Ini cerita time aku kerja kat salah sebuah office di tengah-tengah KL, dekat2 dengan jalan TAR, musim summer (tak boleh blah) 2009.
1st time masuk kerja kat office baru tu, dengar taklimat atau pesanan senior2 yang berada dalam office tu. JANGAN PAKAI SELIPAR DALAM OFFICE atau SEWAKTU KERJA. Perh. First time kerja kat office, rasa best la pulak kan pagi-pagi bangun, gosok baju kemeja, pakai kasut office, pastu jalan kaki naik LRT sampai menara TH (time tu KBG masih lagi dalam bengkel, tengah 'tune', haha). Macam orang besar plak.
Ada la dalam minggu ke 2 atau ke 3 aku kerja kat situ, aku ternampak ada sorang senior staff ni rilek je pakai selipar dalam office. Pergh selamber. Kang kena marah dengan boss kang baru tau. Pastu ditakdirkan Allah, boss betul-betul lalu sebelah dia. Tak kena sound pun! Hampeh. Rupa-rupanya omong kosong aja ya pak pasal rule memakai selipar ini?
Setiap hari kerja di office memang aku dapat terasa la jugak bagaimana pengalaman orang-orang dewasa yang dah bekerja yang selalu mengeluh kerana kebosanan dan stress bekerja; setiap hari buat benda sama je. Dari start punch card, dah kena key in dalam borang. Lepas tu nak kena achieve target berapa banyak file pulak yang kita boleh extract dalam sehari. Ape je kelainan dalam setiap hari tu? Of course, target lebih ke tak lebih. Haha tu je la. Time tu baru aku paham kenapa sesetengah orang lebih prefer untuk belajar daripada kerja.
Jadi, untuk menambahkan kelainan pada kebiasaan rutin harian berada dalam office di menara TH tersebut, aku pun beranikan diri untuk mencuba pakai selipar ke office, tetapi waktu hari Jumaat je la. Boleh bagi alasan kata nak pergi solat Jumaat; takut kasut hilang ke, kena jalan jauh nak pergi masjid ke, etc..
Selamba, masuk office, punch card, berbaju melayu, pastu terus duduk kat meja aku. Fuuhhh memang schlumberger. Staff2 laki lain pun pakai gak baju melayu, tapi tak de la sampai pakai selipar. Sebenarnya, keadaan aku pada waktu itu seolah-olah mengundang "penyepak".
Tengah-tengah berjalan tu, tiba-tiba aku disergah.
Eh terkejut aku. Ni la brader yang pakai selipar yang aku nampak hari tu. Pehal sound aku plak ni??
Lepas tu aku pandang bawah. Try usha brader tu pakai kasut ke sampai boleh sound2 aku ni. Tengok2.....
herm herm herm herm hrmmmmmmmmmmmm. *rumbling* Aku mampu menarik nafas je la. Kejam sungguh dunia sekarang.
Pengajaran
Perkara macam ni selalu jadi kat masyarakat kita. Aku tak salahkan atau menghukum sapa2, sebab aku pun pernah jadi macam tu jugak. Biasalah, manusia kan tak akan lari dari kesilapan, manusia kan sering diuji oleh Allah, tetapi, itu bukan alasan atau jawapan yang sebenar untuk ditujukan kepada Allah kelak. Kenapa instead of kita asyik memberi alasan seumpama "Itu sifat nature/persekitaran/mother tongue/masyarakat aku. Aku dah tak boleh ubah dah", kita mengubah statement atau mentaliti kita itu menjadi "kenapa aku tak boleh berubah kalau orang lain boleh?".
Mentaliti masyarakat kita, cakap tak serupa bikin. Tetapi tidak bermaksud tidak boleh menegur orang lain langsung, membiarkan sahaja masyarakat bergelumang dengan jahiliyyah yang lebih teruk dari keadaan masyarakat Mekah sewaktu wahyu pertama diturunkan kepada baginda sallallahu 'alaihi wa sallam. Seharusnya wujud dalam hati kita ini, perasaan, kalau aku nak tegur, biarlah aku pun sama seperti apa yang aku cakap.
Tetapi biasalah, seperti yang dinyatakan, kadang-kadang manusia nak berubah menjadi lebih baik, kebiasaannya akan 'tergelincir'. Iman itu naik turun, pasang dan surut, ibarat sinusoidal graph atau wave, ibarat tulang belakang yang mengalami scoliosis, tetapi, tak kan selamanya berada paras negative? Bila graph tu nak naik plak?
Sebab itulah, konsep saling tegur-menegur diperkenalkan.
Kalau kita menegur orang, bersiap-sedialah untuk ditegur balik. Sama-sama kita memperbaiki diri sendiri, sama-sama kita memperbaiki masyarakat kita yang semakin tidak mengenali Allah.
"Kau tegur aku, aku pun akan tegur kau balik. Kita sama-sama sering melakukan dosa. Sama-sama jugalah kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Insya Allah, Allah akan menghapuskan perasaan ego dalam hati kita. =)"
Kami belia benci EGO!
2. Realiti masyarakat sekarang
Masyarakat sekarang, sedar atau tak sedar, percaya atau tak percaya, memang kejam dan zalim. Hah pulak dah.
Kenapa dikatakan kejam? Kenapa dikatakan zalim? Aman je aku tengok malaysia. Tak ada perang apa-apapun. Pemerintah pun tak berlaku kediktatoran?
Sebab gaya hidup islam tidak diamalkan.
Hah pulak sekali lagi. Jawapan skema SPM Pendidikan Islam. Jawapan yang selalu kita dengar, dan kadang-kadang tu muak dah dengar statement macam ni, malah dah melekat kat akal kita dah statement2 macam ni. Kalau orang tanya, kita boleh jawab.
Tetapi, statement tersebut tak melekat pada hati.
Islam itu adalah agama yang syumul, yang lengkap. Lengkap bukan dari segi hubungan kepada Allah sahaja, tetapi lengkap juga dari segi hubungan kita dengan manusia lain, dengan erti kata lain, merangkumi segala-segala aspek, dari segi pemerintahan, dari segi perundangan, ketenteraan, masyarakat, cara belajar, family, kawan-kawan, malah sehingga pemikiran kita sekali pun dan macam-macam lagi yang membuktikan bahawa islam is everything.
Pendek kata, islam itu dari sekecil-kecil perkara seperti bagaimana cara untuk memakan dan ada-adab ke tandas sehinggalah sebesar-besar perkara seperti gaya pemerintahan, gaya pentadbiran, strategi peperangan.
Kandungan Al-Quran menurut beberapa kajian (maaf sebab tak ingat siapa atau badan mana yang melakukan kajian tersebut), lebih daripada 50% adalah berkaitan hubungan manusia dengan manusia. Tak percaya? Aku challenge yang kata tak percaya atau mengambil remeh temeh perkara ni untuk khatam Al-Quran sampai habis. "aku dah banyak kali khatam dah la bro tapi aku tak jumpa pun?" Khatam sekali dengan maksud boleh? Pastu judge sendiri la.
Kalau diikutkan, islam itu tak layak untuk dipanggil 'agama', menurut mentaliti masyarakat kita. Mentaliti masyarakat kita, agama itu hanyalah ibadah kepada Tuhan semata-mata, macam mana nak doa, pergi haji, atau yang lain-lain yang sering kita anggap hanya berkait dengan hubungan dengan Tuhan semata-mata. Islam itu lebih layak sekiranya kita mendefiniskannya sebagai gaya hidup atau lifestyle.
Tahniah kepada Barat kerana berjaya mendoktrinkan pemikiran secularism pada orang ramai di seluruh dunia, termasuklah negara Malaysia yang terletak jauh tersorok dari tanah Barat.
Secularism dengan definisi yang ringkas, agama adalah agama, politik adalah politik, kerja adalah kerja. Dengan maksud lain, agama tidak mencampuri langsung dalam bidang-bidang lain, hanya fokus kepada hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata.
Well, itu agama lain, kita beragama islam. Seharusnya pemikiran kita tidak sama seperti secularists yang lain, kerana kita percaya islam itulah merangkumi segala-galanya.
Kan dah melarat jauh. Apa kena mengena dengan cerita office ni?
Kerana bila gaya hidup islam itu tidak dipraktikkan dalam hidup kita, bukannya kita punya lifestyle, bererti, kita telah berada jauh dari aspek yang sebenarnya yang mengikut fitrah manusia itu sendiri, dengan erti kata lain, kita menjadi orang yang zalim, orang yang tidak meletakkan sesuatu perkara itu pada yang haq (benar).
Jadilah kita seperti brader dalam cerita ni, merasakan dirinya berpangkat lebih tinggi dari orang lain, merasakan dirinya layak untuk membuat undang-undang sendiri, merasakan dirinya layak untuk melanggar undang-undang yang dibuat sendiri, merasa layak untuk menghukum orang lain yang dikatakan berpangkat rendah kerana tidak mengikut undang-undang yang diciptanya walhal dia langgar tidak menjadi masalah, merasakan seperti dia mampu untuk memperkotak-katikkan orang yang berada pada tahap yang rendah sesuka hatinya. Tidakkah itu menunjukkan sifat yang zalim dan kejam? Kecil je perkara ni kan bagi sesetengah orang, tetapi besar pula perkara ini bagi sesetengah orang.
Kecil ataupun besar, islam membicarakan tentang itu semua, mencukupi segala-segalanya, itulah konsep syumul.
Lihat! Islam membicarakan tentang isu ini! Ternyata dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa manusia itu semuanya sama sahaja. Kau hensem ke, kau cantik ke, kau tak lawa ke, kau putih ke, kau kuning ke, kau hitam ke, kau berasal dari Europe ke, kau berasal dari Afrika ke, tetapi semuanya sama sahaja. Tak ada yang membezakan kita melainkan, sejauh mana taqwa kita kepada Allah. Itulah faktor yang membezakan kita semua. Taqwa; sejauh mana kita takut kepada Allah, sejauh mana kita melaksanakan perintahnya, sejauh mana kita elak daripada larangannya.
Cuba kita perhatikan kata-kata Syed Qutb dalam buku terakhir karangan beliau semasa berada dalam penjara, buku terakhirnya sebelum dihukum gantung oleh kerajaan Mesir kerana bercita-cita untuk mengembalikan kerajaan islam, walhal pada zaman itu, beliaulah orang yang paling cerdik di Mesir, beliaulah orang yang pernah dicalonkan sebagai Menteri Pelajaran/Pendidikan kerajaan Mesir. Sama-sama kita mendalami kata-kata beliau:
"bila sahaja dasar perkauman, kebangsaan, warna kulit, dan tanahair, persamaan nasib dan lain-lain lagi, yang menjadi tali pengikat antara kelompok umat manusia, maka jelaslah bahawa dasar-dasar itu tidak menggambarkan ciri kemanusiaan. Sebabnya manusia akan tetap menjadi manusia juga tanpa kebangsaan, tanpa warna kulit dan tanahair. Tetapi manusia itu bukan manusia lagi tanpa roh dan fikiran."
[Syed Qutb, Ma'alim Fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan)]
Kali ni cuba kita lihat manusia dalam aspek ini sahaja tanpa sentuh aspek-aspek lain, berapa ramai yang tidak mempraktikkan konsep yang diperkenalkan oleh islam? Berapa ramai yang mengaku dirinya islam tetapi tidak mengamalkan seperti apa yang dituntut oleh Allah, Yang menciptakan dan mengurniakan aqal kepada manusia? Kejam tak kita?
Adakah kita melihat islam itu adalah gaya hidup kita, kehidupan kita?
"Islam itu adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat; akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah (pemikiran). Sepertimana ia adalah 'aqidah sebenar dan 'ibadat yang sahih tanpa ada bezanya."
[Hassan Al-Banna, Risalah Ta'alim]
Ada dua pilihan di hadapan kita, tiada jalan tengah atau jalan lain melainkan kedua-dua itu, islam atau jahiliyyah, kebenaran atau kezaliman. Kita pilih yang mana? Tengok cara hidup kita, kita tahu kita berada di jalan yang mana. Lurus atau tersimpang?
Wallahu'alam.
1 comments:
wah makin tinggi bahasa :)
Post a Comment