Thursday, May 6, 2010


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

     Kisah kali ni berdasarkan pengalaman/tragedi/cerita/situasi yang pernah berlaku. Watak "Aku" dirahsiakan dan tidak bertujuan untuk memalukan beliau. Untuk menjadi pengajaran sahaja. Al-kisah...


******************** 
     "Program Solat Hajat Sempena Final Exam"? Macam best je. Malam hari Khamis ek.... Oh free je malam tuh! Alang-alang dah nak final ni join je la program ni. Tengok ramai je member aku yang pergi. Aku pun "confirm" gak la kalau gitu.

     (Selepas beberapa hari, sedang Aku studying..)Pulak dah!! Apehal susah sangat subjek ni! Haish. Aku dah kira2 elok dah. Satu hari 4 chapter habis. Tapi sekarang ni??? Baru 2 chapter satu hari?? Mana boleh!! Lost track la aku kalau gitu! Isnin ni dah start exam dah. Tak boleh jadik ni. Aku kena study gila-gila betul ni. Ishh sempat ke tak sempat ni.

     (Selang beberapa hari kemudian..) Best jugak kalau malam ni aku study kat computer lab. Ade air-cond. Smooth je kalau nak study kang. Wuuuh!

     Kemudian, dari jauh ada seorang hamba Allah menegur beliau.

HambaAllah: Salam 'alaikum Aku! Buat ape tu?

Aku: Wa 'alaikumus Salam HambaAllah. Ah? Aaaa saya tengah study sekarang. HA (HambaAllah) dah habis study ke?

HA: Habis study? Haha jangan nak berguraulah Aku. Alhamdulillah, walaupun tak habis study lagi, tetapi Allah telah permudahkan bagi saya untuk study dan masih lagi on track. Alhamdulillah segala syukur kepada Allah.

Aku: Oh bagus la gitu. Alhamdulillah. Ok la tu HA. Saya ni dah lost track dah ni. Kena study kaw2 ni. Kalau tak blank otak saya kalau tak sempat habis ni. Haha. Oh ya HA, kamu nak pergi ke mana ni?

HA: Eh kamu ni boleh tanya lagi. Malam ni kan ada program Solat Hajat kat surau. Saya dah lambat dah ni. Program sepatutnya start lepas isya'. EHHHHHHHHHHHHH JAP. Kamu tak pergi ke Aku?

Aku: Ermmm aahh ehh.. Tak pe lah HA. Saya nak study lah HA. Banyak lagi yang saya perlu study ni. Tak cukup lagi rasanya ilmu di dada ni untuk menempuhi exam isnin ni. Saya tak cukup time, tak cukup ilmu lagi. (sambil sengih-sengih malu, Aku terus menekan calculator casio nya).


HA: Oh macam tu ke. Hurm.. Oh Aku, kamu tengah kira apa tu? Khusyuk nampak dok tekan2 calculator tuh.

Aku: Oh saya tengah kira propagation factor bla..bla..bla. Kenapa HA?

HA: Saya nak pinjam jap boleh?

Aku: Silakan.

HA: Hurm. Hebat jugak eh awak. Soalan ni nampak macam susah. Saya tengok pun pening. Saya pun tak taw camana nak buat ni. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan kamu satu nikmat yang saya tak ada. Alhamdulillah. Sayang Allah pada kamu Aku.

Aku: Err..Aaa..Haah betul2. Alhamdulillah.

HA: Setiap masa. setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu dan so on Allah tetap menjaga kamu dengan baik ya Aku. Setiap masa wahai Aku! Kalau tak, saya tak akan melihat kamu kat sini pada waktu ini Aku.

Aku: Kenapa pulak?

HA: Kalau tak, kamu tak akan dapat hirup oxygen. Bermaksud, kamu dah mati, time tu sempatkah kamu untuk bertaubat kepada Allah? Semasa kamu dinner tadi, tiba-tiba ada racun dalam makanan kamu dan kamu memakannya, time tu sempatkah kamu untuk bertaubat kepada Allah? Sekiranya semasa kamu on the way ke computer lab, tiba-tiba kamu accident dan terus kamu mati, time tu sempatkah kamu untuk bertaubat kepada Allah?

Aku: Err..

HA: Sekarang ni kamu nampak tak? Kamu nampak tak bahawa Allah masih menyayangi kamu wahai Aku? Sekiranya kamu mati, tak sia-siakah ilmu yang kamu belajar tu, amalan-amalan kamu selama ini kerana kamu tidak bersyukur kepada Allah? Allah masih menyayangi kamu, disebabkan kamu masih hidup pada ketika ini, supaya kamu sempat bertaubat kepada Allah sebelum kamu mati dalam keadaan hina. Tidakkah ini jelas menunjukkan bukti bahawa Allah masih menyayangi kamu?

Aku: (tunduk sambil mengangguk-angguk)

HA: Ambil calculator kamu ni. (sambil hulur calculator kepada Aku) Sekarang ni kamu kira berapa banyak amalan kamu dari tahun lepas sampai hari ni. Kira berapa banyak amalan yang betul-betul kamu dedicate hanya kepada Allah, sebagai tanda kamu bersyukur. Lepas kira-kira tu, rasa-rasanya cukup tak amalan kamu sekiranya ditakdirkan malam ini kamu mati? Cukup tak amalan kamu nak masuk syurga tu?

Aku: Ahh erm...

HA: Ok lah sampai sini sahaja lah Aku. Saya minta diri dulu ya. Moga diberi keberkatan dari Allah. Assalamualaikum.

Aku: Err wa 'alaikumussalam.

********************

And if whatever trees upon the earth were pens and the sea [was ink], replenished thereafter by seven [more] seas, the words of Allah would not be exhausted. Indeed, Allah is Exalted in Might and Wise.

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[Luqman (31): 27]

     Berapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, baik yang kita perasan, mahupun yang kita tidak perasan. Sekiranya kita menjadikan calculator sebagai medium untuk mengira berapa banyak nikmat yang Allah telah berikan, nescaya calculator hanya mampu menulis "Math Error" kerana value yang infinity. Sebelum kita dilahirkan, siapa ibu bapa kita, siapa yang tolong jaga ibu kita semasa mengandungkan kita, siapa yang memberi makan minum yang mencukupi kepada kedua ibu bapa kita semasa kita dikandungkan, dan selepas kita dilahirkan, siapa yang menyambut kita dengan penuh kasih sayang sehinggakan kita masih dapat lagi membaca post ini. Siapa yang memberikan nikmat yang unlimited atau infinity ini? Siapa wahai hamba-hamba Allah? Kita tahu Siapa yang memberikan kita nikmat-nikmat kesemua ini tetapi adakah kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan?

Allah's Messenger sallallahu 'alaihi wa sallam used to stand until his feet would swell. It was said to him, "O Messenger of Allah! You do all that when Allah has forgiven you your past and future sins?" He said, "Shouldn't I be a grateful slave?"
[Bukhari and Muslim]

     Akhir kalam, tengok calculator anda masing-masing dan mulalah kira berapa banyak amalan anda pada hari ini. Cukupkah untuk ke syurga sekiranya ditakdirkan mati pada malam ini?

Only those believe in Our verses who, when they are reminded by them, fall down in prostration and exalt [ Allah ] with praise of their Lord, and they are not arrogant.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud, dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

[As-Sajdah (32): 15]

Posted by Posted by zabed at 1:32 PM
Categories:

 

3 comments:

Syahid Marley said...

harith amaran

Syahid Marley said...

btw,ada input di situ.teruskan post2 macam gini.

Mister Mirull said...

Allah dah byk bg nikmat... xkan kte x bleh nak wat sesuatu untuk-Nya~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>