Thursday, June 17, 2010


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

time form 3 dulu. kalau korang terer, try cari mane satu aku

     Post kali ni nak cerita pasal pengalaman bermain futsal pulak. Fuuhhhh. Aku ni tak selalu main futsal. Memang jarang gile. Kalau dah jarang main, memang kaki bangku lah senang cerita. Haaa tapi baru-baru atau semenjak study week (sesetengah university panggil study leave) ni, tibe-tibe selalu pulak main. Tengah study week sempat main futsal, 2 hari sebelum paper pertama pun sempat main futsal, tinggal satu lagi paper pun sempat lagi nak main futsal! Kalau dalam keadaan nak exam pun kerap main futsal, inikan pula time lepas exam. Haha memang selalu lah jugak. Berapa lama dah tak main futsal ni.


     Since aku ni jarang bermain futsal, obviously aku tak ada kasut futsal. Kasut sukan ada. Kasut sukan pulak jenis untuk sports yang macam indoor ala-ala basketball (bukan street basketball), memang tak berapa sesuai la kalau nak main futsal. Tambah pulak size kasut aku tu betul2 ngam dengan kaki aku, haa memang 'best' la main futsal.


     Seperti yang aku mention tadi, 2 hari sebelum paper pertama sempat lagi aku main futsal dengan beberapa orang. Sepak sana, sepak sini, tersalah sepak bola ke tempat lain, tersepak tiang gol dan yang paling selalu, tersepak kaki orang. Dah kata pakai kasut ala-ala basketball, kalau 'ter'sepak kaki orang tu memang tak rasa sakit langsung la. Tu la advantage pakai kasut yang tidak sesuai untuk bermain futsal.


     Tengah-tengah fokus dok sepak-sepak kaki orang tu (tak sengaja), tiba-tiba aku tersepak sesuatu objek atau kaki player lain sehinggakan terasa sakit and pedih pulak kali ni. Tadi dok sepak-sepak kaki orang tak rasa apa pun. Tapi biasa la orang kata, kalau tengah2 main bola tu, kaki sakit or berdarah ke, memang tak kisah langsung or tak perasan. So aku pun keep on main sampai habis. Bila bukak kasut tu ja, fuhhh, memang terasa pedih kali ni. Tengok ibu kaki belah kiri dah kaler biru dah. Darah berkumpul and tak dapat keluar sampai jadi beku. Tak silap, orang melayu panggil cagu. Wallahu'alam. Memang rasa pedih la. Jalan pun kena slow2 and berjaga-jaga takut2 orang terpijak ke. Uuuuuuuhhhhhhhhhhh...


     Rasa sakit tu sekejap saja, 3 hari lepas tu ok la, tak rasa pedih sangat. Tapi, seperti yang aku mention tadi, sebelum paper last pun sempat lagi aku main. So, sekali lagi, dengan kasut yang sama, sepak tu, sepak ni, tersepak kasut orang pulak! Elok2 kasut dia pun macam kasut aku, jenis yang keras punya, tambah pulak cagu tu tak habis cure lagi, memang rasa sakit and pedih tu datang balik la. Pastu ok balik. Dah habis last paper tu, main lagi futsal! Sepak sepak sepak sepak sepak, sepak, sepak, sepak, sepak, sepak, sepak, sepak, sepak, BOOOOMM!! Kali ni tiada maaf bagimu. Terus berdarah kaki aku. Haha cari pasai sangat hang ni. Kan dah kena.


     Time berdarah tu memang pedih la. Darah meleleh je keluar. Bukan darah merah, darah kaler hitam, darah yang terkumpul sejak first terkena cagu ni lagi. Ingatkan kuku dah pecah dah time tu, tapi Alhamdulillah still nampak stay strong lagi kuku tu. Setiap kali mandi or basuh kaki, lama-lama warna darah yang terkumpul kat kuku tu hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah! :)


    Aku ingat lagi time tu ramai kawan aku suggest pergi klinik. Suruh cabut kuku tu terus, buang darah dan sebagainya. Bila tengok kuku ibu jari aku time tu, rasa macam miracle pulak. Tak payah pergi klinik pun dah nampak macam sihat dah. Dah tak nampak darah berkumpul, terperap lagi. Tapi, itu hanyalah luaran sahaja.


     Baru-baru ni aku balik Kedah jenguk sepupu aku kahwin kat sana. Tengah dok berjalan kat ruang tamu rumah datuk aku, tiba-tiba accidentally tersepak kerusi. Kapoww! Check-check, ibu jari kuku tadi terus tercabut! Tapi tak fully cabut, masih ada bahagian lagi yang masih attach dekat jari. So, aku pun cabut la kuku tu perlahan-lahan. Tak rasa sakit langsung. Bila dah habis cabut, nampak ada kuku yang baru tumbuh. Kecik lagi. Try ketuk2 sikit, rasa lagi kuat ni. Dengan rasa berat hati, aku pun membuang kuku aku yang tercabut tu. Selama 19 tahun berkhidmat, sedikit lagi nak mencecah 20, gugur juga akhirnya kuku aku tu. Sob sob. Kini, sedang menanti kebangkitan si pengganti kuku kaki. Itulah serba sedikit kisah detik-detik terakhir kuku kaki aku...


     Sedar tak sedar, diri kita ini juga boleh diibaratkan dengan kuku kaki. Camana?

Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfaqkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kedekut (berlaku bakhil), dan barang siapa berlaku bakhil maka sesungguhnya dia berlaku bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan (kurniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar), Dia akan menggantikan dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu.

Behold! You are those who are called to spend in the Cause of Allah, yet among you are some who are niggardly. And whoever is niggardly, it is only at the expense of his ownself. But Allah is Rich, and you are poor. And if you turn away, He will exchange you for some other people and they will not be your likes.

[Muhammad (47): 38]

     Sesetengah kita ada yang sedang bertungkus-lumus 'berjuang'. Berjuang jenis apa? Berjuang di jalan Allah. Camana berjuang di jalan Allah? Macam-macam. Berjuang dalam erti 'penerangan' (dakwah masyarakat), berjuang dalam erti 'peperangan' (ie perang dengan Israel di Palestin), berjuang melawan nafsu sendiri, dan lain-lain. Dalam erti kata lain, apa-apa jenis perbuatan yang kita niat kerana Allah, lillahi ta'ala, boleh dikira sebagai berjuang di jalan Allah. Dan seharusnya, bagi diri kita yang bergelar diri sebagai Muslim ini, yang berjuang di jalan Allah, harus sedar hakikat bahawa diri kita ini dipilih oleh Allah. Diri kita yang mengatakan beragama Islam ini juga dipilih oleh Allah. Mana buktinya??

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

So whoever Allah wants to guide - He expands his breast to Islam; and whoever He wants to misguide - He makes his breast tight and constricted as though he were climbing into the sky. Thus does Allah place defilement upon those who do not believe.

[Al-An'am (6): 125]

     Bila kita dipilih Allah, bila kita niat kerana Allah dalam perbuatan kita, lillahi ta'ala, pasti, kita pasti akan diuji oleh Allah.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried?

But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars.

[Al-'Ankabut (29) : 2-3]


     Baca ayat dekat atas ni sedalam-dalam mungkin. Pahami betul2 ayat-ayat ni. Tak perlu aku terang, masing-masing dipilih Allah, atau ada yang dah senasib dengan bekas kuku ibu jari kaki kiri aku? Macam itulah hakikat sebenar seorang Muslim!


     Seorang Muslim bukanlah seorang yang ibu bapanya adalah orang Islam, bukanlah seorang Muslim itu mempunyai nama Arab, bukanlah seorang Muslim itu tinggal di negara Islam, bukanlah seorang Muslim itu hanya mengucap syahadah tanpa memahami maksudnya dengan mendalam! Dan macam-macam lagi.


     Kalau kita nak bincang dekat post ni tentang siapa yang sebenarnya Muslim adalah sangat panjang. Jadi, aku ringkaskan sahaja. Kalau kita betul-betul iktikad, betul-betul rasa diri ni seorang Muslim, pasti dia akan diuji. Kenapa? Seperti ayat dalam surah Al-'Ankabut tadi, orang yang betul-betul mengaku dirinya Muslim, penuh kepercayaan dengan beriktikad (declaration) atau dengan bahasa mudah, beriman, tak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa dikenakan ujian.


     Dan biasalah, macam-macam jenis ujian ada. Ujian yang pasti akan menguji iman kita, adakah kita ni benar-benar beriman seperti yang kita ucap pada kalimah syahadah? Sedang khusyuk melihat perlawanan bola World Cup, elok-elok waktu Maghrib baru masuk, masa itu kita diuji. Benarkah kita-kita beriman? Tinggal solat, atau lihat aksi yang tak pasti lagi gol atau tak? Dan apa sahaja jenis ujian yang kita pernah terima atau bakal diterima adalah untuk menguji sama ada kita benar-benar beriman dengan apa yang kita ucap pada kalimah syahadah kita. Senang cerita, kita bercakap lebat atau tidak.

Saudara-saudara Muslim yang dikasihi Allah sekalian,
    Lihat pada ayat dalam Surah Muhammad di atas. Apa pengakhiran bagi mereka yang hendak berjuang kerana Allah, namun hakikatnya gugur semasa diuji? Akan ada pengganti yang lebih bagus daripada kita, ibarat substitute dalam match bola, menunggu player yang tercedera atau penat yang beraksi di atas padang, bila sahaja substitute masuk, mereka penuh dengan energy. Jangan ingat diri kita ini berharga sangat, sehinggakan "kalau aku tak join 'berjuang', habislah Islam di dunia". Jangan sesekali fikir begitu! Bukan Allah yang memerlukan kita, sebaliknya kita yang memerlukan Allah. Allah sedikit pun tidak akan rugi sekiranya kita berpaling kepadaNya. Yang rugi, adalah diri kita sendiri. Kita rugi kerana, dah tahu wujudnya syurga dan neraka, tetapi seolah-olah hidup seperti kita merasakan bahawa kita tidak akan dibangkitkan lagi selepas kematian. Kemudian, bila saat diumumkan kita adalah penghuni neraka, siapa yang rugi? Adakah Allah rugi kerana kita berpaling dariNya sedangka Dia lah yang menciptakan neraka itu sendiri? Atau diri kita yang rugi? Bila kita nak sedar hakikat siapa yang rugi ni? Nak tunggu sampai bila dicampak ke dalam neraka barulah berkata "Alangkah ruginya diri aku ini!" ?


     Ingat! Sekiranya kita berpaling, dakwah Islam akan terus berkembang juga walaubagaimanapun, kerana ini janji Allah. Kita gagal, ada banyak pengganti kepada diri kita ini, yang lebih bagus 'kualiti'nya berbanding diri kita yang hina dek kerana berpaling dari ajakan untuk berjuang di jalan Allah. Senang cerita, tok sah pikiaq diri kita ni baguih sangat! Ada banyak pengganti-pengganti  diri kita yang jauh lebih baguih dari kita!


     Ingatlah, stay strong di jalan Allah ini. Janji Allah bagi sesiapa yang 'tergelinicir', bertaubatlah, dan Allah akan mengampuni dosa-dosa kita. Biasalah, kita manusia, bukannya malaikat, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Standardlah bila kena ujian, seperti dalam Surah Al-'Ankabut, supaya siapa yang betul-betul percaya pada Allah, siapa yang hanya 'berkata-kata' sahaja. Wallahu'alam



     Akhir kata, sesungguhnya Allah Maha Kaya, mintalah pada Allah sekiranya berlaku kesusahan semasa lillahi ta'ala.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 

O you who have believed, if you support Allah , He will support you and plant firmly your feet.

[Muhammad (47) : 7]  

Posted by Posted by zabed at 4:41 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>