Wednesday, June 2, 2010


Bismillahirrahmanirrahim.


     Update isu Lifeline4Gaza: Haluan Palestin

     'Mereka' yang berada di kalangan kita sudah melangkah satu langkah ke hadapan. Daripada 'meraka' berada di bumi Malaysia dengan memboikot barang-barang yang menyumbang kepada negara haram Israel, menginfaqkan sejumlah besar harta-harta mereka kepada mangsa-mangsa yang berada di Palestin dan Gaza, mengorbankan masa untuk menganjurkan program-program kesedaran masyarakat tentang keadaan Palestin, sehinggalah 'mereka' sendiri pergi berjuang terus memberikan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di sana!



     Dan apa terjadi dalam perjalanan 'mereka' ke sana? 'Mereka' diserang, dipukul, ditangkap malah ada juga yang dibunuh. 'Mereka' mengorbankan diri 'mereka' sehingga ke tahap itu sekali. Bukan 'mereka' tak tahu yang Israel akan menyerang 'mereka' semasa dalam perjalanan, bahkan 'mereka' tetap berkeras hati juga untuk menolong saudara-saudara 'mereka' yang perit dan semakin lama ditindas dengan teruk sekali oleh Israel Zionist. 'Mereka' tak takut mati kerana 'mereka' sendiri tahu bahawa dunia ini hanyalah satu permainan dan gurauan. Bagaimana dengan 'kita'? Apa usaha 'kita'? Sambil minum air **** sambil berdoa dengan cara tidak ikhlas?

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan mereka yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.

And this life of the world is only an amusement and a play! Verily, the home of the Hereafter - that is the life indeed, if they but knew.

[Al-'Ankabut (29): 64]
     
     Sungguh, aku betul-betul jeles dengan 'mereka'. Aku ingat lagi time kecik-kecik dulu or time kelas pendidikan Islam time sekolah menengah. Bila cikgu cakap atau bercerita tentang jihad, kemudian akan ada beberapa pelajar yang akan tanya,




"Cikgu/Ustazah! Habis tu kalau diorang mati semasa berjihad, apa ganjaran mereka pula?"


     Kemudian, cikgu/ustazah tu akan tersenyum dan jawab,


"Syurga! Kalau kita berjihad, ganjarannya tak lain tak bukan, syurga! Senang kan nak masuk syurga?"


     Lepas tu, seluruh kelas terasa 'ghairah' mendengar jawapan cikgu tersebut. Ramai-ramai bisik-bisik dengan kawan sebelah mereka dan cakap, "Gile best! Jadi mujahid konfirm masuk syurga punya lah!", "Bila aku besar nanti, aku akan jadi mujahid. Lepas tu pasti aku akan masuk syurga!".

     Sekarang, murid-murid tu dah besar dah. Sudah mencecah usia 20 tahun dah. Aku masih percaya bahawa 'kita' yang sudah berumur 20 tahun ni pasti mempunyai hajat untuk menjadi mujahid kerana pabila kita mati memperjuangkannya, pasti, 'kita' pasti akan masuk syurga! Tapi, sedih aku tengok 'kita' sekarang ni. Mempunyai hajat sebegitu namun terhalang. Ternyata jawapan 'kami' ketika kami masih kecil adalah salah. Bukan senang untuk menjadi mujahid (orang yang berjuang di jalan Allah).


     Berlainan seperti yang kita katakan pada ketika 'kita' berusia muda, berlumba-lumba hendak menjadi mujahid, kerana satu tujuan sahaja, nak masuk syurga 'free-free'. Sekarang ni, 'kita' dibebani dengan pelbagai tugasan. Tugasan apa? Tugasan nak cari duit atau nak jadi kaya. Kita dibebani dengan study kita, kita dibebani dengan kawan-kawan kita, kita dibebani dengan masyarakat kita yang tidak menggalakkan dan yang paling teruk, kita dibebani dengan media-media antarabangsa yang mencela Islam kita sebagai agama terrorist. Jadi, adakah cita-cita nak masuk syurga 'free-free' tersekat? Sekali-kali tidak!

“Barangsiapa yang mempersiapkan seseorang untuk berperang, maka dia benar-benar telah mendapat pahala seperti pergi berperang. Barangsiapa yang menjaga dan memelihara keluarga orang yang pergi berperang dengan baik, maka dia juga benar-benar telah mendapat pahala pergi berperang.”
 
(Bukhari, Muslim, Abu Dauid, Turmizi & Nasa’i)

     Itu dia! Tak semestinya kita kena pergi sana barulah kita dikatakan "orang yang membela agama Allah", namun kita yang masih stay kat Malaysia ini juga mampu berjuang! Bagaimana? Kita mempersiapkan 'mereka-mereka' yang sedang berperang di jalan Allah ini. Kita tolong mereka dengan menginfaqkan harta kita kepada mereka!

Katakanlah, "Sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.

Say: "Truly, my Lord enlarges the provision for whom He wills of His slaves, and restricts (it) for him, and whatsoever you spend of anything (in Allah's Cause), He will replace it. And He is the Best of providers."

[Saba' (34): 39]

     Infaqkanlah harta-harta kita kepada 'mereka-mereka' yang memperjuangkan agama kita wahai saudara-saudaraku! Kenapa kita kemut sangat ni? Allah pasti akan menggantikan harta-harta yang kita infaq tadi! Apa tunggu lagi! Bila nampak iklan-iklan tentan Palestin di masjid, surau atau di campus kita sekali pun, jangan terlepas sahutan ini! Kita juga di kalangan mujahidin sekiranya kita infaq! Allahu Akbar!

Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,

And seek help in patience and As-Salah (the prayer) and truly, it is extremely heavy and hard except for Al-Khasyi'un.

[Al-Baqarah (2): 45]

     Tak ada duit sebab habis kat duit minyak/makanan/baju seluar/minyak rambut/gitar? Jangan risau! Kita ini berpeluang lagi untuk menolong 'mereka'! Iaitu dengan solat. Perbanyakkan solat sunat kita. Mohon pertolongan dari Allah untuk membantu 'mereka' yang sedang berdepan dengan musuh. Di mana-mana sahaja kita boleh buat solat sunat, tak semestinya di surau atau masjid sahaja. Kat rumah pun sudah memadai dah. Tapi perulu diingatkan bahawa solat sunat ada waktu yang diharamkan, iaitu selepas waktu Asar dan selepas waktu Subuh. Apa lagi? Pi la solat sunat sekarang!

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

And your Lord said: "Invoke Me, I will respond to your (invocation). Verily, those who scorn My worship they will surely, enter Hell in humiliation!"

[Ghafir (40): 60]

     Nak solat sunat 2 rakaat pun susah? The least yang kita boleh buat ialah, doa. Doalah dengan sepenuh ikhlas hati, betul-betul kita mengharapkan kemenangan kepada 'mereka' insha Allah. Cuba tengok video kat bawah ni. Macam mana doa kita compare to sheikh ni?



     Ada 3 langkah yang paling simple kita boleh buat. Kalau doa pun tak lepas, jadi apakah nilai diri kita ini? Sejauh mana kisahnya kita kepada masyarakat Muslim kita yang ditindas? Abang-abang kita yang ditindas pun kita tak nak tolong, inikan pula abang-abang kita yang hendak menolong abang-abang kita yang lain pun kita masih tak kisah???? Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Tepuk dada, tanya setinggi manakah taqwa kita kepada Allah.


     Akhir kalam, cuba kita renung balik perbuatan diri kita selama 20 tahun hidup ini. Cuba cari dalam masa 20 tahun ni, mana yang betul-betul kita spend untuk Allah? Mana yang betul-betul kita spend untuk di jalan Allah? Mana yang betul-betul kita spend untuk brothers kita yang diseksa? Ada dalam satu tahun? Satu bulan? Satu minggu? Satu hari? Satu jam? Seminit? Satu saat pun tak ada?! Memang sungguh aku setuju dengan salah satu lagu Maher Zain - Awaken.

"Yes it's easy to blame everything on the West. When in fact all focus should be on ourselves!"


     So, ada tak dalam hati kecil kita ini rasa jeles dengan 'mereka'?

Posted by Posted by zabed at 11:38 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>