Bismillahirrahmanirrahim. In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Assalamualaikum dear brothers and sisters in Islam. Peace be upon you fellow friends.
Cuba kita lihat benda yang paling dekat dengan kita pada waktu sebelum kita tidur; bantal. Selalu kita tengok bantal kita namun tak selalu kita tengok bantal kawan kita. Apa alasannya? Aku rasa korang pun dah taw. Haha. Cuba satu hari try tengok bantal kawan-kawan kita. Macam-macam ragam ada. Macam-macam jenis 'lukisan' ada. Ada sekali time aku belajar kat Kuala Lipis aku tengok bantal seorang kawan aku ni dah berkulat dah tapi tak pasang sarung bantal pun. Bukan setakat 'seni' yang terdapat pada bantal-bantal kawan kita tersebut sahaja yang kita perhatikan, malah kadang-kadang bau pun ada sekali. Kalau bau pencuci baju Kao Attack ke, Dynamo ke, Softlan ke, Febreeze ke kita boleh terima lagi sebab sarung bantal tu dijaga dengan elok atau dengan erti kata lain selalu dibasuh. Cuba kalau sarung bantal tu tak dibasuh selama berbulan-bulan, cuba try bau sikit. Ada berani? Dari jauh kita boleh perasan kan bau dia? Haha no comment. Try sendiri la baru taw. So, kadang-kadang timbul juga dalam hati kita ni nak tanya kawan kita, "Camana kau boleh selesa dengan bantal kau sekarang ni? Pelik aku". Kemudian, apa jawapan yang paling famous yang selalu diberikan bile pertanyaan seperti ini dikemukakan? "Ni bantal aku, bukan bantal kau! Suka hati aku lah nak tidur ke tak dengan bantal ni!".
Sekali lagi kita tengok benda yang paling common ada pada atas jalan raya; kereta. Selalu kita complain dan menyampah kalau tengok kereta-kereta yang salah modified, atau dengan erti kata lain kereta di-modified dengan accessories yang ntah pape atau kereta tak sesuai dengan accessories yang dipasang. Pernah dengar term, "Kereta tu dah nak terbang dah!"?. Sebagai contoh, tengok picture kat atas ni. Mesti ramai yang kata, "Pelik gila Kancil modified macam ni", "Gila tak sesuai!", "Woii bajet kereta cabriolet ke hape?" dan macam-macam lagi. Aku rasa, kalau diberi peluang untuk berjumpa dengan owner atau designer kereta Kancil ni, mesti korang akan tanya soalan-soalan macam ni atau soalan yang sama tetapi dalam bahasa yang lebih sopan lagi. Dan sekali lagi, rasa-rasanya owner dia akan cakap apa? "Suka hati aku lah, aku yang drive kereta ni! Aku yang punya kereta ni!".
Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian,
Cuba perhatikan kalimah di bawah.
Yang menguasai sekalian manusia,
The King of mankind,
[An-Nas (114) : 2]
Selalu kita baca Surah ni dalam solat kita, tapi pernah tak kita cuba memahami ayat di atas? Sekalipun kita menghafal terjemahnya, pernah tak kita cuba mendalami maksud dalam ayat di atas?
Sedar tak sedar, sedar tak yang kita ni milik siapa? Sedar tak diri kita ini mempunyai tuan yang berhak ke atas diri kita? Sedar tak siapa Allah yang mempunyai hak ke atas diri kita?
Selalu kita dengar quote-quote famous oleh orang luar atau rakan kita sendiri yang bersifat rebellious cakap macam ni:
"It is your life. Live it your OWN WAY."
"Life is short. Enjoy life to the FULLEST."
"NO ONE can instruct you to do this or that. It is YOUR LIFE."
"Suka hati aku lah nak buat apa! INI HIDUP AKU, bukan kau punya!"
Selalu sahaja aku mendegar quote-quote ni dikeluarkan di mulut-mulut orang ramai. Seolah-olah mereka ni tidak sedar yang badan atau hidup mereka ini sebenarnya milik yang Menciptakan mereka.
Kenapa kita complain ada 5 waktu solat dalam sehari? Kenapa kita complain kena puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan? Kenapa kita complain tak boleh minum arak? Kenapa kita complain tak boleh buat sex bebas? Kenapa kita complain kena tutup aurat? Kenapa kena cover rambut bagi perempuan? Kenapa kena cover lutut bagi lelaki? Kenapa kita complain cara solat adalah sebegitu? Kenapa tak macam agama lain sahaja yang guna tangan sahaja nak sembahyang? Kenapa kita complain hidup kita ni sering ditimpa masalah yang "konon-kononnya" masalah yang tak pernah dihadapai oleh orang lain? Kenapa kita complain doa kita tidak termakbul? Kenapa kita complain harta tak cukup? Kenapa kita complain wajah atau badan yang tidak sempurna? Kenapa Kenapa Kenapa?????
Pandai yeee nak complain. Pandai la pulak jawab yang pen tu milik kita, pandai la pulak jawab bantal itu milik kita, pandai pula jawab yang Kancil itu milik kita, pandai pula kata duit ni duit kita, pandai pula nak cakap laptop ini kita punya, tapi, tak pandai pula atau bisu nak cakap, "Badan aku, hidup aku adalah milik Allah".
Diri kita ni sama sahaja seperti pen yang kita dakwa milik kita! Kita layak dibaling, badan kita layak diputar-putarkan, kita layak disuruh untuk mengeluarkan dakwat dan macam-macam lagi kerenah yang selalu kita lihat terjadi pada pen. Semua kerana apa? Pernah terfikir tak? Sedar tak sedar yang kita ini milik Allah, As-Samad?
Allah - the Self-Sufficient Master, Whom all creatures need,
[Al-Ikhlas (112): 2]
*Sorry sebab aku tak letak terjemahan dalam BM sebab aku tak jumpa makna yang lebih tepat untuk perkataan As-Samad.
Kalau kita perhatikan maksud As-Samad adalah sangat mendalam maksud dia. Master atau Tuan dimana semua orang dan makhluk akan refer dan merujuk kepadaNya, dan akhirnya Tuan atau Master tersebut yang akan membuat decision.
Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, yang membuat sesuatu keputusan tanpa perbincangan, tanpa mengharapkan pandangan dari orang atau makhluk lain termasuk malaikat, kerana Dia itu Allah, Tuhan Yang Maha Adil, yang layak menentukan setiap perkara yang berlaku.
Berbalik kepada kisah kita ini umpama sebatang pen. Sama sahaja nasib kita ini seperti pen tersebut, namun seperkara yang perlu kita ingat, tuan kepada pen tersebut adalah manusia, tetapi Tuan kepada diri kita, Tuan kepada hidup kita ini adalah Allah, The Most Gracious, The Most Merciful. Walaupun nasib hidup kita ini sama sahaja seperti pen tersebut, dibaling, digulingkan dan bermacam-macam lagi, namun kita kena ingat bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Kerana Allah yang melakukannya.
Pen tersebut dibaling oleh tuannya kerana mungkin sebab saja-saja sahaja atau sudah jemu atau alasan-alasan yang lain. Pen tersebut dikatakan telah dizalimi oleh tuannya. Kesian tengok pen tu, dah lah kena campak macam tu, lepas tu pen tersebut "sabar" dan "redha" pun tak dapat apa-apa ganjaran pun dari tuannya. tsk tsk.
"Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".
That is because of what your hands have sent forth, and verily, Allah is not unjust to (His) slaves.
[Al-Hajj (22) : 10]
Berbeza dengan kita, diberi bermacam-macam ujian dan rintangan, disuruh untuk beribadah kepada Tuan kita, solat 5 kali sehari, puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan, tidak dibenarkan mendedahkan aurat, tidak dibenarkan untuk meminum arak, disuruh itu disuruh ini dan dilarang itu dilarang ini namun kesemua itu berbaloi sungguh pengorbanannya. Sekali-kali Tuan kita tidak pernah menzalimi kita. Sungguh, Tuan kita itu sungguh Maha Pengasih, Maha Pemurah. Dia menjanjikan syurga bagi mereka yang beriman, yang berjaya menempuh cabaran dengan sabar, yang berjaya berperang dengan nafsu mereka, yang sekali-kali tidak berhajat untuk pulang ke kancah jahiliyyah.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Verily, Allah has purchased of the believers their lives and their properties for (the price) that theirs shall be the Paradise. They fight in Allah's Cause, so they kill and killed. It is a promise in the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel) and the Quran. And who is truer to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain which you have concluded. That is the supreme success.
[At-Tawbah (9): 111]
Akhir kalam, sedarlah wahai manusia bahawa diri kita ini, hati kita ini sebenarnya telah berpunya. :)
Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam
Say (O Muhammad): "Truly, my Salat (prayer), my sacrifice, my living and my dying are for Allah, the Lord of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists).
[Al-An'am (6): 162]
1 comments:
salam..
wah..perbandingan yg sgt menarik..
anyway, syukran atas peringatan ini.. =)
Post a Comment