Thursday, July 29, 2010




     Dah nak masuk sebulan setengah dah aku 'berpraktikal'. Memang beza sungguh bila dah bekerja secara 'official' ni berbanding dengan belajar.

*bekerja secara official bermaksud pekerjaan atau occupation yang kita lakukan sama sahaja seperti bidang yang kita ceburi di IPT masing-masing, bukannya macam kerja part-time kat fast-food restaurants atau kerja promoter baju kat shopping mall etc.

     Kalau kat universiti atau institusi pengajian kita, yang menjadi penilaian kehebatan kita atau kayu ukur keberjayaan kita di IPT tersebut adalah result exam, aktif dalam aktiviti kokurikulum, join club tu or club ni.

     Well, wa cakap sama lu bagi yang masih belajar lagi, bila dah start kerja, semua-semua tu tak pakai la jepp. Seriously tak pakai. Ko nak berlagak dengan result ko ke, nak berlagak dengan pencapaian koQ (kokurikulum) ko ke, ko active dalam macam-macam kelab ke, ko presiden kelab itu ini ke, memang diorang (employer) tak pandang langsung........................................bila

BEKERJA


Fasa 1: Mendapatkan kerja yang diidamkan

     Bila nak submit resume untuk cari kerja dan untuk di-interview memanglah diperlukan benda-benda yang di-mention tadi. Ye la, kita kata nak kerja dengan company besar-besar, nak dapat gaji besar-besar, takkan la company yang dikatakan 'besar' dan offer gaji yang mantap tu tak nak tengok result kita dan pencapaian kita koQ kita langsung kot. Diorang perlu la menapis orang-orang yang mintak kerja tu. Company nak seratus orang je, yang memohon sampai seribu. Mestilah diorang nak pilih di antara seribu tu yang creme de la creme punya. Time proses menapis tu barulah mereka (employer) melihat pencapaian-pencapaian kita yang 'membanggakan' tersebut.

      So, sampai di situ sahajalah. That's it. Sampai ke tahap interview dan layak bekerja sahaja. Pencapaian yang kita kejar selama bertahun-tahun kat IPT masing-masing hanya untuk kelayakan bekerja sahaja yang mengambil masa hanya beberapa minggu malah dalam sesetengah kes tu hanyalah beberapa hari dan ada jugak beberapa minit.



Fasa 2: Diterima untuk bekerja

     Bila da start kerja, dah masuk office, sedang menunggu order atau arahan kerja dari boss korang, time tu, memang tak guna langsung result-result dan sijil-sijil yang kita sibuk sangat untuk dapatkan dan kumpulkan tu. Inilah fasa baru, a new phase, fasa bekerja beb! Bukannya dok huha huha lagi dah macam time study dulu. Selalu kita dengar term, "ko tak payah study pun boleh score en?", "ko tido dalam class pun boleh dapat 1st class en?", "ko study last minute pun boleh survive en?" Selalu kan dengar? Dan kadang-kadang tu jeles gila tengok orang-orang ini yang dianugerahkan Allah 'kebolehan' cepat pick up. Namun, sekali lagi, itu fasa dulu. Sekarang kita dah kerja. Lain bro. Lain lain.

      Ko buat la perangai macam tu time kerja karang. Tido time kerja, last minute siapkan kerja, masuk office lambat, walau sehebat mana pun projek kita, boss tetap akan marah sebab tidak bersungguh-sungguh. Buat sambil lewa sahaja. Itu baru boss, belum tengok dengan detail lagi projek yang kita buat sambil lewa tu.

     Kalau dibuat sambil lewa namun hasilnya mantap dan berjaya memukau pandangan-pandangan orang yang melihatnya, kadang-kadang akan berlaku kecuaian yang tak disangka-sangka langsung. Contoh: Peristiwa British Airways Flight 5390 (tak ingat tahun berapa). Tragedi tersebut hampir-hampir mengakibatkan salah seorang pilot dalam flight tu dicampak ke luar semasa penerbangan. Selama beberapa minit, pilot yang hampir2 dicampak tu melekat atau tertepek (aku pun tak tahu nak guna istilah mana, korang tengok sendiri la kat youtube) dekat muncung depan pesawat tersebut! Dia tak melayang, tapi melekat pada badan pesawat tersebut! Tengok gambar kat bawah ni (ni gamba selepas lakonan, bukan yang betul)


      Dan oleh kerana 'itu' juga, pesawat tersebut menjunam dengan lajunya dan terpaksa mendarat serta merta kerana hilang aerodinamik-nya. Alhamdulillah, pesawat tersebut berjaya landing dengan selamat dan yang pilot yang tercampak tersebut masih lagi bernyawa. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Taw apa 'itu' yang mengakibatkan disaster yang teruk sampai macam ni sekali? Bolt yang digunakan pada cermin hanya kecil 6mm diameter sahaja berbanding yang original. Kecikkkk je beza! Pun boleh berlaku kemalangan?? Siapa yang pasang bolt tu? Cuai? Last minute? So sekarang ni nak tak sekiranya engineer yang mengendalikan pesawat yang kita bakal naiki adalah bersifat suka buat kerja sambil lewa (walaupun 6mm beza tu susah nak dicam)?

     Pencapaian gilang-gemilang dengan result kita bukan kayu ukur keberjayaan kita dalam arena bekerja, tetapi

"Proactive behavior involves acting in advance of a future situation, rather than just reacting"
[Wikipedia]





     Yeap. That's right folks. Proactive. Proaktif. Kita kena ada perasaan dalam diri untuk berinisiatif mencari kerja tanpa disuruh. Jangan diam, duduk dalam office je, menunggu orang suapkan kerja ke dalam mulut kita. Jangan sampai boss tanya kita

"Apa pasal lu relaks banyak?"

"Saya dah habis kerja la boss. Tu yang saya duduk relak ja. Tataw nak buat apa dah. Nak online pun tak boleh, boss mana kasi online time kerja kan? (statement yang sungguh mencari pasal)"

"Heyy! Lu tak reti nak cari kerja sendiri ka?! Lu nampak tak staff-staff lain yang tengah busy buat kerja-kerja lain tu? Lu sikit pun tak rasa macam nak tolong diorang ka? Lu nak tunggu sampai I suap kerja ke dalam mulut lu?? Hah, kalau camtu, alang-alang lu tengah free ini masa, ikut I sekarang. Jadi my driver pergi ke bangunan sekian sekian. Ada meeting kat situ. CEPAT!"

"Erkkkk"

     Pulak. Kan dah kena. Belajar penat-penat sampai dapat diploma, dapat degree, ada master malah ada yang siap dapat PhD pun, last-last jadi driver boss je.Macam cerita lawak pulak aku dengar. Haha. Sapa suruh jadi pemalas? Orang yang proaktif adalah orang yang rajin.

     Dan macam tu jugalah situasi yang berlaku dalam office tempat aku buat praktikal ni. Orang yang berkelulusan diploma lebih cemerlang daripada orang yang dalam proses nak dapat degree (aku la tu). Member aku yang berkelulusan diploma dapat buat kerja yang betul-betul ada applikasi engineering, buat inspection each tingkat, buat file RFWI (request for work inspection), amik gamba siap letak dalam report lagi. Fuhh mantapp!! Aku? Buat kerja fotostat je. Lagi kesian, kadang-kadang tu aku pulak yang kena fotostat kerja file RFWI member aku tu pulak. Memang padan muka kat aku.



Kisah burung hud hud


And he [Solomon] took attendance of the birds and said, "Why do I not see the hoopoe - or is he among the absent?

I will surely punish him with a severe punishment or slaughter him unless he brings me clear authorization."
But the hoopoe stayed not long and said, "I have encompassed [in knowledge] that which you have not encompassed, and I have come to you from Sheba with certain news.

Indeed, I found [there] a woman ruling them, and she has been given of all things, and she has a great throne.

I found her and her people prostrating to the sun instead of Allah , and Satan has made their deeds pleasing to them and averted them from [His] way, so they are not guided,

[And] so they do not prostrate to Allah , who brings forth what is hidden within the heavens and the earth and knows what you conceal and what you declare -

Allah - there is no deity except Him, Lord of the Great Throne."

[Solomon] said, "We will see whether you were truthful or were of the liars.

Take this letter of mine and deliver it to them. Then leave them and see what [answer] they will return."



Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? 

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata".

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya dari tiap-tiap sesuatu dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. 

"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, - 

"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".

Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.  

"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka". 

[An-Naml (27): 20-28]






   

  Kita lihat bagaimana burung hud hud, seekor burung yang bersiz kecil sekiranya dibandingkan dengan saiz badan kita, tetapi sendiri tahu untuk mencari 'kerja'. Tak payah disuruh pun sendiri tahu untuk mencari. Dia menghilangkan diri bukan kerana slack off atau mencuri masa untuk berehat atau melakukan sesuatu perkara yang mengundang kemarahan ketuanya, iaitu Nabi Sulaiman 'alaihi salam. Kalau kebiasaan kita, dapat rehat 1 jam, nak extend sampai 2 jam. Bila tanya pergi mana, "jam la KL ni". Hampeh. Ada je alasan.


     Burung hud hud itu menghilangkan diri kerana ia pergi memantau negeri Saba' di mana permaisurinya bersama rakyat-rakyatnya menyembah matahari. Dan ia terus melaporkan hal ini kepada Nabi Sulaiman 'alaihi salam.

    Lihat. Itulah yang dipanggil proaktif. Begitu dedicated-nya burung hud hud ini terhadap kerjanya sehinggakan tidak perlu disuruh oleh ketua pun ia mampu mencari kerjanya dengan sendiri, tanpa memberi alasan "kenapa saya sedang berehat?". Timbul perasaan tanggungjawab. Timbul rasa bahawa ada 'boss' yang lebih besar dari ketuanya sendiri sedang melihat.



"Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."

"The act of Ihsan is you worship Allah as though you can see Him. And if you cannot feel it, then He sees you."

[Muslim]


     Begitu jugalah halnya dengan kita. Boss kita yang paling Besar, yang paling Mulia dan yang paling Berkuasa bukanlah boss kita yang berada dalam office itu, tetapi Allah jualah yang Maha Memiliki setiap sesuatu.


     Kalau berada dalam office tu (bukan hanya di applikasikan dalam keadaan bekerja sahaja, time belajar pun sama saja, pandai-pandai la korang apply untuk diri sendiri) and dah tak ada kerja, tolong rakan-rakan sepejabat yang lain yang memerlukan pertolongan. Be proactive! Member punya kerja pun dah habis dah, sampai boss pun pening semua kerja telah siap (1 in a million case)? Haaaaa..... terasa diri tu banyak pahala sangat ke~~~~~~~~~

     Be proactive! Pergi cari kerja lain pulak! Baca buku! Tapi buku tak de? Ok, bacalah Quran. Quran besar sangat, tak boleh bawak pergi office? Bace je lah mana-mana surah yang kita hafal. Surah Qul Huwallahu Ahad pun tak hafal? Aihh bang, takkan surah Al-Fatihah tak boleh kot. Kita dok baca surah Al-Fatihah tu samalah macam kita baca Al-Quran. Al-Fatihah tu kan qalam (kata-kata) Allah, tak termasuk dalam kategori Quran la tu ek? Come on la mentaliti Melayu, jangan la sempitkan skop yang sangat luas ok?? Tapi kan bang, saya tak hafal Al-Fatihah camana pulak? Herm........... kalau baru memeluk islam, ingatlah kita pada Pencipta kita, berzikir (mengingati) lah selalu.


"Sesiapa yang berzikir pada waktu pagi dan petang Subhanallahi wa bihamdih seratus kali, tidak ada seorang pun yang datang pada hari Kiamat lebih baik dari beliau melainkan seseorang yang berzikir sepertinya atau lebih dari itu"

[Muslim]




     Tu dia hadith yang cukup cantik. Subhanallahi wa bihamdih. Seratus kali pada waktu pagi dan petang. Seratus kali? Kita dengar macam banyak kan? Tetapi percayalah, aku pun dulu pikir macam tu gak, tetapi try jugak kira dengan jari-jari ni berapa banyak seratus dan baru aku sedar, rupa-rupanya tak sampai 5 minit pun nak sampai seratus tu! Subhanallah! Dalam masa 5 minit pada waktu pagi dan petang? 10 minit sehari? Mak aihh. Takkan kedekut masa kot. Ada 24 jam sehari, 10 minit tu pecahan 1/1440 dari masa sehari kita. Berat sangat ke nak jadi orang yang proactive ni?


     Apa lagi alasan yang kita boleh bagi? Orang yang proactive tidak akan memberi alasan! Sekiranya gagal sekalipun melaksanakan sesuatu tugas, beliau sendiri tidak akan berputus asa kerana beliau sendiri adalah orang yang proactive! Maka beliau akan mencari kerja lain agar dapat memperbaiki kesilapan atau kegagalan yang pernah dilakukannya. Tidak berputus asa.


     Kita lihat bagaimana qudwah (contoh/ikutan) kita pula macam mana.






'Ali bin Abi Talib describing him (sallallahu 'alaihi wa sallam) said: "At walking, he (sallallahu 'alaihi wa sallam) lifted his feet off the ground as if he had been walking in a muddy remainder of water.

[The Sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makhtum), Safi-ur-Rahman Al-Mubarakfuri]








     Macam tu lah ciri-ciri orang yang proactive!  Berjalan dengan kemas dan lincah! Menghayun langkah dengan gagah dan cergas! Penuh bersemangat!


     Hah ape lagi alasan yang kita boleh bagi? Be proactive! Inisiatifkan minda untuk menggunakan masa!






Wallahu'alam bis sowab



Posted by Posted by zabed at 1:19 PM
Categories:

 

7 comments:

muhamad safwan said...

yeah proactive. not only that, we've to be productive, efficient etc. nice entry! its about us! yeah IWK, wait for me next year, the environmentalist will be working with you. LOL.
i like this entry so much.

yeah so please people outside there, your result is not your future but it is just another medium to climb the next level of life. after that, u r back to a total zero.

p/s: zaid, caption2 xpayah belajar pon leh skore tue mmg kene lah!! ngeeeeeee

mysa said...

good writing..keep it up

Nadia Adam said...

yup, aku setuju pasal result tu. tapi kalau result xbagus pun, tak boleh nak lepas even 1st level pon. awal2 dah kena reject. jadi mungkin result yang bagus tu boleh jadi batu loncatan untuk ke level seterusnya?

dan untuk level seterusnya, you are on your own. huhu.

tq for posting this. it gave me an insight to the working world ^_^

Catheeya said...

Wah good writing. Sangat bagus. Bila terasa nak jadi malas, automatik teringat kisah burung hud2.. :)

zabed said...

sap: IWK? IWa Kamal? Hahaha. btw jazakallahu khair for the sharing :)

anonymous: insya Allah :)

nadia adam: betul tu. 1st level pun x lepas ape lagi kalau nak kerja. so, belajar pun kena dapat result cantik gak, tapi jangan berlagak. jazakillahu khair for the sharing :)

zarith: burung hud-hud sungguh inspirational :)

Anonymous said...

Masa sekolah kena tipu dengan cikgu pasal kepentingan ko-kurikulum tapi lepas kerja baru tahu ko-kurikulum tak boleh pakai.

zabed said...

haha penting jugak kot koQ ni sebenarnya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>