Suatu fenomena yang ajaib pada pagi ini. Pagi 12 July 2010.
Suasana pada waktu pagi di KL pastilah bukan suatu suasana yang ramai orang suka. Siapa suka pagi-pagi bangun, dengan mengantuk-ngantuk lagi, pastu nak pergi kerja lagi, pastu jam pulak dekat KL, jam lama pulak tu, dengan honk di sana sini, bagi yang bawak kereta akan rasa jeles yang teramat melihat motor-motor kapcai berlalu begitu sahaja, pastu nampak bayang-bayang berwarna putih dengan melambai-lambai ke arah kita, pastu melambai-lambai ke arah lain pulak, tengok traffic light bertukar-tukar warna, kalau nampak warna merah, konferm naik menyampah punya, ditambah lagi dengan kereta kat depan kita pun mengeluarkan cahaya berwarna merah.
Bagi yang menggunakan khidmat LRT ataupun KTM untuk ke tempat kerja pula dah biasa dah kena beratur panjang sebelum masuk, berbaris-baris pulak tu, pastu bila dah dapat masuk, perhhhh ramai gile. Macam sardin kena himpit. Ok la time pagi sebelum kerja, kena himpit sehimpit-himpitnya pun still bau wangi di merata-rata tempat. Bau perfume, bau cologne, bau deodorant, bau bedak, bau minyak rambut Brylcreem, bau minyak kelapa dara dan macam-macam lagi. Masuk je office, perhh macam-macam bau kita ada. Tak payah pakai perfume pun dah wangi secara 'semula jadi' dah.
Tapi pagi ni sungguh ajaib. Berlainan dengan norma suasana pagi-pagi biasa di KL, pagi yang dinanti-nantikan dan dihajati oleh majoriti pekerja-pekerja KL. Pagi yang sesetengah orang akan menganggapnya sebagai mustahil. Malah aku sendiri pun pelik pada pagi ni.
Smooth gila jalanraya ni! Mana kereta-kereta lain??
Smooth tu tak ada la sampai tak ada kereta langsung, tetapi tak berlaku jam pun. Kalau berhenti pun sebab traffic light warna merah. Alhamdulillah, first time pergi office dengan kelajuan yang agak 'smooth'. Tak payah tekan brek banyak-banyak.
Sampai-sampai office je, bukak laptop, online jap. Usha facebook jap, perhhhhh
Spain menang World Cup rupenye....
Gejala Mata Merah
Minggu lepas aku sempat baca satu paper dan aku berminat dengan satu column ni. Tajuk dia lebih kurang macam ni:
Employers fear of employees taking day off.
Haha kelakar jugak aku baca. Aku ingat column ni nak cerita yang ramai pekerja suka amik cuti ke, suka ponteng kerja ke, rupanya dia bincang pasal benda World Cup ni jugak.
Kebanyakan boss risau dan takut yang bisnes diorang pda hari Isnin (hari ni) akan jatuh disebabkan ramai pekerja akan ambil cuti, atau ponteng. Cuti apa? Tengok final world cup laa.
Aku baca pun fikir, "Biar betul sampai employers risau pasal benda ni?". Kemudian, sambung baca lagi, wartawan column tu sempat menemu ramah beberapa boss.
Boss 1:
"Diorang nak cuti suka hati je la. Aku pun minat bola. Haha"
Boss 2:
"Agak-agak la nak ponteng kerja pun. Kalau nak mintak cuti, pergi isi borang cuti tu sekarang. Sekurang-kurangnya nampak proper sikit. Baru la boleh dapat ISO punya cert nanti."
Boss 3:
"Aku malas nak cakap apa dah. Korang employee yang kami pilih, pandai-pandai la jaga tanggungjawab korang. Jangan sampai memalukan nama syarikat sudah. Kalau ada jugak yang ponteng, jangan datang ke bilik saya tanya kenapa duit dalam account bank sikit pada hujung bulan karang."
Bila aku relate balik article minggu lepas tersebut dengan kejadian atau fenomena pada hari ini, memang tak sangka jugak betul apa yang dijangkakan oleh article tersebut. Paul yang ramai orang 'gila' kan sangat ni pun tak ramal benda macam ni berlaku, tetapi manusia yang mempunyai akal yang sempurna, anugerah Allah agar menjadi khalifah di muka bumi ini berjaya meramal atau menjangkakan bahawa fenomena 'jalan raya KL smooth' berlaku.
Fikir balik, sampai ke tahap tu diorang sanggup amik cuti & ponteng semata-mata nak tengok final?
Sebelum ni pun selalu gak tengok 'mata-mata merah' kat office ataupun di mana-mana kawasan di KL. Lambat masuk office, tidur kat dalam office. Tanya kenapa pun jawapan yang sama, "Gua tengok match X vs Y la broo malam semalam".
Lepas musim World Cup, ada lagi musim baru, yang dinanti-nantikan. :)
Musim Baru
Boss1: Apa pasal lambat datang kerja hari ni?
Pekerja1: Sory boss. Malam semalam saya buat Qiamullail. Dah lama tak buat, so saya tak biasa nak berjaga lepas solat Subuh tadi.
**********
Boss1: Apa pasal lambat datang kerja hari ni?
Pekerja2: Sorry boss. Pagi tadi ramai orang kat masjid buat Solat Subuh berjemaah. Habis-habis solat je, memang jam la kawasan masjid tu. Tu yang saya lambat tu.
**********
Pekerja1 & Pekerja2: Boss apa pasal lambat hari ni?
Boss1: Haiyya lu orang haa. Ini sudah masuk malam kesepuluh terakhir laa! Luu orang tak iktikaf di masjid ka??
Perancangan kita untuk musim baru??
Berakhir sudah musim World Cup, masuk pula bulan Ramadhan. Insya Allah pada 11 August nanti. Apa pula perancangan kita? Baca Quran at least sehari satu muka surat? Qiamullail sekejap walau solat sunat 2 rakaat sebelum sahur? Henti berkata yang kesat dan carut? Banyakkan berzikir pada siang hari? Derma kat masjid at least seringgit dekat mana-mana masjid? Berazam pada Ramadhan kali ini nak meningkatkan solat berjemaah kita? Daripada kita dok meraung-meraung dalam pukul 6-7 petang sebab kelaparan, lebih elok sekiranya kita melafazkan "Subhanallahi wa bihamdih" sehingga seratus kali sebagaimana hadith Rasulullah? Solat tarawih tak nak miss dah seperti tahun-tahun sebelum ini? Qiamullail at least seminggu sekali? Bagaimana pula dengan 10 malam terakhir? Tak nak mengejar Lailatul Qadr?
Apa-apa perancangan kita pun pada musim baru ni, pastikan ia adalah suatu kebaikan, suatu penambahan untuk saham kita di akhirat kelak insya Allah. =)
Fastabiqul khairat. Compete in good deeds. Berlumba-lumbalah berbuat kebaikan.
(5:48)
2 comments:
mari kejar pahala ramadhan! ;)
jom gegar dunia ngan perubahan mendadak!!!~~~huhu
(qimi)
Post a Comment