Monday, August 2, 2010



     Ini kisah sewaktu aku masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar di Kuala Lipis (sob sob.. sedih gile teringat kenangan lama).

      Biasalah kalau duduk asrama kan, peraturan strict gila. Tak boleh bawak tu, tak boleh bawak ni. Tak boleh bawak handphone, tak boleh beli komik atau majalah selain berunsur akademik, tak boleh bawak balik alat-alat elektronik berunsur permainan seperti Game Boy, PSP, PS2 etc..

     Macam-macam benda tak boleh bawak, peraturan pulak makin lama makin strict (semenjak dapat pengetua baru), budak-budak pun makin tertekan. Tertekan bhai time form 5 dulu. Aku ingat lagi time-time nak amik SPM la banyak peraturan-peraturan baru diorang perkenalkan. Waduhh macam sekolah tentera pun ada, cuma tak ada kawad2 je.

     Well, tertekan punya pasal, banyak la pulak idea-idea kreatif meletup-letup dalam kepala ni. Siapa sangka, budak Form 5 batch SPM '07 sekolah kami berjaya modify atau mengubahsuai calculator scientific kami menjadi Game Boy.



     Style laa. Tak pernah terpikir pun sebelum ni. Memang kreatif. Tak perlu computer untuk program software calculator pun. Tak perlu soldering atau pateri mane-mane component yang perlu diubahsuai pun malah skru-skru cover calculator pun tak payah nak bukak pun kami berjaya modify calculcator kami dengan izin Allah Yang Memiliki langit dan bumi.

     Kitorang just tekan-tekan buttons kat calculator tu je. TAP TAP TAP TAP TAP! Settle! Now you have yourself a Game boy with a scientific calculator interface.

     Haa berminat?? Ikut step-by-step cara nak tekan button-button dia. Tapi, make sure calculator korang brand Casio yang dipakai oleh majoriti pelajar-pelajar sekolah malaysia. Tak kisah la 570 ke, 3++ (tak ingat model mana).

     OK first, tekan "1 + 0" pastu tekan equal ("=") button. Nanti jawapan yang displayed adalah "1" kan? Ok, next step, tekan button "Ans", pastu tekan button "+" dan "1". Operation dia macam ni, "Ans + 1". Dah tekan, macam biasa, tekan button equal ("=") lagi. Jawapan displayed ape? Kalau "2", teruskan usaha anda untuk menekan equal button lagi. Dapat "3"? Tekan tekan tekan tekan tekan lagi? Value dia increase by 1 kan? Tahniah! Anda berjaya mem-program calculator anda sebagai alat mainan selain menjadi device hanya untuk kira-kira sahaja.


    Camana nak main? Kalau aku cerita detail sangat tak best gak. Korang kena try sendiri baru korang akan paham ape yang aku nak cuba sampaikan ni.


     Cara permainan: Biasanya kitorang akan tekan sampai 100. Sape sampai dulu dia yang menang. Ade yang lagi gile, buat sampai seribu. Lepas tu, tangan masing2 lenguh.


    Hahahaha. Sape yang tak paham sila ikut step by step modus operandi tadi. Kemudian, baru sambung baca. Kalau tak korang memang tak akan paham. :D


Hadith 1

"Sesiapa yang berzikir pada waktu pagi dan petang Subhanallahi wa bihamdih seratus kali, tidak ada seorang pun yang datang pada hari Kiamat lebih baik dari beliau melainkan seseorang yang berzikir sepertinya atau lebih dari itu"

[Muslim]





Hadith 2

"Whoever glorifies Allah at the end of every Salaat 33 times (Subhanallah), and praises Allah 33 times (Alhamdulillah), and utters the word of Greatness 33 times (Allahuakbar), that is ninety nine, completes it with one hundred, saying : Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalahu lahul Mulk wa lahul hamd wa huwa wa huwa 'alaa kulli syai in qadir, his shortcomings will be forgiven, even if it as large as the froth of the sea."


[Muslim]


    Ramai yang cakap nak berzikir macam ni everyday susah. Macam biasa, orang akan keep on bagi macam-macam alasan. Tak ada tasbih la, kira guna jari susah la, tak ada masa free la etc.


    Yang kita ni dok pikir susah-susah sangat kenapa? Teknologi ada. Gunakanlah! Jangan menyusahkan diri sehinggakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah terabai dan mengakibatkan kita semakin jauh daripada Allah pula.

Modify



1. Mula-mula, perform operation "0 + 1". Jawapannya, tanpa perlu melihat kepada calculator pun tahu dah.


2. Tak payah re-write atau clear, terus perform operation "Ans + 1". Pastu, tekan "=". Dapat "2" kan? Ringkasnya, setiap kali tekan button "=", value akan meningkat by 1. Jadilah macam tasbih electronic kan?


3. Berzikirlah sampai 100 sebagaimana hadith. Kan pahala dah meningkat insya Allah? Tak susah pun!

     Senang tak? Tak susah kan? Aku percaya majoriti yang membaca post ni mempunyai kalkulator scientific masing-masing dan aku juga percaya bahawa majoriti tersebut selalu menggunakannya. Dalam kelas untuk belajar kita guna, habis kelas lepas tu bila dah malam pulak buat homework atau tutorial. Kalau dok dalam kawasan universiti, mana-mana pun kita akan bawak kalkulator kan? Senang cerita, betapa dekatnya kalkulator dengan kita, betapa dekatnya kita dengan device kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah!

     Sedap kan? Tengah tension-tension buat homework atau tutorial, tibe-tibe tension gila tak dapat jawab soalan. Kemudian, kita berzikir atau mengingati Allah, maka tenanglah hati kita ini, insya Allah akan dipermudahkan olehNya untuk kita terus menjawab soalan tersebut.


Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

[Ar-Ra'd (13): 28] 


    Akhir kata, selamat beramal! :)

Posted by Posted by zabed at 11:32 AM
Categories:

 

5 comments:

Abu Khalid said...

Ala... tipu la, tak cam gameboy pon

Ana nak main pokemon dan kof

Suria Arjuna said...

termanthop!~hahahaha..
its work 4 time killer like me..ngeee

zabed said...

prof hussaini: boleh consider macam "need for speed" atau "super mario racing" gak. Anta kena jadi kreatif sket utk modify jadi apa yg anta butuhkan :)

'amil: insya Allah lepas ni tak ada lagi kes mencekik masa. haha

Anonymous said...

tak hedonisme la camni

zabed said...

zaman hedonisme (bakal) lapuk la bro

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>