Saturday, March 6, 2010




     Post kali ni aku nak cerita serba sedikit info tentang Mount Everest walaupun aku tak pernah panjat gunung ni. Dan mungkin juga ramai di kalangan pembaca dah tahu pasal Mount Everest tapi aku nak cerita jugak, supaya boleh digilapkan benda yang berhabuk
.


     Dengan ketinggian 8,848 metres (29,029 ft), memang tak dinafikan bahawa gunung ni merupakan gunung yang paling tertinggi di Bumi dan tak dapat dinafikan juga, hampir 99% dari para pembaca post ni tahu pasal ni. 8,848 metres bersamaan 8 Km.


    Kalau kita dengar 8 Km tu macam "ala.. 8 km je pun. Naik kereta paling slow aku boleh bawak pun 40km/sejam". Memang betul pun, disebabkan kita ni ada kereta atau selalu naik bas, teksi etc. kita terasa macam 8 Km tu macam tak de pape lah. Cuba kalau satu hari nanti, kereta kat rumah semua orang guna, duit dalam poket habis, teksi atau bas tak muncul2 plak dekat bus stop sebab banyak yang rosak, pastu korang nak jalan kaki pergi kelas. Nak tak nak kena pergi jugak sebab ada Final paper time tu. Elok2 time tu jarak dia 8 Km. Memang aku rasa kalau korang sedar 8 Km tu jauh mana, memang korang akan pergi CC atau balik rumah, pastu hantar email dekat lecturer cakap "sorry I can't make it to the exam hall today".


    Berapa jauh 8 Km tu? Kalau ikut meter kereta aku, dari pintu pagar rumah aku (G1 Melawati), pastu lalu highway MRR2 kemudian masuk simpang ke arah Ampang Point and then park kereta kat situ. Banyak tu lah jauhnye 8 Km. Bagi member kat Unim, 8 Km tu macam dari gate depan lalu Jalan Broga-Semenyih tu sampai nak dekat Kajang Sport's Planet yang dekat dengan Toyota punya showroom tu. Kepada yang lain, try naik kereta pastu set meter tengok berapa jauh 8 Km tu. Jauh kan? Aku pun tak expect 8 Km itu sebenarnya sangat2 jauh. Dari rumah aku sampai Ampang Point. Jauh tu. Tapi kita tak rasa jauh pun 8 Km tu kerana mengambil masa hanya beberapa minit sahaja kalau kita naik kenderaan. Cuba try satu hari kita jalan pulak sejauh 8 Km. Rase2 ade 10 minit tak nak sampai? Aku nak jalan kaki dari rumah sewa ke kampus yang hanya jarak 1 Km lebih pun dah nak dekat setengah jam aku jalan. 8 Km? Itu pun baru 8 Km atas jalan tar yang horizontal pun terasa susah, ni belum lagi jalan yang bersemak samun, berbatu-batu, kena panjat lagi, ada binatang buas pulak, keadaan iklim yang agak extreme pastu ditambah lagi dengan tarikan graviti yang sentiasa menjadi beban untuk sampai ke puncak.


     Siapa cakap senang nak panjat Everest ni? Kalau senang, Gunung Everest tu dah jadi macam Gunung Kinabalu dah, akan ramai tourist yang saje2 nak panjat nak tengok puncak. Gunung Everest bukan macam Gunung Kinabalu, senang2 je nak panjat. Bukan calang-calang orang boleh panjat Gunung Everest ni. Kalau seorang Malaysian boleh panjat Everest sampai puncak boleh dibangga-banggakan sampai keluar TV kata mengharumkan nama negaa, berbakti untuk negara, kebanggaan negara dan berbagai-bagai pujian lagi, kenapa kita yang selalu panjat Bukit Broga ni tak pernah keluar kat TV walau satu iklan pun?


     Kalau nak cerita kat sini pasal experience orang2 yang pernah panjat Gunung Everest ni memang banyak dan aku rasa korang pun malas nak baca. Sebab terlalu banyak sangat rintangan, sampai satu post pun tak cukup nak cerita semua sekali. Tapi aku cerita sikit la dalam post ni. Nak tahu lebih lanjut baca buku The Death Zone by Matt Dickinson.


     Death Zone refer kepada altitude di mana oxygen pada tahap itu tidak cukup untuk menampung badan manusia. Altitude Death Zone bermula pada 7000 metres. Ape effect bila dalam keadaan oxygen tidak cukup ditambah lagi dengan keadaan geologi yang yang naik turun dan cuaca yang extreme (Death Zone)?


"At extreme altitudes, above 7,500 m (24,600 ft), sleeping becomes very difficult, digesting food is near-impossible, and the risk of HAPE (high altitude pulmonary edema) or HACE (high altitude cerebral edema) increases greatly."
Medical Problems in High Mountain Environments. A Handbook for Medical Officers


"Finally, in the "death zone" at 7,000 to 8,000 m (23,000 to 26,200 ft) and higher, no human body can acclimatize. The body uses up its store of oxygen faster than it can be replenished. An extended stay in the zone without supplementary oxygen will result in deterioration of body functions, loss of consciousness and, ultimately, death."
Altitude Acclimatization Guide


     Kat sini aku nak quote ayat ni. "at 7,000 to 8,000 m (23,000 to 26,200 ft) and higher, no human body can acclimatize." Tinggi Gunung Everest adalah 8 Km. Itu pun dah nak cecah 9 Km dah tu! Kalau buku ni dah cakap awal2 yang "no human body can acclimatize", kenapa masih ada makhluk Allah yang boleh panjat sampai ke puncak? Bukan seorang sahaja, malah spesis-spesisnya yang lain pun pernah sampai ke puncak Gunung Everest. Makhluk ape ni? Jangan terkejut kalau aku cakap asal usul makhluk ni berasal dari satu microorganism yang paling kecil dalam badan manusia.

From Nutfah (male and female semen drops) He created him and then set him in due proportion.

Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

['Abasa (80) : 19]

     Microorganism yang paling kecil dalam badan manusia? Biar betul makhluk ni pernah panjat Gunung Everest? Betul. Makhluk ni pernah panjat Gunung Everest tapi bukan dalam bentuk ni. Makhluk ni perlu melalui beberapa proses sebelum betul2 boleh panjat sampai ke puncak Everest.


      Setelah berlaku bermacam-macam process dalam rahim ibunya (fertilisation, zygote, embryo etc.), selepas sembilan bulan lahirlah makhluk tersebut ke dunia fana ini. Berbanding makhluk tersebut dengan spesis-spesisnya yang lain yang sudah lama menetap di Bumi ini, saiz badannya agak kecil jika dibandingkan. Namun, adakah makhluk yang dikatakan baru sahaja keluar dari rahim ibunya benar-benar pernah conquer puncak Everest? Benar, namun bukan dalam keadaan sekarang lagiMakhluk tersebut perlu menjalankan beberapa process supaya badannya membesar sama seperti spesis-spesisnya yang lain.


     Setelah berlaku proses tumbesaran (growth) dengan menyerap/memakan bahan-bahan seperti kalsium (untuk tulang), protein (untuk tumbesaran/penggantian tisu badan) dan karbohidrat (tenaga), akhirnya jadilah makhluk tadi seperti yang ada pada dalam picture ni. Seorang yang dahulunya hanya merangkak kerana tulang kaki dan otot kaki yang tidak cukup kuat, akhirnya menjadi satu makhluk yang boleh berdiri, berjalan malah boleh melompat lagi. Sangat aktif dan cergas namun cukup kuat kah makhluk ini untuk menawan Gunung Everest? Benar, makhluk ini pernah menawan Gunung Everest, tetapi bukan dalam peringkat ini lagi.

      Kemudian berlaku lagi proses tumbesaran di mana saiz badan makhluk tadi hampir sama atau sama dengan kebanyakan spesis-spesisnya yang lain. Tinggi, besar, gagah malah lebih energetic berbanding dirinya yang dahulu. Sudah 15 tahun menetap di Bumi, pada hayatnya ketika ini dikatakan masih lagi tidak cukup stabil. Ape yang tak stabilnya? Kekuatan dah ada. Ketangkasan pun cukup. Ape tak cukup lagi? Makhluk tersebut pada ketika berumur 15 tahun kurang pengalaman, bermaksud kurang pembinaan dari segi mental. Bukan setakat itu sahaja, emosi juga berlaku gangguan. Mereka ini sering mengalami gangguan mental pada ketika ini, tahap di mana dia merasakan dirinya sudah 'matang', ingin mencuba benda2 yang tidak pernah dicubanya, atau senang cerita, tahap di mana mereka mengenal hakikat dunia yang sebenar. Jadi, bolehkah makhluk tersebut memanjat Gunung Everest? Boleh, tapi bukan ketika stage ini kerana untuk menawan Everest perlu mempersediakan diri dari segi mental juga.

     Selepas melalui berbagai-bagai peringkat, dari sekecil-kecil microoganism sehinggalah jasad manusia itu sendiri, akhirnya makhluk tersebut sudah mencapai peringkat di mana kekuatan dari segi fizikal dan mental sudah mencukupi untuk menawan Gunung Everest. Selama 20 tahun hayatnya, berbagai-bagai jenis training dilakukannya termasuk bermain bola sepak, belajar ilmu-ilmu seperti Mathematic, Science, Accounting etc. Dan selama 20 tahun juga, beliau sudah melalui berbagai-bagai jenis pengalaman pahit dan manis. Kedua-dua feature ini menunjukkan bahawa beliau sudah ready untuk menawan Gunung Everest. Namun bolehkah beliau? Tak cukup lagi, perlu menjalankan special training untuk memanjat Everest.


    Ape special training tu? Kalau nak cerita kat sini memang banyak la tapi aku selitkan satu sahaja iaitu training dari segi running. Menurut Ed Viesturs, seorang rakyat America yang pernah membabitkan diri dalam 1996 IMAX Expedition on Everest menyarankan latihan untuk berlari seperti berikut:


"running seven to eight miles (or about an hour) per day, on hilly terrain, four days on, one day off. If based in the city, run on a treadmill with a rucksack."


Training nak panjat ni memang dahsyat. Bukan senang dan memerlukan persiapan mental yang mantap. Ni baru running sahaja, tak masuk lagi practical training, supplement, weight training dan lain-lain lagi. Tapi apa-apa pun, tak senang tapi tak mustahil juga.


     Setelah melakukan training-training tersebut, akhirnya ujian sebenar bermula. Memanjat Gunung Everest. Dengan cuaca yang extreme, permukaan bumi yang bergunung-ganang, keadaan altitude yang tidak sihat untuk badan dan perjalanan yang memenatkan selama 70 hari, akhirnya makhluk tersebut berjaya mencecah puncak Everest, puncak yang dikatakan mustahil untuk ditawan. Sesuatu yang dikira mustahil, namun wujud juga di kalangan makhluk tersebut yang dikatakan spesis manusia yang pertama menawan Everest; Tenzing dan Hillary.


     Tak sangka perjalanan ke puncak Everest tu sebenarnya lama. Bukan selama 70 hari, malah sejak dilahirkan lagi. Bukan senang daripada seorang bayi yang tidak bermaya yang hanya mampu menangis sahaja memulakan perjalanannya step-by-step dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Sewaktu zaman Tenzing dan Hillary, perjalanan untuk mendaki Everest hingga ke puncak adalah mustahil berdasarkan pandangan manusia pada ketika itu, namun mereka berdua ni mampu memecahkan tanggapan manusia pada ketika itu. Mereka merupakan bukti biologi (biological evidence) bahawa manusia mampu mendaki Everest hingga ke puncak. Oleh kerana mereka merupakan pioneer yang memanjat Everest, kemudian bertambah lagi manusia-manusia yang lain yang mampu memanjat Everest hingga ke puncak seperti M. Magendren dan N. Mohandas (orang Malaysia pertama yang sampai ke puncak Everest).




     Hillary dan Tenzing bukan sahaja bukti biologi bahawa manusia mampu mencapai puncak Everest, namun mereka juga merupakan bukti bahawa orang yang berusaha mampu menangkis tanggapan manusia yang mengatakan sesuatu perbuatan itu mustahil. Adakah mustahil bagi seorang pelacur untuk memasuki syurga Allah? Adakah mustahil bagi seorang yang meminum arak untuk memasuki syurga? Adakah mustahil bagi seorang yang berkata "Aku nak berubah" untuk memasuki syurga?


Say: "O 'Ibadi (My slaves) who have transgressed against themselves! Despair not of the Mercy of Allah: verily, Allah forgives all sins. Truly, He is Oft-Forgiving, Most Merciful.

Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sungguh, Dialah yang Yang Maha Mengampuni, Maha Penyayang.

[Az-Zumar (39) : 53]


"Aku nak berubah tapi tak tau camana. Bukan senang aku nak tinggalkan 'perkara-perkara' ni"


      Betul. Bagi sesetengah orang adalah senang untuk berubah kepada kebaikan, ada juga yang cakap susah, malah yang lebih teruk lagi adalah mustahil.



     Sama seperti Tenzing dan Hillary, bukan dalam keadaannya yang masih dalam bentuk sperm yang mampu menawan Everest. Dan bukan juga ketika mereka baru keluar dari rahim ibu mereka, bukan juga ketika mereka masih merangkak, bukan juga ketika mereka masih seorang kanak-kanak, bukan juga ketika mereka masih seorang remaja yang mentah, bahkan mereka juga menjalankan latihan special semata-mata untuk menawan Everest. Dan pada umur 39 tahun, barulah mereka dinobatkan sebagai orang pertama yang mendaki Everest.

    Kisah mereka ini sama seperti kita yang hendak berhijrah ke arah kebaikan. Seorang hafiz Quran, adakah beliau menghafal Quran semenjak beliau dilahirkan lagi. Tidak, namun beliau sedikit demi sedikit berusaha menghafal ayat-ayat Al-Quran itu sehingga berjaya menghafalnya. Malah, ada di kalangan hafiz-hafiz Quran yang aku kenal mengatakan bahawa dulu time sekolah menengah Al-Fatihah pun tak hafal (cerita benar). Tengok lah sekarang, seorang yang menghafal keseluruhan kandungan Al-Quran. Bagaimana? Step-by-step dia berusaha. Satu hari satu ayat hafal. Kemudian, dia tingkatkan lagi. Satu hari satu muka surat. Lepas tu dia tingkatkan lagi, satu hari satu surah sehinggalah dia hafal kesemuanya. Sama macam cerita Tenzing tadi? Dari seorang bayi yang cuba merangkak, sehinggalah seorang yang boleh menawan Everest?


     Seorang penzina kemudian ditakdirkan Allah untuk memberinya hidayah disebabkan niatnya hendak mencari kebenaran, pada mulanya tidak reti membaca Quran. Kemudian dia berusaha dan berusaha, step-by-step dia diajar oleh rakannya yang berkali-kali khatam Quran. Kemudian, dia tingkatkan lagi usaha dia untuk membaca Quran dengan irama merdu dengan mendengar bacaan dari Sheikh-sheikh yang mempunyai suara yang merdu seperti Sheikh Mishari Al Afasy. Kemudian, aku sendiri pun terkejut, rupa-rupanya sekarang beliau sudah mengajar orang lain baca Quran pula. Subhanallah. Sama seperti kisah Tenzing yang menawan Everest yang pada asalnya beliau adalah dalam bentuk sperm?


     Seorang manusia biasa, yang berniat dan berkehendak untuk mencari kebenaran dalam hatinya, sanggup terjun keluar dari tingkap tandas rumahnya yang berketinggian 2 tingkat rumah teres, semata-mata untuk melarikan diri dari 'tangan-tangan' manusia yang cuba menghalangya dari pergi ke satu majlis ceramah tentang sejarah Islam. Atas dasar apa dia sanggup mencederakan kakinya sampai tahap begitu? Mengapa dia tak give up sahaja awal-awal even ada berbagai-bagai halangan sekali pun? Kerana niat hatinya yang berkehendakkan untuk berhijrah kepada kebaikan, Allah menolong beliau sehinggalah beliau berjaya menyertai majils tersebut. Step-by-step, dari terjun tingkap hinggalah ditarbiyyah melalui usrah, akhirnya beliau bercita-cita untuk membuat usrah sendiri. Insha Allah. Subhanallah. Sama tak seperti kisah Tenzing dan Hillary?


     Kesemua cerita-cerita ini adalah benar; mereka adalah bukti bahawa untuk berhijrah kepada kebaikan adalah tidak mustahil! Kenapa kita tak boleh? Mereka kesemuanya adalah manusia sama seperti kita, lemah longlai, pemikiran yang terbatas, fizikal yang tidak cukup mantap, namun keazaman yang padu yang memandu mereka ke arah memperoleh hidayah Allah. Atas dasar ingin mendapatkan hidayah dari Allah, Allah Maha Besar menolong mereka yang lemah ini sehingga mereka menjadi kuat dan tiada sesiapa pun boleh menghalang mereka.


If Allah helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in Allah let believers put their trust.

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu'min bertawakkal.

[Ali 'Imran (3) : 160]


     Dan seperti yang aku mention, sesetengah orang merasakan senang untuk berhijrah, namun ada juga orang yang merasakan susah untuk berhijrah. Namun, apa jawapan Allah?


Or think you that you will enter Paradise without such (trials) as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, "When (will come) the Help of Allah?" Yes! Certainly, the Help of Allah is near!

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

[Al-Baqarah (2) : 214]


     Pedulikan sahaja tanggapan-tanggapan manusia yang mengatakan:


"Kau nak berubah? Nak kiamat dah bhai"
"Baca Quran pun gagap. Buat sakit telinga aku je. Lagi baik ko diam"
"Lu jangan nak tunjuk bagus depan gua eh kalau lu tu lagi teruk dari gua"
"Anak sape la ni ek pandai nyeeeee pergi masjid"
"Ko nak pergi usrah? Pfft! (dengan mimik muka memerli)"


     Anggaplah tanggapan-tanggapan mereka ini sebagai ujian dari Allah seperti mana yang dinyatakan dalam Quran dalam Surah Al-Baqarah tadi. Balaslah kejahatan mereka dengan kebaikan, namun sekiranya mereka tak nak 'diam' jugak, sekali lagi, ingatlah, itulah ujian dari Allah kepada kita sebagai hambanya sebelum kita bergelar syuhada'.


Kat sini aku selitkan satu video lagu Maher Zain. Hayatilah liriknya. Ditujukan khas kepada mereka yang merasakan susah untuk berhijrah dari jurang neraka ke taman syurga.



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

To the infinity, and beyond: Paradise! Insha Allah

Akhir kalam, don't despair and never loose hope, pray to Allah to guide you every single step, and then, you will achieve the 'impossible'! Insha Allah... :)

Posted by Posted by zabed at 8:40 PM
Categories:

 

2 comments:

Anonymous said...

best2..artikel ni mampu memberi harapan kepada orang2 yang cuba bermujahadah di jalan Allah..

Anonymous said...

good article bro zaid..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>