Minggu lepas bersamaan malam Sabtu hari Jumaat (29/1/2010), aku pergi Kelantan bersama2 teman seperjuangan. plan punya lama dari tahun lepas lagi akhirnya Alhamdulillah, program ke Kelantan akhirnya berjaya jugak. Pergh, jauh bhai nak pergi Kelantan tu. Mane ade direct highway nak pi sana. Lalu jalan biasa je beb nak gi sana. kalau lalu highway pun dari tol Karak sampai Bentong pastu lalu jalan biasa sampai Kelantan. challenging tak challenging nak pergi Kelantan, semata-mata nak tengok bagaimana negeri yang dikatakan Serambi Mekah tu.
Gambar kat atas ni time kitorang berhenti 'rehat' KEJAP dekat Genting Sempah. memang kejap. sejam lebih gak kot berhenti dekat sini. haha ye la, pukul 11, restoran mana je yang bukak kat perhentian Genting Sempah ni. tu yang nak pilih tempat nak makan pun susah. aku amik nasi putih, kuah sikit dengan ayam goreng pun dah cecah RM5. tension gak tapi kesian pulak tengok muka makcik tu yang lebih tension. kesian.. itulah orang panggil rezeki. bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita. di luar sana masih ada lagi orang lebih memerlukan berbanding kita. Kemudian, dah habis2 makan tu, zoom pergi Kelantan terus.
Dah sampai Kota Bharu, kitorang tak plan nak pergi mana2 lagi, so, ape lagi, terus sambung tidur lah dekat rumah guest house! haha mengantuk lagi kot time tu. tak tahan sangat. so tidur je lah sampai pukul 12. dah bagun pukul 12, terus pi RANTAU PANJANG! bagi sesiapa yang tak pernah pergi Kelantan, Rantau Panjang ni kira spot untuk bershopping. sempadan Siam tu, kalau bawak passport time tu boleh pi Thailand dah. haha
Pada sebelah malam pula, program seterusnya bersama dengan seorang pakcik yang betul2 dedicated dengan perjuangan dakwah sejak dia form 1 lagi. fuiyo! form1 dekat MCKK pada tahun 1976. kemudian selepas STPM beliau sambung belajar dekat Australia dan sekarang ni menetap di Kota Bharu. Begitu banyak pengalaman beliau dalam medan dakwah sejak dari permulaan sehinggalah sekarang pun, masih banyak dugaan yang beliau perlu tempuhi. Alhamdulillah, beliau dapat mengatasi segalanya dengan sabar dan terus dedicated dengan dakwah ini. ini kan pula aku? baru join tarbiyyah tahun lepas tapi dugaan sikit dah terasa berat dah dengan jalan dakwah ni? Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..
Keesokan pagi hari bersamaan hari Ahad, kitorang bertolak ke Pasar Siti Khadijah. fuuh, memang favourite spot untuk makcik2 kot. banyak barang murah kat sini. siapa yang tinggal atau pernah pergi Kedah, Pasar Siti Khadijah ni lebih kurang macam Pekan Rabu. Haa menarik2. Sampai katana (pedang samurai) pun ada jual kat sini. Ingat nak beli satu dah, tapi fikir balik nak buat apa dengan pedang ni? bukannya nak pi berperang lagi pun. Perang dalam medan dakwah pun tak setel lagi ni. So? kalau di medan perang fizikal, kita guna senjata seperti pedang atau AK-47 untuk melawan musuh, kalau perang di medan dakwah? beli buku lah! pernah dengar term Hammer of Knowledge?
Saudara-saudara seIslam yang ku kasihi sekalian,
Apa yang aku dapat dari trip ke Kelantan ni? setakat rasa syok buang masa sahaja? isi masa lapang dengan menghirup angin saja? adakah aku ni sama sahaja seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, tak dapat apa2 manfaat pun dari program ni? Sungguh! banyak sungguh pengalaman aku di sini walaupun hanya 3 hari sahaja di bumi Serambi Mekkah ini! Alhamdulillah, Allah masih beri hidayah kepadaku melalui trip ini. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Di sini aku nak share sikit apa yang aku dapat dalam trip ni. Mula-mula sekali, environment atau pun surrounding dekat Kelantan itu sendiri. bagi sesiapa yang tak pernah pergi Kota Bharu macam aku ni, yang baru first time sampai, memang akan terkejut dengan environmentnya. Subhanallah! Iklan-iklan di jalanraya kesemuanya terpelihara daripada aurat! tengok gambar kat bawah ni.
jangan la renung lama2 pulak. aku just nak tunjuk contoh sahaja. jadikan iktibar ok. Pelik tak? Maya Karin pakai tudung! Iklan Nescafe pun pakai tudung! Kalau kat KL macam mana dengan iklan Celcom Maya Karin ni pulak? korang sendiri pergi check la dan ingat, jangan tengok lama2 pulak. Nampak? Masha Allah, syariat Islam di Kelantan masih dijaga lagi. Alhamdulillah. bukan setakat tu sahaja, tulisan jawi pun diselitkan juga. Hebat Kelantan ni. dan satu lagi, media-media sekarang tak kira berita atau surat khabar selalu cakap Kelantan ini mundur. mundur dari segi pembangunan. mundur apa pulak ni? aku tak paham. aku tengok ok je Kelantan ni. sama sahaja macam kat negeri-negeri lain. Lagi modern dari Seremban dengan Melaka pun ada, pelik aku kenapa di Malaysia ni masih terdapat beberapa saudara Muslim itu sendiri ingin memburuk-burukkan negeri yang masih menjaga syariat Islam. banyak lagi sebenarnya pasal environment kat Kelantan ni yang boleh buat korang terkejut, pergi la sendiri. baru korang taw lainnya Kelantan berbanding negeri2 lain.
Tapi yang paling penting sekali, dan tentatif utama trip kali ini, apa yang aku nampak ialah ukhuwwah fi sabilillah. hubungan sesama kami teman seperjuangan bawah jagaan Akh Wea ternyata semakin erat. aku mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. aku mengenali mereka dengan lebih mendalam lagi. siapa sangka, penuntut aliran syariah Islamiah rupanya seronok racing dengan aku dekat Karak Highway? baru dapat lesen pun boleh drive laju! siapa sangka seorang yang selalu bertadarrus Al-Quran dengan irama yang indah rupanya seorang yang peramah? tak payah on radio pun dah ada DJ sendiri dalam kereta! Siapa sangka orang yang mempunyai rambut macam Rain rupa-rupanya gigih dalam usaha dakwah kepada kawan-kawannya yang lain? walaupun perangainya agak kebudak-budakan sehinggakan berlari2 dekat gigi pantai. Siapa sangka seorang yang berotot macam askar yang meminati parang dan pedang rupa-rupanya seorang yang lembut dan berkasih sayang terhadap teman seperjuangan dakwahnya? sehinggakan beliau tak kisah pun bajunya dipinjam oleh rakan yang lain gara-gara terlupa nak bawak baju sekali semasa trip Kelantan ni. Siapa sangka seorang yang kuat makan rupanya hebat dan petah dalam berkata-kata? walaupun umurnya muda 2 tahun dari aku, namun ucapan atau respon yang diberikannya kadang2 menyentuh jiwa aku. Siapa sangka seorang yang memiliki wajah mirip Michael Jackson rupa-rupanya seorang yang betul2 gigih dan thabat di jalan dakwah sehinggakan anak-anak usrahnya ingin mencontohi beliau? sehingga sekarang, baru aku perasan sewa rumah kitorang dekat KB tu rupanya RM 300 namun beliau tidak pernah pun meminta sedikit pun dari kami semasa nak bayar. Siapa sangka seorang pakcik yang berumur 45++ bekerja sebagai juru ukur tanah rupanya masih bergiat aktif lagi dalam medan dakwah? sehinggakan bangunan pejabatnya digunakan dan diinfaqkan untuk melakukan aktiviti2 dakwah di Kota Bharu. Siapa sangka rakan2 di Kelantan yang baru berapa minit kami temui sudah dilayan dengan baik sekali? Allahu Akbar! Sungguh, aku terharu dengan trip ke Kelantan kali ini. Aku mengenali mereka baru setahun lebih malah ada diantara mereka aku mengenali tidak sampai setahun pun. namun, kenapa muncul rasa cinta, rasa kasih sayang, rasa manisnya iman tikamana aku bersama mereka? Ya Allah, indahnya ukhuwwah kami keranaMu Ya Allah, indahnya perjuangan kami keranaMu Ya Allah, indahnya cinta dan kasih sayang sesama kami keranaMu Ya Allah, indahnya pengorbanan kami keranaMu Ya Allah, keep us close to You until the end of time Ya Allah!
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kekalkanlah cintanya. Tunjuklah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong, Ya Allah.
Akhir kalam, ada sesiapa yang berminat nak menyertai kami di jalan yang mulia ini?
17 comments:
ble hang p kelate ni...respect la ko zabedd
minggu lepas. jumaat sabtu ahad. mu ado kat klate ke minggu lepas?
sejuk mata memandang....
subhanallah alhamdulillah allahuakbar. semoga istiqamah di atas jalan yg mula ni. =) lama x jumpe ko, my brother.
Kelantan memang best la. sejuk mata memandang. jauh dari keadaan kacau bilau plus materialistik seperti kat KL tu
ammar: Insha Allah. =) lame jugak x jumpe ko. dengar2 ada ISK 27-28 ni. by the way, ape cerite rehlah g-13th ni? lama betul aku tunggu. haha
Aku rase kite buat gi Kelantan ni Chinese New Year lagi sedap kot. 2 hari taklah lame sangat.
lah: plan gi tempat lain pulak. kelantan dah gi dah. pegi selatan thai plak. haha
ak xde kelate pn...nice blog-content la zabed
bgus2.gud job..haha.ak de kt kltn...
good job. a perfect ingredient for an empty soul.
amir & anonymous: haha tu la. aku berharap gile dapat jumpe dengan saim2 kat klate tu. tak pe lah. next time gua pegi lagi gua contact suma orang
(latest) anonymous: I'm just doing my job. It is better to share than to keep it for yourself only. :)
micheal jackson...hahaha
tak jumpe ah gambar michael jackson tu. haha
im proud to be kelantanese..hehe..
kedai buku dlm pic kt atas tu namanya Syarikat Jaafar Rawas @ SJR..my fevret port utk shopping buku bile balik kelantan.. =)
sy pernah post tentang SJR dlm blog sy..
http://hikari-labyrinth.blogspot.com/2009/12/kesempatan-bercuti-di-kampung-halaman.html
oh gitu ke. Alhamdulillah. Malah dalam post link tersebut ada direction nak pi sana lagi tu. Jazakallahu khairan
:)
Post a Comment