Bismillahirrahmanirrahim. In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Peace be upon you dear brothers and sisters.
Post kali ni lebih ditujukan kepada mereka-mereka yang menyertai usrah dan juga mereka yang melakukan kerja dakwah.
Alhamdulillah. Nampaknya kebanyakan kita hatinya sudah disentuh oleh hidayah Allah. Kebanyakan dari kita juga sudah mula untuk menggerakkan misi dakwah ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang telah menyelamatkan kita dari jurang neraka, yang memilih hati-hati kita ini untuk sentiasa menerima kefahaman tentang ad-Din. Tetapi please lah ye, dakwahlah rakan-rakan atau masyarakat kita itu secara berhemah atau hikmah. Jangan biarkan sampai orang luar memandang serong sistem usrah kita. Daripada misi dakwah kita supaya mendekatkan target kita kepada Allah, rupa-rupanya atas tindakan kita yang tidak ada hikmah itu mengakibatkan target kita semakin jauh daripada Allah. Masha Allah.
Ape yang aku perasan, lagi-lagi kat facebook. Memang aku nak tegur direct gile ni. Sebab aku dah tak tahan dah tengok status-status beberapa ikhwah kita yang tahap kepedasannya lebih kepada nak memalukan orang. Ya Allah. Apa nak jadi ni. Tak perlu aku bercerita panjang kat sini. Sendiri tahu masing-masing. Ikhlaskan niat kita wahai yang mengharapkan keredhaan Allah. Apa niat kita semasa hendak post status kat facebook tu? Nak menunjukkan kita ini sangat hebat kerana memiliki ilmu? Nak menunjukkan diri kita ini terlampau hebat sehinggakan memperkecilkan orang lain? Nak nampak diri kita ini hebat sehinggakan perlu untuk menghina orang lain? Lagi teruk, bersaing sesama ikhwah sendiri dalam status-status mereka. Yang ni kutuk yang tu, yang tu pulak kutuk yang ni. Ya Allah. Aku bukan tidak bersangka baik, namun sekiranya orang luar yang baca, apa yang mereka nampak tentang sistem usrah ni?
Wahai ikhwah-ikhwah sekalian, ikhlaskanlah niat kita berdakwah kerana Allah. Ibadah dakwah adalah suatu ibadah yang sungguh cantik, namun jangan kita mengotorkannya dengan niat yang buruk dan dimurkai Allah.
Segala salah silap di antara kita, tegurlah dengan berhemah. Ingat! Kita pendakwah, bukan penghukum!
*untuk mengetahui lebih lanjut, sila click link Ingat.. kita semua bukan malaikat ! (versi 2)
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
1 comments:
if i've done the same thing... please forgive me... and remind me~
Post a Comment