1...
2...
3...
Testing...
OK!
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Baca tajuk mesti terasa macam boring kan? Well, no doubt about it. Tak taw nak bagi nama tajuk apa dah. Tapi takpa, saja nak share dengan hampa (korang) pasal satu cerita di tanah Mekah.
Alkisah, ada seorang brader Malaysia pergi mengerjakan umrah di tanah Mekah. Setibanya di hadapan Ka'bah, beliau duduk, lalu membaca Quran dengan tajweed yang sahih, ibarat lidah orang Arab.
Oh sebelum tu, ini cerita rekaan. 80% benar, 20% rekaan, yang penting, pengajaran.
Bacaan merdu, orang sekeliling boleh dengar dengan jelas. Terpegun? Wallahu'alam. Kemudian, brader tersebut disapa oleh beberapa orang Arab.
Pak Arab:!يا له من صوت جميل
Brader: Hah? Apa dia cakap ni?
PA:هاه؟ لا تفهم اللغة العربية؟
Brader: Ah sudah. Dia ingat aku boleh cakap Arab pulak. *isyarat geleng kepala* Ana laa afham! (saya tak faham!)
Pak Arab tersebut terus berkata kepada member dia yang lain,
PA: هذا غريب. فكيف لا يعلم ما نقوله عندما كان يستطيع قراءة القرآن؟
Brader: ?????*terpinga-pinga*
*Hint: Google Translate
Tuduhan terhadap Al-Quran
Bagaimana Al-Quran dipandang mulia menurut perspektif masyarakat? Letak di tempat tinggi? Cover dibuat dari emas, kertas dari kayu bermutu tinggi? Digunakan HANYA ketika berlaku majlis-majlis 'agama', kematian, anak baru lahir, akad nikah etc? Tunggu. Nak halau hantu pun kena bawak keluar Quran jugak. Oh! Al-Quran itu sacred, sungguh keramat, sehinggakan kita nak menyentuh pun rasa takut-takut atau tak layak, atau bila ada event yang 'agama' sahaja. Lupa plak. Ada satu lagi point penting tentang kemuliaan Al-Quran, orang Melayu....epppss... orang islam je boleh baca. Orang kapir haram baca. NICE!!
Ok la, berbalik kepada cerita Pak Arab tadi. Kenapa Pak Arab tu cakap, "Haadza gharib" ? 'Ini pelik'! Baca Quran pun pelik? Tajweed betul je pun kau kata pelik? Ke sebab orang selain Arab baca Quran depan Ka'bah dianggap pelik? Anta gharib ! Kau tu yang pelik sebenarnya!
Pernah tanya kenapa Pak Arab tu berasa pelik? Pak Arab tu pelik sebab dia sangka brader Malaysia tu boleh cakap Arab. Dan, dengan konteks lebih dalam, dia hairan kenapa wujud suatu golongan masyarakat yang menganggap Quran hanya sebagai suatu bentuk syair (bacaan sedap)?
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تُؤْمِنُونَ ﴿٤١
Dan Al-Qur'an itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.
[Al-Haaqqa 69:41]
Aku sendiri, tak reti bahasa Arab pun. Tafsir, terjemahan ada. Tengok kat situ je la. Di sini, bukannya masalah sama ada kita belajar bahasa Arab atau tidak, tetapi suatu persoalan, bagaimana interaksi kita dengan Al-Qur'an sebenarnya? Adakah persepsi masyarakat seperti yang dinyatakan benar-benar mendefinisikan siapa Al-Qur'an yang sebenar?
Lihat sahabat-sahabat Rasulullah, ada di kalangan mereka bila membaca Qur'an, mereka menangis. 'Umar radhiyallahu'anhu, pengsan bilamana ayat Qur'an yang dibacakan adalah berkisar tentang azab neraka. Ni bukan calang-calang orang ni, mereka sendiri telah dijanjikan syurga sekalipun, namun bila ayat berkisar tentang azab, mereka takut sehingga pengsan!
Mengapa mereka bertindak sedemikian sekali? Keimanan mereka terhadap Al-Quran, mereka merasakan seolah-olah setiap ayat dalam Kitab, adalah ditujukan, tidak lain tidak bukan, kepada kita. Memang al-Quran diturunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan Jibril, tetapi Quran tu untuk sapa sebenarnya? Kau lah! Aku jugak! Semua orang!
Mentaliti kebiasaan, bila ayat berbicara tentang orang kafir, bermaksud, "Oh, ini ayat tentang orang kafir, sifat-sifat mereka. Jahat lah mereka ni!". Bila ayat berbicara tentang Bani Israel, bermaksud "Wahai rakan-rakan! Kalau korang bukak surah ni ayat dan surah tu ayat tu, inilah rupa sebenar orang-orang Yahudi. Sungguh keji mereka ini". Bila ayat berbicara tentang Qul (katakanlah), bermaksud, "Oh. 1400 tahun yang lalu, Allah telah memerintahkan Nabi agar berbicara begini bila berhadapan dengan situasi begini".
*Tarik nafas panjang*
Sekali lagi, untuk siapa Al-Quran ini?
وَإِنَّهُ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٤٨
Dan Al-Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa
[Al-Haaqqa 69:48]
وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ ﴿٥٢
Dan Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat
[Al-Qalam 68:52]
Jangan hairan kenapa 'Umar radhiyallahu'anhu boleh pengsan bila mendengar ayat tentang azab walhal beliau telah dijamin ke syurga. Mindset yang seharusnya, setiap ayat al-Quran itu benar-benar ditujukan kepada kita. Orang lain tu lain cerita. Dok sedap-sedap kata orang tu kafir, bukan orang islam kafir, tetapi kalau kita sendiri mempunyai ciri-ciri yang sama seperti mana al-Quran menyatakan tentang sifat orang kafir, kita pun dikira orang kafir jugak lah! Begitu juga dengan ayat-ayat yang menerangkan tentang sifat-sifat Bani Israel sekalipun. Kita pun Zionist jugak kalau dah sama criteria.
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu
[Riwayat Ahmad & Abu Dawud dari Ibnu Umar radhiyallahu'anhu]
Ada lagi cerita tentang sahabat, beliau mengambil masa selama 13 tahun hanya untuk menghafal surah Al-Baqarah (correct me if I'm wrong). Kita selalu dengar cerita kanak-kanak berumur 7 tahun dah hafal satu Quran, tetapi sahabat ni, dah dewasa pun ambil masa 13 tahun nak hafal Al-Baqarah sahaja. Pernah tanya kenapa? Sahabat ni merupakan salah satu role model yang sebenar dalam interaksi dengan Al-Quran.
Kebiasaan yang berlaku kepada sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah, mereka tidak akan berganjak atau hafal ayat-ayat Quran yang lain selagimana mereka tidak dapat mempraktiskan apa yang sedang mereka baca. Fuh. Sahabat tu ambil masa 13 tahun nak hafal Al-Baqarah. Bila dia berjaya hafal, sahabat-sahabat lain meraikan kejayaan beliau berjaya mempraktiskan ayat-ayat tersebut. Fuh. Ada sesiapa kat sini berani nak khatam Quran?
Tengok tajuk, kemuliaan Al-Quran. Ketahuilah, kemuliaan Al-Quran bukan hanya terletak setinggi mana kedudukan dari aras tanah, bukan hanya pada majlis-majlis yang istimewa untuk dijadikan 'syair' sahaja. Al-Quran sendiri telah mulia kerana ia datang dari Rabb Pencipta Alam, kita manusia ni je yang hina. Tetapi kemuliaan manusia itu terletak pada interaksi dengan Al-Quran, sebagaimana bangsa Arab yang hina dan jahil menjadi mulia dengan Al-Quran, dan begitu juga dengan bangsa Melayu yang hina, dhaif, pemalas, mudah lupa, kolot, berpemikiran cetek tetapi menjadi mulia bila Al-Quran menjadi pelajaran untuk mereka.
Konklusi, nota ini KHAS ditulis untuk aku seorang. Nasihat untuk diri sendiri yang tidak lari dari kesalahan.
Walau Quran ini kelihatan buruk pada rupa fizikal, tetapi in the end aku lebih hina dari Quran ini kerana tidak berjaya menjadikannya sebagai peringatan untuk diri sendiri |
Wallahu'alam bis sowab
10 comments:
walao zaid
walao yatt
smoga aq turut mjd hamba Allah yg mulia..
smoga aq turut mjd org yg faham quran..
smoga aq mjdkn al-quran panduan dlm kehidupan bkn mjd satu kitab utk menidakkan/menghalalkan dosaku..
hm faham AL- Quran dengn HATI...
Yufaqqihu - faham ilmu fiqh (imam syafie)
Yufaqquhu - faham islam (sumayyah)
Barangsiapa yang Allah inginkan kefahaman dalam dirinya, maka dia akn memberi kefahaman tentang Ad Din (islam)
~pasca jadik Muwajjih ISK...hehehe
inshaallah!
***aku jarang msuk blog ko.arini aku masuk,n aku rase aku 'terpanggil' untuk bace lagi dan lagi.inshaallah.teruskan dakwah dgn cara begini. :)
anonymous1: x berapa paham maksud "menidakkan/menghalalkan dosaku". apa2pun, ameen~
Black_vi7589: sapa nak jadik Muwajjih ISK? apa2pun, jazaakallahu khair for the info
anonymous2: teruskan dakwah dgn cara begini? insyaAllah selagi tidak bertembung dengan priority yg lebih penting
Masha-Allah. amazing gile. asal aku tak pernah terpikir macam ni. Astaghfirullah. terima kasih atas peringatan anda ;) Alhamdulillah
atiqah: alhamdulillah~ what good befalls you, is from Allah
zaid i mean with "menghalalkan dosaku tu" from my opinion some of the people use just several sentence that may look good for them but push some sentence that do not support them...thats my opinion...huhu
anonymous: oh! insyaAllah, semoga kita tidak termasuk golongan yang 'mengambil kesempatan'
Post a Comment