Thursday, January 28, 2010


      
     Bulan Februari nanti giliran budak2 yang buat persediaan nak fly g Australia and New Zealand. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sahaja, Tuhan yang Maha Pemurah telah mengizinkan beberapa kawan-kawanku untuk sambung belajar di sana. dan ucapan selamat maju jaya bagi korang, semoga korang tak sia-siakan anugerah yang diberi Allah. Insya Allah.


      bagi yang tak dapat fly, atau tak cukup syarat atau menolak offer bukan kerana kerelaan hati, jangan bersedih (la tahzan). La tahzan, innallahama'ana. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.



     
     Ya, aku paham camana korang rasa. aku pernah mengalaminya dulu. dan aku juga paham, bukan senang untuk hilang rasa sedih ni, so it takes time. namun, ikut korang la nak terima atau tak, aku selitkan kata-kata dari seorang karakter dari comic Dragon Ball Z.



If you have time to complain, you have time to act
[Piccolo or Pikor (Malaysia)]


     Perh, siap pakai serban lagi tu. Haha. So? Did you get the point? Yes! We are wasting our precious time if we keep on whining and complaining. Allah berfirman:



By Al-'Asr (the time).

Verily, man is in loss,

Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth, and recommend one another to patience.

[Al-'Asr (103): 1-3]


     Sesungguhnya manusia itu sungguh berada dalam kerugian sekiranya dia mensia-siakan masanya dengan amalan yang sia-sia (lagha). So, apa kita punya action daripada kita membazir masa dengan complain atau bersedih tak henti2? kalau still insist nak fly jugak, buat rayuan serayu-rayunye. kalau pointer sikit lagi nak fly? Insya Allah ada chance lagi tu nak buat rayuan. Minta lah dari Allah, sesungguhnya Allah Maha Kaya.


And your Lord said: "Invoke me, [i.e ask Me for anything] I will respond to your (invocation). Verily, those who scorn My worship they will surely, enter Hell in humiliation!
[Ghafir (40) : 60]


     bagi siapa yang tak nak buat rayuan or dah buat tapi still tak boleh jugak, nak buat apa plak? sambung sedih lagi? tak boring ke? tak buang masa ke? perkara sudah terjadi, nak ubah pun tak boleh, inilah sifat masa. We can't change the past, but we still have future to choose.



That's why our eyes are located in front, to make sure that we look ahead, not the back.
[Nobita's teacher]


      menarik quote dari cikgu nobita ni. Quote ni aku ingat lagi dari kecik sampai sekarang, dan kadang2 menjadi motivasi untuk diri aku sendiri. Jadi, sambung balik, kenapa nak bersedih untuk perkara yang dah lepas? di depan tu masih ada lagi untuk kita, so keep on walking!


     Aku kat sini pun nak cerita jugak la pengalaman aku. bagaimana aku boleh stuck dekat nottingham semenyih ni. haha


     Lepas habis SPM, aku apply tu, apply ni, pergi pejabat MARA, tanye tu tanye ni dan ditanya lagi. Lepas tu, aku menunggu sahaja....


     Kemudian, bapak aku baca paper, registration untuk Nottingham Malaysia Campus for April intake. Dia beriya-iya nak aku belajar kat sana sebab dia kata bagus. tambahan lagi ada sorang cousin aku pernah belajar kat sana dulu. tapi aku yang tak nak. aku refuse sebab ipts yuran mahal, lagi2 nottingham, pastu tak ada sponsor. takkan bapak aku nak bayar kot sampai habis degree? berapa ratus ribu habis untuk aku sorang je. lagi satu aku tak minat sebab aku tak berapa suka kawan dengan anak2 orang kaya ni. hehehe jangan marah bagi sesiapa yang terasa. semua orang tak perfect, jadi perlulah sentiasa muhasabah diri.



     Pastu, pergilah edu fair dekat PWTC dengan mak aku, pergi dekat kaunter Nottingham Uni. sembang2 dengan orang admin, tengok2 dia punya fees, pergggghhhhhh!! untuk foundation sahaja, satu sem RM6k ++! memang aku bajet tak nak pergi sebab yuran pun mahal gile. pastu orang admin tu (Ainiza Ngadimin) offer scholarship MARA belajar kat situ. menarik. kurang sikit penderitaan parent aku nak bayar fees ni. sekurang2nya tak lama pun aku belajar kat sini. sampai dapat offer lain aku pindah tempat belajar je la. Pastu, miss ainiza tu cakap kalau nak under sponsor MARA kena tunggu July, kalau still insist nak masuk April intak jugak, kena bayar sendiri dulu untuk registration, lepas tu baru la MARA akan tanggung. Parents aku punya la excited aku nak belajar kat sini sehinggakan tak kisah pun bayar dulu untuk registration, walaupun berbulan-bulan lamanya nak tunggu confirmation dari MARA. sekali lagi, aku tak berapa kisah sangat pasal ni, sebab aku ingat dapat offer lain aku chow je la.


     Baru sebulan lebih aku belajar kat Nottingham semenyih, aku dapat offer sambung belajar dekat Monash University bawah tajaan MARA untuk July intake. Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah. tapi, bapak aku pula tak approve. dia kata, Nottingham is better! Erk, aku tak kesah pun aku belajar kat mana, yang penting ada orang selain parents aku yang tolong bayar semua2 tanggungan aku sekali. Dipendekkan cerita, aku menolak offer tersebut, aku still sambung belajar dekat Nottingham yang sememangya aku benci yang teramat dan pada masa yang sama, confirmation letter dari MARA untuk aku terus sambung belajar dekat Nottingham pun tak dapat. Makin bingung aku, dan makin marah aku.


     Kemudian, dalam keadaan yang sungguh jahiliyyah, aku menyambung pelajaran aku di Nottingham. Ya! Aku telah kufur nikmat! Aku telah salah menggunakan nikmat yang diberi Allah! Aku keep on kata dekat diri aku, "kenapa aku sungguh MALANG? aku bernasib MALANG kerana sambung belajar dekat sini!". Disebabkan perbuatan aku yang ingkar kepada Allah, kufur dengan nikmat yang diberi, menyalahgunakannya, akhirnya aku bertindak sama seperti binatang, hanya memenuhi kehendak nafsu sahaja, tanpa menghiraukan tugasan yang lebih penting yang telah diamanahkan Allah untukku. Slogan aku ketika itu, "One of the greatest pleasure in life is to do the thing that people keep saying NO!".


     Dipendekkan cerita, hidup aku sungguh terumbang-ambing ketika belajar di Nottingham sehinggakan result yang aku peroleh pun cukup2 makan syarat MARA sahaja. sangat teruk budi pekerti aku, sangat dalam keadaan lost sehingga tidak sedar bahawa Sang Pencipta ialah satu-satunya tempat kita untuk memohon pertolongan. Aku keep on mintak nasihat dari orang-orang sekeliling, dan orang-orang sekeliling tersebut dengan nasihat mereka yang kononya complete, syumul berbanding ayat Al-Quran yang lebih lengkap itu, dan yang lebih menyentuh hati itu. Mereka dengan ideologi2 dunia materialistik mereka, mana tak aku bertambah lagi teruk bila dengar 'nasihat' mereka tu.


     Sehinggalah suatu hari, Allah sungguh Maha Penyayang, handphone aku berbunyi. triit triit. "Assalamualaikum. Ni Zaid Harithah ke?". Kemudian, sehingga hari ini, hidup aku masih ditarbiyyah dan diberi hidayah oleh Allah menerusi Akh (abang, bro etc..) dari Kelantan ni. Dari hidupku yang terumbang-ambing, tiada matlamat, tiada tujuan, akhirnya aku kembali ke jalan lurus, jalan yang diredhai Allah, biarpun orang mengkritik aku kerana aku berniat kerana Allah, biarpun kawan tak sudi berkawan dengan aku kerana aku berniat kerana Allah, biarpun orang menghalang jalan dakwah aku kerana aku berniat kerana Allah, kerana aku tahu, di jalan yang lurus ni, aku tidak memerlukan pertolongan dari sesiapa pun, aku tidak gentar dengan musuhku yang cuba menjatuhkan aku dengan menarik aku kearah adat jahiliyyah mereka, dan kepada Allah, Tuhan sekalian alam, aku berserah dan memohon perlindungan. May Allah bless you Akh Wea.



And for those who strive hard in Us (Our Cause), We will surely, guide them to Our Paths. And verily, Allah is with the Muhsinun (good doers).
[Al-'Ankabut (29) : 69]


      Jadi, itu lah serba sedikit cerita aku. pengajaran dia senang sahaja, jangan salah guna nikmat yang diberi Allah. Apabila Allah memberi kita result yang tak lepas fly, apabila Allah tidak mengizinkan kita untuk sambung belajar di luar negara, ingatlah, itulah sebaik-baik pemberian dari Allah, sekiranya kita bersyukur. Allah telah memilih kita untuk sambung belajar di Malaysia bukan tidak bersebab, tetapi ada penjelasan!


Jihad (holy fighting in Allah's cause) is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know
[Al-Baqarah (2) : 216]


     Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia bagus untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk untuk kamu. Allah tahu, sedang kamu tidak tahu. Percayalah, setiap pemberian yang diberi Allah, semuanya adalah yang terbaik untuk kita, tetapi cara kita memilih untuk menggunakan nikmat tersebut, menentukan sama ada ia baik ataupun buruk di sisi Allah. Orang sering berkata kepada dirinya sungguh malang setelah diberi nikmat oleh Allah kerana di matanya, dia memandang nikmat tersebut sungguh hina,sungguh unfortunate dan sungguh tak kena dengan dirinya. ketahuilah rakan-rakanku, itulah sifat orang yang tidak bersyukur. Setelah diberi berbagai-bagai nikmat, hanya perkara buruk sahaja yang dia nampak. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. dan apply kepada diri kita yang tak lepas fly ni, mungkin tempat kita bukan di sana kerana Allah Maha Mengasihani dan Maha Pemurah telah memilih the best untuk kita. Mungkin sekiranya kita sambung belajar di tempat sana, kita makin lupa kepada Allah? Kita makin riak dengan nikmat yang diberi? Kita tak dapat belajar disebabkan lalai enjoy di sana? Kita salah guna nikmat Allah? dan mungkin juga Allah memilih kita untuk sambung belajar di Malaysia kerana Allah masih sayangkan kita? Allah mahu kita dekat kepadaNya? Allah mahu kita supaya menjadi salah seorang tentera Allah yang dijamin masuk syurga? Allah mahu menjadikan kita sebagai penegak agama Allah di bumi Malaysia? Kita tidak tahu, sedang Allah yang Maha Mengetahui! Macam dalam kes aku, siapa sangka rupa2nya aku menerima tarbiyyah di Nottingham? bukan di tempat lain? bukan di Monash? Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui. Kepada rakan-rakan yang fly, sekali lagi aku ucapkan, selamat berjaya, jagan salah guna nikmat diberi Allah, gunakannya di jalan Allah, mana korang tahu sesungguhnya di negara orang sana nanti rupanya korang akan menerima satu tugasan dari Allah? antara kita nak melaksanakannya atau menolaknya? dan begitu juga halnya dengan kita di Malaysia, antara kita nak laksanakannya atau menolaknya? mana yang lebih baik untuk masa hadapan kita? masa hadapan di akhirat nanti. Wallahu'alam.



Akhir kalam, bagi yang rakan2 sambung belajar dekat Malaysia, korang ada beberapa pilihan nak belajar dekat ipts kan? Nottingham? Curtin? Taylor? UTP? bagi yang sambung belajar dekat Nottingham, semoga kita berjumpa ye. haha

Posted by Posted by zabed at 7:43 PM
Categories:

 

16 comments:

Anonymous said...

nak nanges doe aku bc ost ni..alhamdulillah..ko agak menerima kenyataan..aku smpai skang menyumpah-nyumpah sal result aku kantoi 1 x lepas fly.."subjek x pakai pon nak kena a jugak" ni la makian aku terhadap malaysia dr dulu...mgkin lama2 aku terima kot..

Ayien said...

Zaid,thanks 4 the post...
ak pn rasa camtu gak,feel the failure,wpun bkn fail x dapat fly...
dan,btl kata cikgu nobita 2.. mata kt dpan utk tgk dpan. Tp nk tmbah ckit. Its ok utk kita toleh belakang sekejap,utk muhasabah diri kita,mencari punca kegagalan kita,utk kita perbaiki lg,demi masa hadapan kita...

Pape pn,there must be a reason why things do happen in our life,kan?
(if salah kata,silap bicara,ak minta maaf ya)

Lu-tepi sikit said...

mmg terbaik!

zabed said...

anonymous: mungkin lama2 ko terima. betul. it takes time. betul juga bukan senang nak cure hati bila dah sedih. tapi ingatlah, sentiasa lah kita memohon pertolongan daripada Allah. btw, ko jgn la nak sumpah2 lagi pasal result ko tu, or dekat kerajaan Malaysia, ko kena ingat, ada hikmah ko masih berada dekat Malaysia ni, cume ko nampak atau tidak perkara positif tu. so think positif. jadi lah hambaNya yang bersyukur. wallahua'alam. :)

radja: radja! tadi aku g utp sempat jumpa amir ehsan, nas and bedu. btw betul ko cakap, kita kena pandang belakang jugak supaya jadi iktibar untuk kita di future nanti. jadi, itulah buktinya quote tersebut datang daripada manusia, tak perfect. jadi ko pun ubah lah sket. hehehe btw thanks radja kerana sudi berkongsi. jazakallahu khair

Ayien said...

laa~ g utp x bgtau pn...T_T
btw,sama2...=)

Anonymous said...

jkk..
akh muga thasabat di jln dakwah nie...
jadilah insan yng dagang..

zabed said...

radja: aku ada bagitaw amir dah. ingat dia bagitaw sekali. haha ada rezeki, aku g utp lagi jenguk adik aku ke.

anonymous: Insya Allah. thasabat? ke thabat? apa-apa pun, moga2 kita semua thabat/thasabat di jalan dakwah sehingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

aku terharu bce post ko..dpt mengingatkan diri yg kadang2 terlupe +_+

zabed said...

Alhamdulillah.. :)

lala em said...

good post. thanx. helps a lot cuz hati sgt terluka x lps fly.

Anonymous said...

Saya terjumpa post ni masa nak cari entry entry blog yang boleh naikkan semangat saya yang tak lepas fly ni.
alhamdulillah, saya jumpa posting awak dan ia sangat sangat membantu.

strange isn`t it, the comfort we get from total strangers? :)

btw harithah, is that your real name? saya suka nama tu. :D

zabed said...

erk. ni post lama. bila baca balik, memang nampak betul gaya penulisan yg tidak matang. haha apa2pun, yang baik itu datang dari Allah, bukan diri hambaNya yang menulis entry ni. yang mendatangkan perasaan tenang dalam hati adalah Allah Yang Maha Pengasih. Bersyukurlah kepada Allah :)

Anonymous said...

hehe...biler baca balik teringt kisah lama....sebijik...xlepas fly jugak ke australia atau new zealand...smpai skang masih terasa tp kegagalan itula yg menjadi kekuatan utk sy bgn semula di UNITEN ni.Mgkin inila yg terbaik utk sy..hehehe....=)

zabed said...

teringat kisah sorang brader ni. tak lepas result nak fly. bila belajar kat sini, alhamdulillah result dia first class. terbaik ah

apis said...

oct 2 eh. hehe. ak bajetnya masuk notts nk fly. tup2 xlepas. bahkan kene kick out lagi.

Anonymous said...

Thanks for the post. Mak saya pun nak saya belajar di sana tapi saya takut terasa asing sebab di sana ramai pelajarnya Chinese dan dari luar negara. Yurannya mahal pulak tu. Tak sanggup nk bebani ibu bapa. Tp Redha Allah terletak pd Redha Ibu bapa. Mungkin itu yg terbaik... At least klau pergi nottingham malaysia campus, dptlah jgak exposure mcm kt luar negara.
apis: why were you kicked out from notts?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>