Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam saudara-saudara seMuslimku, moga-moga kita masih berada di jalan yang lurus ini, moga-moga kita masih lagi memikirkan tentang masalah umat kita pada hari ini. Insha Allah.
"Carpe diem" atau maksudnya dalam English "Seize the day" adalah salah satu frasa atau phrase dalam puisi Latin oleh Horace. Ape kene mengene? Bace dulu
.
Sebelum tu, nak tanya sikit. Taw tak peristiwa 13 Mei? Kebanyakan yang baca ni mesti taw punya. Sebab time SPM dulu dah belajar pasal ni dah. Tapi satu soalan lagi. Taw tak peristiwa 15 Mei?
"Satu hari selepas pengisytiharan selepas penubuhan Israel"
Territorial changes: State of Israel established from captured territories, Jordanian occupation of West Bank, Egyptian occupation of the Gaza Strip.
Sebenarnya, aku nak buat review balik pasal isu boikot. Aku tak kata boikot itu haram, dan aku juga tak kata boikot itu wajib. Aku tak menghalalkan benda yang haram, dan aku juga tidak mengharamkan benda yang halal. Bukan setakat tu sahaja, ada juga yang kata bahawa usaha boikot tu hanyalah sia-sia kerana tak ada effect pada ekonomi Israel dan macam-macam lagi.
Sekali lagi, aku tak cakap salah pendapat mereka mahupun fakta mereka. Dan aku juga tidak menghukum (melabel) orang-orang yang tidak boikot. Tapi mula-mula, aku nak jawab bagi soalan "tak ada effect pun kita boikot-boikot ni".
So whoever does an atom's weight of good will see it,
And whoever does an atom's weight of evil will see it.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya,
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.
[Az-Zalzalah (99): 7-8]
Matlamat aku yang PALING UTAMA bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan ekonomi Israel or mana-mana negara atau pertubuhan. Kenapa? Baca ayat kat atas ni. Sendiri pikirlah.
Kita selalu cakap "fight for human rights! Fight for your rights!". Kita selalu cakap "tak guna punya Israel!", tapi yang peliknya mulut je yang bergerak, anggota lain tak bergerak pulak? Dan sekali lagi aku nak cakap, aku kat post ni tak melabel siapa-siapa ya. Kalau kita tak boleh boikot, mana solat kita? Bukankah sepatutnya kita memohon pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat? Kalau malas sangat nak solat, mana doanya? Baca satu baris pendek doa "Ya Allah, selamatkanlah Palestin" pun tak nak? Ape je kita kalau semua benda pun malas? Macam robot, ada microprocessor (otak), tapi tak ada will.
Aku rasa tak perlulah aku berleter panjang kat post kali ni. Sekarang ni misi Lifeline4Gaza yang dianggotai beberapa orang Malaysia dah kena serang. I know I shouldn't say this but kalau kita tak rasa yang saudara Muslim kita kat Palestin kena serang, sekarang saudara Muslim Malaysia kita dah kena tangkap! So kita tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai Israel terus serang masuk Malaysia hah? Sampai orang yang kita betul-betul anggap macam saudara kita kena serang baru nak start berjuang? Bila emak kita kena tangkap, kena pukul depan mata kita, kena tarik baju? Atau bila bapak kita kena terajang sebab mempertahankan emak dan adik beradik kita?
Akhir kata, aku tak kata boikot itu wajib mahupun haram. Banyak cara boleh dilakukan untuk menolong saudara-saudara kita kat sana. Doa pun cukup lah, sekurang-kurangnya kita ada modal yang mengatakan "I care for my muslim brothers in Palestine!". Wallahu'alam. Tepuk dada, tanya hati, taqwa kita berada di tahap mana?
Akhir kalam, bagi sesiapa yang membaca post pada malam ni (31 May 2010), ada satu event untuk esok (1st June 2010) under Aqsa Syarif organisation.
"Kerahan tenaga untuk ke demo esok 11 pagi kumpul di tabung haji. Bantah serangan Israel ke atas konvoi keamanan laut."
Harap kita dapat jumpa di sana wahai ikhwanul muslimin (muslim-muslim bersaudara)! Carpe Diem! Seize The Day! ALLAHU AKBAR!!
2 comments:
x jumpa nta pon zaid... :p
ana join gerakan yg lebih 'ekstremis' :p
Post a Comment