Tuesday, June 8, 2010


 Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.


     Alhamdulillah. Setelah penat lelah menjadi student 1st year di UNiM, akhirnya berakhir juga tahun pertama ijazah di sini. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang. Sekarang ni sedang menjalani cuti selama 4 bulan (dari akhir May hingga akhir September). Cuti panjang woooo...

     
     Almaklumlah, cuti 4 bulan. Memang satu tempoh yang sangat lama. Terlampau lama. Namun, 'kerja' perlu diteruskan. Tiada rehat yang sempurna bagi yang 'bekerja'. Allahu Akbar!

Wahai orang yang berselimut!

O you enveloped in garments!

Bangunlah, lalu berilah peringatan!

Arise and warn!

[Al-Muddaththir (74): 1-2]




     Ahad lepas bersamaan 6 June 2010, aku dijemput untuk menyertai program anjuran ikhwah (saudara) dari UIA + BMI beserta KUIS untuk memanjat Bukit Broga. Alhamdulillah, terasa macam hati ini dibersihkan sekali lagi. Ini dah masuk kali ke 6 panjat bukit ni. Haha. menarik2.



     Walaupun dah berkali-kali panjat bukit ni, tapi ekspedisi kali ni yang first time aku panjat sebelum Subuh. Fuuhh. Memang feeling betul ni. Nak tengok sunrise kali ni. Bangun pukul 4 pagi, siap-siap, gosok gigi, packing barang dan dalam pukul 4.30 macam tu zoom terus ke Bukit Broga.


    Sampai-sampai je dekat perkarangan Bukit Broga, terkejut aku tengok kawasan tu. Banyak kereta parking kat situ dah! Baru pukul 4.30 pagi dah ramai??! Masha Allah, berbeza sungguh dengan waktu-waktu ketika aku mula-mula panjat Bukit Broga dulu. Ni ramai orang ni mesti tujuan mereka sama dengan kami ni, nak tengok sunrise jugak. Haha.

kalau tengok betul2 boleh nampak satu line horizontal warna coklat
 
     Kemudian, dengan langkah yang pertama diiringi dengan lafaz "Bismillah", kami pun mula mendaki dengan penuh harapan! (cewwahhh). Tapi, walaupun dah 5 kali panjat bukit ni, pendakian kali ni terasa penat sikit. Mungkin sebab terlalu ramai orang kot. Memang sangat ramai. Kat depan group kami ada group lain. Kat belakang group kami pun ada group lain. Kalau tengah mendaki tu, nampak ade sesetengah group tu sedang rehat. Senang cerita, memang ramailah! Kat mane2 pun memang ada orang. Tak pernah lagi aku panjat mana-mana bukit/gunung yang ramai orang macam ni. Macam naik LRT atau KTM pun ada. Satu lagi mungkin kerana kami mendaki ketika suasana masih gelap. Walaupun ramai orang, cahaya yang terpancar dari torchlight2 kami dan orang lain tak mampu untuk menerangi atmosphere ketika itu. Last time aku panjat bukit time2 gelap camni time form 2 dulu. Dan satu lagi punca aku terasa penat, tak lain tak bukan kerana gravity yang menarik aku ke bawah. Scientific tuh.



     Selama sejam kami mendaki, akhirnya tiba juga kami di puncak Bukit Broga! Alhamdulillah. Allah Yang Maha Pemurah memberi tenaga yang mencukupi kepada kami untuk memanjat bukit tersebut dan mempermudahkan urusan kami dalam perjalanan untuk mendaki sehingga ke puncak. Alhamdulillah. Bila dah sampai puncak, mak aihhh, ramai orang betul. Sangat ramai sampai tak tahu dah nak cari port mana untuk duduk. Kebetulan time tu waktu Subuh baru sahaja menjelma, jadi kami perlu mencari tempat untuk solat. Bayangkan, nak duduk pun susah, inikan pula nak mencari satu ruang yang besar untuk solat berjemaah. 

     Tetapi, kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancangan ialah dari Allah, Yang Memiliki Langit & Bumi. Sedang kami mencari ruang untuk solat Subuh berjemaah, tiba-tiba terjumpa satu spot yang agak berdekatan dengan puncak utama bukit tersebut, yang pemandangannya indah, namun tak ada sesiapa pun yang duduk kat situ! Walhal sebelah dengan spot tu tempat berkerumunnya orang ramai. Subhanallah. Sekiranya Allah hendak menolong, tiada apa yang dapat menghalang!

menanti kemunculan matahari
 
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu'min bertawakkal.

If Allah helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in Allah let believers put their trust.

[Ali 'Imran (3): 160]

      Tetapi, pelik aku tengok keadaan time tu. Canvas dibentangkan cukup besar sekiranya orang luar untuk menyertai kami solat berjemaah, namun mereka yang menggelar diri mereka ini Muslim hanya mampu tengok gelagat kami yang kelihatan seperti 'asing'. Aii tengok je bang? Tak nak join sekali ke? Muat lagi ni. Ohh diorang dah solat kottt. Entah la. Wallahu'alam.


    Selesai sahaja solat Subuh berjemaah (best kot solat kat atas tu!! Angin datang feeling je!), ade sedikit tazkirah diberikan oleh pihak penganjur program. Habis tazkirah, masanya untuk menanti kemunculan matahari.



     Tunggu punya tunggu, akhirnya nampak juga matahari sedang terbit. Alhamdulillah.



     Subhanallah. Memang cantik. Walaupun ramai orang time tu, tapi rasa berbaloi panjat bukit tu. Nak tau berapa ramai orang panjat bukit tu (walaupun sebelum waktu Subuh)?



     Tu diaa. Memang ramai. Macam semut pun ade gak. Rase2 macam nak pijak je. Haha gurau2. Selesai je sesi photoshooting di puncak ini, akhirnya kami berangkat untuk turun balik. Nak turun tu, mak aihh, sekali lagi memang ramai orang. Lagi ramai dari time kami panjat tuh. Haha dah la ramai, lepas tu gravity lagi tarik kitorang ke bawah. Kalau salah lompat kang tak pasal2 terkena orang bawah pulak. Kalau nak turun laju pun takut terlanggar dengan orang yang sedang panjat pulak. Memang menguji ketahanan mental and physical habis la time tu. Kena banyak break, bagi laluan dekat orang yang nak panjat, nak berhenti untuk berehat pun susah sebab ramai orang sangat. Dalam on the way untuk ke kaki bukit tu, ada seorang akh (saudara) bersembang dengan aku, "Herm, nak panjat bukit lagi penat daripada nak turun bukit ni. Naik bukit kita banyak berehat, nak turun bukit tak payah berehat pun tak pe. Sama macam kita, nak jadi baik bukan senang siap berehat-rehat lagi, tapi bila nak kembali ke jahiliyyah senangnya tanpa perlu diberi penangguhan masa." Aku terhenti sekejap. Memang betul apa yang dilafazkan oleh akh tersebut. Selama 6 kali aku panjat Bukit Broga ni, baru kali ni aku sedar ibrah atau contoh yang boleh aku ambil dari pendakian bukit ini. Tiba-tiba aku teringat theory yang aku belajar ketika masih foundation dulu; gravitational potential energy.


     Apa benda gravitational potential energy?

"Gravitational energy is the potential energy associated with gravitational force. If an object falls from one point to another inside a gravitational field, the force of gravity will do positive work on the object and the gravitational potential energy will decrease by the same amount."
[Alan Guth, The Inflationary Universe: The Quest for a New Theory of Cosmic Origins (1997)]

     Kalau baca definition memang nampak macam tak ada kena mengena pun, tapi applikasi gravitational potential energy yang aku nak tunjukkan dalam post ni.



    Sebagai contoh, selalu kita dengar kes orang bunuh diri terjun dari bagunan tinggi kan? Cuba try tanya diorang kenapa tak terjun dari bangunan rendah atau kenapa tak terjun dari atas kerusi ka. Sesetengah pembaca akan consider aku cuba nak buat lawak lame atau sebagainya tapi itulah yang aku try nak sampaikan. Kenapa mereka yang nak membunuh diri ni memilih tempat yang tinggi2 untuk membunuh diri? Jawapan scientific: Lagi tinggi kedudukan kita dari paras landing atau ruang pendaratan kita, lagi tinggi gravitational potential energy. Apa benda gravitational potential energy ni????

     Experiment: (fikir logik boleh dah) Cuba kita lompat dari atas kerusi ke atas lantai. Rasa sakit tak? Itu kerana ketinggian paras kita dengan lantai rendah atau kecil. Jadi, impak yang dihasilkan oleh gravitational potential energy ketika saat kita berada di atas kerusi itu rendah. Cuba kalau kita try terjun dari tingkat 1 rumah kita pulak. Rasa camana pulak? Rasa macam terseliuh kaki ade? Yang penting, dapat rasa perbezaan daripada lompat atas kerusi tadi; rasa lebih sakit kerana kedudukan paras kita dari tingkat 1 dengan lantai lebih tinggi daripada paras ketika kita duduk. Bermaksud, impak yang dihasilkan oleh gravitational potential energy ketika saat kita berada di tingkat 1 adalah tinggi (berbanding dengan ketika kita berada di atas kerusi). Herm, terasa macam berbelit-belit pulak nak explain benda ni. Cuba tengok picture kat bawah ni. Insha Allah siapa yang tak paham boleh paham kot.


    Kalau tak paham atau masih confuse lagi, perbandingan mudah la. Campak pen dari atas meja, pen tu ok and tak jadi apa-apa lagi. Try panjat tingkat tertinggi Petronas Twin Tower pastu campak pen dari situ. Bila pen tu jatuh, pecah tak? Macam tu lah gravitational potential energy. Lagi tinggi kedudukan kita dari paras landing atau ruang pendaratan, lagi besar gravitational potential energy.

Saudara-saudara seIslam yang ku kasihi sekalian,
     Keadaan iman kita ini boleh dikaitkan dengan gravitational potential energy. Bila kadang-kadang tu kita nak berubah kepada sesuatu yang diredhai Allah atau dengan bahasa senang, untuk merubah jadi lebih baik, pasti wujud risiko yang bakal menimpa diri kita.


     Sebagai contoh, sekiranya kita berazam untuk solat berjemaah di surau pastinya masyarakat sekeliling kita atau rakan-rakan akan mula mengejek atau menjatuhkan morale spirit kita. "Nak pergi surau? Fuiyyoo first time!". Namun, sekiranya kita sabar dan terus 'mendaki' bukit iman tersebut, kita akan lali dengan ejekan2 tersebut dan kita akan berada di suatu tahap yang lebih tinggi daripada tadi. Bila berada di tempat yang lebih tinggi, pastinya risiko yang bakal menimpa lebih tinggi. Tiba-tiba kaki kita patah kerana bermain futsal mengakibatkan kita semakin susah untuk pergi ke surau. Di sini boleh nampak bahawa 'gravitational potential energy' yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini yang hanya "diejek oleh kawan"? Namun, sekiranya kita bersabar dan terus juga 'mendaki', kita bakal menempuh cabaran atau risiko yang lebih hebat. Dahsyat wooo...

     Sama sahaja ketika zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Pada permulaan dakwahnya di Makkah, orang pertama yang memeluk Islam ialah isteri baginda, Khadijah r.a. Kemudian, pabila jumlah atau bilangan orang yang memeluk Islam semakin tinggi, risiko dan cabaran juga semakin tinggi. Pada awalnya, masyarakat Quraish mengemukakan pelbagai hadiah atau tawaran sekiranya baginda menghentikan kerja dakwahnya. Namun, ternyata Rasul ikutan kita seorang yang tabah, beliau tetap 'mendaki' semakin tinggi sehinggakan jumlah orang yang memeluk Islam melonjak dengan lebih ramai! Namun, apabila berada di 'tempat tinggi', 'gravitational potential energy' semakin tinggi. Cabaran dan risiko semakin tinggi. Kali ini, musyrikin Quraish sudah berani untuk menyeksa orang-orang yang memeluk Islam ketika itu sehinggakan mereka sendiri merancang untuk membunuh Rasululullah sallallahu 'alaihi wasallam.


     Bagaimana? Susah kan nak berubah menjadi lebih baik? Adakah entry kali ni tidak menggalakkan pembaca untuk berubah menjadi lebih baik? Sekali-kali tidak! Sepatutnya kita berbangga malah gembira! Kenapa?

Or think you that you will enter Paradise without such (trials) as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, "When (will come) the Help of Allah?" Yes! Certainly, the Help of Allah is near!

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

[Al-Baqarah (2) : 214]

     Bergembiralah! Bukti bahawa kita layak untuk menjadi mu'min dan layak untuk memasuki syurga adalah melalui ujian yang diberikan Allah! Melalui risiko, cabaran dan gravitational potential energy yang bakal kita terima atau sedang menerima akibat berhajat untuk menjadi seorang yang lebih diredhai Allah, Yang Maha Pengampun! Bersabarlah wahai yang diberi ujian olehNya. Jangan kita mudah berasa putus asa kerana 'gayat' melihat setinggi mana telah kita 'daki'. Bila terasa 'gayat', pada masa itu, kita akan mula berputus asa untuk meneruskan 'pendakian' dan seterusnya give up dan terus 'menuruni' bukit tersebut. Innalillahi wa inna ilaihi raajiuunn..

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' - 

Or [lest] it say, "If only Allah had guided me, I would have been among the righteous."
 
"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

Or [lest] it say when it sees the punishment, "If only I had another turn so I could be among the doers of good."

"Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" 

But yes, there had come to you My verses, but you denied them and were arrogant, and you were among the disbelievers.

[Az-Zumar (39): 57-59]

     Selalu aku dengar atau lihat 'mereka' yang pada awal katanya nak berubah, kemudian, dugaan demi dugaan datang, 'mereka' akan berkata, "Tak boleh lah. Allah tak beri aku hidayah lagi.", "Aku tak boleh berubah la bro. Aku tak dapat hidayah lagi pun.", "Aku tak boleh berubah jadi baik. Dah terlambat dah untuk diri aku ini untuk berubah." Jujur aku cakap (walaupun agak keras, tetapi minta maaf bagi sesiapa yang terasa offensive), aku bosan dan muak dengar alasan-alasan macam ni. Sekali lagi, aku minta maaf sekiranya ada yang terasa offensive. Tetapi itulah kejujuran dalam hati ini. Kenapa? Bacalah ayat Quran kat atas ni.


    Memang aku tak nafikan, suatu perkara yang susah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan lebih diredhai Allah, sama seperti yang aku nyatakan tadi bahawa semakin tinggi kita 'daki', semakin tinggi 'gravitational potential energy', namun, adakah risiko dan cabaran yang kita hadapi dan perlu ditempuhi adalah alasan kepada kita untuk give up? Kalau kita jatuh semasa mendaki bukit/gunung, adakah kita akan terduduk, tengok sahaja atau give up dan patah balik? Kenapa kita tak terus je panjat sekali lagi?! Siapa kata Allah tidak mengampuni dosa kita? Sekiranya kita 'tergelincir' dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik, kenapa tak bertaubat sahaja? Susah sangat ka?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Say, "O My servants who have transgressed against themselves, do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."

[Az-Zumar (39): 53]

    Memang betul. Manusia memang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita bukan malaikat, yang bersih dari segala dosa. Tetapi kita manusia, yang mempunyai nafsu, yang mendorong kita supaya 'jatuh' atau 'tergelincir' semasa mendaki bukit namun itu bukanlah alasan yang mengatakan, "Aku dah buat silap besar ni. Aku dah buat salah besar ni. Aku dah buat dosa besar ni! Aku tak boleh berubah dah bro!!". Sekali lagi ingatlah, syaitan yang membisikkan dalam jiwa ini supaya kita give up untuk terus berubah ke arah kebaikan. Ingatlah, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Kita sentiasa ada Allah di sisi kita, kenapa susah bagi kita untuk bertaubat?

     Semakin tinggi kedudukan kita dari paras landing atau ruang mendarat, semakin tinggi gravitational potential energy. Semakin kita berubah untuk menjadi seorang yang lebih mulia di sisi Allah, semakin tinggi risiko dan cabaran yang perlu kita tempuhi. Jangan bersedih. Bergembiralah kerana seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa bukti bahawa kita layak untuk menjadi orang yang beriman dan masuk ke syurga ialah dengan ujian dan cabaran yang bakal atau sedang kita tempuhi. Mereka yang di luar sana yang kelihatan hidupnya senang sahaja tanpa beramal kepada Allah seharusnya kita berasa takut apabila melihat mereka, bukan kerana kita melabel atau ingin menjauhi diri dari mereka, namun mereka adalah contoh-contoh bahawa Allah telah 'membiarkan' mereka, membiarkan mereka hidup bersenang-lenang di bumi yang sementara ini atas sebab kekufuran mereka kepada Allah. 

(Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya, dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan. 

So that they will deny what We have granted them, and they will enjoy themselves. But they are going to know.

[Al-'Ankabut (29): 66]

Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu, kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)".

So that they will deny what We have granted them. Then enjoy yourselves, for you are going to know.

[Ar-Rum (30): 34]  
 
Akhir kalam, selamat berjuang melawan jahiliyyah! :)




p/s: di sini ana nak ucapkan terima kasih kepada ikhwah2 dari UIA, BMI dan juga KUIS (walaupun 2 orang..haha) kerana sudi menjemput ana untuk bersama-sama menyertai program jaulah kahfi. Semoga talian ukhuwwah kita semakin rapat, semakin erat dan diredhai Allah. Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala diinik, thabbit qulubana 'ala da'watik, thabbit qulubana 'ala tho'atik. Jazakumullahukhairan ya ikhwanul muslimeen :)

Posted by Posted by zabed at 5:10 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>