Wednesday, June 1, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




"Thus, I conclude my presentation. Thank you for your time."

"Okay well done. Next.....Mrs...Bame? How do I pronounce this? Bayme or Ba-mei?"

"It's Ba-mei sar (sir)!"


     Oh minah ni dari Botswana.


"Hi. Good mooo-ning everyone. Today I would like ta present ta ya abaut World Cup 2010 at Sath Africa. Are you guys still remambar abaut this?"


     Satu kelas gelak sebab tajuk yang sangat random . Sebelum dia, semua present  pasal benda2 teknikal yang membabitkan engineering  tapi tiba-tiba minah ni present  World Cup pulak. Memang gelak besar la.

     Mak aih. World Cup 2010. Aku hampir-hampir lupa pasal World Cup. Haha padahal tahun lepas je. Bagus la minah ni ingatkan balik pasal World Cup ni.

     Kemudian, dia terus dengan presentation  tersebut. Bebel macam-macam benda dengan slang -nya yang susah difahami. Tiba-tiba dia ada sebut satu perkataan yang buat aku tersentak sikit,


"Ya know, ma cauntry is just beside Salafi Cup. I personally felt happy & joy abaut it."


     Herm? 'Salafi Cup'? Sejak bila group Salafi ada negara sendiri ni? Dan, pesal minah ni suka sangat negara dia bersebelahan dengan so-called  negara 'Salafi Cup' ni padahal dia non-muslim ?

     Pastu lecturer  terus tanya,


"Honestly, which team did you support last year?"

"Ai...honastly...personally say..." sambil malu-malu kucing, kemudian menjawab,

"I sapport team Salafi Cup. Ahh-hik!"


     Pulak. Sejak bila ada team Salafi Cup masuk World Cup 2010 ni bang. Tak pernah tau pun. Apokobondo ni jang???


"blablabla...Salafi Cup....blablabla economic growth at Salafi Cup...blablabla Salafi Cup blablabla"


     Konfius aku. Tengok power point slide  dia tak ada tulis Salafi Cup pun. Kemudian minah tu ada sebut perkataan,


"Johannesburg."


      Tu bukan ibu negeri South Africa ke? Ape kene mengene dengan Salafi Cup ni??? South Africa dan Salafi Cup. Herm bunyi dah lebih kurang dah.


"Johannesburg, tha capital city in Salafi Cup. The social growth blablabla afta World Cup"


       Hahaha. Gelak sorang-sorang aku.


"Pehal ko gelak Bed?"

"Haha tak lah. Entahlah." sambil mengusap-ngusap air mata dek gelak yang tak henti.


     South Africa rupenye, bukan Salafi Cup! Adoiii bikin lawak betul la. Pagi-pagi buat lawak. Bagus-bagus. Tak ada la mengantuk sangat.

     Ok sekarang aku tau dah apebende yang dia maksudkan dengan Salafi Cup. Boleh la terus fokus apa dia cakap. Blablablablablabla...


"Wan of the aftamath (aftermath) of World Cup is tha rise of noise pollll-lusian (pollution). Do you guys still remambar 'vuvuzela'?"


     Vuvuzela? Oh!





     Ni pun dah terlupa dah. Haish. Orang tua dah aku ni.


"Due to World Cup, the price of vuvuzela has rise to abaut 40 rengg-het (ringgit). It was expensive. It affected the economic growth at 'Salafi Cup'...it caused noise pollution..it was blown anywhere..blablabla"


     Ramai yang setuju dengan apa yang minah ni cakap. Vuvuzela memang buat bising gila. Lecturer  tu pun mengeluarkan pendapat beliau melalui hasil pembacaan.

     Bila dah bincang pasal vuvuzela, memang ramai la berdesas-desus pasal ni. Ada yang tergelak-gelak sebab teringat kisah dia meniup vuvuzela yang bising tu.

     Di sebalik keriuhan manusia berbincang tentang vuvuzela, tiba-tiba aku teringat video yang pernah ditunjuk oleh seorang akh , satu video berkisar surah Al-Haqqah, sehingga ayat ke-13 muncul trumpet,



إِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ‌ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ
And when the trumpet shall sound one blast,
Maka apabila 'sangkakala' ditiup sekali tiup,
[Al-Haqqa 69:13]



     Riuh tak riuh satu stadium bila dengar bunyi vuvuzela. Tiupan 'sangkakala' macam mana pulak?


     Ya Allah, aku tak ready lagi. Ya Allah ya Allah ya Allah.







Big Bang glow hints at funnel-shaped Universe [source]







notakaki:
1. sangkakala (indonesian) = trumpet (english) [Google Translate]




Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 9:44 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>