Saturday, June 19, 2010



     Alkisah tentang 2 orang kembar yang diberi nama Ahmad & Ahmed, di mana bapa kedua-dua adik beradik ini adalah seorang yang wara', yang mementingkan ibadah kepada Allah sahaja.


     Bila bapa ialah seorang hamba Allah yang mementingkan ibadah khusus (ayat buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5), begitu jugalah si ayah mahu mendidik anak-anaknya menjadi sepertinya. Lantas, selama hidup mereka sejak kecil, mereka sudah biasa melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya. Ya, mereka membesar dalam keadaan mengenal agama, mengenal Islam, cara-caranya, namun, seperti nama tajuk di atas, walaupun mereka kembar yang berwajah serupa, namun mereka tidak 'seiras'.



********************
  
     Peperiksaan SPM sudah semakin dekat. Calon-calon sekarang sedang bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dari silibus Tingkatan 4 hinggalah ke Tingkatan 5. Begitu jugalah kedua-dua kembar Ahmad & Ahmed ni. Seperti yang selalu diajar oleh bapa mereka semenjak mereka masih Darjah 1, sebelum peperiksaan mereka pasti akan melakukan solat sunat hajat untuk meminta pertolongan dari Allah supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal mereka tempuhi nanti.

      Dengan izin Allah Yang Memiliki Langit dan Bumi, sebulan telah berlalu. Kini Ahmad & Ahmed sudah selesai menduduki peperiksaan SPM mereka. Kata kebiasaan orang yang baru habis SPM, "ini lah masa nak enjoy!! Yeah!". Masih ada 3 bulan lagi sebelum result SPM keluar, jadi mereka mempunyai kelapangan masa yang agak lama untuk berehat.


Babak 1:

 string karat
     Pada keesokan hari, rakan-rakan Ahmad & Ahmed mengajak kedua-dua adik beradik tersebut untuk jamming (berkugiran) di Hot Sound Studio, Wangsa Maju. Kedua-dua mereka setuju dan keesokan harinya, mereka tiba di studio tersebut beserta guitar-guitar mereka. Kemudian, guitar mereka dikeluarkan dari beg dan mereka terkejut melihat keadaan guitar mereka. String atau tali telah berkarat kerana selalu bermain (note: kalau selalu main guitar sehingga tangan berpeluh (H20 react with Fe causes oxidation atau karat), possibility untuk string guitar berkarat adalah tinggi). Respon mereka:


Ahmad: Pulakk dahhh boleh karat! Main sikit karat, main sikit karat. Buat habis duit aku je nak tukar2 string ni. Haisshhh


Ahmed: Herm karat disebabkan selalu main. Allah nak tunjuk kat aku bahawa sepatutnya aku kena selalu beribadah kepadaNya; baca Quran, solat sunat, berzikir, bukannya spend time lama sangat dengan guitar ni. Astaghfirullahal 'azim.


Babak 2:

 jpj test bukit
     Biasalah, bila sudah berumur 17 tahun nak masuk 18 ditambah cuti 3 bulan pula, kebanyakan budak-budak yang baru habis SPM akan menyertai kelas memandu kereta untuk mendapatkan lesen. Dengan pertolongan Allah, kedua-dua kembar Ahmad & Ahmed ini dalam proses diuji oleh pegawai JPJ (final test) sebelum mendapatkan lesen P.  Seperti kebiasaan, kedua-dua kembar tersebut menunaikan solat hajat pada malam sebelum JPJ test agar dilembutkan hati para pegawai JPJ untuk memberi kelulusan kepada mereka dalam ujian tersebut. Namun, ketentuan Allah mengatasi segalanya, kedua-dua mereka ini gagal dalam JPJ test tersebut. Lalu, respon mereka:


Ahmad: Aisehmannn gagal la pulak. Garang betul la pakcik JPJ ni! Kalau aku buat salah tu tegur lah terus! Ni diam je, pastu bile kat simpang terus mintak tukar driver plak. Haishh buat penat aku je solat hajat malam semalam. Bukannye lembut pun hati pakcik tu.


Ahmed: Gagal? Pelik jugak, rasenye aku dah bawak dengan cermat dah tadi. Takpe, ini tandanya bahawa Allah nak eratkan hubungan aku dengan 'driver2' aku (a.k.a abang-abang diorang). Jarang betul aku dapat bersembang dengan mereka semenjak aku cuti ni. Alhamdulillah. Inilah jawapan dari Allah hasil solat hajat aku malam tadi. Semestinya, Allah yang Mahabijaksana, tentunya lebih bijak dari aku, jadi keputusan ini lebih bijak dari apa yang aku harapkan.


Babak 3:

traffic jam sebelum KLCC
      Setelah mengulangi JPJ test tersebut untuk kali ke 2, akhirnya mereka lulus juga untuk memperoleh lesen P. Alhamdulillah. Biasalah, dah dapat lesen confirm selalu ronggeng punya. Tetapi, tempat yang mereka selalu ronggeng ialah KL. Silap besar, silap besar. Rakan-rakan mereka mengajak mereka untuk melepak di KLCC pada tengahari (memang silap besar la), katanya nak lunch sekali. Dah ada lesen, apa lagi, si Ahmad yang drive manakala si Ahmed duduk di sebelah, dan sebelum bergerak mereka akan membaca doa menaiki kenderaan seperti yang diajar oleh bapa mereka. Dah nama pun tengahari, lunch hour, rush hour, peak time, memang jam teruk la kat KL time tu. Kemudian, seperti biasa, respon mereka:


Ahmad: Aiseh jam pulak. Menyampah aku dengan KL ni. Jam jam jam! Habis minyak, habis tenaga, habis masa aku je! Aiii kenapalah Bapak asyik suruh baca doa naik kereta tapi jam jugak?


Ahmed: Agak jam la jugak KL time-time camni. Ade hikmah la tu Ahmad. Time-time jam camnilah kita buka Quran kita (kalau bawak sekali), pastu baca. Kalau tak bawak Quran, baca apa yang kita hafal. Kalau tak boleh jugak, zikir saja. Kan tenang hati ni bila tengah jam. Bak kata orang "sambil menyelam, minum air". Ini lah tanda bahawa kita sudah semakin jauh dari Allah, jadi Allah bagi peluang kepada kita pada waktu camni untuk kita ingat padaNya. Alhamdulillah, berkat doa kita tadi.


Babak 4:

 Sony Centre di Mid Valley
      Cuti 3 bulan, apa lagi aktiviti kebiasaan budak lepasan SPM? Kerja part time laa. Kedua-dua kembar ini pun tidak terlepas daripada aktiviti kerja part time ni. Kedua-dua mereka bekerja di salah sebuah kedai di Mid Valley dan cukup satu bulan, gaji masuk. Terkejut mereka melihat gaji mereka lebih rendah dari apa yang mereka jangkakan. Respon:


Ahmad: Mak aih sikitnya gaji! Aku kerja penat gila macam ni dapat? Mana komisen? weiii aku nak beli macam-macam time cuti ni. Aku nak beli tu, ni, bla..bla..bla


Ahmed: Tak sangka nak kerja susah eh? Ini ok lagi, dapat lagi kita nak makan Ahmad oii. Ini tanda bahawa Allah nak tunjuk kepada kita bahawa bukan senang untuk mencari rezeki yang halal. Dan Allah juga nak mengingatkan kita bagaimana keadaan saudara-saudara kita di Palestin. Mereka kerja ke, malah siap berperang lagi, adakah mereka dapat makan sebagaimana kita dapat makan sekarang? Bantuan nak masuk ke dalam Gaza pun disekat oleh Israel! Ya Allah, selamatkanlah bumi Palestine dari kecaman Israel Zionist. Alhamdulillah, Allah ingatkan aku tentang hal Palestine melalui gaji sedikit ni, sedangkan berapa ramai masyarakat kita yang telah lupa dan tidak ambil peduli langsung tentang keadaan mereka.


Babak 5:

 Sport Planet Ampang KL
     Seminggu lagi, keputusan SPM akan keluar. Kebanyakan para lepasan SPM berasa gundah-gelana, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Oleh itu, Ahmad, Ahmed dan rakan-rakan mereka keluar bermain futsal di Sport Planet, Ampang untuk release tension. Seperti yang selalu dipesan oleh bapa mereka, sebelum bermain bola sepak ataupun futsal, mereka akan membaca doa agar keselamatan mereka terjaga. Namun, dengan takdir Allah yang menentukan segalanya, kedua-dua kembar tersebut tersepak kaki mereka masing-masing mengakibatkan kedua-keduanya mengalami keretakan pada kaki. Respon:

 
Ahmad: Kita main futsal sekarang nak release tension. Sekarang tak pasal-pasal pulak kaki aku ni retak pulak. Aduiiiiiiiii! Apa guna aku doa tadi?


Ahmed: Aish retak kaki aku. Nasib baik tak patah kaki ni. Alhamdulillah, sesungguhnya kita dua ni selalu buang masa pergi melepak kat area KL time cuti ni. Banyak sangat masa terluang sampai ibadah sunat kita pun dah tak terjaga dah. Inilah petunjuk dari Allah, supaya kita dok diam-diam kat rumah tu, beribadah kepada Allah, ingat Allah melalui zikir, baca Quran and hafal beberapa surah sebagaimana yang kita selalu buat sebelum SPM. Alhamdulillah, makbul doa kita Ahmad! Allah menjaga keselamatan kita dari terjebak ke arah maksiat.


Babak 6:

slip keputusan SPM
     Akhirnya, keputusan SPM sudah keluar juga. Malam sebelumnya, mereka memperbanyakkan solat hajat mereka, membaca Surah Al-Kahfi sehingga habis dan sehinggalah sebelum mereka tidur, mulut mereka tidak henti dengan memuji Allah, membesarkan Allah (glorify Allah). Mereka sungguh berhajat untuk memperoleh keputusan yang membolehkan mereka untuk sambung belajar di luar negara (oversea) dengan meminta pertolongan dari Allah. Namun, sekali lagi, mereka merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Adil. Keputusan yang mereka peroleh tidak seperti yang dihajati mereka. Pada pandangan mereka, result ini boleh dikatakan 'teruk'. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Respon:


Ahmad: Ya Allah. Sungguh. Aku give up. Sebelum SPM aku dah minta tolong dengan Allah. Semasa cuti ni pun banyak benda berlaku sehingga kaki aku retak, dan aku juga meminta pertolongan dari Allah dari berlaku perkara-perkara buruk ni. Malam semalam pun aku dah solat hajat, baca Quran, zikir sehinggalah aku tertidur. Kenapa result aku teruk sangat ni?? Apa yang Engkau hendak tunjukkan pada aku kali ni Ya Allah?! (nauzubillahi min zalik. Jangan meniru gaya ini)


Ahmed: Astaghfirullahal 'azim. Rasa sedih tengok result ni. Namun, aku yakin, pasti ada hikmah yang lebih besar daripada ini. Pasti berbaloi segala usaha aku sebelum SPM, semasa cuti, dan juga pada malam semalam! Aku yakin padaMu ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Pemberi rezeki yang terbaik. Insha Allah.


Babak 7:


     Selepas mengambil keputusan mereka, kedua-duanya pulang ke rumah untuk dilihat kepada ibu bapa mereka. Dalam perjalanan pulang ke rumah, masing-masing dalam lubuk hati mereka berdoa (termasuk Ahmad) agar Allah melembutkan hati kedua-dua ibu bapa mereka (bapa mereka garang) agar dapat menerima keputusan mereka yang tak seberapa ini. Namun, ternyata apa yang dihasrat mereka berlainan dengan realiti. Seperti kebanyakan ibu, membebel kepada kedua-dua kembar tersebut. Kemudian, diikuti pula oleh bapa mereka yang memarahi mereka (bukan dengan suara yang macam nak pukul orang, tapi suara yang tinggi sikit sahaja, bertujuan untuk mengajar). Respon Ahmad & Ahmed:


Ahmad: (selepas dimarahi, berada dalam biliknya) Mak bapak sekarang dah tak sayang anak dah! Asyik nak marah je! Orang dah la dapat result teruk pun nak marah! Aku ni anak angkat ke?


Ahmed: Uuuuhh berat sungguh hati ni bila kena marah. Namun, itulah realiti seperti yang bapa cakap tadi. Aku banyak bermain sebelum SPM. Sebulan sebelum SPM baru la nak pulun (bertungkus-lumus). Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengurniakan aku kedua-dua ibu bapaku, ternyata mereka masih care pasal aku, mengambil berat terhadap aku. Aku lihat tadi, keluarga si Abu yang bapanya seorang jutawan seolah-olah macam tak kisah pun tengok anaknya gagal kesemua subjek SPM. Malah siap belikannya handphone baru lagi tu. Mana la tak si Abu ni perangainya liar semacam. Clubbing la, minum arak la, berjudi la dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, inilah yang Allah mahu tunjuk kepadaku agar aku bersyukur padaNya. Agar aku sedar bahawa ibu bapaku masih lagi mengambil berat tentangku, masih lagi berhajat untuk melihatku menjadi seorang hamba Allah yang sedar tentang hakikatnya di atas bumi ini walaupun berada dalam masyarakat yang seolah-olah sama seperti zaman jahiliyyah Makkah dahulu. Alhamdulillah, sesungguhnya aku meletakkan sepenuh kepercayaanku pada Mu ya Allah!

Babak 8:


     Ternyata kebanyakan rakan-rakan Ahmad & Ahmed memperoleh keputusan yang cemerlang dalam sijil SPM mereka. Namun, dalam senyap-senyap, rakan-rakan mereka mengutuk dan mengejek Ahmad & Ahmed kerana peroleh keputusan yang tidak memuaskan. Tanpa rakan-rakan mereka itu sedari, hal ini telah tersebar sehinggalah ke pengetahuan Ahmad & Ahmed. Respon:

Ahmad: $^#&@!! Tak guna punya member! Apa lah dok kutuk2 belakang aku! Hish tapi aku still tak puas dengan result aku ni! Result aku ni la yang membuatkan aku kena kutuk sampai macam ni! Ish ish ish!


Ahmed: Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ku sangkakan merekalah sahabat terbaik, rupanya... Ish ish ish. Alhamdulillah, melalui keputusan SPM inilah yang Allah mahu tunjuk kepadaku bahawa siapa di kalangan rakan-rakanku yang benar-benar berkawan hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Cukuplah Allah sebagai penolongku dalam setiap perkara. Inilah yang Allah mahu tunjuk kepadaku sebagaimana yang bapa pernah cerita dekat aku, salah satu sebab kenapa ibu bapa Nabi Muhammad meninggal pada ketika usianya masih kecil, ditambah lagi dengan pemergian isterinya Khadijah yang sentiasa menyokong beliau dalam usaha dakwahnya, dan begitu juga dengan bapa saudaranya Abu Talib. Iaitu supaya Allah nak tunjuk bahawa cukuplah Allah sebagai tempat meminta pertolongan, cukuplah Allah sebagai Penenang hati, cukuplah Allah sebagai Pelindung kepada manusia (note: namun bukan bermakna kita tak boleh nak refer langsung pada manusia, tapi kita kena ingat priority kita yang pertama mesti lah refer pada Allah terlebih dahulu). Begitulah juga Allah menarik nikmat berkawan dengan dengan rakan-rakan aku tersebut, supaya aku memahami tentang hal ini.


Babak 9:

     Satu hari sebelum keputusan permohonan untuk sambung pelajaran ke luar negara, bapa mereka menyuruh mereka agar solat hajat agar memperoleh keputusan yang dihajati. Namun, Ahmad menolak arahan tersebut. Beliau seakan-akan give up dengan 'cara' solat hajat. Berlainan pula dengan Ahmed, beliau yakin pada ketentuan Allah sentiasa terbaik, lalu beliau solat dengan penuh rasa rendah diri menghadap Penciptanya, memohon agar keputusan permohonannya adalah terbaik untuk dirinya. Akhirnya, keputusan telah keluar. Seperti yang dijangkakan oleh kedua-dua kembar tersebut, permohonan mereka ditolak. Inilah respon mereka:


Ahmad: Aku dah agak dah awal-awal. Buat apa aku susah-susah nak solat hajat malam semalam? Lantak lah belajar kat Malaysia pun! Boleh enjoyyyyyyyy! Yeehaaaa!


Ahmed: Dah jangka dah jadi camni. Takpe, seperti doa aku malam semalam, aku mengharapkan keputusan terbaik dari Allah dan inilah keputusannya. Mungkin aku bakal menerima tugas yang lebih penting semasa menyambung pelajaran di tanah air? Ya! Ada kerja tertangguh lagi! Lihatlah masyarakat kita pada hari ini. Jahiliyyah berada di mana-mana sahaja. Buang bayi la, zina la, kes rompak semakin meningkat la, remaja sekarang dengan gangsterism mereka la dan macam-macam lagi! Ya! Ini tugas aku sebagai khalifah di muka bumi. Aku perlu berdakwah kepada masyarakat aku agar mereka mengenal Pencipta mereka, agar mereka kembali mengesakanNya, agar kembali beriman kepadaNya, agar mereka sedar hakikat mereka berada pada zaman yang lebih teruk berbanding pada zaman jahiliyyah Makkah! Inilah tiketku ke syurga! Misi di Malaysia tidak selesai lagi! Allahu Akbar!


*******************

     Itulah kisah tentang kembar bernama Ahmad & Ahmed. Walaupun mereka mempunyai wajah yang sama, namun mereka ini tidak 'seiras'. Apa pengakhiran mereka? Tak perlulah bercerita kat sini. Kita tengok diri kita dulu. Bagaimana?

Saudara-saudara seIslam yang ku kasihi sekalian,
     Setiap benda, setiap perkara yang diberi Allah, setiap nikmat kesemuanya adalah kebaikan untuk diri kita dan masyarakat. Kenapa? Kerana semua itu datang dari Allah!

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah, dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

Such is the Bounty from Allah, and Allah is Sufficient as All-Knower.

[An-Nisa' (4) : 70]

Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh. Jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, "Ini dari sisi Allah", dan jika mereka ditimpa suatu keburukan mereka mengatakan, "Ini dari engkau (Muhammad)." Katakanlah, "Semuanya dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu hampir-hampir tidak memahami perkataan?

"Wheresoever you may be, death will overtake you even if you are in fotresses built up strong and high!" And if some good reaches them, they say, "This is from Allah," but if some evil befalls them, they say, "This is from you (O Muhammad)." Say: "All things are from Allah," so what is wrong with these people that they fail to understand any word?

[An-Nisa' (4) : 78]

     Dalam Surah An-Nisa', Allah telah berfirman bahawa setiap benda, kesemuanya datang dari Allah. Ya, kita juga tahu apabila datang dari Allah, pastinya itulah suatu perkara atau benda yang baik. Namun, kenapa kita pernah menerima perkara yang buruk kalau kita kata semuanya datang dari Allah? Confuse la...

Apa jua kebaikan yang engkau peroleh, adalah dari sisi Allah, dan apa jua keburukan yang menimpamu, itu dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi rasul kepada manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

Whatever of good reaches you, is from Allah, but whatever of evil befalls you, is from yourself. And We have sent you (O Muhammad) as a Messenger to mankind, and Allah is Sufficient as a Witness.

[An-Nisa' (4) : 79]

      Itu dia! Setiap perkara buruk yang kita rasakan itu adalah datang dari diri kita sendiri! Kita lihat pada kisah Ahmad & Ahmed, bagaimana Ahmad boleh merasakan sesuatu perkara itu buruk sedangkan Ahmed memandangnya sebagai suatu kebaikan? Itu adalah kerana keburukan tersebut datang dari dirinya (Ahmad) sendiri! Dia sendiri yang nampak setiap pemberian Allah itu sebagai benda yang buruk, suatu nikmat yang mempunyai kebaikan namun mata hatinya buta, hanya melihat pada luaran sesuatu perkara sahaja tanpa berfikir tentang hikmah di sebalik setiap perkara.

     Itulah hakikatnya, diri kita sendiri yang menjadikan setiap perkara yang diberi Allah itu dilihat sebagai benda buruk atau tidak diminta lansung walhal ianya adalah kebaikan untuk diri kita. Walaupun pada luarannya masyarakat atau diri kita melihat ianya adalah perkara buruk, percayalah, ada message tersirat yang hendak Allah sampaikan agar kita berada lebih dekat padaNya. Aku ambil contoh yang paling simple dan senang untuk difaham. Kenapa tak dibenarkan berzina (bersetubuh dengan yang bukan muhrim) walhal nafsu seks adalah fitrah kita? Dari pandangan kita, kita melihat arahan dari Allah itu sebagai menghalang kebebasan kita untuk meluahkan nafsu syahwat kita, atau nampak keburukan pada arahan Allah itu (nauzubillahi min zalik). Tapi tengoklah, berapa banyak perkara positif dalam pengharaman zina? Siapa sangka, virus HIV hanya tersebar melalui zina merata-rata! (sory ayat kasar sikit). Dan banyak lagi perkara yang positif boleh kita lihat.

      Oleh itu, sentiasalah kita bermuhasabah balik setiap perkara yang kita rasakan buruk yang pernah kita timpa. Mengapa buruk? Kerana diri kita sendiri yang berfikiran begitu. Perlu kita ingat sekali lagi, bahawa Allah yang memberikan kesemuanya kepada kita, baik yang kita nilai sebagai buruk atau baik walhal kesemuanya adalah kebaikan untuk diri kita. Kita perlu ingat sekali lagi bahawa Allah itu Maha Bijaksana, sedangkan kita ini hanyalah salah satu ciptaanNya, mana lebih bijak? Kita selalu plan dan berharap pengakhirannya adalah seperti apa yang kita rancangkan, namun pada pengakhirannya tidak seperti apa yang kita rancangkan. Sekali lagi, kita merancang, Allah juga merancang. Dan siapa perancangan yang lebih baik dari Yang Maha Bijaksana? Terimalah setiap pemberian Allah itu dengan hati yang terbuka. Ingatlah, sebaik-baik perancangan ialah dari Allah.

     Akhir kata, seperti yang selalu orang barat kata, Always think positive! :)


Posted by Posted by zabed at 1:21 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>