sangat-sangat-sangat mendalam bagi mereka yang berfikir.

     Sebab tu jugak lah sahabat-sahabat yang memeluk islam pada zaman Mekah dulu power-power, seperti Abu Bakr, 'Umar Al-Khattab, 'Ali bin Abi Talib, Abu Dzar, Mus'ab Umair dan yang lain.

     Oppss. Sorry bro. Ter-melalut pulak. Ok, sambung kepada 'ulul albab'.


-----------


Al-baab ---> plural

Lubb ---> singular


      Maksud perkataan 'lubb' ialah, isi. Apa yang dimaksudkan dengan 'isi' tersebut?

      Analoginya, ibarat isi buah pala.




     Jeruk buah pala dibuat dengan isi buah pala, bukan luaran kulitnya. Kalau tak ada isi, tak jadilah jeruk buah pala.

     Sama juga konsep untuk telur ayam. Bahagian yang paling penting ialah kuning telur kerana pada bahagian ini akan terbentuknya anak ayam.

     Sama jugalah halnya dengan 'lubb' (isi). Berapa ramai yang dapat mengambil 'lubb' (isi) dari setiap kisah yang diceritakan dalam Quran?



لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengaran bagi 'ulil albab'. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
[Yusuf 12:111]



الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah 'ulul albab'.
[Az-Zumar 39:18]




     Sapa Ahmad Albab pulak sekarang?




Dude, Al-Quran ni....sebenarnye ape? Aku tak berapa paham.
rujuk: Kemuliaan Al-Quran  (sigh..boring-nye nama tajuk)





Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 2:18 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>