Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam sejahtera, salam 1 Muslim.
Baru sahaja selepas peristiwa kekejaman Israel terhadap kapal Mavi Marmara, berlaku lagi satu peristiwa kebiadaban Israel terhadap aktivis-aktivis yang cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel Zionist. Kapal MV Rachel Corrie dari kumpulan Flotilla Pembebasan kini dirampas oleh kerajaan Israel! Astaghfirullahal 'azim....
Baru-baru ini aku selalu blog walking (tengah cuti selama 4 bulan). Alhamdulillah, ternyata ramai yang masih concern dan ambil berat tentang isu Palestine dan Gaza. Di blog-blog mereka, pelbagai isu dibincangkan. Isu boikot, isu infaq harta untuk Palestine dan Gaza, qunut nazilah, kecaman terhadap Israel, menaikkan semangat untuk membela Palestin dan macam-macam lagi. Namun, antara kesemuanya, yang paling menarik perhatian aku ialah beberapa blog menceritakan tentang "Imam Mahdi".
Macam-macam dibincangkan dalam entry-entry mereka berkaitan Imam Mahdi ini. Ada yang dibincangkan siapa Imam Mahdi, sudah dilahirkan atau belum, bila nak muncul, keturunan mana dan yang paling latest pernah aku baca dan tahu, Imam Mahdi bakal dibangkitkan dari kawasan Timur, dan selepas 'mereka' membuat spekulasi beserta hujah-hujah dan bukti 'mereka', kemungkinan besar Imam Mahdi berasal dari Malaysia, Indonesia atau Brunei. Wallahu'alam.
situasi demonstrasi 4 June 2010. Tiada kena mengena dengan isu Imam Mahdi
Pelik aku melihat mereka bertungkus-lumus mencari siapa Imam Mahdi, bukan kerana aku tak percaya kepada Imam Mahdi. Dan aku tak kata 'mereka' betul atau salah kerana aku sendiri tidak tahu dengan lebih lanjut tentang perkara berkaitan dengan Imam Mahdi. Apa yang aku tahu, Imam Mahdi akan bangkit dan akan membela Islam pada suatu hari nanti. Ini adalah janji Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, bukan janji aku. Kat bawah ni aku listkan beberapa isu & comments yang 'mereka' perbincangkan.
"Kalau mengikut kiraan, mustahil kalau Imam Mahdi bangkit dari negara X atau negara Y, tapi akan bangkit di Malaysia, Indonesia & Brunei!"
"Imam Mahdi mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat seperti etc..."
"Imam Mahdi pasti akan bangkit! Tunggu sahajalah Yahudi!"
Dan satu comment yang menggerakkan semangat aku untuk menulis entry tentang isu ini,
"Kita sekarang tak boleh buat apa-apa. Kita nak berhenti kerja ke, nak boikot ke memang tak boleh langsung. Kalau kita nak berjuang pun tak akan selama-lamanya. Kat mana-mana memang ada unsur Yahudi. Jadi, apa yang kita perlu buat sekarang ini ialah menunggu sahaja sehingga ketibaan Imam Mahdi"
(sambil menggeleng kepala) *sigh*. Sekali lagi aku nak ingatkan di sini, aku tak cakap betul atau salah tindakan mereka ini. Apa yang merunsingkan aku ialah kenapa kita sibuk sangat membincangkan hal-hal ini sehingga kita lupa tanggungjawab kita yang sebenar? Kalau 'mereka' ini mengemukakan hadith-hadith yang sahih ok lagi. Ini tidak. Apa yang 'mereka' bincang dalam blog mereka hanyalah spekulasi yang mereka sendiri buat. Amboiii. Sedap-sedap je cakap yang Imam Mahdi tak akan bangkit dari negara ini atau negara itu, hadith yang ditunjukkan dalam blog tersebut hanyalah "Timur", kenapa sampai buat spekulasi sehinggakan negara yang diyakini hanyalah Malaysia, Indonesia atau Brunei sahaja? Disebabkan negara X dan negara Y tak banyak Muslim so tak ada probability langsung la Imam Mahdi akan bangkit di situ? Rakan-rakan, kita lihat kembali bagaimana Rasulullah dibangkitkan. Adakah Rasulullah dibangkitkan ketika masyarakat ketika itu betul-betul beriman kepada Allah? Carilah sendiri, malah kita sendiri tahu masyarakat yang bagaimana ketika Rasulullah menyebarkan risalah Islam. Bukan isu siapa Imam Mahdi yang aku nak tekankan kat sini.
situasi demonstrasi 4 June 2010. Tiada kena mengena dengan isu Imam Mahdi
Satu lagi, comment yang last sekali aku mention, "tunggu Imam Mahdi datang" baru nak join gerakan Islam. Ni lagi teruk. Habis tu, sekarang ni kita nak buat apa? Imam Mahdi pun kita masih tak tahu lagi sudah dilahirkan atau belum. Habis tu nak buat apa hah sekarang ni? Nak hidup macam robot? Pagi pergi kerja, petang balik rumah and then malam tidur. Time hujung minggu pergi berkelah dengan rakan-rakan atau family kemudian masuk weekdays ulang balik kitaran kerja ni? Nak berulang-ulang kitaran bodoh ni sampai kita mati? Kalau Imam Mahdi tak muncul juga time kita hidup, nak jawab apa dekat Allah pada hari kiamat nanti?
Mengapa kita sibuk memperkatakan theory tapi jarang sekali mengaplikasikannya? If you have time to complain, you have time to act! - Piccolo. Jangan kita tunggu sehingga Imam Mahdi muncul baru kita sibuk nak menentang Israel Zionist, sekarang ini pun umat kita yang terdiri daripada 1.6 billion pun masih berpecah belah. Tak bersatu langsung. Inilah tanggungjawab kita! Apa tanggungjawab tu?
Katakan YA kepada DAKWAH! Dakwah bukanlah seperti menjadi penceramah di masjid-masjid ataupun surau atau memakai jubah berwarna putih beserta serban atau perlu mengambil course syariah islamiyah baru layak nak berdakwah atau macam-macam lagi spekulasi masyarakat tentang dakwah, namun perbualan atau sembang-sembang kat kedai kopi pun dah boleh jadi dakwah dah, asalkan kita bincang tentang Islam dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Setiap hari pergi ke kelas atau kerja, kita sembang-sembang dengan rakan kita pun dah jadi dakwah dah, asalkan kita bincang tentang Islam dan kita applikasikannya dalam kehidupan kita. Dan banyak lagi sebenarnya cabang-cabang dakwah ini, tapi yang paling efficient dan berterusan ialah usrah. Kenapa usrah? Panjang cerita dia. Bacalah artikel ni kalau korang rajin: The Strings of A Martyr. Dan aku nak sambung sikit, jangan malu-malu atau rasa takut atau rasa rendah diri nak join usrah. Ada yang nak join usrah tapi kerana kawan2 usrahnya seakan-akan 'memerli' kita. Pedulikan semua tu. Bukan ego atau kedudukan kita di kalangan kawan-kawan kita tujuan utama, yang penting diri kita ini tidak terlepas dari menyertai salah satu perjuangan ini. Aku ingat lagi time waktu mula-mula aku join usrah seorang akh ni, aku pakai baju Lamb of God, ternyata ramai yang memandang aku pelik time tu. Kalau aku yang pakai baju camtu boleh survive, korang yang lebih baik dan lebih kuat ini sepatutnya boleh bertahan kan? Ok sambung cerita.
Jadi, apa applikasi kita bila kita berbincang tentang Imam Mahdi ini? Kenapa kita sibuk membicarakan tentang kedatangan Imam Mahdi? Bak kata seorang akh kepadaku, "Kenapa diri kita sendiri yang tak jadi Imam Mahdi??". Korang yang membaca ni jangan salah faham pulak. Bukannya hendak menyuruh kita jadi macam Ayah Pin yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi, namun "ciri-ciri" Imam Mahdi itu sendiri yang kita nak jadi; kenapa bukan kita yang akan membela agama Allah?
Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan dan janganlah mereka seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.
Has not the time come for the hearts of those who believe to be affected by Allah's Reminder (this Quran), and that which has been revealed of the truth, lest they become as those who received the Scripture before, and the term was prolonged for them and so their hearts were hardened? And many of them were Fasiqun (the rebellious, the disobedient to Allah).
[Al-Hadid (57): 16]
Rakan-rakanku, sedarlah. The time has come. Sekarang sudah tiba masanya untuk kita berjuang kerana Allah. Tak perlu kita menunggu Imam Mahdi, soal diri kita dahulu. Apa yang telah kita lakukan untuk Islam? Apa yang telah kita lakukan untuk diri kita supaya kita bebas dari api neraka yang menyala-nyala? Ini lah masanya. Masanya untuk kita menebus dosa-dosa silam kita. Masanya untuk kita 'free-free' masuk syurga, iaitu mati di jalan Allah ataupun syahid di jalan Allah. Bukan berperang senjata sahaja dikatakan syahid itu, namun mati dalam keadaan hendak berdakwah atau berdakwah juga dikira sebagai syahid. Insha Allah.
Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.
O Prophet (Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam)! Urge the believers to fight. If there are twenty of steadfast persons amongst you, they will overcome two hundreds, and if there be a hundred steadfast persons they will overcome a thousand of those who disbelieve, because they (the disbelievers) are people who do not understand.
[Al-Anfal (8): 65]
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal.
If Allah helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in Allah let believers put their trust.
[Ali 'Imran (3) : 160]
Bir RUH! Bid DAM! Nafdika ya AQSA!
Dengan JIWA! Dengan DARAH! Kami akan selamatkanmu AQSA!
Sobran-sobran ya yahud! Jaisyu Muhammad saufa yau'd!
Tunggu-tunggu wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali!Akhir kalam, jadilah kita seperti Imam Mahdi, yang berjuang untuk membela Islam, yang bercita-cita untuk melihat Islam kembali menjadi ustaziyatul 'alam (tempat rujukan alam) sebagaimana pada zaman Abbasiyah dahulu.
0 comments:
Post a Comment