Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Gunung Nuang
Aku dah pernah cerita dah dekat post Tahun Baru. Azam Baru, Semangat Baru, tapi takpe. Pengajaran tu yang penting.
Sewaktu berada di base camp Gunung Nuang, aku dan beberapa fasi sedang menghidupkan api untuk sediakan makanan kepada peserta. Sedang memotong kayu api yang keras, tiba-tiba hayunan parang terkena salah satu jari kiri aku (*correction dari cerita sebelum ni). Alhamdulillah, ada kesan calar sikit je. Tak dalam pun. Kemudian, ada seorang brader atau ikhwah macam terkejut, seolah-olah melihat hayunan parang tersebut bakal memberi kesan cedera yang membahayakan.
Melihat reaksi beliau, aku pun berniat untuk bergurau dengan ikhwah tersebut dengan cara sengaja memotong kayu yang keras tersebut dengan sebelah tangan sahaja tanpa apa-apa sokongan seperti batu. Sekali hayun, terkena kayu tetapi tidak kesan tidak mendalam. Ikhwah tersebut hanya dengan suara "Uish!". Aku lagi bertambah seronok untuk bergurau dengan mesej "Alaa tak ada pape la ni". Kemudian, hayunan kedua, aku tekad untuk menambah force, dan menghayun. Hayunan tersebut ternyata tidak kena pada kayu kerana tiada sokongan seperti batu, namun terkena pada jari tunjuk tangan kiri.
Uuh! Aku takut. Aku terus tengok jari tersebut. Aku tengok, herm, tak dalam sangat ni. Tapi, sekali lagi aku perhatikan, kenapa daging ni kaler ungu, bukan kaler merah. Biasanya merah. Tengok dengan lebih dekat, ya Allah, tu memang daging kat dalam. Aku cuba angkat tangan aku untuk melihat dari sudut atau angle yang lain, Allahuakbar, aku nampak tulang aku. Perh!
Setelah berminggu-minggu sejak peristiwa tersebut, ada seorang ikhwah berkata, "Segores luka di jalan Allah, akan menjadi saksi pengorbanan." Setiap pengorbanan, Allah telah membelinya dengan tukaran syurga [9:111]. Hakikatnya, pernah persoalkan diri kita, bahawa adakah kita betul-betul berkorban kerana Allah? Secara physically nampak, sehingga habis tu habis ni, tetapi secara niat nya?
Allah tidak menerima amal, kecuali yang dikerjakan dengan ikhlas kerana Dia semata, dan dimaksudkan untuk mencari redha-Nya
[Hadith riwayat Ibnu Majah]
Ikhlas ke berkorban? Aku berniat untuk bergurau senda dengan ikhwah tersebut, walaupun itu perkara baik. Hakikatnya aku lupa nak include Allah sekali dalam niat aku. Lalai. Lalai. LALAI!
Kalau nak bergurau pun, niatlah kerana Allah!
Astaghfirullah. Dah la bersusah-payah di jalan Allah sehinggakan tercedera, tetapi tidak berniat untuk Allah. Rugi pada badan jasmani, rugi pada badan roh. Rugi di dunia, rugi di akhirat. Itulah orang muflis.
Astaghfirullah. Ampunilah aku.
Jalan Lama Bangi-Semenyih
Hari Rabu, ada seorang ikhwah meminta tolong aku untuk jadi driver beliau ke Kolej MARA Banting (KMB) untuk memberi pengisian kepada pelajar-pelajar di sana.
Habis sahaja program, kami bertolak dari Banting menuju Semenyih melalui jalan lama, jalan kampung, jalan berpusing-pusing. Ditakdirkan Allah, Allah menguji kesabaran aku dengan munculnya sebuah lori di hadapan aku. Oh lupa nak cakap, jalan lama ada satu lane je. So, kalau nak potong kereta kat depan, kena potong melalui lane orang dari arah bertentangan. Kalau tak paham, buat-buat je paham, tak pun try drive kat jalan kampung.
Kebiasaannya, aku selalu memotong kereta atau lori di jalan lama tersebut. Tiada masalah kerana selalu. Namun, ujian Allah bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan. Semasa aku hendak memotong lori tersebut, pemandu lori tu pun meningkatkan kelajuan juga. Haish, kat depan ada kereta, tak sempat nak potong lori ni. Aku pun slow, kembali kepada belakang lori tersebut. Dan berkali-kali aku cuba potong, lori tersebut masih dengan tingkah-lakunya. Aku dah bengang dah time tu. Dah la semalam tido tak cukup, nak balik cepat pun sebab nak sambung tido.
Sekali lagi, ujian Allah bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan [2:155]. Sampai satu ketika, pandangan aku tertumpu pada lane bertentangan. Kosong. Kereta tak ada ni. Jalan pun boleh tahan lurus jugak. Ok, now or never. Aku berniat untuk memotong lori tersebut, dan vroom! Aku menekan accelerator sekuat mungkin, dan lori tersebut juga bergerak dengan kelajuan yang tinggi. Seolah-olah seperti kami sedang racing. *Slow gila kereta aku sama laju dengan lori*
Sekali lagi, ujian Allah bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan. Tiba-tiba, kelihatan sebuah kereta sedan berwarna perak atau putih (tak pasti), bergerak dari arah bertentangan dengan kelajuan yang sangat tinggi. Allahuakbat. It's now or never. Antara aku melanggar kereta sedan tersebut, mencederakan diri sendiri dan juga orang lain, atau aku pusing ke arah rumput melanggar tiang, hanya mencederakan diri sendiri.
Split-second, aku memilih untuk pusing ke kanan, mengelak kereta sedan tersebut, tayar mencecah rumput dan bumi, kereta masih bergerak, tidak sampai satu saat, BOOOOM!
Aku bukak mata, Alhamdulillah. Hidup lagi, tetapi, kenapa pemadangan aku kabur semacam je ni? Pandang bawah, oh, spek mata aku tercampak rupenye. Pakai spek, ya Allah, terlanggar tiang, dan juga termasuk parit. Innalillahi wa innailaihi raajiuun.
Alhamdulillah, kedua-dua kami selamat, dan tiada kereta yang dilanggar. Huh.
Segores luka di jalan Allah, akan menjadi saksi pengorbanan
Betul ke quote kat atas ni boleh diaplikasikan kepada aku? Sekali lagi, aku adalah seorang yang muflis. Aku berniat untuk memotong lori tersebut, tanpa mengingati Allah dalam niat tersebut. LALAI! Kalau nak potong pun, potonglah kerana Allah!
Muflis; kita sangka kita berkorban kerana Allah, hakikatnya niat kita berkorban telah salah, mengakibatkan amal kita tidak diterima. Rugi di dunia, rugi di akhirat. MUFLIS.
Astaghfirullah. Allah, ampunilah aku.
Hanya segala amal bergantung kepada niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.
Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.
[Muslim]
Wallahu'alam bis sowab.
3 comments:
Uh, kereta itu sudah hancurkah?
masya'Allah... syukurlah enta selamat~
ramadhan: kereta tu ada kat bengkel. alhamdulillah.
mirull: zikrul maut, salah satu cara Allah mentarbiyyah kita. astaghfirullah
Post a Comment