Wednesday, June 15, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Suatu ketika, baju perang Khalifah Ali radhiyallaahu anhu telah lenyap sebelum beliau sempat membersihkannya.  Setelah beberapa hari kemudian, beliau terlihat baju perangnya tersebut berada di pasar pada tangan seorang Yahudi.

      Beliau terus menanyakan orang Yahudi tersebut namun si Yahudi tersebut berkeras bahawa baju perang tersebut adalah miliknya. Akan tetapi, ‘Ali tetap yakin bahawa baju tersebut adalah miliknya, maka beliau pun mengadukan hal ini kepada hakim.

     Tiba hari pengadilan, hakim kemudian membuka sidang, “Wahai Khalifah, apa tuntutan anda kepada terdakwa?”. Khalifah ‘Ali pun menceritakan perihal baju perangnya itu.


“Wahai khalifah, apakah engkau dapat membuktikan kalau baju perang yang ada pada tangan terdakwa itu adalah milik engkau?” Tanya hakim.


     ‘Ali tersentak dengan pertanyaan tersebut. Kemudian ia berkata, “Aku tidak mempunyai sebarang bukti”.

     Oleh kerana ‘Ali tidak dapat membuktikan kenyataannya, maka hakim memutuskan bahawa perbicaraan itu dimenangi oleh si Yahudi tersebut.

     ‘Ali redha dengan keputusan tersebut walaupun beliau seorang khalifah, seorang ameerul mu’minin kepada sebuah negara islam.


 *****


     Kita manusia, bukan robot dan bukan juga entiti artificial intelligence . Justeru, tak hairanlah akan berlaku ketidakpuashatian jika sesuatu keadaan tidak diperlakukan dengan adil.

     Walaupun keyakinan kita mencecah 100% sepertimana khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dan mungkin juga kita boleh claim  bahawa Allah juga menjadi saksi kita, tetapi kalau tengok dari sisi lain pula, ada kemungkinan kita pun bersalah jugak sebenarnya. Betul ke? 0.1% pun dikira jugak kalau berdasarkan cerita di atas (main rambang je sebenarnye letak jumlah ni).



وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,
[Ash-Shura 42:30]


     Jadi, pilihlah jalan taqwa, jalan yang mengajak kepada ‘berhati-hati’. 



     Pengajaran: Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, walaupun perkara itu sepahit biji kopi mentah. Mungkin ‘biji kopi’ tersebut boleh ‘dibancuh’ menjadi seperti mocha (ada rasa manis + chocolatey ) apabila kita benar-benar ‘menyerahkan diri kepada Allah’ (baca: islam).






*aku bercakap secara teori sahaja, namun insyaAllah, sedang di amali kan. Doakan ke-thabat-an aku, dan mereka-mereka yang memerlukannya. Amin~




Notakaki:
1. Pengakhiran kepada kisah tersebut ialah si Yahudi memeluk islam kerana terpegun dengan keadilan yang ditonjolkan oleh sistem islam.
2. Ada juga yang meriwayatkan bahawa pencuri tersebut adalah beragama Nasrani, bukan yahudi dan macam2 versi lagi. Tetapi apa yang penting? pengaaaaajaran. Terpulang kepada kita lah nak menjadikannya hanya sebagai cerita fiksyen atau sesuatu yang boleh di-aplikasikan dalam hidup.




Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 11:26 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>