Friday, February 26, 2010


A: Bro! Lu gi tak gig Caliban bulan lapan ni?

H: Aiyark! Lupa la bhai nak beli tiket die! Lu ada tiket lebih tak?

A: Sory ah geng. Ni pun kawan aku yang tolong belikan. Next time je la eh? Hahaha

H: Arghhh!! Menyesal gile aku tak beli awal2! Hish ni nak menyumpah ni! #$%^&%$#!!


     "Rugiiinyeee.. Berape kali je la band metal international yang best2 ni boleh datang Malaysia buat gig". Itulah yang selalu bermain di fikiran mamat H semenjak beliau baru sahaja teringat bahawa Caliban bakal buat gig di Malaysia pada tahun 2008.  Dek kerana kesibukannya bekerja part time, beliau lupa langsung untuk membeli tiket gig tersebut pada awal tahun.


     Itulah mamat H, seorang yang meminati lagu-lagu genre metal; heavy metal, thrash metal, melodic metal, death metal, tapi bukan black metal. Asal tak minat black metal pulak, dah kate mat metal. "Aku ingat Tuhan lagi bhai. Berdosa taw dengar black metal ni". Fuuuhhh, jawapan yang mantap dan padu oleh mr H.

     Antara band-band yang diminati beliau ialah Megadeth, Metallica, Pantera, Lamb of God, Arch Enemy, In Flames, Trivium dan macam2 lagi. Namun, band yang paling memukau hati sanubari beliau ialah: Children of Bodom.


     Sebagai peminat setia band2 bergenre metal, adalah agak mustahil bagi seseorang mat metal sekiranya mereka hanya mengamati muzik2 tersebut dengan hanya mendengar sahaja; mereka juga perlu bermain gitar dengan skill yang mantap bak band2 metal yang mereka sanjungi. Begitu jugalah halnya dengan mamat H, hampir setiap malam, beliau akan practice lagu-lagu metal yang diminati beliau; Master of Puppets, Hate Me!, Like Light to The Flies, Now You've Got Something to Die For, Grace dan macam-macam lagi. 

     Dari rhythm permulaan lagu hingga chorus; penuh dengan palm mutes & power chords (skills) sehinggalah bahagian solo; sweep picking & dive bomb. Dari malam ke malam lain, beliau belajar bermacam-macam lagu baru, atau senang cerita, 1 malam 1 lagu. Dah la dengar lagu metal pun boleh pening kepale sebab laju sangat, inikan pula nak main lagu tersebut. Bukan senang! Tangan pun kena mantap jugak kalau nak main laju-laju ni. Bukan setakat tu sahaja, kena tahan sakit lagi sebab sliding (seret). Sliding ni lebih kurang macam kita slide jari kita dari penghujung tali ke hujung tali besi. Pedih kan? Haa tapi itulah rutin harian mamat H pada setiap malam sehinggakan beliau mendakwa bahawa salah satu jarinya sudah kematian 'receptor'.


     Pernah sekali beliau menyuruh rakan-rakannya untuk memijak jarinya yang sudah 'kematian receptor' tu dan terbukti, beliau tidak merasakan kesakitan langsung. Kemudian, beliau meminta kawannya itu untuk mengesat-ngesat jarinya dengan menggunakan kaki dan sekali lagi, beliau tidak berasa sakit pun malah siap gelak lagi. Extreme sungguh bak Fear Factor. "Ni baru metal bhai! Hahaha" kata beliau.


     Beliau sungguh menjiwai lagu-lagu metal tersebut sehinggakan beliau mendengarnya hampir setiap masa; semasa break dalam kelas pun sempat dengar lagi, online sorang-sorang dekat computer lab pun sempat lagi nak dengar, naik bas atau LRT pun sempat lagi dengar, semasa mak beliau shopping barang dapur pun sempat lagi malah sebelum tidur pun sempat lagi dengar. Katanya sebagai 'lullaby'. Lagu metal pun boleh jadi lullaby? Pelik2. Senang cerita, hampir setiap masa ada masa kosong terus beliau memasang earphone ke dalam telinga, kemudian play lagu2 tersebut melalui iPod Nano nya.


     Rutin hidup beliau sama sahaja dan berulang-ulang. Semuanya kerana matlamat beliau: hendak menjadi seorang gitaris metal yang hebat dan dihormati oleh orang ramai. Pelik, beliau merupakan seorang student engineering, tapi pada masa yang sama nak jadi seorang gitaris yang mantap. "Sekarang ni mane ade engineer yang terer main gitar" sekali lagi, jawapan yang diberikan sungguh mantap dan padu.


     Walau setinggi mana dan sesusah mana pun matlamat yang diidamkan beliau, namun beliau tidak berasa senang hati atau tenteram pada jiwanya. Orang kata lagi susah matlamat yang hendak dicapai, lagi ada 'feeling' atau 'kick' untuk mengejarnya. When the going gets tough, the tough gets tougher. Bila ada free time, terus tidak membuang masa dengan melatih skill guitar. Namun, pada sebelah malamnya, sebelum tidur, beliau masih rasa tidak tenteram. "Aku dah practice skill guitar dah tadi. Sepatutnya aku rasa puas la sebab setiap kali practice, aku one step ahead untuk mencapai matlamat aku, namun aku masih tak berasa puas lagi. Ahhh tidakkk!!" . Malam tersebut beliau tidak dapat tidur dengan sempurna kerana perasaan jiwa yang tidak tenang walaupun lagu metal menjadi 'lullaby'-nya.


     "Yess!! Duit MARA dah masuk! Boleh beli guitar baru la nampaknye! Yahooo! Ehhhhhh jappp. Aku rase sebab aku pakai gitar buruk la kot hati aku tak tenteram ni. Ye tak ye jugak eh" bisik hatinya selepas check email dari penaja MARA di university beliau. Selepas duit sebanyak RM2580 dimasukkan ke dalam akaunnya, tanpa membuang masa beliau terus menuju ke Mid Valley untuk membeli sebuah guitar idamannya sejak beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik; ESP EX-50.


     "Pergh! Memang mantap bunyi dia. Memang distort habis ni. Ala-ala bunyi Metallica ni. Nak main Trivium pun senang ni!" kata beliau semasa menguji guitar tersebut sebelum dibelinya. Puas, rasa seronok, rasa macam tak percaya, beliau sedikit pun tidak kesah untuk mengeluarkan wang sejumlah RM1400 dari akaunnya semata-mata untuk guitar ini. Dan berseronoklah beliau ketika pulang ke kampusnya.


     "Akhirnya, inilah jawapan kepada ketidak-tenteraman hatiku selama ini! Terbukti EX-50 memang penawar bagi hatiku. Yeahhh! Metal forever!!!" bisik hatinya sambil tersenyum. Namun senyumannya tidak lama...


     Selepas 2 bulan, string guitar barunya sudah berkarat. Malah dihujungnya siap ada calar lagi. Bila string guitar berkarat, adalah tidak best langsung untuk bermain guitar. Nak hantar kedai untuk repair, tak ada duit dah. Duit MARA dah habis dah. Tinggal cukup2 hanya untuk makan je. "Bosan pulak aku dengan guitar ni." kemudian, secara tiba-tiba, perasaan jiwa tidak tenteramnya itu muncul semula. "Apasal la aku masih rasa tak sedap hati ni? Aisehman apa nak jadi ni? Arghhh tidakkk!"


     Selama beberapa bulan hidupnya agak terumbang-ambing, bingung dengan masalah jiwanya yang selalu tak tenteram tersebut. Beliau lebih prefer untuk hidup berjauhan dengan masyarakat, beliau lebih suka untuk menyendiri dek kerana memikirkan kenapa hatinya sungguh tak tenteram. Walaupun setelah string guitarnya ditukar, namun kepuasan seperti mana yang beliau rasa ketika pertama kali beliau membeli guitar tersebut tidak terasa langsung. Vanish. Jiwa kosong. Bagaikan mayat hidup; orang memerhati gelak tawanya yang riang dengan lawak bodohnya sahaja tetapi deep inside hati beliau, seperti orang yang tak ada matlamat langsung. Hidup hanya bangun dari tidur, pastu jumpa member, pastu buat lawak bodoh, pastu dah malam sikit, balik, pastu terus tidur. 'Tak ada life' bak kata orang. "Camana aku nak jadi macam Alexi Laiho (Children of Bodom) ni kalau aku nak main guitar pun tak ada feeling. Kalau ada feeling pun sekejap2 sahaja. Pastu hilang balik. Pastu rasa tak sedap hati lagi. Ape lagi yang tak cukup ni? Konfius aku. "Ya Allah, tolonglah hambaMu ini".


     Akhirnya, bila keadaan sudah buntu untuk beberapa waktu, barulah beliau teringat Penciptanya, Tuhan sekalian alam. Oleh kerana jiwanya hendak mencari kebenaran, barulah dipermudahkan oleh Allah untuk beliau mencari jawapan kepada ketidak-tenteraman hatinya. Solat fardhu lima waktu telah dijaga dengan sempurna. Ada masa free, solat sunat hajat dan solat istiharah untuk diberi petunjuk dan amalannya yang Islamic ini berterusan sehingga beliau dapat mencari jawapan yang diinginkan...


     Pada suatu hari, terdetik di hatinya untuk membelek Al-Quran terjemahan yang terdapat pada ruang tamu rumahnya. Kemudian secara rambang sahaja, beliau terbuka muka surat yang mengandungi Surah Ar-Rahman...


[kepada pembaca, sila buka link ni, kemudian dekat atas tu ada symbol speaker, pastu tekan play untuk mendegar bacaan merdu Surah Ar-Rahman]

The Most Gracious

Yang Maha Pemurah

He has taught the Quran.

Yang telah mengajarkan Al-Quran.

He created man.

Dia menciptakan manusia,

He taught him eloquent speech.

mengajarnya pandai berbicara.

The sun and the moon run on their fixed course (exactly) calculated with measured out stages for each (for reckoning).

Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan,

And the herbs (or stars) and the trees both prostrate themselves (to Allah).

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

And the heaven: He has raised it high, and He has set up the Balance.

Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan,

In order that you may not transgress (due) balance.

agar kamu tidak merosakkan keseimbangan itu,

And observe the weight with equity and do not make the balance deficient.

Dan tegaklah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu.

And the earth: He has put down (laid) for the creatures.

Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk(-Nya),

Therein are fruits, date-palms producing sheathed fruit-stalks (enclosing dates).

di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang,

And also corn, with (its) leaves and stalk for fodder, and sweet-scented plants.

dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.


     Indahnya ayat-ayat dalam Surah Ar-Rahman ni. Cara susunan dan bacaan tajwidnya pun terasa indah. Ya Allah bestnya baca Surah Ar-Rahman ni. Kemudian, beliau terus menyambung baca. Tatkala beliau membaca ayat seterusnya, matanya tidak dapat menahan lagi, lalu air mata berlinangan dan membasahi pipinya.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

He created man (Adam) from sounding clay like the the clay of pottery.

Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

And the jinn: He created from a smokeless flame of fire.

dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(He is) the Lord of the two easts (places of sunrise during early summer and early winter) and the Lord of the two wests (places of sunset during early summer and early winter).

Tuhan (yang memelihara) dua timur dan Tuhan (yang memelihara) dua barat.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

He has let loose the two seas (the salt and fresh water) meeting together.

Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,

Between them is a barrier which none of them can transgress.

Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Out of them both come out pearl and coral.

Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

And His are the ships going and coming in the seas, like mountains.

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Whatsoever is on it (the earth) will perish.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa,

And the Face of your Lord full of Majesty and Honour will remain forever.

tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


     Dan apabila setiap kali ayat 'Fabi ayyi aalaaa irabbikuma tukazziban' (Then which of the Blessings of your Lord will you deny?) diulangi dalam Surah Ar-Rahman, semakin bercucuran air keluar dari matanya. Sungguh, dia terasa hina di sisi Allah. Sudah berapa banyak nikmat yang Allah beri telah didustakannya? Berapa banyak nikmat yang diberi oleh Allah telah disalahgunakan ke jalan maksiat? Sudah berapa banyak nikmat yang diberi Allah namun beliau keep on cakap "tak cukup lagi ni"? Sudah berapa banyak nikmat yang diberi Allah namun beliau menolaknya?


*****

     Selesai solat sunat Dhuha, kunci kereta terus dicapainya dan terus dihidupkan enjin keretanya. Pukul 8.45. Ada lagi 15 minit lagi sebelum kelas start. Kemudian, gear ditukar ke mod D dan terus dipandunya. Sambil memandu keretanya menuju campus, mulut beliau terkumat-kamit membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafal seperti Surah An-Naba' dan Surah Ar-Rahman. Sama sahaja seperti zaman jahiliyahnya yang dulu, terkumat kamit mulutnya menyanyikan lagu, namun kali ni beliau membaca ayat-ayat Al-Quran yang ternyata lebih indah ayatnya.


     Setelah park keretanya, beliau berjalan pula menuju ke arah kelasnya yang mengambil masa 5 minit. Dalam perjalanannya, beliau mengeluarkan iPod Nano nya, sumbat earphone ke dalam telinganya dan terus berjalan ke arah kelasnya. Sama sahaja seperti zaman jahiliyahnya dulu, mendengar lagu-lagu metal semasa berjalan ke arah kelas, namun kali ni beliau mendengar lagu-lagu dari Maher Zain dan bacaan Quran dari Tawfeeq ibn Saeed as-Sawa'igh.


     Setelah habis kelas pada hari tersebut, beliau pulang ke rumah dan terus mencapai laptopnya. Buka Youtube dan website lain-lain. Sama seperti zaman jahiliyahnya, habis kelas terus online buka website Youtube untuk dengar lagu metal yang baru-baru, buka website ultimate-guitar.com untuk download tab-tab guitar yang baru, buka website artist metal untuk mengetahui cerita-cerita atau gig yang bakal dianjurkan, namun kali ni, website Youtube digunakan untuk mendegar ceramah-ceramah yang mantap dari Ahmed Deedat, website ultimate-guitar ditukar kepada website quran.com untuk download bacaan surah-surah dalam al-Quran dan website artis-artis metal ditukar kepada blog-blog para ikhwanul muslimin yang sudah lama berkecimpung dalam perjuangan dakwah.

     Pada waktu sebelah malam pula, aktiviti beliau sudah berlainan dengan waktu jahiliyahnya. Semasa zaman jahiliyahnya, beliau sering tidur lambat kerana practice skill guitar namun kali ni, beliau tidur awal pula kerana ingin bangun pada 2/3 malam untuk menunaikan Qiamullail untuk bermunajat kepada Allah dan sebagai waktu dimana beliau mengadukan segala masalahnya kepada Allah.


   Kalau dilihat dari mata kasar, gaya dan cara hidupnya sama sahaja seperti zaman jahiliyahnya yang dulu, cuma keadaanya yang lebih indah dan lebih hakiki. Segala perkara lagha digantikan dengan dengan berzikir kepada Allah, mengingati Allah, mentarbiyyah diri agar sedar hakikat hidup di dunia sementara ini. Dahulu, beliau merasakan nikmat yang terbaik adalah dengan mendengar lagu dan bermain guitar, sekarang, nikmat yang dirasainya jauh berbeza lebih hebat dan lebih indah. Daripada mendengar lagu, mendengar bacaan al-Quran adalah nikmat yang lebih dirasakan, menusuk jiwa kalbunya, tergetar di hatinya pabila nama Allah disebut. Nikmat bermain guitar digantikan dengan bangun pada waktu malam-malam buta, mengambil wudhu' dengan air yang sejuk, solat sunat 2 rakaat, mengalirkan air mata dan memohon keampunan tatkala sujud kerana mengharapkan keredhaan Allah; kesemuanya melebihi nikmat-nikmat yang dirasakan sewaktu zaman jahiliyah, dengan mengingati Allah dan mengharap keredhaanNya...


Those who believed, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah: verily, in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram.

[Ar-Ra'ad (13) : 28]


Posted by Posted by zabed at 4:03 PM
Categories:

 

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...
indah cara ayat diolah menggambarkan kemanisan hidayah tu

dreamers said...

"but how many eyes are closed, to the wonder of this night" - God is the light, Yusuf Islam

“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raaf: 57)

Anonymous said...

bile bace post ni..aku reflect balik semua bnd yg ko tls dlm post ni kat diri aku..susah nye nak jadi baik..susah sangat nak istiqamah..tapi takpe, aku akan terus mencuba!!
Thanks ^^

Anonymous said...

what a great article.

thebe09 said...

cayalah zabed...
moge istiqamah..
pyah zabed nk istiqamah nie..
nie bgi ak ar..
ak pnah rse ap ko rser.da.

zabed said...

1st anonymous: indah lagi sekiranya kita yang melaksanakan ibadah tersebut. :)

wea: bak kate akh fathi, bagai mengetuk paku pada logam/besi. ketuk2 tak masuk pun. sama lah camtu. dah bagi ayat2 Quran yang sememangnya indah pun tak nak terima jugak. bukannya Allah tak nak bagi hidayah, tapi dia sendiri tak berusaha nak cari.

2nd anonymous: memang betul susah nak jadi sebagaimana manusia yang Allah mahukan tapi tidak mustahil juga untuk mencapainya. nak berubah perlu mengambil masa. dan pabila mengambil masa, pengorbanan perlu dilakukan. bila kita berkorban (eg. duit, nafsu, duit minyak nak pegi masjid etc..) pasti kita akan hilang sesuatu, tetapi pada masa yang sama, kita peroleh sesuatu. If we lose something, we will gain something. Apa yang kita peroleh? tentulah keredhaan Allah kerana kita berkorban tak lain tak bukan hanya kerana Allah Azza Wa Jalla. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : "Sekiranya Allah ingin memberi kebaikan kepada seseorang, Allah akan memberikan kefahaman Ad-Din". Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Check Surah Ar-Ra'ad ayat 11 sebagai referens. Moga berjaya. :)

3rd anonymous: a great article/story will always be inspired from a true experience. I'm telling you my friend, this is not a post that I thought of for the plotting. It is a true story that has been told by the real H guy. If he can change to a better person just like how Allah has described in Quran, why can't we change? And to be honest, this post is just a small part of his real life experience on how he turn back to face his Creator, Allah the Exalted. Every one has their own beautiful life experience, but the best of all will always be; a journey on how they knew Allah. Subhanallah. :)

thebe: betul. tak ade benda yang senang kat dunia ni. ko amik kos ape2 pun bukannya senang. ada orang cakap senang sebab mereka pernah bersusah-susah dulu. sama macam bayi, amik masa 2 tahun lebih untuk berjalan, itu pun tak perfect. Susah bagi dia nak jalan. pastu tengok la bayi tu lepas beberapa tahun, relax dan sambil lewa je jalan sebab senang sangat nak jalan tu. bukan setakat tu je, ade jugak bayi yang membesar sampai dia boleh panjat gunung Everest! so, satu analogy khas dan sesuai untuk kita. Fikir je lah.

:)

langittasbih said...

dh lama dh post ni kan..
but still nk ckp..

this is beautiful..

=)

semoga terus thabat.

Anonymous said...

real story ke ni...?

zabed said...

tintamujahidah: "So whoever Allah wants to guide - He expands his chest to Islam"[6:125]

anon: x de ah. cite lawak. cite reka2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>