Wednesday, January 13, 2010


Dari kiri: Imran, Izhar, (entah), Amirul & gua sendiri
 

bersama sponsor kita (yang tengah berdiri), Encik Maulud



tetamu yang dari kalangan student 1st year
tetamu kehormat yang setiap hari tak jemu datang

     Minggu lepas bersamaan 8 Januari 2010, rumah Case De 101 telah mengadakan majlis doa selamat dan kenduri nasi ayam yang ditaja oleh bapa kepada salah seorang penghuni rumah, iaitu Muzzamil bin Maulud. Pergh, makan nasi ayam beb. Mewah tu. Jarang betul orang buat kenduri hidang nasi ayam. kesian jugak dekat kawan2 yang diajak datang kenduri ni tapi refuse sebab 'malas'. hahaha next time la ye..

     Muhamad Safwan bin Yusof bertanggungjawab buat RSVP (ala-ala kad kahwin/kad jemput hantar through internet) dekat Facebook untuk ajak kawan2 dari UNiM join majlis ni. Alhamdulillah, adalah dalam 30++ yang confirmed guest (padahal yang datang malam tu macam terlebih je.. haha). Sedang si Safwan ni buat RSVP tersebut, ada beberapa hamba Allah comment pada RSVP tersebut.

Non-Muslim1(NM1): Ish.. Non-Malays can also join doa selamat ok. lol (laugh out loud). and berkenduri! I can baca yasin...

NM2: Can I join?

NM3: I boleh datang ke?

dan respon si Safwan ialah "Ya! Anda semua dijemput hadir sekali". DAN, aku pun ada terdengar desas-desus atau gossip dari beberapa Muslim yang berkata

Muslim1: Eh non-muslim mana boleh baca Yasin bhai. mana boleh mana boleh mana boleh!

M2: menyibuk je diorang ni. ni kenduri doa selamat untuk orang melayu je.

M3: Diorang ni (the NMs) cari pasal ni. nak kenakan kita ni. haish hampa tunggu noh!

     Begitulah serba sedikit dialog the Ms (aku edit sikit supaya tidak mengandugi unsur negative yang terlampau) ni. Sebenarnya aku tak marah atau tension pun bila the NMs nak menyertai majlis kenduri tu, malah aku galakkan lagi dan suka adalah! (thanks sap sebab mengalu-alukan kedatangan mereka) tapi yang aku betul2 marah bila the Ms cakap sedemikian rupa. Aish, apa nak jadi lah dengan masyrakat Muslim kat Malaysia ni.

     Hujah-hujah yang aku bakal beri nanti adalah berdasarkan pendapat aku sahaja. Kalau korang pembaca ada hujah lain yang bertentangan dengan hujah aku, dipersilakan untuk comment. Kita boleh share-share ilmu. Ilmu aku ni tak banyak, sebab tu aku memerlukan tunjuk bimbingan. Insya Allah demi Islam.

     Kenapa aku boleh mengalu-alukan kedatangan mereka? Jawapan aku senang je, dan jawapan aku pun berdasarkan niat salah seorang the NMs itu sendiri, iaitu aku mahu mereka dekat dengan Al-Quran, atau bahasa lain memperkenalkan mereka dengan Al-Quran. Aku berbuat begitu kerana dakwah, aku mahu mereka menjadi salah seorang daripada kita, salahkah perbuatan aku ni? Siapa kata non-muslim tak boleh baca Quran? siapa kata Al-Quran hanya boleh dibaca oleh orang Islam sahaja?

Verily, this is no less
Than a Message
To (all) the Worlds.
[At-Takwir(81) : 27]

     Di dalam Surah At-Takwir, Allah menggambarkan keadaan pada hari kiamat dan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Jadi, kenyataan2 tersebut merupakan message kepada setiap manusia (message to all the worlds). Jelas sekali ayat ini ditujukan kepada semua manusia, to the Worlds, bukan hanya kepada Muslim sahaja. Jadi, jelas sekali Al-Quran itu petunjuk kepada seluruh manusia!

O ye men!
It is ye that have need of Allah:
but Allah is the One Free of all wants,
worthy of all praise.
[Fathir (35) : 15]

     Yaa~ ayyuhan Naas! Wahai Manusia! O ye men! Ayat ini ditujukan kepada manusia! so? Kalau orang mendakwa Al-Quran hanya untuk orang Islam je, kenapa ayat dalam Surah Fathir ni Allah memerintahkan  semua manusia? fikirlah sendiri.

If one amongst the Pagans ask thee for asylum,
Grant it to him,
So that he may hear the Word Of Allah;
and then escort him to where he can be secure,
that is because they are men without knowledge.
[At-Taubah (9) : 6]

       The word of Allah? Kalimah Allah? Kata-kata dari Allah? Firman Allah? Rakan-rakan, aku tanya korang ni. Mana kita nak dapat ayat-ayat Allah ni? Jawapan dia sudah tentu ialah Al-Quran. Dalam ayat ini Allah telah menyatakan supaya kita seharusnya melindungi orang-orang Musyrik apabila mereka meminta perlindungan, supaya mereka sempat mendengar firman Allah.

      Jadi, mana buktinya kata Al-Quran itu hanya untuk orang Islam sahaja? Siapa kata orang bukan Islam tak boleh sentuh or pegang Al-Quran? Di manakah usaha-usaha kita untuk mendakwah mereka yang non-muslim ini? Asyik tau nak complain je. Nga Kor Ming (orang politik) baca ayat Al-Quran pun dah nak marah. Ada orang India baca ayat "wa makaru, wamakarallah. wallahu khairul makirin" pun ada Muslim yang nak kecoh. Mana kita tahu, mereka yang bukan Muslim ini membacakan ayat-ayat tersebut kerana mereka sudah tersentuh hati untuk memeluk agama Islam? Mana kita tahu juga, oleh kerana tindakan beberapa Muslim yang memarahi non-muslim kerana mereka membaca ayat Al-Quran ini mengakibatkan beribu-ribu non-muslim tidak berani membaca Al-Quran? Masha Allah. dah lah nak berdakwah pun tak nak, ni sampai mengakibatkan orang kafir pun lari dari Islam pula. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka. Amin..

     Siapakah Yusuf Islam tanpa Al-Quran? Cat Steven! Seorang penyayi yang terkenal pada masa lalu. Cat Steven tertarik untuk memeluk Islam kerana beliau membaca Al-Quran yang telah dihadiahkan oleh abangnya. Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepadanya untuk memeluk Islam dan pada hari ini beliau merupakan spoke person utama  yang mewakili Islam kepada dunia luar.

     Kita lihat zaman Rasulullah pula, Sayyidina Umar sebelum memeluk Islam membaca helaian Al-Quran yang terdapat Surah Taha dan kemudian beliau terus tak jadi untuk memukul adiknya. Kemudian, beliau pergi berjumpa Rasulullah dan akhirnya beliau memeluk Islam. Alhamdulillah.

     Sebagai kesimpulan, Al-Quran diturunkan bukan khusus untuk Muslimin sahaja, malah untuk keseluruhan umat manusia sehingga ke hari kiamat. jadi, kalau lepas ni ada non-muslim nak baca al-Quran tu, jangan lah kita marah2 dia macam kes majlis doa selamat kat rumah aku ni. secara berhemah, kita bagi dia baca Al-Quran, kalau diizinkan Allah, non-muslim tersebut terbuka hatinya untuk memeluk Islam. tetapi kalau kita bagi dia baca tapi dia still tak nak memeluk Islam juga, ingat!  hidayah hanya Allah sahaja yang memberi. tugas kita hanya dakwah sahaja. firman Allah:

It is not for you to guide them to the right path.
But Allah guides to the right path whom He pleaseth.
Whatever of good ye give benefits your own souls,
And ye shall only do so seeking the "Face" Of Allah.
Whatever good ye give, shall be rendered back to you,
And ye shall not be dealt with unjustly.
[Al-Baqarah (2) : 272]

Akhir kalam, SELAMAT BERDAKWAH! :D

Posted by Posted by zabed at 2:11 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>