Friday, January 28, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


      Pertama-tama, aku nak paparkan kisah bagaimana orang islam convert ke Christian. Sumber: [1]buku yang tak ingat nama tajuk, [2]video yang tak ingat nama tajuk & [3] berita yang hampir atau sudah terkubur di Malaysia. Kedua, aku tak berhajat langsung nak ber-comparison atau membandingkan islam dengan agama lain.


Kisah 1

     *aku dapat cerita ni melalui seorang kawan. Kawan ni pulak dapat cerita ni melalui pembacaan dari satu buku yang diberi oleh seorang lelaki kristian yang berhasrat untuk mengorat beliau. Buku tersebut berkisar tentang himpunan kisah-kisah bagaimana orang islam masuk krisitan. Get the picture? Namun, aku ingat-ingat sedikit kandungan, which mungkin ada tokok-tambah dari segi hal-hal kecik, tetapi point penting, insya Allah masih lagi aku ingat dalam kepala.


[Cerita rekaan, ingat-ingat sikit kat dalam kepala:]

     Al-kisah, ada seorang perempuan muslim, yang berhajat sangat nak jumpa anak @ suami dia (tengok, nampak sangat aku hentam atau reka-reka). Tetapi, ada sebab yang tersangat kukuh, mengakibatkan perempuan muslim tersebut tidak dapat berjumpa dengan orang yang disayanginya tadi. Dipendekkan cerita, which is, aku sendiri tak ingat, plus aku reka-reka dengan sendirinya, perempuan muslim ini berkawan dengan seorang kristian di mana orang kristian ini menawarkan Bible untuk perempuan ini baca, agar hatinya tenteram, dek kerana tidak dapat berjumpa dengan orang yang disayanginya tersebut. Kemudian, rakan kristiannya ini tak henti-henti mendakwah & men'tarbiyyah' perempuan tersebut.


[Cerita bukan rekaan, dengan kekuasaan Allah aku masih lagi ingat:]

     Oleh kerana perempuan muslim tersebut terlalu berada dalam kepekatan suasana kristian, thanks to her Christian friend, akhirnya beliau tekad untuk pergi ke gereja. Nak convert? No. Belum lagi. Saja nak test keberkesanan berdoa di sana. Kemudian, pergilah beliau ke gereja, dan cuba berdoa di sana agar impiannya tercapai.

     Apa impian dia? Haaa. Beliau berharap sangat agar dapat berjumpa dengan anak @ suami dia tersebut. Beliau berdoa di hadapan patung Jesus, dengan penuh rasa khusyuk, penuh rasa pengharapan, penuh rasa menyerah diri kepada Tuhan, penuh keyakinan bahawa berdoa di gereja adalah langkahnya yang terakhir, tiada tempat lain lagi. Bersungguh-sungguh beliau berdoa, sehinggakan bercucuran air mata membasahi pipinya. "Oh Tuhan, Kau ketemukanlah anak @ suami aku padaku. Sungguh, penderitaan yang aku alami selama ini telah berlarutan. Tiada tempat lagi yang boleh ku harap selain padaMu. Oh Tuhan..."

      Sayu, harapan yang tinggi, akhirnya beliau memandang ke bawah, menangis teresak-esak. Tiba-tiba, kedengaran suara pintu gereja dibuka. Kreeeiikkkkkk. Oh, ada orang masuk gereja. Beliau mengusap air matanya, lalu memandang ke arah pintu tersebut. Alangkah terkejutnya beliau, apabila manusia yang memasuki gereja tersebut adalah anak @ suaminya tersebut! Terus-menerus perempuan tersebut berlari mendapatkan orang kesayangannya tersebut dan memeluknya seerat mungkin. "Oh! Benarlah janjiMu Tuhan! Aku bersyukur padaMu."

     Akhirnya, muslimah tersebut mengambil keputusan untuk bertukar agama, jadilah beliau seorang wanita kristian. Hiduplah happily ever after, bersama-sama anak @ suaminya tersebut.


     Happy ending my friend? Is it a miracle that we've been looking for?


Kisah 2

       *video ni aku tengok time aku masih berasrama di Kuala Lipis. Ada seorang kawan ni ajak tengok satu video tentang debat antara islam dan kristian. Tengok guna projector dekat bilik Badan Wakil Pelajar atau lebih dikenali di IPT sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada waktu malam. Perh, salah guna kuasa betoii. Haha.


      "Ok, hang play video tu."

      Debat antara islam dan kristen. Oh, kat indonesia rupenye. Patut la. Kalau kat malaysia, entah-entah dah kena ban kot.

      Muallaf vs Murtaddin. Hah? Kawe dop pehe ('Aku tak paham'). Apa maksud dia dengan Muallaf vs Murtaddin ? Kemudian, pengerusi majilis dalam video tersebut memperkenalkan panel-panel yang akan berdebat. Di pihak muslim, syeikh-syeikh yang terlibat ialah mereka yang ketika dahulu adalah paderi-paderi besar di Indonesia. Di pihak kristian juga hampir sama, syeikh-syeikh mereka yang terlibat ialah mereka yang suatu ketika dulu adalah imam-imam masjid besar di Indonesia. Haih, equality trade betul ni. Barulah aku paham Muallaf vs Murtaddin.

     Sebelum mereka mula berdebat, pengerusi majlis menjemput setiap syeikh-syeikh dari pihak masing-masing untuk menceritakan kisah bagaimana mereka convert ke agama sekarang ni. Bermula dengan paderi-paderi kristian. Esshhhhhhh. Jangan main-main bro. Syeikh besaq masjid ni suatu ketika dulu. Camana depa ni boleh convert ke kristian pulak?

      Tau apa cerita dia? Paderi yang pertama menceritakan kisah dia. Ya, pada asalnya beliau merupakan seorang imam besar masjid di negeri mana entah tak ingat. Ramai orang selalu berguru dengan dia suatu ketika dulu. Statement dia yang aku ingat lagi sampai sekarang, pangkat dia ketika itu, merasakan dirinya sudah berada dalam keadaan selesa sudah (take note para du'at sekalian. bahaya betul perkataan 'selesa' ni). Bermaksud, dia mempunyai suatu kehidupan yang selesa dengan keluarga tersayang, menjadi imam besar, orang juga ramai berguru dengannya. Selesa. Kemudian, pada suatu malam, tiba-tiba dia bermimpi berjumpa dengan malaikat dari langit, turun ke arahnya, menghulurkan tangan agar beliau juga dapat naik bersama. Beliau pun terjaga dari tidurnya. Kemudian, keesokan atau beberapa hari selepas itu, beliau mimpi perkara yang sama lagi, cuma kali ni ada ramai malaikat mengajaknya untuk naik ke langit. Beliau pun terjaga sekali lagi.

       Kemudian, macamana entah syeikh ni boleh berjalan-jalan di suatu gereja, terkejut melihat lukisan yang menggambarkan malaikat-malaikat di dalam gereja tersebut. "Eh? Itu sebijik sebagaimana dalam mimpi aku sebelum ni!". Pada malam yang sama, beliau mimpi perkara yang sama lagi, ramai malaikat mengajaknya naik ke langit, dan akhirnya beliau bersetuju untuk menyahut seruan malaikat-malaikat tersebut. Beliau kemudiannya di angkat ke kerajaan langit, dan terkejut beliau melihat satu cross yang sangat besar. Oh! Inilah agama yang sebenar. Akhirnya, sedar sahaja dari mimpinya, beliau menukar agamanya ke Kristian. Dan berlarutan untuk beberapa periode, sekarang beliau merupakan antara paderi yang terbesar di Indonesia.

     Paderi yang kedua juga menceritakan benda yang sama; mimpi. Cuma, jalan cerita lain sikit. Sama sahaja seperti paderi yang pertama, pada asalnya beliau adalah imam besar di salah sebuah masjid, tetapi pada suatu hari hati beliau terasa sangat sedih. Tiada ubat yang mampu menghilangkan rasa sedihnya. Biarpun beliau mendapatkan khidmat nasihat dari syeikh-syeikh yang lagi besar darinya, tingkatkan ibadah (niat beribadah dia kerana Allah ke atau selain dariNya, wallahu'alam), namun hatinya masih lagi tidak hilang perasaan sedih tersebut. Akhirnya, pada suatu malam, beliau bermimpi berjumpa dengan malaikat. Malaikat ini menghulurkan tangan (lebih kurang macam paderi pertama), kemudian beliau menyahut, dan malaikat tersebut membawanya ke suatu tempat yang tinggi, dan ditunjuknya suatu cross yang besar. Terkejut syeikh ni melihat, tiba-tiba hatinya bergelojak, mendorongnya untuk menyembah cross tersebut. Tatkala beliau menyembah, tiba-tiba air mata mengalir dengan banyaknya, kerana beliau merasakan bahawa hatinya sangat berpuas hati, rasa tenang, hilang perasaan sedih yang sudah lama terpaku di hatinya. Akhirnya, beliau convert ke agama Kristian.

     Begitu jugalah dengan paderi-paderi selepasnya. Kesemua mereka menceritakan bahawa mereka mimpi berjumpa dengan malaikat, melihat cross dan Jesus, etc. Bagaimana dengan para muallaf tadi pula? Bagaimana mereka suatu ketika dahulu merupakan seorang paderi besar dan akhirnya convert to islam ? Yang pasti, kesemua mereka menceritakan bahawa mereka mendapat hidayah bukan melalui mimpi, tetapi melalui pembacaan quran etc. (tak ingat).

     Sedang kami berdua syok dan kagum tengok bagaimana muallaf-muallaf tersebut masuk islam, tiba-tiba kedengaran suatu suara, "Apa kamu tengok kat projector tu malam-malam ni? Tak reti nak tidur ke?" Aisehman. Kantoi dengan warden pulak. Kena denda? Wallahu'alam   :p

     Berbalik kepada cerita-cerita bagaimana syeikh-syeikh besar islam boleh convert kepada kristian. Terasa macam ajaib kan siap boleh mimpi berjumpa dengan malaikat lagi. Persoalannya ialah:

     Happy ending my friend? Is it a miracle that we've been looking for?


Kisah 3

     *Kisah ni, bukan kisah. Berita besar ni. Tak nak sebut nama, kang nanti tak pasal-pasal ada orang fire aku pulak, kata tu kata ni, hak tuiihhhhh!  Ok lah.

    Ada seorang rakyat malaysia, mengaku beragama islam, dan mengisytiharkan bahawa beliau akan mengembara satu dunia dengan kapal layarnya, merentasi 7 lautan. Ditakdirkan Allah, beliau selamat pulang ke tanah Malaysia, 'membanggakan' rakyat Malaysia kerana berjaya mengharungi lautan di seluruh dunia. Beberapa hari @ bulan @ tahun, aku tak ingat, beliau isytihar beliau convert kepada kristian, walaupun pada ic-nya masih mencatit agama:islam. Macam mana dia boleh masuk kristian pulak?

     Menurutnya, ketika dalam pengembaraanya men-conquer lautan di dunia, tiba-tiba beliau menghadapi kesulitan dalam perjalanan. Angin taufan, hujan lebat, storm. Dan ikutkan hatinya, memang beliau tidak berpeluang untuk hidup kerana keadaan yang terlampau kacau-bilau. Dalam kekalutan suasana tersebut, tiba-tiba beliau terlihat suatu cahaya. Beliau mengejar cahaya tersebut, dan beliau terkejut melihat cahaya tersebut sebenarnya adalah cross yang sangat besar. Beliau menggerakkan kapalnya ke arah cross tersebut, bila sampai sahaja, terus hilang cuaca buruk tadi. Ajaib ? Miracle ?

     Akhirnya, beliau memeluk agama kristian. Persoalannya ialah:

Happy ending my friend? Is it a miracle that we've been looking for?


Miracle, suatu keAJAIBan

A miracle is an unexpected event attributed to divine intervention
 [Wikipedia]


     Haish. Tergugat iman tak bila baca kisah-kisah bagaimana orang-orang islam convert to kristian? Indah kan cerita mereka? Happy ending, ada miracle, ada keajaiban. *Wink wink*

     So, apa yang special-nye islam ni? Cuba tanya diri sendiri, selama bertahun-tahun sejak kita dilahirkan menjadi islam, pernah berlaku apa-apa seperti miracle atau keajaiban tak? Pernah nampak cahaya berlegar-legar di atas quran? Pernah tiba-tiba kita mimpi berjumpa malaikat? Pernah tiba-tiba kita mendengar sejadah baca quran?

     Orang selalu cerita pernah ah. Kita ni, tak pernah lagi experience benda-benda ajaib atau miracle ni. So, kembali kepada persoalan, apa yang special sangat tentang islam ni? Haa tergugat iman kalau ada non-muslim tanya. Tu la, orang suruh baca quran sekali dengan me-faham-mi maksud tak nak. DEGIL. SOMBONG. ANGKUH. 'PEKAK'.

      Ok lah. Itu cerita bagaimana muslim convert kepada kristian. Kali ni, kisah bagaimana seorang atheist memeluk islam. Kenal Abu Bakr Ruben ?


Abu Bakr Ruben

     *seorang mat saleh dari Australia, bagaimana dia mengembara untuk mencari kebenaran, solusi kepada masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupannya. Kat post ni aku tak nak cerita from A to Z, panjang sangat. Aku point out beberapa sahaja yang ada kena-mengena dengan post kali ni, peristiwa sehari sebelum memeluk islam, di mana ketika itu dia mula menerima islam namun ragu-ragu lagi. Try tengok kat youtube atau tekan link ni kalau nak taw cerita panjang, tengok video menceritakan bagaimana dia menemui islam. Subhanallah, sehingga kini, kalau aku dengar speech dia kat video tuh, aku menangis. Tak tipu. Sayu dan syahdu cerita dia sebelum dia masuk islam, sehinggalah detik-detik dia hendak mengucap kalimah syahadah. Benarlah janji Allah dalam Al-Quran, "So whoever Allah wants to guide - He expands his chest to Islam"[6:125]. Sehina-hina manusia, kepada semulia-mulia manusia!


     Pada suatu malam, di atas katilnya sambil menyalakan lilin, beliau membuka Al-Quran yang telah diberi oleh Brothers, kemudian beliau membaca dan berfikir. Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dihadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih.

     Dia memohon kepada Allah, "Ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin kilat, untuk dia buat keputusan dan masuk islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki, apa sahaja ya Allah!". Dan dia terus menunggu 'keajaiban' atau miracle yang diharapnya itu.

     Tetapi, ternyata, tiada apa-apa yang berlaku pada malam itu. Dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah, "Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada aku sesuatu!"

     Kemudian, dia menunggu. Tak ada apa-apa berlaku. Dia kemudiannya mengulangi dan mengulangi doanya tersebut berkali-kali namun memang tak ada apa-apa yang berlaku walau sedikit bunyi pun sebagai petanda yang beliau mahukan. Tak ada keajaiban atau miracle langsung!

     Rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, tahu ayat apa dia baca? 


Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, dan kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sungguh, (semua itu) merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang menggunakan akal.

[Al-Baqarah (2): 164]


     Allahu akbar. Keesokan harinya beliau mengucapkan syahadah. Subhanallah.

     Happy ending? Check. Berlaku miracle atau keajaiban kah? Chh.... Eh jap2. Malam tu mana ada kilat petir seperti yang dia harapkan, seperti mana kisah muslimah convert kristian tu. Malam tu dia tak adalah mimpi sampai ada malaikat bercakap dengan dia tentang kebenaran islam. Malam tu jugak tak adalah rumah dia terbakar sehinggakan dia terkapai-kapai mencari cahaya yang tergambar tulisan alif lam lam ha. Senang cerita, keajaiban ataupun miracle secara fizikal, tidak berlaku langsung pada malam sebelum Ruben benar-benar yakin untuk memeluk islam. Keajaiban secara fizikal: seperti mana yang kita sangkakan, ada cahaya, ada pari-pari, sejadah terbang, quran berkata-kata dan sebagainya *Wink wink*

     Camana dia peluk islam? Tak lain tak bukan, terpesonanya beliau hanya dengan me-faham-mi Al-Quran. Bukaklah mana-mana page pun, kesemuanya Allah susun khas untuk kita, bukan untuk orang-orang Arab sahaja. Al-Quran; suatu keajaiban atau miracle yang Allah beri pada manusia, namun kita manusia sendiri telah mengeluarkannya dari kategori miracle. Tak cukup miracle lagi kah Al-Quran itu?

     Tengok Kisah 2 balik, aku hanya mention bagaimana syeikh-syeikh islam boleh murtad. Tetapi, korang pernah terfikir tak macam mana muallaf-muallaf yang suatu ketika dahulu adalah paderi-paderi yang hebat boleh lembut hati untuk memeluk islam? Aku ada cakap sikit kat atas; diorang faham Quran.

      Salah satu dari muallaf tersebut menceritakan bagaimana peristiwa mula-mula dia tersentuh untuk memeluk islam; hanya dengan membuka muka surat terawal Al-Quran sahaja! Beliau terkejut apabila membaca ayat ke-2 surah Al-Baqarah, betapa hairannya dia tentang Al-Quran kerana bila di-compare-kan dengan Bible atau kitab-kitab agama lain, kebiasaan yang akan diceritakan dalam permulaan buku-buku tersebut adalah tentang penciptaan awal-awal manusia, atau sesuatu seperti cerita tentang sebelum kejadian manusia. Bagaimana dengan ayat ke-2 surah al-baqarah? Beliau terkejut kerana pada awal-awal pembacaan Al-Quran, diterangkan "Kitab ini tidak ada keraguan padanya"! Nah. Ibarat kita baca buku-buku biasa, pada awal-awal muka surat ada diceritakan tentang 'hakcipta terpelihara', 'copyright reserved' etc.

     Aku sendiri, sebelum aku betul-betul rasa ingin turning on a new leaf, tak adalah berlaku peristiwa-peristiwa seperti aku terjumpa cahaya, lalu aku mengejar cahaya tersebut sehinggalah cahaya itu hilang masuk dalam Al-Quran. NO! Bermula apabila aku membuka al-Quran, surah Ar-Rahman, lutut aku betul-betul lembut apabila perkataan "Fabi ayyi aalaa~ irrabikuma tukazziban -- maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" sering diulang-ulang dalam surah tersebut. Cerita panjang: Antara Children of Bodom dengan Ar-Rahman.

     Tak cukupkah Al-Quran sebagai suatu keajaiban yang diturunkan Allah kepada manusia?


Mamat Cahaya



      Kita ni, selalu sangat take things for granted. Asal nak berubah je, perlukan miracle. Tak habis-habis. Asal mimpi benda-benda seperti petunjuk, 100% kita ikut mimpi tersebut, walaupun merepek. Kalau hati nak basah, selalu sangat menunggu peristiwa-peristiwa yang luar biasa, barulah nak insaf. Itu pun 2 3 hari, pastu kembali macam biasa balik. Sampai bila nak keadaan camni? Nak sangat perisitwa-peristiwa yang luar biasa? Haa boleh-boleh. Tunggu la sampai cahaya terbit dari belah barat, luar biasa habis tu. Tak pun tiba-tiba badan kita berasa sejuk, daging kita seperti disiat-siat, luar biasa habis tu. Nak tunggu perkara luar biasa atau miracle ? Sempat tak?

     Takut-takut, perkara luar biasa tersebut berlaku, dan cenderung ke arah lain. Bahaya tuh. Kalau cenderung ke arah keredhaan Allah takpa, ni tak. Jadi macam kisah-kisah orang islam masuk kristian. Silap-silap, bila kita diuji Allah dengan perkara-perkara sebegitu, kita kecundang, terus-menerus berpaling dari Allah untuk selama-lamanya. Na'uzubillahi min zaalik.

      Ibarat musyrikin Mekah, apabila Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mengajak mereka untuk menyerahkan diri kepada Allah, mereka mempersoalkan, "Apakah benar hari kiamat itu pasti berlaku?", "Bilakah kiamat itu akan berlaku?", "Betulkah wujud hari di mana segala perbuatan kita akan dibalas kembali?". Kemudian, Allah membalas pertanyaan mereka dengan surah-surah Makkiyah seperti surah An-Naba' ayat 6-16,


Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan?

Dan gunung-gunung sebagai pasak?

Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan,

Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirahat,

Dan Kami menjadikan malam sebagai pakain,

Dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan,

Dan Kami membangun di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh,

Dan Kami menjadikan pelita yang terang-benderang (matahari),

Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang tercurah dengan hebatnya,

Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman.

Dan kebun-kebun yang rindang. 

     
     Seolah-olah, jawapan yang diberikan Allah kepada musyrikin tersebut berbunyi, "Tak cukup lagi ke ciptaan-ciptaanKu yang berada di sekeliling kamu untuk membuktikan bahawa Aku ini wujud?"

     Oleh itu, fahamilah Al-Quran. Baca Al-Quran, baca maksud sekali, fikir-fikirlah tentang ayat-ayat yang dibaca. Keajaiban? Al-Quran ada, ciptaan-ciptaan Allah ada. Perhatikanlah. Renung-renungkanlah. Jadilah seperti Ibrahim 'alayhi salam sebelum beliau diangkat menjadi rasul; bagaimana dia mencari tuhannya hanya dengan memerhatikan alam-alam di sekelilingnya.


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 1:20 AM
Categories: Labels:

 

11 comments:

Muhammad Afiq Bin Che Ali said...

(2:14)
highlight perkataan cobaan

Al-Mufakkir Hamidi said...

Salam.

macam mana dengan nikmat 'Bertemu Nabi' dalam mimpi?
:)

zabed said...

black_vi7589: cobaan? x nampak pun. cuba anta explain sikit skill men-tadabbur anta :)

al-fakir: wassalam. lupa nak include pasal ni dalam post. Yes, tak dinafikan wujudnya mimpi bertemu Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. The point yang nak ditekankan di post ini ialah, masyarakat kita sekarang terlalu mengharapkan keajaiban, miracle sehinggakan mereka menolak Al-Quran dan Sunnah, dan berpegang teguh habis-habisan perkara2 tersebut walaupun bertentangan dengan AQ & sunnah. Apa yang nak diberitahu ialah tentang khutbah terakhir Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku"

Point kedua: Menghayati Al-Quran

wallahu'alam bis sowab :)

Anonymous said...

miracle of al-Qur'an ---> semakin kita cuba memahami, semakin byk yg kita sedar ttg perkara2 yg kita x pernah tahu. ni membuatkan kita semakin tertarik utk membaca & memahami Quran. smp mati pon kita baca Quran, insyallah xkan bosan sbb setiap kali kita baca, kita akan dpt something new and different..

jazakallahu khair for the article bro..



- org KL nk blk Kedah -

zabed said...

orang KL nk blk Kedah: wa iyyak. betul tu. selamat balik ke Kedah bro!

Ihsan Arifin said...

good entry :) muga penghabisan kite dalam Islam

zabed said...

ihsan arifin: insya Allah.... ya muqallibal quluub, thabbit qulubana 'ala diinik..

Anonymous said...

sangat bermakna..

zabed said...

anonymous: apa yg bermakna? moga-moga menjadi aplikasi, bukan ilmu yg tersimpan sahaja

Unknown said...

terima kasih,amat membantu

zabed said...

sama-sama. All credit goes to Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>