Salam 1 Muslim, Salam 1 Malaysia.
Minggu lepas bersamaan minggu terakhir bulan March 2010, mesin basuh kat rumah sewa aku ni rosak. Nak tak nak kena basuh baju guna tangan sama macam kat asrama sekolah dulu. Perah perah perah. Fuuh tough tangan aku kalau setiap hari kalau gini. Kalau 2 3 baju tak pe jugak. Ni sampai 7 8 baju sekali. Tak kira dengan seluar lagi tu. Teguran untuk aku. Tu la malas sangat nak basuh baju bila ada free time. Kan dah kena, mesin basuh dah rosak, habis baju selama seminggu tidak dibasuh-basuh lagi. Ish ish ish. Check-check balik, rupa-rupanya short circuit ajaa dong. Pastu tarik main switch plug dalam bilik stor kemudian mesin basuh tu elok balik, boleh ON dah. Ish ish ish. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuunn.
Minggu ni bersamaan minggu pertama bulan April 2010, mesin basuh kat rumah sewa ni buat hal lagi. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Kali ni bukan masalah short circuit or anything related to electricity, tapi masalah piping pulak. Paip getah yang disambung dari paip air ke mesin basuh tu ada problem sikit. Bocor pulak. Bukan bocor sebab ada lubang kecil or ape, tapi sebab bahagian yang nak sambung ke mesin basuh tu, tak ada holder dia. Aku pun tataw nak explain camana holder tu, tapi yang macam besi yang kita kena ketatkan kat hujung paip getah tu. Nanti korang check sendiri la holder dia tu kat paip getah korang kat rumah masing-masing. So, kalau nak pergi beli benda holder tu kat pekan Semenyih, aku tak tau kat mana ada jual. Jadi, kembali kepada cara biasa, basuh baju guna tangan. Perah perahh perahhhh.
Dah berape lame dah aku tak basuh baju guna tangan semenjak aku kat Kuala Lipis tu. Masuk Uni je macam-macam facilities ade. Senang jugak urusan harian ni diselesaikan. Alhamdulillah. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Seperti biasa macam kat Kuala Lipis dulu, letak baju-baju dalam baldi, tuang pencuci baju buat circular motion (ceeeeewwwaaaaaahhh), lepas tu isi air sampai penuh. Kemudian rendam dari pagi sampai tengahari (atau sebelum pergi kelas). Dah habis rendam, tibalah part yang paling extreme dalam membasuh baju; perah memerah...
Sebelum proses memerah tu, aku perhatikan keadaan baldi dari sudut atas (perpendicular to the baldi). Banyak betul buih ni. Penuh satu baldi ni aku rasa buih ni. So, this is my job. Nak tak nak, kena singkirkan jugak buih ni kang baju aku terlebih concentration pulak. Buang air buih dalam baldi, isi balik dengan air sampai penuh and then peraaaaaahhhhhhh. Tapi, aku tak rasa best pulak perah time ni. Rasa macam melekit-lekit sikit. Rasa licin je tangan. Rupa-rupanya kesan pencuci baju tu masih ada lagi kat dalam baju-baju tersebut, ada lagi buih-buih tersebut rupanya. Aii, aku terlebih letak pencuci baju ke ni. Kemudian aku letak balik baju-baju tadi dalam baldi pastu isi balik dengan air sampai penuh. Pastu aku cuba perah sikit-skit baju-baju tersebut dalam baldi yang diisi air tadi, ternyata masih ada buih lagi tapi tak sebanyak macam awal-awal tadi. Namun, aku consider masih banyak lagi buih-buih ni. So sekali lagi, perah sikit-sikit and then isi balik baldi dengan air baru. Check sekali lagi. Ada lagi rupenye buih ni. Tapi kurang sikit dari yang tadi. Alhamdulillah, sikit lagi usaha dah boleh hilang semua buih. Insha Allah. Sekali lagi proses ini diulang banyak kali sehinggalah aku nampak buih-buih tersebut sangat sedikit. Hanya 1/700 dari total volume air dalam baldi tersebut. Aku consider boleh la ni. Janji buih-buih tersebut sangat-sangat sedikit dan tak memudaratkan baju aku. Kemudian, part paling best bila basuh baju ni; part menyidai baju. Fuuuuuhhhh satu perasaan yang sungguh lega~~ Alhamdulillah. :D
Saudara-saudara seMuslim yang aku kasihi sekalian,
Sedar tak kita bahawa yang kita ini, Muslim seluruh dunia, dan agama Allah, Islam difitnah di seluruh dunia? Aku rasa ni soalan bodoh, sebab aku tau kita semua sedar, tapi? (tepuk iman tanya amal)
Fitnah ape ni? Aku terasa bangang tanya soalan ni kat pembaca. Semua pun sedar hakikat ini. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada Islam dan Muslims sehinggakan wujud term Islamophobia. Tengok picture kat bawah ni.
"Islamophobia is prejudice or discrimination against Islam or Muslims"
Sandra Fredman, Discrimination and Human Rights, Oxford University Press
Kita dilabel sebagai satu agama yang menggalakkan terrorism. Masha Allah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Bukan setakat di US atau pun Europe, kat Malaysia ni pun tak selamat dari fitnah tersebut!
Aku ada seorang kawan, seorang Muslim dan merupakan salah seorang AJK tertinggi untuk satu badan international di University aku (Youth JCI). Sewaktu meeting bersama orang-orang Youth JCI (bukan dari University aku), salah seorang dari mereka bertanya kepada kawanku ni. Orang tu tanya ambil course apa. Lalu, kawan aku ni pun jawab ambil course Chemical Engineering. Kemudian, orang dari Youth JCI tu cakap, "Whoa! Don't ever produce a bomb okay?" (lebih kurang macam ni la dialog diorang). And then, semua orang gelak.
Yup, aku taw ni dikira sebagai joke, but aku still tak boleh accept bahawa Islam dilihat sebegitu oleh orang-orang bukan Islam. Walaupun itu dikira sebagai gurauan, maybe mamat tu saja buat lawak macam tu sebab tengok keadaan waktu tu macam senyap sepi sahaja, nak menghidupkan suasana relax saja, tapi, Islam itu bukan hanya pada sejadah ataupun masjid ataupun nama masing-masing, but Islam itu merangkumi semua; whole. Apa yang aku nak cakap ialah, Islam itu datang dari Allah, Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Islam diciptakan bukan bertujuan untuk saja-saja nak buat lawak atau apa, tetapi untuk memastikan bahawa alam ini ditadbir oleh manusia dengan adil dan saksama, setiap hukum-hakamnya perlu dipraktikkan pada setiap perkara yang kita lakukan, dan salah satu bukti bahawa Allah itu Maha Penyayang, walaupun manusia itu jahil dan bersifat takabbur dan bongkak, namun Allah masih lagi nak guide kita, nak pimpin kita supaya kita hidup secara aman, harmoni dan adil semasa berada di dunia, malah dengan Islam itu sendiri kita dijamin masuk syurga! Allah masih lagi nak beri peluang kepada kita, cucu kepada Nabi Adam 'alaihi salam yang pernah dikeluarkan dari syurga, supaya dengan Islam ini kita ini masih ada chance untuk pulang semula ke 'kampung halaman' kita; syurga! Kita berasal dari syurga, nenek moyang kita Adam 'alaihi salam berasal dari syurga, JOM BALIK KAMPUNG KITA! Tapi, mana jalan nak pergi sana? Sekali lagi, Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah, sudah menunjukkan jalan kepada kita, satu jalan yang diberi nama yang cukup indah, yang cukup menenangkan jiwa bila disebut-sebut; Islam.
Sekarang, dah nampak betapa besarnya hakikat Islam itu kepada diri kita? Adakah hakikat Islam itu terlalu kecil; fokus hanya kepada solat, fokus hanya kepada masjid, fokus hanya kepada mencari nama-nama yang indah sehinggakan dijadikan bahan gurauan? Allah telah menurunkan Islam supaya kita ini, manusia yang sungguh hina kerana tidak bersyukur, manusia yang mempunyai sifat takabbur dan bongkak, berpeluang untuk pulang ke syurga, adakah Allah akan gelak juga bila mendengar gurauan ini? Nauzubillahi min zalik. Respon kawan aku tu hanya diam sahaja, beliau juga memandang perkara ini serious. Namun, dalam entry kali ini, aku bukan nak menyalahkan orang dari Youth JCI atau mana-mana non-Muslims kerana menjadikan Islam sebagai bahan ejekan, kerana apa? Senang. Nama pun non-Muslim. Mereka ni mana tahu Islam itu apa, hakikat Islam itu, jahil tentang peraturan-peraturan Islam dan macam-macam perkara lagi berkaitan Islam, tetapi yang peliknya, kenapa info tentang Islam itu terrorist lebih diketahui umum berbanding tentang hakikat bahawa Islam itu adalah agama yang menyeluruh, yang membela nasib setiap manusia? Senang juga jawapan ni. Ramai Muslim yang mendakwa bahawa mereka nak masuk syurga, tetapi berapa ramai Muslim di kalangan ini yang hendak berdakwah kepada non-Muslim; segolongan saudara sebapa kita yang tidak tahu tentang Islam?
Dakwah tidak bermaksud untuk menjadikan mereka convert to Islam, kerana hidayah itu Allah sahaja yang anugerahkan, tetapi dakwah itu bertujuan supaya mereka non-Muslim tahu apa itu Islam dengan sebenar-benar hakikatnya. Biarlah mereka tak nak masuk Islam pun, tetapi pengetahuan mereka tentang Islam sepatutnya Islam itu adalah suatu agama yang tidak menzalimi penganutnya, suatu agama yang merangkumi semua aspek dari sekecil-kecil perkara seperti cara membuang air sehinggalah sebesar-besar perkara seperti bagaimana untuk mentadbir negara. Tapi, sekarang ini, realilti Islam yang dilihat kebanyakan non-Muslim sangat-sangat menyimpang, sehingga mereka takut dengan Islam; Islamophobia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Siapa yang nak dipersalahkan ni? Logic tak kalau aku cakap Muslim yang bersalah dalam hal ini?
Tak payah tengok jauh-jauh, tengok Malaysia je. Sebelum ni kecoh pasal isu kalimah Allah ini, tetapi bukan realiti isu ini yang aku nak cerita, tetapi reaksi beberapa Muslim kita terhadap isu ini. Dekat Facebook ada group yang dinamakan "Bantah Penggunaan Kalimah Allah oleh non-Muslim" (lebih kurang gini la). Ada kawan aku invite aku join group ni, so aku saja join and then tengok page dia, Masha Allah. Bersepah-sepah comment yang memaki hamun, mencarut-carut, mengugut untuk membelasah dan macam-macam lagi. Apa ni?? Memaki hamun golongan non-Muslim yang tak taw pasal Islam? Seolah-olah macam kita memaki hamun bayi yang baru lahir, yang tak taw apa-apa pun tentang dunia ini, kerana menyusahkan mak dia sebab nak mengandung selama 9 bulan. Fikir logik sekali lagi, mereka yang Muslim ini, mencaci, memaki hamun, mencarut-carut ini ada iras-iras sifat terrorist yang ganas tak? Jadi, salahkan siapa kerana non-Muslims beranggapan bahawa Islam ini menggalakkan terrorism?
Sedarlah wahai rakan-rakanku yang diberi Allah nikmat Islam, kita sekarang dikelilingi oleh fitnah-fitnah Islamophobia. Bukan dikelilingi sahaja, malah dikepung, sama sahaja seperti buih-buih yang aku perhatikan dalam baldi basuh baju tadi. Sangat banyak bilangan buih (fitnah) tersebut. Merata-rata fitnah itu disebar. Jadi, adakah kita hanya akan duduk diam sahaja? Tunggu sampai Imam Mahadi muncul?
Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
They ask you about the sacred month - about fighting therein. Say, "Fighting therein is great [sin], but averting [people] from the way of Allah and disbelief in Him and [preventing access to] al-Masjid al-Haram and the expulsion of its people therefrom are greater [evil] in the sight of Allah . And fitnah is greater than killing." And they will continue to fight you until they turn you back from your religion if they are able. And whoever of you reverts from his religion [to disbelief] and dies while he is a disbeliever - for those, their deeds have become worthless in this world and the Hereafter, and those are the companions of the Fire, they will abide therein eternally.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
[Al-Baqarah (2) : 216-217]
Dalam ayat ini, Muslimin pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam disuruh untuk berperang walaupun pada bulan haram, kerana satu sebab. Untuk menghapuskan fitnah kaum musyrikin yang menentang Islam ketika itu. Even mereka Muslimin ketika itu benci untuk berperang, kena juga untuk menyertai berperang. Kerana apa? Untuk menghapuskan fitnah kaum musyrikin yang menentang Islam ketika itu. Dan ini merupakan perintah Allah, nak tak nak kena laksanakan juga.
Sama juga keadaannya pada zaman kita. Fitnah terhadap Islam pada zaman ini sangat berleluasa. Bukan setakat isu Islamophobia sahaja, malah kekejaman Zionist yang mengusir penduduk-penduduk Palestin, membunuh orang-orang awam sesuka hati, dan melemparkan fitnah kepada Muslim yang sehingga sekarang tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Kesemuanya meperkecilkan Islam, menghina Islam, mencaci Islam, merendahkan Islam. Masha Allah. Dimanakah Muslimin yang bilangannya satu billion? KORANG PERGI MANA WOII??? DIAM JE?
Nak tak nak, kerja memerangi fitnah ini sudah menjadi suatu kewajiban kepada kita. Sama seperti firman Allah:
And fight them until there is no fitnah and [until] the religion, all of it, is for Allah . And if they cease - then indeed, Allah is Seeing of what they do.
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
[Al-'Anfal (8): 39]
Wa qaatiluuhum. And fight them. Dan perangilah mereka. Ini bukan ayat saja-saja cakap atau apa, ini ayat perintah. Kita diperintahkan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya.
Dan kita lihat keadaan kita pada hari ini, kita mungkin tidak mampu bersama-sama tentera Palestin untuk mengangkat senjata untuk memerangi Zionist, tetapi kita masih ada lagi lidah, badan kita untuk berdakwah. Berperang tidak semestinya hanya bermaksud menyerang musuh di medan perang dengan membunuh mereka, tetapi berperang juga boleh dipraktikkan dalam dakwah. Dakwah itself adalah medan perang, memerangi segala pemikiran dan tanggapan menyimpang dan salah orang luar tentang Islam, membunuh pemikiran-pemikiran jahil ini supaya mereka mengenal Islam dengan erti sebenar, satu-satunya agama yang diredhai oleh Tuhan yang menciptakan mereka.
Berdakwahlah wahai Muslimin sekalian. Ini bukan kerja sampingan, namun perintah yang harus dilaksanakan. Solution dari pandangan aku, join lah usrah kerana melalui sistem usrah, hati kita ini sering ditarbiyyah, membuat kita mengenali dengan lebih mendalam tentang hakikat Allah, Tuhan yang menciptakan kita, membuat kita lebih memahami tentang Islam dengan lebih mendalam. Kalau kita kata nak berdakwah tetapi ilmu tak cukup macam mana? Sekali lagi, usrah merupakan salah satu penyelesaian atau solution yang sangat efektif dalam menghapuskan fitnah-fitnah yang tersebar meluas sekarang ini. Sama sahaja usrah ini macam kelas Pendidikan Islam form 5, namun yang membezakannya adalah matlamat. Matlamat kelas Pendidikan Islam form 5 bertujuan di atas kertas peperiksaan sahaja, namun usrah, bermatlamat untuk mengaplikasikan cara hidup Islam yang syumul kepada diri kita, untuk melahirkan individu muslim yang bertaqwa kepada Allah seterusnya berkembang menjadi masyarakat Muslim yang benar-benar mengenali Islam. Satu matlamat yang sungguh complex, bercita-cita tinggi namun adalah tidak mustahil untuk melaksanakannya.
Setiap hari kita boleh pergi kelas atau kerja dari pukul 8 hingga pukul 6. Mengapa kita tidak boleh meluangkan masa selam 1-2 jam dalam seminggu saja pun hanya untuk duduk dan berbincang tentang Islam? Fikirlah elok-elok. Setiap hari kita boleh study selama 2-4 jam untuk peperiksaan final nanti. Mengapa kita tidak boleh meluangkan masa selam 1-2 jam dalam seminggu saja pun hanya untuk duduk dan berbincang tentang Islam? Fikirlah elok-elok. Setiap hari kita boleh luang masa selama 3 jam untuk bersukan. Mengapa kita tidak boleh meluangkan masa selam 1-2 jam dalam seminggu saja pun hanya untuk duduk dan berbincang tentang Islam? Fikirlah elok-elok. Setiap hari kita ada masa yang sungguh lapang untuk duduk bersama-sama rakan-rakan kita, keluar sana, keluar sini, sembang itu sembang ini. Mengapa kita tidak boleh meluangkan masa selam 1-2 jam dalam seminggu saja pun hanya untuk duduk dan berbincang tentang Islam? Fikirlah elok-elok.
Dan bagi mereka yang ragu-ragu tentang keberkesanan sistem usrah ini, sila lihat firman Allah:
Allah has promised those who have believed among you and done righteous deeds that He will surely grant them succession [to authority] upon the earth just as He granted it to those before them and that He will surely establish for them [therein] their religion which He has preferred for them and that He will surely substitute for them, after their fear, security, [for] they worship Me, not associating anything with Me. But whoever disbelieves after that - then those are the defiantly disobedient.
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
[An-Nur (24): 55]
Janji Allah dalam ayat ini, Islam pasti menang! Jadi, mengapa ragu-ragu nak menyertai usrah? Sama sahaja seperti senario basuh baju tadi. Berapa kali aku isi air penuh dalam baldi kemudian buang balik dan ulang balik proses tu sehinggalah bilangan buih-buih tersebut hilang? Begitu jugalah dengan kita yang hidup pada zaman fitnah di merata-rata, sehingga mengepung kita, namun kita akan terus buang fitnah-fitnah tersebut dan mungkin juga jangka hayat kita tidak sempat melihat fitnah-fitnah tersebut hilang. Oleh kerana itu, perlulah proses mengajak orang menyertai usrah berulang-ulang agar 'bilangan air untuk memenuhi baldi' mencukupi. Sekiranya Allah menetapkan jangka hayat kita tidak sempat untuk melihat Islam itu menang, proses ini perlulah berulang-ulang agar generasi kita selepas ini, generasi anak cucu kita dapat berjuang sama seperti kita sehinggalah fitnah-fitnah ini lenyap dari pemikiran manusia. Ingatlah, dengan izin Allah, usaha dakwah kita sehinggakan generasi anak cucu kita mampu berjuang sehingga fitnah itu dilenyapkan, seolah-olah benefitnya sama seperti sistem MLM (Multi-level Marketing), malah lebih baik lagi! Insha Allah! Allahu Akbar!
Akhir kalam, di mana kedudukan kita dalam proses kemenangan Islam yang dijanjikan Allah itu? Orang yang berjuang di jalan Allah? atau orang yang hanya duduk melihat and go on with the flow sahaja? atau orang yang menghalang Muslims daripada berjihad? The choice is yours. You decide.
*bagi sesiapa yang berminat nak join usrah boleh la contact aku thru email or handphone ke. by the way usrah bukannya hanya untuk budak sekolah agama atau geng-geng nak jadi ustaz semata-mata, tetapi untuk mereka-mereka yang mempunyai minat dan passion untuk memperbaiki diri sendiri dan masyarakat sekitar. Aku ni dulu main guitar metal boleh je join, korang yang lagi baik dari aku ni mesti lagi mantap kalau join. Insha Allah
14 comments:
>> Part yang paling tak best dalam basuh baju ni:
>> Dah sidai tapi baju basah balik kene hujan^^
>> Kalau aku la di tempat membe kau tu, mesti aku malu sangat dan aku tak tahu nak cakap apa dan macam mana aku patut bereaksi... mudahnya Islam ni diperlekehkan..
>> Semoga org2 tahu bahawa USRAH ni bukan untuk menyusahkan DAN bukan untuk melalaikan seseorg dari urusan dunia. (Biarlah org kata, "ala..aku tgk sape2 yg join usrah ni mesti tak perform..kelas tak dtg..bla.bla.bla".Semuanya berlandaskan niat kerana ALLAH.Semoga apa yg kita buat ni masih dalam keredhaan Allah dan itu yang paling penting).
WELL DONE!
yeke ade orang cakap kalau join usrah ni mesti tak perform? aku tengok hampir semua yang join usrah ni top-top scorer je. brape ramai ikhwah yang aku kenal dapat 1st class degree.
yang tak perform tu aku tengok yang join usrah tapi macam tak berminat. pastu jadikan usrah sebagai alasan dan penghalang untuk berjaya. i can't see that why. sekiranya kita menolong agama Allah, Allah pasti akan mengukuhkan kedudukan kita. Itu janji Allah. bukan janji aku.
Wallahu'alam
salam~
wah, pjg lebar entry kali ni..alang2 lama x update ke? hehe
suka tentang ulasan enta bab usrah tu..hmmm, realiti kt kampus ana sendiri, nak ajak pi usrah, teramatlah susah, mcm konon-kononnya nk ajak pi berjihad aje penolakan mereka..
Semenyih? i guess that u're from UNIM, am i right? =)
JCI tu mmg bukan terang2 wadah kristian ke..knape die pergi join jugak ?
haha anyway...a good article, smoga bermanfaat untuk semua readers
'Malaikat, penduduk langit dan bumi, sehingga semut-semut di lubang dan ikan-ikan di lautan, memohonkan rahmat untuk manusia yg mengajarkan kebaikan' -hadith
kebaikan tu - 'barangsiapa yg Allah hendak memberikan kebaikan padanya, akan diberikan kefaham dalam ad-din'
"...kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita..." hadith riwayat Tirmizi
airina nisrin:
realiti kat kampus sendiri? realiti diri ana sendiri sebelum hati ini disentuh; susah & malas gila nak pi usrah! haha tapi sampai satu masa nanti Insha Allah, Allah akan beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Insha Allah :)
Btw, yup I'm studying at UNIM. You guessed it right.
Wea:
tak taw la pasal JCI tu. Tanya tuan body sendiri la. ko kenal sangat sape mamat tu. hehehe.
btw, jazakallahu khair for the good reminders. Insha Allah akan terus istiqamah.
naz:
hadith yang panjang ada?
Dengan nama Allah, Assalamualaikum WBT.
kepada 'wea':
Saya nak tanya. Macam mana saudara tahu bahawa JCI itu wadah org kristian? Diminta penjelasan dan bukti yang kukuh.
Jangan salah faham kenapa saya bertanya. Bukan untuk memperdebatkan hal ini. Tapi cuma hendak jelaskan keadaan.
kepada penulis:
satu blog yang mantap saudara ada. Isi dan hujah yang bagus. Saya begitu tertarik dengan cara saudara tekankan kepentingan usrah. Tapi, ada satu perkara yang saya hendak menegur.
Saya tidak begitu berkenan cara saudara mengetengahkan isu jenaka yang saudara cerita di atas. Pernahkah saudara terfikir, mungkin mereka yang membuat 'joke' ini tidak ada niat untuk memperkecilkan atau mengejek agama Islam. Saudara, saya ingin bertanya. Antara Chemical engineer, mechanical engineer, dan electrical engineer, dan engineering yang lain, yang mana satu kononnya lagi berkemampuan untuk buat bom? Kalau kita tanya umum masyarakat Malaysia, sudah tentu mereka akan menjawab ahli kimia atau saintis. Jadi ada kemungkinan bahawa mereka yang buat lawak itu itu tidak refer kepada agama Islam. Mungkin 'member' saudara cuma tersalah faham dan terasa lebih. Sedangkan teman-teman se universiti saya sendiri apabila di tanya kenapa ambil jurusan kejuruteraan kimia, mereka menjawab supaya boleh buat bom secara berjenaka. Jadi, pada saya mungkin lawak ini memang sudah biasa didengar dan dilafaz dan memang sering dikaitkan dengan jurusan kimia.
Tolong jangan salah faham apa yang saya hendak sampaikan. Sebab perkara ini boleh membawa kepada fitnah. Dan saya percaya tentu saudara tahu apa balasan untuk org yang membuat fitnah. Lagi-lagi saudara sebut badan atau company yang terlibat iaitu JCI. Bukan kah saudara secara tidak langsung telah menjatuhkan nama badan tersebut? Tak kisahlah badan itu badan Islam atau pun tidak, tapi kita tak boleh saja mengaibkan badan tersebut.
Satu lagi, saudara tak terfikirkah? Mungkin 'member' saudara itu tersa kecil hati atas pendedahan cerita tersebut. Mungkin saudara sembunyikan identiti saudara itu, tapi setahu saya badan JCI itu sendiri tidak banyak Melayu yang masuk. Jadi mungkin kalau saya berada di universiti saudara sudah tentu saya tahu identiti teman saudara itu. Sudah tentu teman-teman saudara yang lain akan memandang serong terhadap dia. Mungkin teman saudara nampak seperti tidak kisah, tapi dalam hati siapa yang tahu.
Tolong jangan salah faham apa yang cuba saya hendak sampaikan. Niat saya bukan untuk menjatuhkan, tapi teguran saya diharapkan dapat saudara ambil iktibar sebagai inspirasi untuk lebih maju dalam penulisan saudara.
Semoga kita diberkati Allah. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri. Salam ukhuwah. :)
waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakaatuh
jawapan paragraph pertama:
sebab saya post cerita atau apa-apa entry bukan kerana nak cerita isi kandungan cerita or buat lawak, tapi untuk MENJADI PENGAJARAN. Even mungkin orang JCI tersebut tidak bermaksud untuk menuduh orang Islam atau maybe dia refer kepada chemical engineer, tetapi sekali lagi saya nak tekankan, bukan cerita atau gosip hangat yang saya nak paparkan pada blog saya, tetapi pengajaran. Saya ingin menggambarkan suasana atau keadaan sekiranya orang lain yang cakap benda yang sama dengan maksud ingin mengejek orang Islam, apakah respon kita? Wallahu'alam
jawapan paragraph kedua:
Saya tak memfitnah JCI. Tolong baca post saya sebetul-betulnya dahulu. Malah, saya dah mention dalam post saya yang saya tidak menyalahkan pun pihak non-Muslim JCI. yang saya salahkan ialah MUSLIM kita sendiri yang refuse untuk berdakwah.
"Namun, dalam entry kali ini, aku bukan nak menyalahkan orang dari Youth JCI atau mana-mana non-Muslims kerana menjadikan Islam sebagai bahan ejekan, kerana apa? Senang. Nama pun non-Muslim. Mereka ni mana tahu Islam itu apa, hakikat Islam itu, jahil tentang peraturan-peraturan Islam dan macam-macam perkara lagi berkaitan Islam, tetapi yang peliknya, kenapa info tentang Islam itu terrorist lebih diketahui umum berbanding tentang hakikat bahawa Islam itu adalah agama yang menyeluruh, yang membela nasib setiap manusia?"
adakah ini bukti bahawa saya telah memburukkan atau memfitnah JCI? Wallahu'alam
jawapan paragraph ketiga:
tentang hal 'member' tersebut, saya juga dah mention dalam post. Tolong baca elok2. "Respon kawan aku tu hanya diam sahaja, beliau juga memandang perkara ini serious." Kenapa orang luar hendak memandang serong terhadapnya? tiada perkataan atau beberapa perkataan yang menghinanya, mencacinya atau menceritakan perkara buruk tentangnya langsung. ada saya cakap bahawa member saya ini bangang kerana tidak membalas? Tak. Even sekiranya saya berada di tempat beliau saya juga akan terkelu, tak mampu untuk berkata apa-apa dan diam sahaja. Diam lebih baik dari berkata-kata kesat seperti yang saya mention dalam group facebook tentang isu kalimah Allah. dan satu lagi point, saya tak mention pun dalam post ni bahawa member saya tersebut orang MELAYU. saya hanya cakap MUSLIM. please baca elok2 sebelum kemukakan apa-apa soalan atau ia akan menjadi fitnah. Dan di sini saya ingin mengaku bahawa saya tidak meminta izin daripada member saya untuk share pengalaman beliau semasa berada di JCI sebab saya tak terfikir pun bahawa 'yang membaca' lebih fokus kepada isu JCI yang 'konon'nya didakwa memalukan member saya itu berbanding isu Islamophobia yang menjatuhkan maruah Islam. ini sudah menghampiri gossip. Walahu'alam (ctd..)
(ctd..)Harap-harap dengan jawapan yang saya berikan, Allah telah memadamkan segala prasangka buruk terhadap diri saya dan juga content blog ini. Sekali lagi saya nak tekankan, bukan cerita kelakar atau gossip yang saya nak paparkan, tetapi pengajaran yang saya nak tunjukkan. Berkaitan dengan isu JCI, saya ingin merumuskan bahawa yang pertama, tiada niat saya untuk memburukkan rakan saya itu. Ada dalam post ni bahawa saya telah memburukkannya? sekiranya ada sila beritahu saya, saya juga salah seorang makhluk hina ciptaan Ilahi yang sering melakukan silap. Yang kedua, niat saya post entry ini adalah kerana Allah, kerana untuk berdakwah atau islah sesama Muslim kita sendiri tentang realiti yang berlaku pada umat kita pada hari ini. dan saya berharap, Muslim yang membaca post ini akan sedar dan mengambil tindakan seperti yang saya mention dalam post ini iaitu usrah. kenapa sekiranya wujud beberapa pembaca Muslim yang lebih menekankan isu yang kecil berbanding dengan isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini? Saya tahu, Hidayah milik Allah. sila fikir dengan mendalam tentang maksud saya bahawa "Hidayah milik Allah". Tidak semua akan nampak positive side of this article. Dan ketiga, saya juga tidak memburukkan pertubuhan JCI, apatah memfitnah mereka. saya tak nak cerita panjang, cuba baca sendiri post saya dan sekiranya ada yang salah dan silap, sila tegur saya. Wallahu'alam
Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu juga dari Allah, namun saya sandarkan pada diri saya, seorang hamba yang sangat cetek ilmu, yang sering melakukan kesilapan, yang selalu bertindak cuai. Harap-harap penjelasan tadi memuaskan hati saudara. Salam ukhuwwah. :)
Chill bro2 sekalian...
maafkan hamba di atas kesilapan membuat penaakulan....
saya hamba yg lemah, sering melakukan kesilapan...saya telah bercakap perkara yg tidak saya pasti..
sejutaan kemaafan diminta,
afwan jiddan,
nway.....anonymous, laen kali gunakan nama sebenar anda, tidak perlu berselindung untuk menyatakan kebenaran
Bismillah
Salam,
Kepada penulis:
Puji ke hadrat Allah. Nampaknya mungkin saudara tersalah anggap dengan komen saya. Saya bukan nak menjatuhkan saudara. Tapi cuma luahkan pendapat sahaja. Tapi kalau saya tersalah anggap terhadap komen saudara, saya memohon maaf kepada saudara dan juga kepada Allah. InsyaAllah, saya berdoa saudara akan sentiasa kekal dengan penulisan yang berbentuk dakwah ini. Amin.
Kepada Shazwan:
Jangan minta maaf pada saya. Siapa lah saya ini. Tapi saya bersyukur kepada Allah kerana saudara dapat clear kan keadaan dan statement saudara.
Bukan nya saya tidak mahu gunakan nama sebenar saya. Cuma dalam keadaan ini, bagi saya tidak mahu pula timbulkan permusuhan di blog ini. Lagi-lagi dengan penulis sendiri, seorang teman baru yang saya dapat kenal melalui tulisan beliau.
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar. Amin.
Salam ukhuwah. :)
salam...
apa pandangan anda mengenai....
group mengenai Islam di fb yg akan menggalakkan lagi taburan fitnah, aib dan perkataan buruk mengenai Islam oleh org bukan Islam ? perlu ka group itu... apa gunanya kalau byk negatifnya nak dibandingkan dgn hal positif
sakit hati membacanya
anonymous: "apa gunanya kalau byk negatifnya nak dibandingkan dengan hal positif"
senang cerita, tak payah join.
"binai tanah airmu (diri sendiri), kemudian baru tertegaknya negara islam (orang sekeliling)"
kata-kata seorang pejuang di Palestin
Post a Comment