Monday, June 13, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Pertanian adalah perniagaan. Barangsiapa yang menanam, dialah akan mendapat hasilnya.


     Sabtu pagi, aku ikut mak pergi Pasar Tani, shopping barang dapur. Sibuk ber-shopping  sayur, ikan, daging, tiba-tiba ternampak ada gerai yang menjual barang-barang seperti tudung, serkup, etc. Aku mana tau nama barang-barang ni.

      Biasalah, wanita kan? Nampak saja gerai tersebut, terus mak ajak aku ikut sekali pi gerai tersebut. Banyak gila tudung dia jual. Macam-macam pesyen. Sekali sarung la, berlipat la, aku pun tak tau. Haha.

     Habis memilih, terus mak aku bayar. Kelihatan seorang penjual yang tidak sama dengan apa yang dijual. Faham kan?

     Bukannya nak mencari kesalahan, bukannya nak menghina peniaga-peniaga Pasar Tani atau yang seumpama, tetapi refleksi kepada diri sendiri sebenarnya.



إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
[At-Taubah 9:111]



Khas untuk da'i , tolong terjemah sendiri dengan tahap kefahaman masing-masing:

     Bayangkan, seorang bukan islam menjual Quran kepada kita, tak rasa ragu-ragu ke? Dikhuatiri kualiti pada barang tersebut terjejas kerana penjual tidak menjiwai barang yang dijualnya. Betul ke?

     Benarkah Sang Pembeli telah membeli barang-barang aku? Atau aku sekadar hanya syok sendiri sahaja dengan pelbagai variasi yang terdapat pada gerai aku ni. Tudung ada, telekung ada, minyak atar ada etc.

     Bukan rupa luaran ye. Ya, saya mempersoalkan niat saya sebenarnya; kualiti yang hanya penjual dan 'Pembeli' sahaja tau.

     Betulkah aku telah menjiwai apa yang telah dijualkan? Oh 'Pembeli', Engkau sahaja yang layak untuk memberi komen kepada kualiti barang-barang jualan aku.



"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat Allah ialah hati kamu."

Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda.

[Riwayat Muslim]





nota:
1. Yang pertama dan pastinya, post ini ditulis khas untuk aku sahaja yang tidak lari dari kesilapan.
2. Related article: Muflis.




Wallahu'alam bis sowaab...

Posted by Posted by zabed at 10:50 PM
Categories:

 

4 comments:

Ramadhan al-fateh said...

Wah, ana tak pasti samada pembeli dan penjual itu anta tujukan para pasar borong atau apa.

Tapi ana merasai sesuatu yang tersirat disebalik tulisan enta.

Adakah apa yang kita "jualkan" pada hari ini, benar2 berkualiti.

Dan adakah kita yang "menjual" benar2 menghayati apa yang kita "jualkan"

Ikhawah punya firasat..mungkin?

zabed said...

ramadhan al-fateh:

haha sebab tu ana ada mention 'khusus untuk da'i'. btw, siapa 'penjual' dan 'Pembeli', ana maksudkan dengan ayat 111 surah at-Taubah.

wallahu'alam

Watak Sampingan said...

kita nk men'jual' kat org,tp kita sndri x berapa nak betul dgn 'jual'an yg kita nk offer kt org...hhu

zabed said...

tu lah. peringatan yang sangat besar untuk kita. na'udzubillahi min zaalik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>