Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Isu Palestine tak selesai lagi, tetapi keesokan hari (11 June 2010) sudah bermula match pertama World Cup 2010. Astaghfirullahal 'azim. Harap-harap peristiwa yang sudah berlalu tidak berulang lagi. Peristiwa apa? Perisitwa, sama macam yang pernah berlaku di bumi Malaysia sendiri. Tahun lepas, Gaza diserang Israel Zionist kerana mereka mendakwa bahawa Gaza diperintah oleh kerajaan pengganas (dan macam-macam lagi). Kemudian, kita sebulat suara hendak memboikot barangan yang menolong dan memberi bantuan kepada Israel Zionist atas dasar kemanusiaan, kita prihatin terhadap mereka di Gaza yang dizalimi. Dan akhirnya apa jadi? Salah satu syarikat yang diboikot tersebut melancarkan satu tindakan drastik yang tak pernah dibuat sebelum ini di bumi Malaysia; menurunkan harga makanan mereka serendah mungkin pada waktu tengahari. Dan begitu juga dengan sejumlah besar para pemboikot di Malaysia, harga diri mereka juga sama jatuh dengan harga makanan syarikat tersebut. Dan lama-kelamaan, amalan boikot seolah-olah dipandang hina atau asing oleh mereka dulu yang kononnya prihatin terhadap saudara mereka di Palestine.
Sungguh, aku betul-betul risau dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Betul-betul risau. Peristiwa baru-baru ini, peristiwa Mavi Marmara sekali lagi telah membuka mata rakyat Malaysia untuk kembali menentang Israel Zionist. Ya! Alhamdulillah, masih lagi ada jiwa-jiwa yang masih prihatin terhadap saudara kita yang ingin membantu saudara kita yang ditindas di negara mereka sendiri. Namun, sedikit demi sedikit, selepas para aktivis Malaysia pulang ke tanah air, begitu juga dengan semangat kebanyakan rakyat Malaysia. Semangat mereka juga telah pulang ke keadaan asal mereka, lagi-lagi ditambah dengan World Cup yang akan berlangsung pada keesokan hari. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuunn.
Ya Allah. Sungguh, aku betul-betul risau dengan masyarakat Muslim kita pada hari ini. Perasaan aku terasa sedih, rasa marah pun ada. PERISTIWA NI BERULANG LAGI! TAK RASA MALU KA? TAK ADA HARGA DIRI LANGSUNG!
[Hr Abu Dawud dan Ahmad]
Habis dah pendahuluan, seterusnya aku nak share atau kongsi beberapa perkara yang dianggap kelebihan atau advantages bagi mereka-mereka yang masih lagi berjuang, masih lagi bercita-cita untuk menyedarkan masyarakat yang cintakan dunia dan takut pada kematian, dan sedikit info berkaitan dengan isu Mavi Marmara baru-baru ini. Bagi 'selain daripada mereka', dipersilakan untuk meneruskan pembacaan juga, namun kemungkinan korang akan boring kot, sebab fakta. Mulakan dengan nama Allah, ikhlaskan niat kita kerana Allah, kerana kita prihatin terhadap saudara-saudara kita di Gaza yang sedang berjuang untuk menghapuskan Israel Zionist daripada terus bertindak kejam terhadap Muslim seluruh dunia, mahupun Muslim di Malaysia yang terkena 'tempias' dek kerana cinta pada dunia.Bismillahirrahmanirrahim... Kita lihat Surah Al-Mutaffifin (Those Who Deal in Fraud).
Menurut tafsir Fi Zilal Quran karangan Syed Qutb (ringkasan):
Surah ini diturunkan pada zaman Makkah, sebelum Hijrah ke Madinah, iaitu ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdakwah kepada masyarakat Quraisy dan ditentang habis-habisan oleh pembesar-pembesar Quraisy. Pada ketika itu, pembesar-pembesar inilah yang memiliki perniagaan-perniagaan di Makkah dan hampir membolot bidang perniagaan itu sendiri! Golongan pembesar ini dapat memaksa orang ramai menerima apa sahaja sukatan yang ditetapkan oleh mereka sendiri.
Diorang yang tentukan sukatan, bukannya orang ramai atau sebulat suara masyarakat yang menentukannya. Apabila pembesar-pembesar ini melakukan sukatan atau timbangan kepada orang ramai, mereka mempunyai kuasa mengurangkan sukatan dan timbangan yang terhak kepada mereka, sedangkan ketika itu orang ramai tidak berupaya untuk menuntut hak mereka yang adil. Orang ramai terpaksa menerima keadaan macam tu kerana hampir kesemua bidang perniagaan di Makkah ketika itu dibolot oleh pembesar-pembesar tersebut.
Nak buat camana? Mereka tak ada choice atau pilihan langsung! Oleh itu, turunlah surah ini, salah satu manfaatnya ialah menjadi glad tidings atau berita gembira dan motivasi bagi masyarakat Muslim Makkah ketika itu. Kenapa jadi berita gembira? Masyarakat Muslim ketika itu adalah minoriti, jumlah mereka adalah sedikit. Mereka tidak mampu untuk berlawan dan menuntut hak mereka dengan cara perundingan mahupun peperangan. Oleh itu, menjadi berita gembira kerana Allah akan membela mereka (Muslim) dan membalas perbuatan zalim pembesar-pembesar tersebut pada Hari Kebangkitan nanti, kerana mereka (Muslim) sedar bahawa kehidupan dunia ini sebenarnya sungguh sekejap. Tak lama lagi pembesar-pembesar tersebut kena lah nanti (rujuk ayat 4-6).
Jadi, mereka tetap terus bersabar, biarpun tidak dapat menentang pembesar-pembesar tersebut untuk menuntut hak yang adil, mereka terus menjalankan misi dakwah, menjalankan kerja dakwah sehinggalah mereka berjaya membina kerajaan Islam di Madinah, kemudian selepas itu mereka berjaya menawan semula Makkah! Subhanallah. Tak cukup dengan itu lagi, mereka berjaya menyebarkan Islam ke seluruh Tanah Arab, dan disebarkan lagi sehinggalah ke seluruh dunia, sehingga kita yang sedang membaca post ni adalah beragama Islam! Allahu Akbar!
Nampak tak? Keypoint: Sabar, yakin dengan janji Allah dan terus berdakwah!
So, apa pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa ini? Ahah! Keadaan masyarakat Makkah ketika itu sama sahaja macam keadaan kita sekarang ni! Pembesar-pembesar yang zalim ibarat Israel Zionist. Mereka berada di mana-mana sahaja, dari segi bidang perniagaan sehinggalah pengaruh gaya hidup. Walaupun jumlah kita 1.6 billion, namun seperti hadith disebut tadi, kebanyakannya ibarat buih-buih di tepi lautan, mudah dihancurkan dek kerana cintakan dunia dan takut mati. Jadi berapa ramai yang benci pada dunia dan berani mati di jalan Allah? Sedikit kan? Insha Allah, mudah-mudahan kita tergolong dari golongan yang sedikit atau asing ini.
Beruntunglah wahai orang-orang asing! Lihat pada peristiwa surah ini, masyarakat Muslim ketika itu adalah sedikit namun terus bersabar kerana mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan yakin dengan janji Allah dan dakwah sahaja. Dan lihatlah apa pengakhiran mereka? Mereka sendiri dengan pertolongan dari Allah berjaya menawan semula Makkah yang dipenuhi dengan berhala-berhala yang menyesatkan dan berjaya menyelamatkan saudara-saudara mereka yang berada di Makkah ketika itu. Bagaimana kita? Jerusalem atau Palestine kini dipegang oleh Israel Zionist!
Sekarang ini keadaan kita sama sahaja seperti pada awal-awal Islam disebarkan. Kita tidak mampu untuk terus terang-terangan menentang Israel Zionist seperti yang saudara-saudara kita di Palestine dan Gaza sedang lakukan. Jadi, kita contohi Rasulullah dan para sahabat pada awal penyebaran Islam, kita sabar dan terus menyedarkan masyarakat tentang hakikat Islam dan hakikat untuk terus membenci Israel Zionist. Kita merekrut Muslim-muslim yang berkualiti. Dan apa pengakhiran kita? Kita akan menawan semula Palestine! Allahu Akbar!
Allah has promised those who have believed among you and done righteous deeds that He will surely grant them succession [to authority] upon the earth just as He granted it to those before them and that He will surely establish for them [therein] their religion which He has preferred for them and that He will surely substitute for them, after their fear, security, [for] they worship Me, not associating anything with Me. But whoever disbelieves after that - then those are the defiantly disobedient.
Jadi, teruskan berdakwah! Kita jangan give up atau berhenti meyampaikan dakwah, teruskan perjuangan! Teruskan untuk menyedarkan masyarakat tentang isu Palestine ini yang sudah berlarutan sejak tahun 1948 lagi! Jangan putus asa! Teruskan memboikot barangan Israel Zionist! Sekiranya kita terasa lemah, ingatlah seperti yang dinyatakan dalam ayat 4-6 Surah Al-Mutaffifin; Allah akan membalas perbuatan mereka nanti!
Akhir kata, ingat keypoint utama: sabar, yakin dengan janji Allah dan terus berdakwah!
Sebagai pembakar semangat, silalah baca Mana Tuhan Kamu?. Insha Allah pengakhiran kita akan jadi macam ni, atau lebih baik lagi!
0 comments:
Post a Comment