Friday, March 12, 2010



     Pada suatu petang yang mendayu, dua orang sahabat yang bekerja sebagai nelayan duduk di atas kerusi dalam keadaan yang sungguh santai. Maka berlakulah dialog di antara mereka.



Abu: Ahh sedap betui la perasaan habis kerja awal ni.


Mat: Hang tau tak pa. Bukan senang nak ada time rehat2 senang lenang macam ni.


Abu: Betul2. Cantik betui tengok matahari terbenam ni. Such a great view!


Mat: Fuiyyoo. Speaking mat salleh tu. Mana hang belajaq ni?


Abu: Haih Mat! Hang ni biaq betui tak tau speaking English ni? Kamon la Mat. Hang nak tak nak bahasa orang putih ni hang kena belajaq jugak. Sekarang zaman dah lain dah Mat. Bahasa yang kita dok sembang laa ni tak pi mana-mana punya.


Mat: Apa maksud hang tak pi mana-mana? Aku nak pi mana plak ni?


Abu: Tu la hang mat. Jadi macam katak di bawah tempurung pulak. Hang taw tak kat luar sana tu bahasa orang putih ni berleluasa? Bukan kat luar Malaysia je, hang pi Kolumpur tu. Hang pi mana-mana pun hang boleh dengaq orang merata-rata dok speaking. Anak Melayu kita pun dok speaking2 jugak!


Mat: Eh yeke? Aku tak taw plak pasal ni. Berapa lama dah aku tak pi Kolumpur ni. Tak sangka pulak aku. Apa-apa pun, aku paham la kenapa kat Kolumpur tu depa ramai-ramai dok speaking. Depa tu kerja dok ofis ja. Yang hang ni pun belajaq bahasa orang putih pasai apa plak?


Abu: Haa Mat. Ni yang aku nak cerita ni. Aku bukan apa Mat. Aku ni sebenarnya bercita-cita tinggi.


Mat: Cita-cita apa plak ni?


Abu: Hang dengaq la dulu!


     Aku ingat mulai esok aku nak start kerja keras la mat. Kalau hari-hari biasa, aku start pi laut lepas aku hantar anak-anak aku pi sekolah pagi. Mulai esok, aku nak start pi tengah laut lepas solat Subuh. Anak-anak aku tu biar bini aku tolong hantarkan. Aku bukan apa Mat, tapi aku nak cari pendapatan lebih dengan kerja nelayan kita ni. Kalau setiap hari kita macam ni, sampai bila-bila pun kita akan macam ni gak Mat. Sampan buruk tu jugak la yang kita akan guna sampai kita mati nanti. Sebab tu aku nak kerja keras Mat. Mana taw time lepas Subuh tu ikan-ikan kat laut tu banyak ka. Nanti, cukup duit, aku beli satu bot nelayan. Haa senang sikit kerja aku ni.


Mat: Hang ni biaq betui. Semata-mata nak beli bot nelayan hang tu, sampai anak-anak hang sendiri pun hang tak nak hantaq depa pi kelas noh. Lagi satu, apa kena mengena hang belajaq speaking dengan beli bot ni?


Abu: Relaks la Mat! Aku pun tak habis cerita lagi ni. Apa? Hang ingat aku ni seorang bapa yang mengabaikan tanggungjawab kat anak-anak dia sendiri? Aku pun pikiaq jugak pasal depa nak pi sekolah ni. Kesian bini aku tiap-tiap hari kena hantaq pagi-pagi pi sekolah. Yang pasal speaking tu, nanti aku cakap.


     Lepas aku da beli bot tu Mat, semestinya hasil tangkapan aku tu berganda! Ya lah, dulu naik sampan guna tangan nak kayuh pi laut tu. Laa (sekarang) dah ada bot senang sikit. Pakai motor. Laju pulak tu. Tu tak lagi termasuk dengan muatan dalam bot tu. Berapa banyak yang aku boleh jala dalam sehari. Lumayan Mat! Lepas tu, dah banyak duit aku dapat hasil daripada bot ni, aku ingat nak upah mana2 budak kampung macam si Rosli tu tolong hantaq anak-anak aku pi sekolah. Haa, relaks la bini aku macam tu. Aku pun tumpang hepi.


Mat: Baguih gak hang ni. Boleh menyediakan peluang pekerjaan bagi budak2 kat kampung kita tu. Kesian depa noh.


Abu: Tapi matlamat sebenar aku beli bot nelayan bukan untuk mengupah si Rosli tu. Aku ada cita-cita lain yang lebih 'murni'. Hehehe (dengan senyum sinis)


Mat: Pelik2 je la hang ni. Apa dia pulak?


Abu:


     Macam aku cakap tadi, hasil yang aku peroleh dari menggunakan bot ni memang lumayan. Bukan setakat boleh mengupah si Rosli tu je, aku boleh beli bot yang lagi besar dan lagi canggih! Lagi besar bot, lagi banyak hasil2 laut yang aku boleh letak dalam bot tersebut. Hang kena ingat, bot canggih yang aku bakal nak beli ni bukan calang-calang punya bot taw. Bot ni mampu meredah cuaca buruk kat laut. Jadi, dalam musim tengkujuh nanti, bot aku sorang je la yang kat kampung ni yang pi laut menjala ikan! Hampa yang lain dok rumah, tak buat apa-apa sebab tak ada kerja. Waktu tu pulak, aku masih lagi dapat jala ikan dengan muatan yang lebih banyak lagi!


Mat: Amboi. Bukan kemain 'murni' lagi cita-cita hang tu. Aku pun konfius Abu. Apa hang nak buat dengan bot yang canggih tu kalau hang dapat banyak duit?


Abu: Hehe Mat.. Mat. Cita-cita 'murni' aku bukan nak beli bot canggih tu sahaja, tapi dengan kata yang lebih senang, aku nak jadi kaya-raya! Lepas hasil yang aku peroleh dengan bot canggih tu, aku ingat aku nak buka company sendiri la. Syarikat Perikanan Abu Sdn Bhd. Pergh! Aku akan upah beberapa nelayan untuk bekerja dengan aku. Jadi, hasil tangkapan laut aku makin banyak. Bila dah banyak, aku nak eksport hasil-hasil tersebut ke negeri lain pulak macam kat Kolumpur ke. Haa business! Kaya-raya! Mantap tak idea aku?
 
Mat: Mantap memang mantap, tapi hang tak cerita kat aku lagi apa kena mengena hang belajaq Bahasa Inggeris dengan Syarikat hang ni?

Abu: Mat.. Mat. Hang ni boleh tak pikiaq sket. Baru tadi aku cakap laa ni kat mana-mana hang pi pun orang akan cakap Inggeris saja. Semua business punya pasal. Tak kan selama-lamanya aku nak eksport hasil-hasil laut aku dalam negara je? Mesti la aku nak eksport ke luar negara jugak! Mula-mula dengan Thailand dan Singapore, lepas tu jauh merantau ke China, India lepas tu terus eksport ke UK dan US. Kalau aku nak eksport hasil-hasil aku ke luar negara tapi aku tak reti speaking, hang ingat geng-geng mat salleh ni nak terima ke tak produk aku ni? Sebab tu la dari sekarang aku practice cakap omputih.


Mat: Jadi, kesimpulannya?


Abu: Aku tempeleng hang jugak kang Mat! Aku nak jadi kaya-raya la! Nanti bila aku dah kaya, aku boleh beli macam-macam. Aku nak beli banyak kereta sport, aku nak beli rumah besar-besar, aku nak main golf dan macam-macam lagi. Almaklumlah bila dah kaya-raya macam-macam aku boleh buat. Lepas tu bila dah pencen nanti, boleh lah aku hidup dalam keadaan yang "bersenang-lenang".
 

Mat: Abu, aku nak tanya sikit boleh?


Abu: Apa benda?


Mat: Kenapa hang nak menyusahkan diri hang selama bertahun-tahun semata-mata untuk mendapatkan kehidupan yang "senang lenang" walhal hang laa ni sedang bersantai di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam dalam keadaan "bersenang lenang"?

And whosoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty).
And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him. Verily, Allah will accomplish his purpose. Indeed Allah has set a measure for all things.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,
dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

[At-Talaq (65) : 2-3]


Key point: TAQWA (fear of Allah)

:)

Posted by Posted by zabed at 3:26 PM
Categories:

 

2 comments:

ciksab said...

salam.
selalu lps sesi story ader huraian ur view..
i want to see tht part ;)
(zaed bz mungkin)

zabed said...

haha agak la. 2 3 minggu ni agak busy, lagi2 minggu ni. lagipun, antara motif aku post entry ni sebab x de time nak tulis panjang2, dan ni yang senang sbb slalu teringat cerita ni. senang tak senang, bagi aku cerita ni mendalam kot maksud dia. semua orang pandai2 pikir la apa pengjaran cerita ni. in my point of view (ceewaah):

bukannye aku nak cakap bahawa belajar English tak boleh. Bukan.
"Tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

Rasulullah pun suruh kita tuntut ilmu. menuntut ilmu belajar bahasa English tak salah. Dan kat sini juga bukan aku nak kata jang berusaha keras. jang bersungguh-sungguh. jangan mempunyai visi. tak. aku x bermaksud pun suruh korang malas or tidak mempunyai visi, but the keypoint aku nak cerita kat dalam cerita ni ialah, kalau disebabkan kita bekerja keras sekeras-kerasnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk satu period yang sangat lama hanya kerana niat yang sia-sia, contohnya seperti Abu yang mempunyai niat yang sia-sia, kerja korang tu pun sebenarnya sia-sia. tak ada nilai di sisi Allah pun.

Ibn Qayyim (tak silap aku) pernah kata orang yang tidak ikhlas ibarat orang yang membawa beban yang berat di padang pasir namun beban tersebut tidak mendatangkan manfaat pun bagi dirinya.

sama lah macam kita yang niat ntah pape. dah senang, nak kerja sungguh2 untuk dapat senang. kan dah tergadai dah kita punya kesenangan tu untuk beberapa tahun kemudian rasa balik. Semuanya bergantung kepada niat kenapa kita bersusah payah untuk hari ni eg. study.

"setiap perbuatan berdasarkan niat"
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

jadi niat apa yang berguna? kalau nak cerita pasal niat perlukan satu post yang sangat panjang untuk cerita pasal niat sahaja. So, aku kecilkan skop supya orang tak pening. tengok key point yang aku mention dalam post ni. TAQWA. kenapa TAQWA? Tengok ayat Quran yg aku mention juga dalam entry ni.

dan kepada sab, ni lah huraian ringkas aku. kalau huraian panjang tak ada masa. aku rasa ko pun taw. ko lagi power dari aku bab-bab ni. haha

Wallahu'alam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>