Monday, June 6, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim





     Antara isu negara yang masih tak settle, dan semakin menjadi-jadi; buang anak.

     Ok, siapa yang patut disalahkan? Kerajaan? Masyarakat? Cikgu-cikgu kat sekolah? Ibu bapa? Remaja zaman sekarang? Media?

     Lagi banyak yang ditanya, lagi banyak pendapat yang diberikan. Kesimpulan, semuanya pun nak salah, diri sendiri je yang betul. (Huh?)

     Okay lah. Kita kecikkan scope  'penjenayah'.

     Ramai yang menyalahkah 'perempuan zaman sekarang' (oh, tak adalah kecik sangat scope  ni ). Pastinya, jawapan ini keluar dari mulut yang berlainan jantina dengan tertuduh.

     Di dalam Quran dan hadith, telah dijelaskan aurat untuk wanita; seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan. Berdasarkan fakta / kenyataan / hukum ini, ramai yang menyalahkan wanita punca utama gejala buang anak & zina, sebab,


tak tutup aurat, seksi, ketat2 atau tak 'lengkap' -----> menggoda lelaki-lelaki gatal ----> 'LLG' mendekati mereka ----> jadilah seperti di gambar atas



     *Uish. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk pulak nak bincang isu ni. I sense a disturbance in The Force.



       Membara pihak wanita kalau baca ni. Tetapi, fikir elok-elok, memang tak adil untuk menyalahkan wanita sahaja.

      Allah berfirman,


قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
[An-Nur 24:30]


     Lelaki pun, bersalah sekiranya mereka tidak menundukkan pandangan. 'Kita' pun ada tanggungjawab yang perlu dijaga dalam isu ni, bukan perempuan sahaja.

     Tiba-tiba terdengar suara 'jeritan' di pihak perempuan,


"YANG KAU PERGI TENGOK APAHAL??"


     Haha. Kan dah kena fire  balik?

     So, janganlah jadi sexist , sebab Allah itu Maha Adil. :)




notakaki:
1. Tiba-tiba dapat ilham nak tulis post ni lepas negara dihebohkan dengan penubuhan Kelab Taat Suami (KTS) atau Obedient Wives Club  (OWC) yang penuh kontroversi. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu kita sandarkan pada kelemahan manusia.




Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 11:08 PM
Categories:

 

2 comments:

Anonymous said...

I sense a disturbance in the Force~ I like i~t.

Shakir

zabed said...

shakir: star wars geeks FTW!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>