Sunday, January 3, 2010







Situasi 1:
 Vroom vroom. enjin KBG 5913 berdentum. check-check balik, aisehman minyak tinggal satu bar. tak apa lah kalau begitu. jalan kaki pergi surau pun ok. sampai2 kat surau je, terkejut beruk. Hah?? Mana orang lain pi ni? tak kan ada sorang makmum dan sorang imam? yang sorang makmum tu yang azan tadi. Dimanakah para jemaah yang lain? Malaskah?


Situasi 2:
Haiya'alas Solaah. Haiya'alal Falaah. Muazzin dah qamat tanda solat fardhu berjemaah bakal bermula. Semua makmum pun berdiri dah memenuhkan saf-saf di hadapan. bila saf di hadapanku dah penuh, aku pun remain di saf itu sahaja. dan tiba2 sebelahku ada ruang kosong. aku toleh ke belakang, aku tunjuk dekat para makmum di belakang saf aku bahawa ada ruang di sebelah aku ni, so tolong penuhkan. sorang pun tak nak mai penuhkan! semua tengok je. ada yang tengok lepas tu terus takbir. ada remaja yang macam berminat nak pergi penuhkan saf di sebelahku tetapi dihalang oleh ayahnya. herm.........


Situasi 3:
Imam dah start solat dan baca ayat al-Fatihah. aku sampai surau lambat. dengan cepat aku try nak masuk join para jemaah tersebut. dan ketika itu Imam sedang membaca Ghairil maghduu bi a'laihim wa ladh dhaa~lliiinnn... Amin~. Bila sampai part amin tu, sunyi je. Imam sorang je baca amin. yang makmum? diam menyepi kot. entah la


Situasi 4:
Allahu akbar. Imam dah takbir. aku pun seraya niat dan terus bertakbir juga. kemudian aku nampak ada ruang sedikit between aku dengan makmum sebelah aku. aku terus rapatkan kaki aku ke arah jari kelingking kaki makmum tu. Makmum tu jauhkan kaki dia dari kaki aku. Pulakk. aku rapatkan lagi kaki aku ke arah kaki dia. dia pun macam biasalah, makin jauhkan dari aku. adoiiiiiyai


     Jelas sekali masyarakat Muslim kita masih lack pengetahuan dari segi solat berjemaah berdasarkan 4 situasi yang aku mention tadi, ataupun term yang lebih sesuai, mereka jahil tentang solat berjemaah. Jahil bukannya bermaksud jahat atau zalim tetapi bermaksud tidak mengetahui atau yang lebih kasar, bodoh (fikir positive ye). kanak-kanak yang masih kecil itu jahil. mereka tidak tahu apa-apa. yang mendidik mereka ialah ibubapa mereka dan guru-guru sehinggalah mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. begitulah masyarakat Muslim kita, mereka jahil, tak tahu kelebihan yang ada pada solat berjemaah ni. jadi, kita yang sudah tahu dan bakal tahu ini (yang tengah baca post ni), menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan kepada mereka. Insya Allah..




Solution situasi 1:

     Kemanakah muslimin yang lain? surau tu dah hampir 'nazak' dah tu sampai yang makmum pun sorang. adakah mereka tidak mengetahui ganjaran di sebalik solat berjemaah ni? fuuhh. rakan-rakan, memang banyak sungguh fadhilat solat berjemaah dan pergi ke surau/masjid ni. kita lihat hadith-hadith junjungan besar kita, Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam


1. Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdillah (redha Allah ke atasnya) berkata, "Bani Salimah (sebuah kabilah dari kaum Ansar) ingin pindah dekat ke masjid, kerana tempat tersebut kosong. Tatkala hal itu sampai kepada Nabi sallallhu a'laihi wasallam, beliau bersabda:

Wahai bani Salimah, menetaplah di permukimam kalian kerana langkah-langkah kalian akan dicatat.

Mereka pun menjawab, 'Tidak ada yang menggembirakan kami bila kami berpindah.' "

2. Imam Muslim juga telah meriwayatkan dari Ubay bin Ka'ab (redha Allah ke atasnya) mengenai kisah seorang lelaki dari suku Ansar yang tidak pernah tinggal solat berjemaah  dan tidak tertarik dengan rumah yang berada dekat dengan masjid.

Ia berkata kepada Nabi, "Aku tidak suka rumahku berada di samping masjid, kerana ku ingin langkah-langkah yang ku ayunkan menuju masjid dicatat. Begitu pula dengan kepulanganku tatkala aku telah kembali kepada keluargaku."

Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam bersabda:

"Allah telah mengumpulkan semua itu untukmu." 

3. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Uthman bin Affan (redha Allah ke atasnya) berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam bersabda:

'Siapa yang berwudhu dan menyempurnakannya untuk mengerjakan solat kemudian berjalan hendak melaksanakan solat fardhu bersama orang-orang atau para jemaah atau di masjid, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya.'"

     Bani Salimah tinggal di hujung kota. Lelaki dari suku Ansar pun tidak berminat dengan rumah yang tinggal dekat dengan masjid. Adakah mereka jadikan alasan-alasan ini sebagai bukti bahawa mereka tidak dapat pergi solat berjemaah di masjid? tidak sesekali, bahkan mereka suka tinggal jauh dari masjid sebab mereka menyedari bahawa setiap langkah-langkah pemergian mereka ke masjid dan kepulangan ke rumah akan dicatat. dah lah setiap langkah ke masjid tu dicatat, dosa kita pun terampun bila kita berjalan ke masjid! Masha Allah. berjalan pergi dan balik masjid pun dapat pahala. Dosa pun diampuni. Berapa banyak dosa yang telah kita buat sepanjang hidup ini?


Solution situasi 2:


     Masalah besar ni. Saf hadapan tak nak penuhkan. Masyarakat kita ni masih tak tahukah ganjaran di sebalik berada di saf-saf hadapan? diorang ni memang selamanya nak berada di saf belakang?


1. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah (redha Allah ke atasnya) bahawa Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam bersabda:

"Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada seruan azandan saf pertama, kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali dengan melakukan undian, nescaya mereka akan melakukannya."

2. Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Ubay bin Ka'ab (redha Allah ke atasnya) bahawa Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya saf pertama itu seperti safnya para malaikat. Dan sekiranya kalian mengetahui keutamaanya, nescaya kalian akan berlumba-lumba (mendapatkan)nya."

3. Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Bara' bin 'Azib (redha Allah keatasnya) berkata bahawa Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada saf-saf awal."

     Syaikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna berkata sabda Nabi , "seperti safnya para malaikat," maksudnya adalah dalam hal kedekatan kepada Allah, turunnya rahmat, kesempurnaanya dan kelurusannya. Kalau manusia itu tahu betapa besarnya ganjaran bila kita solat di saf-saf hadapan, mereka pasti akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya malah siap buat undian lagi. Allahu akbar!

Solution situasi 3:


     Berat sangatkah mulut nak sebut amin bersama-sama imam? ataupun mereka amin dalam hati kot. Entah lah. bagi mereka yang tidak mengetahui, silalah baca hadith-hadith ini


1. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah (redha Allah ke atasnya) bahawa Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam bersabda:

"Apabila imam membaca 'Ghairil maghduubi 'alaihim waladhdhaallin' maka ucapkanlah, 'Amin'. Kerana sesiapa yang ucapannya sesuai dengan ucapan malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni."

2. Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa Abu Musa Asy'ari (redha Allah ke atasnya) berkata. "Pada suatu ketika Rasulullah sallallhu a'laihi wasallam berkhutbah di hadapan kami. Beliau menjelaskan sunnah dan mengajarkan solat kepada kami. Beliau bersabda:

"Apabila kalian solat,luruskanlah saf-saf kalian kemudian hendaklah salah seorang dari kamu menjadi imam bagi yang lain. Apabila ia bertakbir, maka bertakbirlah. Dan jika ia membaca 'Ghairil maghduubi 'alaihim waladhdhaallin' , maka ucapkan, 'Amin'. Nescaya Allah akan mengabulkan doa kalian."


     Ibnu Hibban berkata, "Maksud  dari 'sesiapa yang ucapannya sesuai dengan ucapan malaikat' ialah bahawa para malaikat berbuat seperti itu tanpa diiringi rasa riya', sum'ah, ataupun 'ujub, tetapi semata-mata ikhlas kerana Allah. Jika seseorang Muslim mengucapkan amin sebagaimana yang diucapkan para malaikat,  iaitu dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah semata, maka dosa-dosanya akan diampuni. Nampak? Baca amin selepas imam selesai baca surah al-fatihah pun dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Bukan setakat itu sahaja, doa kita pun akan dikabulkan. Subhanallah...


Solution situasi 4:


     Makin lama makin jauh. aish macam orang yang kedekut pun ada. tapi takpe. dia tak taw kot. So kita proceed dengan hadith junjungan kita Muhammad sallallhu a'laihi wasallam

Nu'man bin Basyir (redha Allah ke atasnya) menuturkan:
"Dan aku melihat semua laki-laki yang solat saling mendekatkan antara bahu dengan bahu lainnya dan mata kaki dengan mata kaki lainnya"
(HR Bukhari)



     Jadi, aku di sini nak merumuskan dan menyimpulkan bagi keempat-empat situasi tersebut. Jalan kaki pergi balik masjid pun dapat ganjaran. Bukan setakat dapat pahala sahaja, dosa-dosa kita pun terampuni. Masha Allah. berapa banyak dosa dah kita lakukan sepanjang umur kita ini? senang-senang je kita dosa kita diampuni dengan berjalan ke masjid untuk solat berjemaah. betapa besarnya darjat solat berjemaah itu sehingga dosa kita diampuni.bila kita dah ikhlaskan hati untuk pergi berjalan ke masjid untuk solat berjemaah bersama-sama Muslimin yang lain, targetlah diri kita untuk berada di saf-saf terdepan. tak dapat saf yang pertama pun tak apa janji saf-saf terdepan. tak dapat saf-saf terdepan pun tak apa, jika diizinkan Allah, sekali lagi masuk waktu solat fardhu kita try datang awal sikit nak chop tempat dekat saf-saf terdepan. haaa kalau kita tahu betapa besarnya pahala bagi saf-saf terdepan tu, kita pasti akan berlari-lari untuk mendapatkannya. Dan selepas dapat saf-saf yang hebat itu, luruskanlah saf kita, rapat-rapatkan diri kita kepada para jemaah di belah kanan dan kiri kita; bahu bertemu bahu, kaki bertemu kaki. dah sempurna saf kita, khusyuklah kita semasa imam membaca ayat-ayat Al-Quran. Selesai sahaja imam baca al-fatihah, ikhlaskanlah hati kerana Allah untuk melafazkan amin supaya dosa-dosa kita diampuni dan doa kita akan dikabulkan oleh Yang Maha Pemurah. Dah habis solat berjemaah, jalan kaki lagi balik ke rumah. Dapat lagi pahala. Allahu akbar!! banyaknya ganjaran kita sekiranya kita menunaikan solat berjemaah di surau/masjid! betapa tingginya Allah mengangkat darjat solat jemaah itu sehinggakan ganjarannya sangat lumayan compare to duit Ringgit Malaysia, Sony LCD TV Bravia, Play Station 3, kereta Honda Civic Type R dan harta-harta lain yang terdapat pada bumi yang sementara ini. Solat berjemaah sangat digalakkan sehinggakan Allah berfirman di dalam Al-Quranul Karim



When you (O Messenger Muhammad sallallhu a'laihi wasallam) are among them, and lead them in As-Solat (the prayer), let one party of them stand up  [in Solat] with you taking their arms with them; when they finish their prostrations, let them take their positions in the rear and let the other party come up which have not yet prayed, and let them pray with you taking all the precautions and bearing arms. Those who disbelieve wish, if you were negligent of your arms and your baggage, to attack you in a single rush, but there is no sin on you if you put away your arms because of the inconvenience of rain or because you are ill, but take every precaution for yourselves. Verily, Allah has prepared a humiliating torment for the disbelivers.
[An-Nisa'(4): 102]

Ayat dalam firman ni Allah menjelaskan tentang solat berjemaah ketika berperang. ketika berperang pun kena solat berjemaah? inikan pula ketika kita tengah aman? muslimin-muslimin yang dihormati, pentingnya solat berjemaah itu.

     Jadi, kita yang baca post ni, dah tahu pasal ganjaran-ganjaran dan beberapa cara yang betul untuk solat berjemaah ni, sebar-sebarkanlah kepada masyarakat kita yang jahil (tidak mengetahui). tak kan nak senyap je, selfish betul kalau begitu.


And who is better in speech then he who invites (men) to Allah's, and does righteous deeds, and says: "I am one of the Muslims.
[Fussilat(41): 33]

dan siapa yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah? bukannya dok merapu entah pape dengan rasa bangganya, pastu cerita-cerita pasal kebolehan diri dekat semua orang dan macam-macam lagi, pastu menyesatkan lagi orang yang mendengar.

And of mankind is he who purchases idle talks (i.e. music, singing) to mislead (men) from the Path of Allah without knowledge, and takes it (the Path of Allah) by way of mockery. For such there will be a humiliating torment (in the Hell-fire).
[Luqman(31): 6]

dah tau tu apa lagi, dengar je azan, jom ke surau/masjid untuk berjemaah! jangan nak tunggu sampai orang lain berjemaah untuk solat jenazah sudah.
 

Posted by Posted by zabed at 12:19 AM
Categories:

 

2 comments:

Syahid Marley said...

zabed,kau orang karkun ek?

zabed said...

karkun? amende tu?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>