Friday, March 19, 2010


Assalamualaikum. Peace be upon you fellow friends.


Situasi 1:



     Sedang syok drive KBG 5913 di higway MRR2 kat right lane, tiba-tiba dari belakang nampak sebuah kereta sedang bagi high-beam bertubi-tubi. Mak aih. Sakit jugak la mata sebab time tu dah malam. Lampu pun kaler putih. BMW 5 Series woo cocok kereta gua. So aku pun ingat nak turn kereta masuk left lane. Tapi try tengok kat left lane tu macam mustahil je nak masuk sebab kereta banyak sangat. Kalau aku betul2 nak masuk left lane kang jadi jam pulak dekat right lane sebab nak menunggu masuk. Bagi sesiapa yang tak pernah drive faham2 je lah korang nanti bile dah start drive. Yang penting, agak mustahil sebenarnya nak masuk left lane ketika itu sebab banyak kereta. So aku pun keep on drive dekat right lane tu tapi minyak pedal tu da press se-maximum mungkin sebab tak nak bagi 5 Series tu cocok lagi. Speedometer KBG 5913 ketika itu adalah macam ni jugak:


     Tapi 5 Series tu tetap dengan selamba je boleh follow belakang aku. Pergh. KBG dichallenge oleh 5 Series! Ketara la kan. Kelisa lawan BMW. So, nak tak nak, aku kena keep on dekat right lane jugak sebab left lane time tu masih banyak kereta lagi. Yang 5 Series ni keep on main lampu high beam dia, sampai dah satu tahap dia hon-hon kat aku. Uish. Gua tension betul time tu. Mamat tu tak perasan ke kat left lane ada banyak kereta? Kalau hang nak sangat aku masuk left lane, hang jugak la yang merana nanti sebab aku terpaksa brek kereta and then tunggu macam tu sampai kat left lane tu kosong. Tapi, bila aku fikir balik, mamat tu bukannye tak perasan pun kat left lane tu banyak kereta. Kalau die tak perasan, dah lama dia masuk left lane pastu pecut aku kat left lane jugak. Kenapa mesti maintain dekat right lane jugak sampai main high beam berkali-kali and hon banyak kali? Die pun taw aku drive kereta Kelisa, limit speed pun 160 km/h, bukannye 220 km/h. Kenapa mesti dia sengaja nak main high beam dan honk bertubi-tubi? Andaian aku sahaja, mentang-mentang bawak 5 Series, road tax dia lagi mahal dia fikir dia boleh perkecilkan orang-orang yang tak mampu macam aku? atau dengan bahasa lagi senang, bangga dengan 5 Series tu? Kemudian, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, ada ruang kosong kat left lane, aku terus masuk ruangan kosong tu sebab tak tahan dah dengan 5 serieis tuh. And then, aku toleh ke kanan nampak 5 Series tu pecut dengan laju dan sempat jugak aku nampak middle finger nya terkeluar. Masha Allah. Ku bilang tu Muslim yang sedang bawak kereta tersebut. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Apa nak jadi da dengan perangai Muslim Malaysia ni.


Situasi 2:


     Sedang sibuk sembang-sembang dengan member-member lama kat sebuah restoran, tiba-tiba sebelah meja kitorang ni sedang rancak juga berbual. Kesemuanya adalah pakcik-pakcik yang berpakaian segak. Aku ni jenis yang suka perhatikan orang so aku pun try dengar apa yang diorang dok sembang rancak tu.


Pakcik A: Aku sekarang dah beli kereta baru dah. Sekarang aku bawak 5 Series.


Pakcik B: 5 Series je? Orang sekarang dah berlambak-lambak ko taw bawak 5 Series. Ko tuka la pulak macam aku ni. Bawak 6 Series. Baru macho 2 pintu je.


Pakcik C: Ko pun same je cakap orang B oi. Sekarang berapa ramai orang drive kereta BMW & Mercedes. Beli la kereta lain sikit yang lebih ada class sikit. Ko tengok aku. Bawak Porsche 911 Turbo. Try bawak dekat MRR2 tu. Konfem orang semua akan pandang ko! Haha


     Dan aku tengok member-member diorang yang lain diam je. Macam menyampah pulak tengok member-member diorang sendiri dok berlagak sembang pasal kereta. Sorang-sorang aku tengok dari Pakcik A, B & C dok sembang rancak pasal kereta. Ape yang aku nampak, beli kereta semata-mata nak berlagak dengan orang lain. Kereta sebagai pemisah status masyarakat. Kalau kita ada kereta mahal atau rare, kita dianggap sebagai orang mulia. Itulah apa yang aku nampak pada pakcik2 tersebut.

Saudara-saudara seIslam yang aku kasihi sekalian,
     Berdasarkan kedua-dua situasi ini, aku dapat conclude bahawa mereka-mereka atau pakcik-pakcik dalam kedua-dua situasi ni menjadikan kereta mereka sebagai pentas untuk meninggikan status mereka. Kenapa aku confident cakap macam tu?

     Tengok Situasi 1 balik. Walaupun driver tu tak cakap terang-terang sambil buka tingkap dan jerit kat aku "Aku beli kereta sebab aku nak berlagak!!", namun action atau tindakan tu dah menjelaskan beberapa sifat yang ada pada dirinya. Action speaks louder than words. Bukan aku terang-terang confident cakap kat sini bahawa mamat 5 Series tu beli 5 Series semata-mata untuk berlagak, tapi dari segi action yang ditunjuknya tu seolah-olah macam dia takabbur dengan harta yang dimilikinya. Atau dengan lain kata, berasa megah dan sombong dengan 5 Series yang dimilikinya.

    Tengok pakcik-pakcik dalam situasi 2. Terang-terang si pakcik B cakap dia beli 6 Series sebab di Malaysia dah ramai sangat orang pakai 5 Series. Apa maksud dia dengan dah ramai sangat orang guna 5 Series? Seolah-olah dia bercakap macam tu bahawa dia nak mempunyai harta yang tidak ramai orang mempunyainya seperti 6 Series. Kenapa sampai tahap macam tu semasa nak beli kereta? Jawapan mungkin ada pada pakcik C; Konfem semua orang akan pandang kereta kita. Bila nak tarik perhatian orang ramai, seolah hendak menunjuk-nujuk status yang dimilikinya. Kalau aku nak cerita pasal ni memang panjang la tapi aku pendekkan cerita. Senang cerita, seolah-olah berasa bangga dan berlagak dengan harta yang dimiliki. Fullstop. Bukan kerana niat mereka hendak menggunakannya demi kepentingan orang lain, tapi untuk diri sendiri sahaja.

     Apa kata Allah pula berkaitan perkara ini?

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diseterika dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

On the day when that (Al-Kanz: money, gold and siver, the Zakat of which has not been paid) will be heated in the fire of Hell and with it will be branded their foreheads, their flanks, and their backs, (and it will be said unto them): "This is the treasure which you hoarded for yourselves. Now taste of what you used to hoard."

[At-Taubah (9) : 35]
  
Saudara-saudara seIslam yang aku kasihi sekalian, ambillah masa selama 1 minit untuk beristighfar. Bukan kerana aku yang suruh, namun kerana memohon keampunan Allah. Allahu akbar. Tak takut ke baca ayat ni?

     Lihat perkataan-perkataan yang aku bold kan. Atas dasar apa mereka dikenakan hukuman yang sebegitu rupa? Sampai diseterika ke dahi. Ya Allah. Sekarang ni kita selalu seterika baju kan. Cuba time seterika baju tu tiba-tiba tangan kita tersentuh sikit seterika yang tengah panas tu. Mesti cepat-cepat kita tarik tangan kita sambil cakap "Ouch!", "Adoiiiiiii!" dan macam-macam lagi.

     Bayangkan, orang yang berada dalam neraka, orang yang pada ketika hidupnya dia menyimpan hartanya hanya untuk dirinya dan tidak mengeluarkan zakat langsung, sangat selfish, kemudian beliau ditarik dengan sekuat-kuatnya walaupun meronta meminta supaya diberi belas kasihan. "Tolong, please! Aku minta maaf! Aku janji tak nak buat lagi dah sekiranya Engkau memberi peluang sekali lagi padaku! Tolong ya Allah! Aku janji!" namun jeritannya langsung tak dihiraukan, sehingga beliau diseret dengan seteruknya, kemudian dalam keadaan yang tidak rela, melihat harta-hartanya ketika di dunia dulu seperti BMW 5 Series atau Porsche 911 Turbo yang pernah dimiliknya ketika dulu namun disalahgunakan bukan di jalan Allah dibakar di depan matanya, dibakar dengan api dalam Neraka, bukan api yang macam kat dunia ni, kemudian ketika beliau melihat 5 Series miliknya dibakar sehingga menjadi cairan besi, kemudian cairan besi itu dilihatnya semakin dekat dan dekat kepadanya, pada masa itu pula beliau nak lari pun tak boleh, dan cairan besi tersebut diseterika pada dahinya, rusuk mereka serta belakang mereka. Ya Allah. Panasnya. Besi yang dicairkan pastu diseterika pada badan kita. Bukan sikit besi tu, banyak mana besi tu, lagi-lagi kereta yang saiznya lebih besar dari manusia. Wallahu'alam. Kemudian dalam keadaan sakit kerana badannya disterika dengan besi, beliau cuba untuk meronta-ronta untuk menarik cairan besi tadi keluar dari badannnya namun setiap kali beliau memegang, ya Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kepanasan yang dirasainya ketika itu. Sentuh besi tu pun panas! Nak remove besi tu pun tak boleh sebab panas! Pastu melekat kat badan lagi. Ya Allah. Kemudian, cairan besi yang melekat pada badan tersebut berkata-kata kepada tuannya ketika di dunia dulu. Masha Allah.

      Itu baru aku cerita, bukan lagi reality yang sebenar-benar berlaku di sana. Dengan jeritan-jeritan yang tiada henti. Macam-macam lagi. So, apa yang aku nak try cakap dekat pakcik-pakcik tersebut:

"Pakcik-pakcik. Kalau pakcik-pakcik nak bangga sangat dengan kereta-kereta mahal yang pakcik beli ni, hanya nak simpan dan digunakan khas untuk menayang, bukan kerana nak pi solat dekat surau/masjid ke, bukannya nak guna pi dengar ceramah ke, bukannya nak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah untuk menggunakan kereta tersebut untuk bersiar-siar bersama keluarga ke, bukannya nak gunakan kereta tersebut untuk pergi ke kerja dengan rezeki yang halal ke, atau apa-apa saja kegunaan yang bercanggah dengan hukum Allah dengan kata lain menggunakan kereta mahal yang pakcik beli ni hanya untuk melakukan perkara maksiat seperti berlagak dan sombong, apa yang saya nak kata senang saja. Pakcik belek-belek la kereta pakcik tu. Usap la sepuas-puasnya. Kan pakcik sayang sangat kan dengan kereta ni kan? Haa elok la tu. Belai dia elok-elok macam orang belai kucing. Pegang sepuas-puasnya. Semasa pakcik dok belai-belai dia tu, pegang-pegang tu, pakcik fikirlah. Kereta yang pakcik usap-usap ni lah yang akan dibakar di depan pakcik pada hari akhirat karang. Semasa pakcik belai tu, pakcik rasa lah besi tu setiap inci ye. Rasa apa? Rasa besi ke? Haa tu baru besi yang tak dipanaskan atau dicairkan. Nanti pakcik fikir lah sendiri setiap besi yang pakcik rasa tu nanti bakal menjadi satu dengan pakcik, bakal bergabung dengan pakcik kerana akan diseterika besi-besi tersebut pada badan pakcik ye. So, apa yang saya nak cakap senang sahaja. Sayangilah kereta anda. Jangan biarkan mereka (kereta-kereta pakcik) menjadi saksi di akhirat bahawa pakcik telah menyalahgunakannya sebaliknya biarlah mereka menjadi saksi bahawa pakcik telah menggunakannya kepada jalan yang diredhai Allah. Insha Allah."


     Adakah pada post kali ni aku nak cakap bahawa membeli kereta-kereta mahal adalah berdosa? Nope. Aku tak cakap pun. Apa-apa pun, bergantung kepada niat masing-masing.


    Sebagai contoh, senario yang berlaku di Brunei Darussalam, seorang pendakwah membeli kereta Lexus (tak ingat model yang mana satu). Tapi bagi yang meminati kereta, Lexus juga sama taraf dengan Mercedes dengan BMW. Jadi, kenapa pendakwah tersebut membeli kereta tersebut? Orang akan hilang respect terhadap beliau lah sebab beliau beli kereta mahal. Tapi, sekali lagi, setiap perbuatan itu berdasarkan niat. Sebenarnya, kisahnya begini.




     Beliau (pendakwah tersebut) sudah lama ingin mendakwah atau mengislah seorang sahabat yang dikenalinya dengan ingin membawa sahabatnya itu join atau menyertai usrah. Namun, bapa kepada sahabatnya tidak membenarkan sahabatnya untuk menyertai usrah atas dasar-dasar tertentu. Jadi, pening si pendakwah tu memikir bagaimana hendak menarik hati bapa sahabatnya itu supaya membenarkan anaknya untuk menyertai usrah.


     Akhirnya, beliau mendapati bahawa bapa sahabatnya meminati kereta-kereta eksklusif dan mahal. Jadi, tanpa membuang masa, pendakwah tersebut yang juga merupakan seorang engineer membeli sebuah kereta Lexus (tak ingat model yang mana), pada ketika itu model yang dibelinya adalah yang paling latest dan paling baru sekali keluar. Kereta Lexus yang eksklusif dan yang paling latest. Fuh memang style habis la kereta Lexus dia. Dengan memandu kereta Lexus tersebut, beliau memandu hingga sampai ke rumah sahabatnya itu. Kemudian, bapa sahabatnya keluar tengok kereta apa yang kat luar tu. Kemudian, bapanya lihat saja pada kereta tu.


"Cantik ye kereta ni."


Matanya tak lari dari melihat kereta tersebut sambil membelai-belainya. Akhirnya pendakwah tersebut cakap beberapa patah perkataan sahaja kepada bapa sahabatnya itu.


"Pakcik, saya nak bawa anak pakcik pergi usrah boleh?"


Dalam keadaan matanya masih memandang kereta Lexus tersebut, pakcik tersebut membalas dengan satu perkataan sahaja.


"Boleh."

Dan akhirnya, berkat pertolongan dari Allah dan usahanya dengan menginfaqkan hartanya beratus-ratus ribu hanya kerana hendak mendakwah sahabatnya itu, akhirnya terbuka pintu hati bapa sahabatnya oleh Allah untuk membenarkan anaknya untuk menyertai usrah.

     Adakah kereta mahal yang dibeli tersebut telah disalahgunakan? Jadi berbalik kepada soalan pertama aku. Adakah pada post ni aku nak cakap beli kereta mahal adalah salah di sisi Allah? Semuanya tertakluk kepada niat masing-masing, bagaimana mereka menggunakan kereta mereka untuk tujuan apa.


    Dan Nabi Muhammad bersabda kepada Saidina Ali:

"Wahai Ali, sungguh, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang kerana dakwahmu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah."
[H.R. Bukhari dan Muslim]



     Pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, unta merah merupakan gambaran kepada kita pada masa ini sebagai kereta yang paling mahal dan rare. Atau senang cerita, unta merah ibarat kereta Ferrari warna merah. Fuiyoo. Bawak Ferrari. Macam pendakwah dari Brunei tadi, dia korbankan hartanya semata-mata untuk dakwah, semata-mata supaya sahabatnya dapat menyertai usrah, dan sekiranya sahabatnya itu menerima hidayah dari Allah dek kerana usahanya itu, maka berbaloi lah harta yang digunakannya untuk membeli kereta Lexus tersebut. Seolah-olah macam melabur atau berniaga. Beli kereta Lexus, akhirnya, dia dapat "Ferrari". Masha Allah. Allah Maha Pemurah.




Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

O you who believe! Shall I guide you to a trade that will save you from a painful torment?

That you believe in Allah and His Messenger (Muhammad peace be upon him), and that you strive hard and fight in the Cause of Allah with your wealth and your lives: that will be better for you, if you but know!

[As-Saff (61) : 10-11]


Akhir kalam, sayangilah kereta anda dengan kasih sayang yang 'sebenarnya'. Insha Allah.


:D

Posted by Posted by zabed at 3:20 AM
Categories:

 

6 comments:

Mister Mirull said...

like it...~

wea said...

BM tu sakit perut...husnu dzon akhi hehehe

zabed said...

haha ye kot. kalau sakit perut pun sempat lagi tunjuk middle. haha husnu dzon ape maksud dia? dah lame dah tak refresh arab ni

Catheeya said...

pak cik pak cik.. haih..kalu tgk org takde kereta ,mcm aku ni apelah agaknya die ckp...mmg sah kereta ni pemisah masyarakat bagi diorg ni. Masya Allah..

wea said...

husnu - hasan = baik
dzon - prasangka

zabed said...

wea: jazakallahukhair ya sheikh wea

zarith: sebab tu lah bertuah bagi mereka yang bertaqwa, kerana taqwa kepada Allah itulah yang membezakan kita semua sebenarnya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>