Friday, May 28, 2010


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Muslim.

Aftermath
     1. A consequence, especially of a disaster or misfortune
     2. A period of time following a disastrous event
 
Elok-elok je final paper 1st year aku ni paper Maths, sesuai dengan tajuk post ni.




     Situasi sewaktu minggu-minggu final exam ni same saje kat mane-mane pun. Time dekat sekolah pun same, time dekat universiti pun masih sama lagi. Ada trend yang sama time nak final exam ni. Trend apa? Trend.......... entah la. Try baca beberapa ayat Al-Quran kat bawah ni.


And when they embark on a ship, they invoke Allah, making their Faith pure for Him only: but when He brings them safely to land, behold, they give a share of their worship to others.

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera, mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya. 

[Al-'Ankabut (29): 65]

And when harm touches men, they cry sincerely only to their Lord, turning to Him in repentance; but when He gives them a taste of His Mercy, behold, a party of them associates partners in worship with their Lord.

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya.

[Ar-Rum (30): 33]


     Camana? Ada gambaran sikit tak tentang trend yang aku cuba sampaikan melalui beberapa ayat ni? Ataupun terasa tak dengan ayat-ayat Al-Quran ni?


Before exam:


"Jom malam ni kita bangun buat qiamullail pastu solat hajat ramai-ramai mintak dekat Allah permudahkan exam kita Insha Allah."
"Dah-dah. Stop-stoplah tu dengan kutuk orang. Kita nak ambik exam ni!"
"Jom pergi surau! ambik berkat untuk exam kang"


     Dari seteruk-teruk sifat kepada sebaik-baik sifat. Dari tak pernah solat selama bertahun-tahun (nauzubillah) kepada solat sunat hajat sekali, dari tak pernah complete solat fardhu 5 waktu kepada cukup solat fardhu 5 waktu, dari jarang pergi ke surau untuk solat berjemaah terus setiap waktu solat pergi ke surau, dari qiamullail seminggu sekali terus kepasa setiap malam buat qiamullail, dari suka bercakap (perkara yang sia-sia) terus kepada jarang bercakap dan macam-macam lagi.


    Alhamdulillah, suatu perubahan yang sangat baik dan sangat mengagumkan! It's better late than never! Salah satu nikmat yang Allah selalu beri kepada kita namun jarang kita bersyukur: exam/test! Dari sehodoh-hodoh dan sehina-hina hambaNya lantas kerana nikmat ini, kita menjadi di kalangan hamba yang mulia di sisi Allah kerana berjaya melawan nafsu! Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Namun, itu semua hanyalah sementara.........


After exam:


"Aku mana pernah pegi club2 ni. Alang-alang dah habis exam pergi je la. Tak yah risau ape dah."
"Ahh lantaklah aku nak kutuk dia pun. Exam dah habis so??"
"Ala kau buat jahat ke baik ke exam dah habis. Dah ditakdirkan dah result kau macam tu."


     Nauzubillahiminzalik. Dari seindah-indah sifat kepada sejijik-jijik sifat. Perlukah aku letak contoh-contoh untuk mereka yang berpaling ini? Kita sendiri dah tahu so tepuk dada tanya taqwa.


     Inilah gambaran beberapa situasi yang selalu berlaku di institusi pendidikan. Bila susah, baru nak ingat Allah, bila senang... lebih teruk daripada perangai sebelumnya. Seolah-olah macam budak baru habis SPM, semua benda nak cuba sebab terasa bebas dan kononnya penderitaan yang dialami selama 11 tahun terlalu lama. Seolah-olah macam hari raya Aidilfitri, selama 'sebulan' 'berpuasa', lepas tu boleh la buat sesuka hati meraikan 'pengorbanan' mereka tu. Perhatikan ayat-ayat Al-Quran ini.

And when harm touches man, he invokes Us, lying on his side, or sitting or standing. But when We have removed his harm from him, he passes on as if he had never invoked Us for a harm that touched him! Thus, it is made fair-seeming to the Musrifun (Those who belied Allah and His Prophets, and transgressed Allah's limits by committing all kinds of crimes and sins) that which they used to do.

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

[Yunus (10): 12]

     Dan mereka terasa indah dengan perbuatan mereka itu atau dengan erti kata lain buat dosa pun dah tak rasa bersalah dah, siap enjoy lagi. Bila kita dah buat dosa tanpa rasa bersalah, bila kita nak taubat? Macam mana nak taubat kalau dah terasa syok buat kejahatan tersebut! Tak rasa macam seolah-olah Allah membiarkan diri kita begitu sahaja tanpa guidance (hidayah)? Kalau keep on buat kejahatan sampai mati and tak berasa bersalah, mana tempat kita dekat akhirat nanti? Nauzubillahiminzalik. Dan Allah sekali-kali tidak pernah berlaku zalim kepada hamban-hambaNya, namun hakikat diri kita yang selalu lupa pada Allah ketika senang mengakibatkan kita jauh dari Allah.

So that they become ingrate for that which We have given them, and that they take their enjoyment (as a warning and a threat), but they will come to know.

Menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya, dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.

[Al-'Ankabut (29): 66]

And when some hurt touches man, he cries to his Lord, turning to Him in repentance. But when He bestows a favour upon him from Himself, he forgets that for which he cried for before, and he sets up rivals to Allah, in order to mislead others from the His Path. Say: "Take pleasure in your disbelief for a while: surely, you are of the dwellers of the Fire!"

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka".

[Az-Zumar (39): 8]

     Bersenang-lenanglah engkau denagn kekufuranmu itu,..... sesungguhnya engkau dari kalangan penduduk neraka! Astaghfirullah. Ambillah masa selama 1 minit untuk beristighfar, kenang kembali segala dosa kita... Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami ya Allah.

     Selalu kan kita nampak trend macam ni bila nak exam. Lepas tu, hilang berterabur! Ingatlah, kalau kita terasa dengan ayat-ayat ini, ingat, ini bukan dari buah pemikiran aku namun ini adalah kalam-kalam Allah, ayat-ayat dari Allah, teguran-teguran dari Allah untuk kita supaya kita masih lagi berada dalam lindunganNya. Dan ini juga teguran untuk diri aku yang seringkali alpa dengan keadaan jahiliyyah dan keadaan hati yang sentiasa berubah.

 Akhir kalam, jadilah kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepaadaNya, bila dalam keadaan susah, memohon pertolongan dari Allah, bila dalam keadaan senang, tidak takabbur atau sombong dan senantiasa bersyukur kepadaNya. Wallahu'alam

Only those who believe in Our Ayat who, when they are reminded of them, fall down prostrate, and glorify the Praises of their Lord, and they are not proud.


Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud, dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

[As-Sajdah (32): 15]

Posted by Posted by zabed at 4:49 PM
Categories:

 

1 comments:

Rahman D said...

nicee one bro!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>