Thursday, July 1, 2010


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.

O you who believe! Enter perfectly in Islam and follow not the footsteps of Shaitan. Verily, He is to you a plain enemy.

[Al-Baqarah (2): 208]




Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, post kali ni akan membincangkan tentang si dia yang genius.




Khutuwaat Asy-Syaitan

       Kalau kita lihat ayat tadi, Allah berfirman " wa laa tatttabi'u khutuwaatisy syaitan". Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan khutuwaat asy-syaitan ni? Apa yang dimaksudkan dengan langkah-langkah syaitan? Apa yang dimaksudkan dengan the footsteps of Syaitan ?


     Menurut Syeikh Hartono (graduan Mechanical Engineering, The University of Nottingham UK), khutuwaat asy-syaitan atau dengan bahasa yang lebih kita fahami ialah program-program yang diatur oleh syaitan. Haa cuak.

     Ape pulak yang dimaksudkan dengan program-program syaitan ni? Seperti namanya sendiri, sebuah program seperti mana program-program anjuran kelab-kelab, persatuan-persatuan yang pernah kita sertai. Pukul 7: hemat diri, pukul 8: lapor diri, pukul 12: jungle trekking, pukul 4: basuh khemah etc..


     Program yang camana pulak ni? Cuba kita perhatikan kisah ini. Tak silap, penulisnya adalah Ibnu Qayyim. Wallahu'alam. Lupa dah. Tolong bagitahu kat comment section kalau ada sesiapa yang ingat.


     Ada seorang hamba Allah ni, seorang yang senantiasa memperbanyakkan ibadahnya. Dan seperti biasa, si "genius" kita ni memang tak lepas dari menggoda orang, even orang itu seorang yang suka mendekatkan diri kepada Allah. Kemudian, menjelamalah si "genius" ini menyerupai seorang manusia.


     Ditakdirkan Allah, terlihatlah akan hamba Allah ini kepada jelmaan "genius" tadi. Dan, kagum si hamba Allah ini melihat bagaimana dia (syaitan) beribadat. Hamba Allah ini merasakan bahawa amalannya sungguh sedikit sekiranya berbanding dengan syaitan tersebut (perlu diingatkan di sini bahawa hamba Allah tersebut tak tahu pun orang tersebut adalah jelmaan syaitan). Kemudian, terus si hamba Allah ini pergi bertanyakan syaitan itu.


(lebih kurang macam ni soalan dia, peng-detail-an cerita tidak sepenting pengajaran sebenar yang nak disampaikan)


"Bagaimana saudara boleh beribadat dengan begitu banyak, begitu khusyuk sekali?"


     Syaitan itu menjawab,


"Kerana saya pernah merasa dosa. Bila saya tahu bahawa saya telah melakukan dosa, cepat-cepat saya akan bertaubat kepada Allah, kemudian saya rasa menyesal dengan perbuatan saya tersebut lalu dengan sendirinya terdetik di hati saya untuk memperbanyakkan amalan ibadah saya."


"Oh begitu.. (dengan nada berminat)"




"Saudara, di sini ada sebotol arak. Sekiranya saudara betul-betul berminat, bolehlah saudara cuba meminumnya."


"Aish. Tak pe lah."


"Alah, minum sedikit sahaja sudah memadai. Tak ada kesan yang ketara sangat pun. Apa susah? Lepas minum, teruslah taubat. Kemudian waktu itu barulah saudara tahu bahawa perlunya untuk saudara beribadah dengan lebih banyak untuk membaiki kesilapan saudara tersebut."


     Pujukan demi pujukan, akhirnya hamba Allah ini tertewas dan meminum air arak tersebut.


     Ternyata, syaitan ini betul-betul seorang genius. Walaupun dengan jumlah yang sedikit, namun kesan arak tersebut dapat dirasa oleh hamba Allah itu. Beliau mabuk. Tak sedar akan niat asalnya. Dalam keadaan mabuk, beliau pulang ke rumahnya.


     Pulang sahaja ke rumah, beliau terlihat akan pembantu rumahnya, seorang perempuan. Dalam keadaan mabuk, bagaimana hamba Allah ini dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk? Bila akal atau otak tidak berfungsi, apa yang berfungsi? Nafsu beliaulah menjadi pemandu kepada setiap tingkah lakunya tika mabuk. Jadi, pembantu rumah tersebut telah dirogol dan akhirnya, bila sahaja beliau kembali menjadi waras, beliau berasa sungguh takut dengan perbuatan kejinya itu, lantas dibunuhnya wanita yang tidak bersalah itu.

Astaghfirullahal 'azim.


     Jadi ape yang dimaksudkan dengan khutuwaat asy-syaitan? Kita lihat kembali program yang dirancang oleh syaitan tadi. Apa permulaan pada programnya? Mula-mula, minum arak. Selepas mabuk, masuk fasa kedua programnya, iaitu merogol. Selepas merogol, masuk fasa ketiga, membunuh. Nampak flow chart atau carta aliran program atau khutuwaat asy-syaitan ini?


Arak/mabuk     >     rogol     >     bunuh


     Itulah yang dikatakan dengan khutuwaat asy-syaitan. Memang genius diorang ni. Ada rancangan sistematik khas untuk kita.

Contoh lain:

     "Bro malam ni ada ceramah best ni kat surau sekian sekian lepas isya'. Jangan lupe datang taw."


     "Oh best ni. Banyak faedah ni kalau aku dapat datang. Yang bagi ceramah tu orang yang memang hebat pulak tu. Rugi kalau aku tak gi ni."


     Tiba-tiba handphone Jamil berdering menunjukkan ada sms yang dihantar oleh kawan yang sudah lama tidak berjumpa.


     "Jom lepak malam ni! Lame si@# tak jumpa!"


     "Bro aku nak gi ceramah la malam ni lepas isya'. Next time la eh?"


     "Alaa lepas isya' tu. Lek luu. Gua bukan nak lepak lame-lame. Sebelum maghrib je la jumpe eh? Kat sekian sekian"


     "Ok la camtu. Sekejap je en? Ok la ok la."


     Ditakdirkan Allah bahawa Jamil menghadapi satu bala pada waktu sebelum maghrib, iaitu traffic jam yang teruk akibat berlaku accident pada highway yang dilaluinya itu. Setelah berjam-jam kena himpit, akhirnya tiba juga si Jamil ini ke tempat yang telah dijanjikan dengan kawannya itu.


     "Salam  'alaikum bro. Sori ar lambat. Jam teruk kot tadi. Papepun jom pergi solat dulu. Maghrib dah nak masuk dah ni."


     "Alah relaks la bro. Maghrib tak masuk lagi. Kau baru sampai dengan penat kerja hari ni, penat stuck dalam jam lagi. Pastu sampai-sampai nak gi solat terus? Lek luu, isya' kan lambat lagi. Aku pun baru order air ni. Alang-alang aku order untuk ko sekali. Aku belanja. Hah duduk la dulu."


     Kerana nafsu rehatnya betul-betul memaksa akibat kepenatan, beliau pun termakan la dengan pujukan tersebut. Melengah-lengahkan solat.


     Biasa la, kalau dah lama tak jumpa, elok-elok bestfriend yang selalu lepak sekali time kat asrama dulu, memang sembang best gila la. Teringat kenangan zaman dulu time nakal-nakal dulu, pecah tingkap la, main paip hos air la, main time fogging la dan macam-macam lagi. Gelak memang tak hengat la. Lama pulak tu sembang. Sedar-sedar, dah tak ada topic nak sembang dah, si Jamil melihat jam tangannya.


     "Astaghfirullah. Lagi 5 minit nak isya' dah! Pulak dah. Hang la ni nak sembang lama sangat! Jom ikut aku pi solat dulu."


     Kedudukan surau pula jauh dari tempat lepak mereka, tambah lagi dengan traffic jam yang tak habis-habis lagi, ternyata Jamil tidak sempat untuk menunaikan solat maghrib. Beliau telah meninggalkan solat fardhu maghrib.


     "Aduuhh. Dah terlepas dah solat maghrib aku. Aisshhh apa nak jadi dengan aku ni."

     "Relaks la Jamil. Nanti-nanti kau bertaubatlah. Benda dah terjadi, nak buat camana?"


     "Aisehhmannnnn baru aku teringat!! Malam ni sepatutnya aku nak pergi dengar ceramah kat masjid sekian sekian. Alang-alang ko ikut aku sekali la."


     "Weiii bro. Lu pikir sikit. Masjid sekian-sekian tu hang taw tak jauh mana? Jauh woo! Dah la jam ni. Hang sampai-sampai je orang dah start nak balik. Tak membazir masa ke tu? Jom la balik rumah aku sat. Alang-alang hang boleh solat isya' kat rumah aku terus."


      Jamil pun akur sahaja dengan cadangan rakannya itu. Dah lama tak jumpa kan, kena la jaga hati member. Ikut je la semua yang dia nak.


      Sesampai sahaja di rumah membernya, terkejut si Jamil ni melihat keadaan dalam rumahnya.


     "Fuiyyooo! Rumah ko ke ni? Stail gila! Ada PS3, Xbox 360, Nintendo Wii. Weh! Aku nak main sat boleh?"


     "Buatlah macam rumah ko sendiri. Aku nak tukar baju jap"


     Sekali lagi, Jamil lupa niat asalnya ke rumah kawannya itu, iaitu hendak menunaikan solat isya'. Akibat lalai dengan console-console tersebut, si Jamil sekali lagi melengahkan waktu solat. Kemudia, setelah rakannya sudah bersiap, rakannya berkata:


     "Wei Jamil! Gi la tukar baju. Malam ni aku bawak hang pi satu tempat special punya. Naik kereta aku. Kesian aku tengok kereta ko asyik jam je dari petang tadi. Habis minyak je. Jom jom ko masuk bilik aku, pastu pandai-pandai la ko pilih baju yang lawa untuk pergi tempat special malam ni."


     Selesai sahaja memilih baju yang cantik-cantik, akhirnya kedua-dua mereka bergerak menuju ke tempat yang dikatakan 'special'. Sesampai sahaja,


     "Astaghfirullahal 'azim. Ko nak ajak aku pergi clubbing rupenye! Weh hang taw tak haram!"


     "Woi woi. Sesedap je cakap haram ni. Nabi pun tak kasi kita sesuka hati mengharamkan benda (amboii pandainyaa cakap). Sapa kata haram? Kita pergi sini bukan nak minum arak pun. Dengar lagu pastu menari je. Yang ko dengar lagu tu tak haram pulak? Siap joget lagi? Ape beza pergi clubbing? Same je kan?"


     "Nasib baik guna kereta hang. Kalau kereta aku, dah lama aku pecut lari dah dari tempat ni. Lu punya pasal, ok la aku pergi untuk first time sahaja. Sekali je haa? Alang-alang curious gak aku nak tahu apa macam mana tempat ni. Asyik dengar kat berita club kena raid la, apa-apa la."


    "Baru la style member aku ni!"


     Dipendekkan kisah kerana terlalu panjang, ternyata Jamil enjoy ber-clubbing. Asalnya mahu menari sahaja, nak cuba-cuba sahaja (biasa la, nama pun kelab malam) tiba-tiba ada perempuan cantik offer dia minum arak walhal si Jamil ni mana tau tu arak ke tak. Dia tengok perempuan ni lawa punya pasal, minum je la. Kemudian jadilah dia orang yang mabuk lantas berlakulah perkara yang hampir sama dengan kisah tentang hamba Allah tadi.


     Astaghfirullahal 'azim. Kalau kita ada masa untuk Allah, ambillah masa selama 1 minit untuk beristighfar, kenangkan kembali dosa-dosa yang pernah kita buat dahulu. Mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa-dosa kita tersebut insya Allah.


     Nampak flow chart dan program syaitan atau, khutuwaat asy-syaitan yang telah dirancang untuk seorang hamba Allah bernama Jamil ini?


Melengahkan waktu solat     >     Meninggalkan solat     >     Tidak menghadiri ceramah best     >     Pergi clubbing     >     Minum arak     >     Zina




Kerana mereka ini genius yang sungguh annoying!



     Mereka ini genius kerana mereka ini telah hidup lebih lama daripada kita. Sejak Nabi Adam 'alaihi salam diciptakan lagi mereka telah wujud. Bukan setakat wujud, bahkan mereka dah mula buat kerja mereka sejak Nabi Adam berada dalam syurga lagi!

    Bukan setakat mereka ini sudah lama berkecimpung dalam bidang menyesatkan orang sahaja, malah mereka juga berjaya mengenakan orang-orang yang dikatakan bijak pandai dan berakal.



juga kaum 'Ad dan Samud, sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari tempat tinggal mereka. Syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan-jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam,

And 'Ad and Thamud (people)! And indeed (their destruction) is clearly apparent to you from their dwellings. Syaitan made their deeds fair-seeming to them, and turned them away from the Path, though they were intelligent.

[Al-'Ankabut (29): 38]




     Mereka yang disifatkan Allah sebagai orang yang bijak dan pandai pun boleh terkena hasutan syaitan, bagaimana pula dengan kita?



Camana nak tolak offer program diorang?


     1. Senang cerita, jangan sesekali nak mencuba! Selalu aku dengar dari pakcik-pakcik mahupun rakan-rakan sebaya aku yang ketagih dengan rokok, bila ditanya kenapa boleh ketagih, kebanyakan mereka akan menjawab,


"Mula-mula aku/pakcik saja-saja nak cuba. Tengok-tengok jadi camni pulak"


    Sedar tak sedar, itu pun dikira khutuwaat asy-syaitan. Itulah salah satu program yang diatur oleh mereka, dengan permulaannya hanya untuk mencuba.


Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

     Kalau dah terang-terang benda tu buruk, jangan nak mencuba pulak.


     2. Lihat pada Surah Al-Ankabut ayat ketiga.





Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang dusta.

And We indeed tested those who were before them. And Allah will certainly make known those who are true, and will certainly make known those who are liars,

[Al-'Ankabut (29): 3]






     Kalau kita betul-betul kata kita ni hendak beriman, lillahi ta'ala, kerana Allah, pasti kita akan diuji sebagaimana yang terdapat dalam ayat ke 2 surah ini. Kenapa? Seperti yang telah dinyatakan pada ayat ke 3 atas ini.


    Kalau kita kata kita betul-betul beriman, sebagai contoh seperti Jamil hendak pergi mendengar ceramah selepas isya', kenapa bila kena uji sikit, terus hilang niat asalnya?


     Sebab, tiada keikhlasan.



 Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
kecuali hamba-hambaMu yang Mukhlis (ikhlas) di antara mereka.


[Iblis (Satan)] said: "O my Lord! Because You misled me, I shall indeed adorn the path of error for them on the earth, and I shall mislead them all.

"Except Your Mukhlis slaves among them."

[Al-Hijr (15): 39-40]




     Kita tanya kembali kepada diri kita, ikhlas ke tak aku buat benda baik ni?

     *Bila berbicara tentang ikhlas dan niat, aku ada tulis satu post: Biskut kering*

     3.  Yang terakhir, yang selalu kita baca sebelum membaca bismillahirrahmanirrahim, mohonlah perlindungan daripada Allah dari gangguan syaitan. Syaitan itu genius, namun yang lebih bijaksana dari mereka semestinya Yang Menciptakan mereka.



Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

And if an evil whisper from Syaitan tries to turn you away (from doing good), then seek refuge in Allah. Verily, He is the All-Hearer, the All-Knower.

[Fussilat (41): 36]






     Wallahu'alam. Itulah serba sedikit pandanganku. Lebih elok sekiranya di antara kita yang berkongsi sekali tentang hal ini, atau membetulkan mana-mana bahagian jika ada kesalahan, agar sama-sama kita masih teguh pada jalan ini.

Posted by Posted by zabed at 9:05 PM
Categories:

 

3 comments:

Anonymous said...

its great brother...luv this...
syukran lakum..:)..
(qimi)

Catheeya said...

Goog good genius!

zabed said...

anonymous qimi: 'afwan. :) What good reaches you is from Allah. by the way, Qimi mana ni?

zarith: "Goog good genius"? Aku tak paham bahasa ko. haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>