Monday, May 30, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah pada pemudanya
[Saidina Ali radhiyallahu 'anhu ]







Dua jenis pemuda:

1. Pertama, pemuda yang lahir dan hidup dalam kegetiran, prahara. Mereka ini pemuda perjuangan. Setiap pagi mereka bangun memikirkan bagaimana untuk survive  pada hari tersebut. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menyelamatkan wajah-wajah kesayangan mereka daripada kekejaman musuh Allah.

2. Manakala satu jenis lagi adalah anak muda yang lahir dalam sebuah negara yang aman damai. Keselesaan menyebabkan mereka lalai, lupa tanggungjawab yang wajib digalas.

[Hasan Al-Banna, Kepada Pemuda]










Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
[Riwayat Muslim & Tirmidzi]


Apa yang penting sangat sampai waktu muda kita dipersoalkan?

Deyy, apa beza lu dengan orang tua?




Fakta Tentang Pemuda


1. Pada zaman belia-nya, Nabi Ibrahim 'alaihi salaam  menghancurkan berhala-berhala kecil, lalu menggantungkan kapaknya di leher berhala yang besar. Kemudian, penyembah-penyembah berhala tersebut mencari-cari siapa yang melakukan kerja tersebut, sehingga menemui Ibrahim dan baginda menjawab,


قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَـٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ إِن كَانُوا يَنطِقُونَ
Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara".
[Al-Anbiya' 21:63]


2. Pemuda-pemuda Ashaabul Kahfi, yang diceritakan dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 13-25. Mereka pemuda yang berani dan tidak berganjak dari pegangan mereka,


وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikitan, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
[Al-Kahf 18:14]


3. Pemuda Mus'ab bin Umair, seorang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas dan mahal sehinggakan menjadi kegilaan gadis-gadis di Makkah. Selepas memeluk islam, beliau meninggalkan segala kemewahan tersebut, hidup dalam miskin dan mencari nafkah hidup dengan menjual kayu api. Di akhir hayatnya, beliau ditikam dengan tombak musuh sambil memeluk panji islam walau kedua-dua tangannya kudung.


4. Sultan Muhammad Al-Fatih, menakluk kota Constatinople milik kerajaan Empayar Byzantine ketika berumur 21 tahun. Beliau lah yang dimaksudkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam  dalam hadithnya,

Constantinople akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
[Riwayat Imam Ahmad]


5. Hamza Alkhateeb, seorang budak berumur 13 tahun, mati dibunuh oleh tentera Syria ketika menyertai perarakan aman untuk menghentikan pengepungan di bandar Deraa oleh polis. Mayatnya yang diseksa telah dihantar kepada ibu bapanya [berita baru].



     Itulah serba sedikit tentang kehebatan yang ada pada pemuda yang dibahaskan dengan amal & perbuatan, bukan teori atau cakap omong-omong kosong.

     Ke arah mana sahajakah kita menggunakan kekuatan yang ada pada diri 'awet muda' kita ni?



Pertama, pemuda yang lahir dan hidup dalam kegetiran, prahara. Mereka ini pemuda perjuangan. Setiap pagi mereka bangun memikirkan bagaimana untuk survive  pada hari tersebut. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menyelamatkan wajah-wajah kesayangan mereka daripada kekejaman musuh Allah.
[Hasan Al-Banna, Kepada Pemuda]



     Keluar dari zon selesa. Dunia ini tak seindah yang kita sangka pun sebenarnya. Jangan diperbodohkan oleh material yang tak bernyawa.

    Yang pasti, jangan tuding kat orang lain ataupun masyarakat kita, tapi point kat diri sendiri, tanya diri sendiri. 



**Oh! nota ini ditulis khas untuk aku sebenarnya.




Be in this world as though you were a stranger or a traveler on a path - Allah's Messenger



Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:17 PM
Categories:

 

2 comments:

Anonymous said...

sungguh berkesan...bleh x sy nak copy post ini

zabed said...

boleh boleh. lagi cantik kalau dapat link-kan ke blog ini.

wallaahu'alam. yg baik itu datang dari Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>