Monday, January 18, 2010



     Sedar tak sedar dah setahun lebih dah. setahun ape? birthday ke? dah habis sekolah ke? masuk blaja U ke? 1st year degree ke? dekat negara luar ke? kalau tak sedar lagi, dah setahun lebih dah Gaza diceroboh Zionist Israel yang kejam dan tidak berhati perut tu.

     Kalau ingat balik detik bila berita dan surat khabar dok gempar-gempur pasal Gaza dicerobohi Israel tu, fuhh, memang mendapat 'sambutan' yang hangat oleh rakyat2 Malaysia. Boikot sana, boikot sini. Barang2 yang menyumbang kepada Israel diboikot habis-habisan sehinggakan towkay-towkay yang own restoran2 tersebut memberi kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang kepada Israel, dan ada yang merayu kerana kesian tengok pekerja2 diorang tak ada kerja nanti. bangganya aku ketika itu melihat sikap prihatin rakyat Malaysia. MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! sehinggalah ada satu company yang buat tindakan drastik, yang tak pernah dibuat sebelum ini, mempromosikan set makanan yang murah pada waktu tengahari. Mc Value Lunch.

     Gila lah! Set yang paling murah RM5.95! Gila lah! Set Quarter Pounder dari RM10.90 jadi RM 8.95!  Gila saving banyak aku macam ni! Gila lah gila lah! Ah ah ah ah! Saving punya pasal, duit punya pasal, harta punya pasal, makan je la kat McD. Saudara-saudara, bukan setakat Gaza diceroboh selama setahun lebih, malah dah setahun lebih juga bahawa kebanyakan harga diri rakyat Malaysia juga jatuh sehingga RM5.95. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

     Mana perginya semangat boikot-boikot ni? mana perginya semangat human rights korang ni? mana perginya semangat persaudaraan sesama Muslim bagi yang beragama Islam? murah punya pasal sanggup kita menjual diri kita, menjual pendirian kita yang mengatakan "Ya! aku merasai penderitaan saudara-saudaraku yang menderita di sana" ?  Saudara-saudara, cuba kita tanya diri kita balik, apa pendirian kita berkaitan dengan isu boikot ni? kalau pendirian kita sama seperti di atas, iaitu hendak menolong saudara-saudara Muslim di Palestin dan di Gaza, kenapa bila McD kurangkan harga sehingga semurah-murahnya, kita tidak berpegang pada pendirian tersebut? atau pendirian kita sebenarnya lain? Kesimpulan yang aku dapat rumuskan, pendirian kita yang sebenarnya adalah "Kami nak boikot barangan McD sebab terlalu mahal!" Ya. Bagus. Tahniah! Hasil usaha penat lelah kita nak boikot barangan yang menyumbang kepada Israel ni akhirnya tercapai! McD Malaysia berjaya mengurangkan harga set meal mereka. Bagus bagus! Tahniah rakyat Malaysia! anda sememangnya prihatin dengan wang anda, anda sememangnya prihatin terhadap makanan kegemaran anda, anda sememangnya prihatin terhadap keuntungan yang dikaut oleh McD dan disumbangkan kepada Israel untuk membunuh dan mengusir rakyat Palestin.

     Suatu hari, aku keluar bersama rakan aku yang bersekolah agama dari darjah 1 (si A). Dah sehari suntuk keluar, akhirnya dah tengahari, time untuk lunch. kemudian dia seraya berkata

A: Jom makan. aku lapa la. McD jom!

Gua: Eh bukan boikot ke beh?

A: Kau ni memandai je. Allah berfirman:

O you who believe! Make not unlawful the Tayyibat (all that is good as regards foods, things, deeds, beliefs, persons) which Allah has made lawful to you, and transgress not. Verily, Allah does not like the transgressors.
[Al-Maidah (5) : 87]

Gua: ohh gitu ke. tak boleh menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan tak boleh mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah juga. ohh begitu

      dan selepas itu, kami pun makan tengahari di McD. Ya, aku mengaku. aku pernah suatu ketika dulu boikot barangan-barangan Israel, dan aku mengaku juga bahawa aku pernah berhenti boikot barangan Israel. dan aku juga mengaku, diri aku ni sungguh hina kerana berhenti memboikot barangan Israel pada ketika itu. Astaghfirullahal 'azim. Namun Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah dan pemberi hidayah, beberapa minggu lepas, aku telah diberi hidayah oleh Allah melalui seorang akhi atau abang dari Brunei. Beliau menyuruh aku untuk melihat kepada ayt pertama surah Al-Mumtahanah.

O you who believe! Take not my enemies and your enemies as friends, showing affection towards them, while they have disbelieved in what has come to you of the Truth, and have driven out the Messenger (Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam) and yourselves (from your homeland) because you believe in Allah your Lord! If you have come forth to strive in My Cause and to seek My Good Pleasure, (then take not these disbelievers and polytheists, as your friends). You show friendship to them in secret, while I am All-Aware of what you conceal and what you reveal. And, whosever of you (Muslims) does that, then indeed he has gone (far) astray from the Straight Path.

[Al-Mumtahanah(60) : 1]

     Subhanallah, terkejut aku selepas membaca ayat ini. Israel Zionist telah megusir rakyat Palestin dari homeland mereka sendiri. Kemudian, kenapa kita lebih mencintai Zionist, musuh Allah dan musuh kita lebih daripada saudara-saudara kita yang telah dianiaya oleh mereka? Kalau korang tak paham, cuba refer balik ayat 1 surah al-Mumtahanah ni. cuba baca kuat-kuat sentence yang terawal dan yang terakhir tu. Nampak? jangan buat-buat buta sedangkan mata kita jelas membaca apa yang aku tulis sekarang ni. tepuk dada tanya iman.

"Dalam surah Al-Maidah ayat 87 Allah tak kasi kita mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah. Macam mana ni?"

     Jawapan dia senang ja. Baca ayat tu balik. baca sebetul-betulnya. Pahami maksud setiap perkataan tu. "Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu". Halalan tayyiban. Halal dan baik. Ya, orang boleh mendakwa makanan McD adalah halal dan berkhasiat, namun adakah makanan McD tu baik sekiranya hasil keuntungan yang diperoleh daripada jualan makanan tersebut digunakan untuk membunuh orang? Perlukah aku jelas panjang2? beza kita dengan haiwan adalah akal. Apa kita buat dengan akal tuh? Fikirlah!

     dan sambungan dari ayat Surah Al-Maidah tadi

And eat of the things which Allah has provided for you, lawful and good, and fear Allah in Whom you believe.
[Al-Maidah (5) : 88]

 "Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." - Shaykh Yusuf Al Qaradawi

Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
     
     Jangan kerana nak saving duit sebab makan kat McD murah, jangan kerana nafsu makan sebab sedap kita menjadi 'teman rapat' kepada musuh kita. Sedarkah kita bahawa saudara-saudara kita sedang menderita dan menangis kerana kita menyumbang kepada musuh kita? Sedarlah bahawa memboikot barangan yang menyumbang kepada Israel ialah jihad fi sabilillah. Ya, kita mungkin tidak mampu bersama-sama saudara Islam kita di Palestin untuk bersama-sama mengangkat senjata untuk menentang musuh kita, tetapi kita masih ada senjata lain untuk menentang musuh kita, iaitu boikot. Allah tidak menyuruh kita supaya membuat apa yang kita tidak mampu buat, tetapi apa yang kita mampu buat.

So keep your duty to Allah and fear Him as much as you can; listen and obey, and spend in charity; that is better for yourselves. And whosoever is saved from his own covetousness, then they are the successful ones.
[At-Taghabun (64) : 16]

     Cuba kita hayati beberapa firman Allah dan hadith di bawah ini dan berfikirlah sejenak


Truly, this, your Ummah is one religion, and I am your Lord, therefore worship Me (Alone).
[Al-Anbiya' (21) : 92]


The believers are nothing else than brothers. So make reconciliation between your brothers, and fear Allah, that you may receive mercy.
[Al-Hujurat (49) : 10]


Verily, those who believed, and emigrated  and strove hard and fought with their property and their lives in the Cause of Allah as well as those who gave (them) asylum and help, - these are (all) allies to one another. And as to those who believed but did not emigrate (to you O Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam), you owe no duty of protection to them until they emigrate, but if they seek your help in religion, it is your duty to help them except against a people with whom you have a treaty of mutual alliance; and Allah is the All-Seer of what you do
[Al-Anfal (8) : 72]


The Muslim is the brother to the Muslim, he can't oppress him, he can't give him up, he can't let him down." [Transmitted by Muslim].



Akhir kalam, WE CAN DO IT!

Posted by Posted by zabed at 12:00 AM
Categories:

 

6 comments:

Anonymous said...

Nice speech... May Allah bless you!

Anonymous said...

A good way of Dakwah mate. well from now on, i try to boycot SOME of the product from them. its hard for me to synchronize my lifestyle. I can stp eating McD, I can stop buying Starbucks, I can stop using HP. But i can stop from utilise their products 100% cause all ths while we depend on them. from cereals to drinks, from cloths to shoes. what can I say, we try to boycot as much as we can.

Good luck to All Muslims worldwide!!

izdihar_pa90 said...

hmmm.. great explanation.

Zaid Harithah Mohd Badry said...

Masha Allah. never expected that there are still a large number of Muslims that still care about our brothers and sisters at Palestin. Allahu Akbar!

There are three types of companies that contribute directly or indirectly to Israel:

1st: Contributor

2nd: Investor

3rd: US Companies

For the 1st group: the contributor, they directly support the Israel occupation on Palestin which we know that, these companies are helping the Israeli bastards to kill innocent people. Those are McDonalds, Starbucks, Coca-cola and Phillip Morris.

For the 2nd group: the investor, the companies invest on the land that Israeli occupies. As for example, Pepsi co. sell their Pepsi bottles at Israel, there are KFC outlets and Intel's factory at Israel.

For the 3rd group: the US companies itself because these companies are paying tax to the US government (of course, if you are staying in US you should pay the tax). The US government has stated that they will help the Israeli to invade Palestin land. Where did the US get this money? Of course, one of it should come from the tax paid by the US companies

So, as conclusion, if it is sooo hard for us to boycott the Israeli products, we should at least boycott the 1st group company, which are the main contributors of Israel Zionist. And for the 2nd group, we as Muslims should not buy their product too because they invest on the land that they invade! However, some may say that there are too many Israeli products that it is impossible to boycott all of them. So, we know that our brothers are suffering at Palestin and Gaza, why not we at least try to reduce the consumption of this 2nd group companies from day to day?

Is the blind equivalent to the seeing? Then, will you not give thought?
[Al-An'am (6) : 50]

wallhu'alam. May Allah bless you for reading my post, and spread it to others in the sake of Allah.

nurzafirah zamharir :: fira said...

Nice one.
Pinjam ye, nak share kat fb.
(:

Zaid Harithah Mohd Badry said...

oh sila2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>