Sunday, May 8, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Pertama kali, aku menulis sesuatu berkisar 'ibu'.

     Pitttttt!!!

     Aku tekan hon kereta. Tunggu 20 saat, masih tak nampak bayangan emak aku. Eh ummi pi mana pulak ni? Kereta pun tak ada. Aku cuba call, 2, 3, 4 kali namun tidak berangkat. Herm? Pelik ni. Call Ba pulak.


"Ba ada kat surau ni. Kalau nak kunci rumah, mai datang sini"


     Ok. Vrooom!  Lepas amik kunci rumah, tiba-tiba mak aku call,


"Zaid ada kat mana?"

"Zaid pi amik kunci rumah dekat Ba tadi kat surau. Tadi Zaid call ummi tak angkat."

"Laa. Ummi tengah mandi tadi. Ok Zaid balik dulu."


     Sampai rumah, bukak pagar, bukak pintu rumah, nampak ummi tengah solat kat ruang tamu. Gua masuk bilik, letak barang, pastu mandi, lepas tu lepak kat ruang tamu. Terus mak aku tanya,


"Zaid dah makan belum?"

"Belum lagi. Ummi dah makan ke?"

"Ummi dah makan dah tadi dengan Ba sebelum maghrib. Zaid nak makan sekarang? Ummi boleh tolong perangat  (panaskan) lauk2 tu."

"Eh takpe takpe. Nanti Zaid buat sendiri. Zaid kenyang lagi ni. Takpe takpe."


     Selesai solat isya', mak aku gi dapur. Herm? Bukan dah makan ke tadi? Ahh penat la pulak nak gi check apa mak aku buat. Tadi dah pergi Nilai, pastu Bangi, pastu Semenyih. Rehat setengah jam, pastu balik rumah. Tak payah cakap la jam kat KL camana. Perh penat gila hari ni. Sakit pinggang. Terus aku sambung tengok TV, mengendahkan apa yang mak aku buat kat dapur.

     Terasa kering kat tekak, pergi dapur nak minum air. Bukak pintu dapur, tiba-tiba mak aku cakap,


"Haa Zaid. Ummi dah perangatkan  (panaskan) lauk-lauk dah ni. Ummi pun ada masak telur goreng sekali. Meh makan."


     Perh. *Speechless * Lembut je hati ni. Subhaanallah. Aku pun makan perlahan-lahan. Lauk pun aku habiskan kecuali 2 ekor udang masak-apa-entah-aku-tak-tau sebab dah kenyang. Minum air, basuh pinggan, basuh cawan. Kemudian, mak aku masuk dapur nak tengok apa aku buat. Tiba-tiba aku ter-sense a disturbant in the Force  (rujuk Star Wars). Kemudian,


"Laa. Awat  (kenapa) Zaid tinggai  (tinggal) 2 udang je lagi tu?? Tak nak habiskan ke?"

"Ahh..ahhh... Zaid dah kenyang la ummi. Nanti esok Zaid habiskan." Ahh sudah. Kali ni bukan sense  lagi dah, memang betul-betul ada a distrubant in the Force . LOL.

"Esok baru nak habiskan?? Pot pet pot pet pot pet bebelbebelbebel!"


    Aku sengih je sorang-sorang. Lama dah tak kena leter dengan mak aku ni. Hahaha. Lepas makan, masuk bilik, study *kononnya *



Keesokan hari,

"Zaid dah siap-siap dah barang-barang Zaid yang nak bawak balik?"

"Dah dah. Zaid dah letak dalam kereta dah."

"Baju Zaid yang dah basuh semalam letak kat mana?"

"Tu Zaid ada gantung kat seat belakang."

"Laa gantung ka. Meh sini Ummi tolong lipatkan."

"Eh takpe la ummi. Nanti balik sana kang Zaid lipat sendiri."

"Meh sini ummi kata. Sekejap ja ummi lipat ni."

"Ok ok." Aku mengalah akhirnya.


     Kemudian, masuk rumah, secara perlahan dan lembut, aku perhatikan cara mak aku lipat baju. Kemas, cantik, indah, perfect. Satu per satu baju aku dilipat ummi. Aku hanya mampu perhatikan kelembutan seorang ibu dibahaskan dengan cara melipat baju. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya dan sejuknya hati aku melihat ummi time tu.

   Habis lipat, aku angkat semua baju yang dilipat tu masuk dalam kereta balik. Siap packing , aku salam mak aku, cium tangan ummi, ummi cium kepala aku. Start enjin, kereta bergerak.

    Aku bawak slow je. Constant velocity . Sambil drive, sambil fikir. "Ummi dah 50 tahun dah. Rambut pun dah banyak putih. Tak lama lagi........... Aish! Apebende aku fikir ni??????!!"

     Ya Allah. Sungguh, berkali-kali aku cuba deny  fakta ni. Mungkin, suatu hari nanti aku tak boleh terima takdir sebegini. Aku tahu, one day , suatu hari nanti, pasti, pasti, aku akan berpisah dengan mak aku. Ya Allah, berikanlah hambaMu kesabaran.



أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,
[4:78]



     Dah besar dah aku rupenye. Dulu dok bawah ketiak mak, dah masuk asrama baru nak menghargai kelembutan belaian seorang ibu. Sekarang, ada setahun lagi sebelum aku grad. Perh, hampir 6 tahun. Ya Allah. Cepatnye masa berlalu. Aku sedar, semakin dewasa, semakin sibuk, semakin kurang masa yang ada untuk bersama dengan mak.

    Peduli hape aku orang nak kaitkan Mother's Day dengan Illuminati la, Freemason la, Yahudi la, etc. Lagi la aku menyampah bila ada suara-suara yang kata, "Laa, bila Mother's Day baru nak ingat kat mak? Aku setiap hari pun Mother's Day". HAK TUIHHHHH!! Dan aku tak kesah pun kalau ada yang nak cakap aku ni anak mak ke, anak manje ke, anak tak boleh berdikari etc. Nak sayang mak pun tak boleh? Haihhh pelik la tengok orang-orang 'intelek' zaman sekarang.

     Apa-apapun, aku sangat-sangat bersyukur sebab ada orang tolong invent  Mother's Day ni. Aku disibukkan dengan berbagai benda, dan bila sibuk, aku tak ingat mak aku. Jarang call rumah. Bila tengok kalendar ada tulis 'Hari Ibu', terus terbayang dalam kepala wajah Ummi.

     Hargailah ibu anda masing-masing. Mungkin, kita tidak sehebat 'mereka-mereka' yang berkata "setiap hari adalah hari ibu" kerana kesibukan kita, tetapi, bila kita tengok kalendar tertera 'Hari Ibu', terus kita berhenti dengan kerja kita, angkat telefon, dial no. rumah, dan bersembang lama dengan mak kita.




<


Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu
Takkan pernah terbalaskan
Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan

Oh Ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Oh Ibu semoga Tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasih mu kan abadi
Dalam hidupku
Oooh putih kasih mu kan abadi
Dalam hidupku




     One day, yes, one day, Allah akan menarik nikmat belaian seorang ibu. Ya Allah, berikanlah kami kesabaran dalam setiap dugaan yang Kau timpakan.

     Selamat Hari Ibu. Semoga saya tidak mensia-siakan keperitan & kasih sayang selama 9 bulan dan *umur diri sendiri* tahun yang dialami oleh kaum ibu sedunia. May Allah shower us with His guidance.




رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil
[17:24] 





The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness - Honoré de Balzac



notakaki:
1. cara aku cakap 'sibuk' tu agak mengundang. baru student, takkan sibuk kot? saja ja nak hiperbola sikit
2. ada satu blog di mana penulisnya meninggal dunia. Post yang terakhir adalah dedikasi kepada ibunya. Sila baca She Who Never Disappoints.
3. jangan jadi jahat please. tak kesian kat mak ke?


Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:21 PM
Categories:

 

4 comments:

Muhammad Afiq Bin Che Ali said...

subhanallah...i'm speechless...thanx dude

zabed said...

nikmat diberi Allah melalui seorang ibu bisa membuatkan kita speechless

nursabirah azhari said...

fatimah pun ada cakap.muka zaed yang paling nak sama dengan mak dia.mungkin itu lagi menguatkan 'anak mak' tu :D heee~

zabed said...

nursabirah azhari: anak mak pun anak mak la. haha

zarith: lulz

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>