Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menciptakan diri kita, yang mengurniakan pada kita dua biji mata yang mampu membaca post kali ni, yang telah menetapkan kedudukan mata kita selari dengan kepala dan wajah kita. Jadi, sebutlah dengan ikhlas perkataan ini:
Alhamdulillah
Ilham asal dari Cikgu Nobita (Nobita's Sensei)
Dekat post ni, aku pernah mention satu quote yang aku rasa bermanfaat untuk kita renungi bersama.
That is why our eyes are located in front, for that we look ahead, not behind.
Soalan 1: Kenapa mata ada kat depan?
Bila kita berjalan, kita akan pandang depan. Lagi-lagi bila jalan itu berliku-liku atau berada dalam hutan atau kawasan tanah tidak rata. Apa pasal? "Kalau tak pandang depan, kang aku terjatuh, tersepak ke, salah jalan ke, terpijak tahi ke, tak perasan ade harimau ke dan macam-macam lagi. Apa la punya soalan hang dok tanya aku ni?"
Soalan 2: Ok lah kalau pusing kepala ke belakang, tapi jalan ke depan?
"Kau ingat ni cerita hantu ke boleh pusing kepala kita 360 degree camtu je? Sakit woo tengkuk aku kalau pandang belakang lama sangat!"
Soalan last: Takkan tak boleh pandang belakang langsung kot?
Dalam kereta ada rear-view mirror atau cermin belakang so kita boleh tengok belakang kereta; ada kereta ke tak, ade kereta cucuk kita ke etc. "Dey macha. Apa bikin lu mau tengok cermin belakang lama-lama? Tengok sikit-sikit sudah la. Lu tengok lama-lama nanti lu accident tak perasan ada kereta lain kat depan lu."
Sejarah hidupku yang buruk dan pahit
Alhamdulillah, satu ibrah atau contoh yang sangat cantik sekiranya kita nak aplikasikan dalam hidup kita. Point pertama yang kita kena selalu ingat; kita adalah manusia, manusia yang dianugerahi nafsu, yang membezakan kita dengan malaikat yang tak pernah melakukan sebarang dosa.
Betul, kita disarankan agar melakukan kebaikan pada setiap masa, dilarang untuk melakukan perkara yang membawa kemurkaan Pencipta kita, namun, satu lagi fakta, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Sebab itu bila selalu kita rancak berjalan ke hadapan, tidak berhati-hati semasa dalam keadaan yang laju tu kemudian terlanggar lubang, kita akan mula rasa takut-takut sama ada kereta kita rosak atau tak. Dan bagi yang jenis tak kisah langsung dan tak nak mengambil pelajaran, dia akan still bawak kereta tersebut and merempuh lagi lubang-lubang yang ada. Bagi yang mengambil pelajaran, dia akan mula bawak slow-slow takut-takut lubang-lubang seterusnya bakal merosakkan keretanya. Bagi yang lemah semangat, dia akan berhenti kereta terus dan terus trauma tak nak bawak kereta dah.
Bak kata cikgu Nobita, kenapa nak bersedih-sedih dengan keputusannya yang selalu mendapat markah 0 tu? Sebab tu la mata kita ada kat depan, supaya kita akan terus berjalan ke depan. Tetapi, di sini aku nak edit sikit, habis tu, takkan tak boleh pandang belakang langsung? BOLEH! Apa tak bolehnya. Allah telah menciptakan kepala kita boleh pusing ke belakang.
Kita pandang ke belakang, kita muhasabah kembali setiap kesilapan yang pernah kita lakukan agar tidak mengulanginya pada masa hadapan, juga kita melihat segala kebaikan yang pernah kita lakukan agar menjadi pendorong kepada kita untuk terus bergerak maju. Yang penting, muhasabah. Sentiasa kita kena muhasabah diri kita, check diri kita ni balik, lihat pada kesalahan kita, make sure yang aku tak akan mengulangi benda yang sama kalau tak, apa nak jadi kat aku pasni? Sebab tu, kita pun kena pandang belakang, kang jadi macam driver pertama tadi. Dah taw ada lubang, lagi mau langgar, bukan nak slow. Cukup mileages, hantar servis kereta, boom! RM5000 kena bayar untuk repair kereta, time tu mula la ternganga mulut hang. Macam tu kah?
Habis tu, takkan kita nak pandang belakang lama sangat? Lenguh la tengkuk aku. Lama-lama nanti boleh jadi suatu kebiasaan pulak. Silap-silap, kepala aku dah tak boleh pusing ke depan dah. Kan dah nak jalan ke depan susah? Cukuplah muhasabah diri kita dengan mengambil mana-mana yang perlu saja, tak perlu nak bersedih-sedih sampai nak pergi kelas pun tak mau, pergi kerja pun tak mau, nak bertaubat kepada Allah pun malu.
Huruf 'T' yang selalu kita dengar
Disebut oleh Aisyah RA, maksudnya:
Adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apabila keluar dari tandas, baginda membaca "Ghufraanaka" (Aku memohon keampunanMu).
[Ahmad]
Menurut Imam Al-Baghawi di dalam kitabnya Syarhus Sunnah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengucapkan kalimah "Ghufranaka" adalah sebagai beristighfar (memohon ampun) kepada Allah kerana semasa membuang air tidak dibenarkan menyebut nama Allah. Jadi Nabi sallallahu 'alaihi wasallam melihat telah berlaku kekurangan (lupa kepada Allah) semasa buang air lalu, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memohon keampunan kepada Allah dengan kalimah tersebut apabila keluar dari tandas.
Itulah Rasulullah kita, begitu indah pekertinya. Subhanallah. Sallallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya kita 'tergelincir', ingatlah, istighfar, bukan hanya pada lafaz sahaja, tetapi memahami maksud sebenar istighfar itu sendiri, Aku memohon keampunan dari Allah.
Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tiada Tuhan selain Engkau ;
Engkaulah yang menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu ;
Aku berada di atas janjiMu semampu diriku. Aku berlindung kepadaMu;
Dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmatMu yang telah
Engkau limpahkan kepadaku dan aku mengakui dosaku, kerana itu
Ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain Engkau.
2 comments:
smartsmart.
like.this.post.
yg.part.kt.atas.tuh.
nice zaid. :)
Post a Comment