Sunday, August 8, 2010



     On the way dari KL ke Putrajaya, melalui MRR2 pada waktu senja, sebelum maghrib.

     Mak aihh. Jam gila. Gerak sikit-sikit je. Habis minyak aku. Biasanya, even time senja-senja camni pun, jam kat MRR2 tak de la teruk sangat sampai gerak sikit, sikit sikit. At least ada satu lane yang smooth, yang gerak slow, tapi tak payah break.

*tips: mengikut pengalaman aku yang tak seberapa, kalau jam kat MRR2 sila ikut lane paling kiri sekali. Biasanya tu la lane yang paling smooth tapi banyak orang tak perasan. Orang pikir nak laju je.

     Tapi, jam petang ni memang lain macam sikit. Aku try lari dekat lane paling kiri, same jugak. Gerak sikit, sikit, sikit. Aik, tak menjadi plak trick ni. Ok, try pindah gi lane tengah n kanan pulak. Same jugak! Gerak sikit, sikit, sikit. Aduhh, tension gua time tu. Dah la ade hal time tu.

     Lepas je simpang nak masuk DUKE highway tu, depan sikit dekat dengan Honda Dealer kat belah kiri, aku nampak ramai gile orang kat atas bukit tu dok intai bawah (jalan MRR2 yang tengah jam). Aku rase semua yang selalu bawak kereta mesti dah boleh agak dah ape jadi. Aku tengok, dengan ilmu dan pengalaman yang diberikan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, aku rasa-rasa, ni jam teruk ni sampai tak boleh nak lari kemana-mana ni biasanya ada orang accident.

*info: kalau kat UK (atau negara-negara Eropah lain), diorang tak pakai lagi dah term accident kalau berlaku kemalangan di jalan raya, diorang guna term collision. Sebab kalau guna term accident, seolah-olah benda tu berlaku accidentally, bermaksud, takde sape yang bersalah lah macam tu. So, diorang guna collision, perlanggaran. Kat Malaysia? Ke'malang'an? Ape best word nak ubah perkataan malang yang dah lapuk lagi memutarbelitkan pemikiran?



     Gerak sikit, sikit, sikit, iya memang betul. Ada collision. Banyak gila motor park tepi jalan dan park dekat dengan lane kanan. Yang berlaku collision (tension pulak asyik guna term ni), hanya satu motor je. Yang menolongnya, ade la lebih 20 motor datang, macam nak gaduh pun ade. Yang melanggar atau dilanggar motor sebijik tadi, tak nampak pulak. Hit and run? Wallahu'alam. Tak tahu la beh. Sambil memandu ke depan, aku curi-curi tengok kawasan collision tersebut. Mak aihh sedihnye tengok member-member dia (mangsa) try kejutkan dia, walaupun muka mangsa tersebut berlumuran darah. Aishh sebak aku tengok. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

     Lepas kawasan collision tu, traffic kat MRR2 memang smooth habis. Tak ada kereta langsung, setakat beberapa bijik je ade. Aku pun pecut, tapi tak la sampai max. Tengok lane belah opposite pulak, jam teruk gila sebab collision tadi. Aku ke depan lagi, dengar siren ambulan. Tengok opposite lane, ambulan tersebut tak boleh nak gerak langsung sebab jam sangat teruk. Astaghfirullah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Takut aku tengok.

*****

     Pada hari yang sama jugak, tika malam (nak dekat pukul 00.00), pulangnya dari Putrajaya hendak ke satu kawasan Selangor di daerah Hulu Langat, berhampiran dengan Negeri Sembilan, lokasi tempat: Highway Kajang (tak ingat nama highway tersebut), sedang aku memandu di lane kanan, tiba-tiba dari jauh aku nampak sebuah kereta Waja di depan aku.

Pandangan pertama (3 saat sebelum):

     Eh asal kereta Waja ni slow semacam? Dah la kat lane kanan ni. Cari pasai sungguh hang ni. Aku nak cepat ni! 

Pandangan kedua (2 saat sebelum):

     Astaghfirullah! Kereta Waja ni bukan bawak slow, tapi rupa-rupanya dah berenti! Dia park dekat lane kanan! 

Pandangan terakhir (1 saat sebelum):

     Tiba-tiba ada orang lari dekat belakang kereta Waja tersebut sambil menjerit (walaupun aku tak dengar) dengan mengeluarkan kedua-dua tangannya dengan mesej yang aku terjemahkan mengikut tafsiran otak aku:

"Wehhh slow down!! Jangan langgar kereta aku!!!"



Kurang dari 1 saat, detik menekan brek:

     Dengan pantas, aku terus menekan brek dengan kuat. Aku dengar dengan jelas bunyi tayar screeching. Memang tak sempat sebenarnya kalau aku tekan brek pun. Dengan langkah drastik, aku terus corner ke arah kiri. Ala-ala Initial D, Aksi Buang Belakang (direct translation dari komik Initial D), cuma tak ada cawan diisi air, hanya ada Air Wick Aroma Gel yang pada asalnya berada dalam posisi horizontal (melentang) kemudian selepas Aksi Buang Belakang, posisinya bertukar pada vertical (menegak).

     Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji hanya untukMu Allah, Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan. Dengan pertolongan Allah, kereta KBG nyaris-nyaris terlanggar kereta Waja tersebut dan berada pada lane tengah just in time. Kami selamat dari berlaku sebarang perlanggaran. Begitu juga brader yang lari tadi, jelas nyata dari raut wajahnya lega kerana bumper belakang kereta Waja tersebut macam baru ditukar sahaja. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

     Kemudian, aku ke depan sikit, nak tengok apa dah jadi. Tengok-tengok, collision yang membabitkan motor lagi. Kali ni, bezanya dari tadi ialah, ko boleh nampak helmet atas jalan. Waktu collision petang tadi, helmet masih lagi dipakai, sekarang ni, helmet atas jalan pulak. Badannya? Wallahu'alam. Motor dia? Sama macam petang tadi, motor tersebut seolah-olah berlanggar pada lane kanan jugak. Astaghfirullahal 'azim..

*****



Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun



     Bila aku tengok perlanggaran yang berlaku pada hari yang sama tersebut, aku rasa sebak pulak. Baru aku paham maksud salah satu slogan kat jalan raya yang ramai dah tak pakai dah:


Ingatlah, orang yang tersayang


     Aku tengok macam yang berlaku pada waktu senja tersebut, aku rasa sebak sangat bila tengok member mangsa tersebut letakkan kepala mangsa pada betis dia. Walaupun mukanya berlumuran darah, member tersebut tak kisah langsung sekiranya jeans yang dipakainya dikotori oleh darah rakannya itu. Lagi aku sebak, bila member tu try kejut si mangsa. Kalau bagi orang luar macam kita, kita akan tengok dan berfikir, "Dah-dah la tu. Member ko tu terang-terang dah mati. Yang ko try kejut dia tu pasaipa?", tetapi bila aku tengok member tu, aishh, tak henti-henti try kejut mangsa tersebut sampai bangun. Mangsa? Memang tak ada respon. Kaku.

     Aku cuba bayangkan sekiranya aku berada pada situasi member tersebut. Ko nampak ada orang terlentang atas jalan raya, tengok betul-betul, muka ni macam kenal je. Tengok sekali lagi. Eh, member aku tu!! Dengan cepat kita stop kereta/motor kat tepi jalan gak. Time tu tak ada orang nak berhenti nak tolong. Ko tak ada choice melainkan ko pergi dekat badan kawan ko tu pastu tarik dia ke tepi jalan. Dah selamat sampai ke tepi jalan, ko akan straight away call ambulance, bagi tahu lokasi sekian sekian. Letak telefon, ko masih cemas lagi. Tengok muka kawan ko berlumuran darah, ko try kejut-kejutkan dia. "Ali! Ali! Bangun Ali! Ko ok tak?!". Cemas punya pasal, terus kita call member-member kita yang dok dekat dengan area berdekatan untuk tolong kita sekali. Letak telefon sekali lagi, masih lagi berada dalam keadaan yang cemas, sebab ko sedang melihat kawan ko yang selalu kita hangout bersama, belajar sekali, kena denda dengan ustaz time kat asrama dulu sebab kantoi solat kat dalam bilik, betul-betul kat depan mata kita, mukanya sedang berlumuran darah. Cemas. Kita try macam-macam cara untuk sedarkan dia, dengan ilmu yang kita belajar time pengakap dulu, jabatan pertahanan awam, persatuan bulan sabit merah etc. tapi dengan jelas, kita tahu, walaupun tak nak mengaku, memang dia dah tak ada dah. Time tu, bila dah terasa macam tak ada choice, tiada pilihan, tak nak mengaku kalah, tak percaya dengan cara yang scientific, percaya kepada kuasa Ilahi, kita akan keep on kejut dan kejut dan kejut dia. Orang dah keliling kita dah, tengok kita masih lagi dok sebut-sebut benda yang sama, "Ali bagun Ali! Astaghfirullah, Ali!".

     Serious aku sebak tengok member tu masih cuba dan cuba untuk mengejut si mangsa tadi. Itu baru kawan, belum lagi kalau family kita sendiri. Bagaimana sekiranya yang kita cuba kejut tu ialah adik lelaki kita? Abang kita? Atau mungkin sahaja adik beradik perempuan kita? Kakak kita? Bagaimana sekiranya itu adalah ayah kita sendiri? Emak kita? Bagaimana pula ketika itu kita seolah-olah hendak melawan takdir pula? Baru pagi tadi nampak ayah kita atau emak kita, cium tangan mereka sebelum pergi kelas atau kerja, tau-tau kita jumpa dia kat tepi jalan, terlentang kerana baru sahaja berlaku accident. Sebab tu, selepas kejadian tu, barulah aku betul-betul memahami maksud:





     Hati-hatilah. Lane kanan memang bahaya lagi-lagi kalau kita bawak motor. Superbike takpe lagi, ni motor kapcai. Bagi yang bawak kereta, bertimbang rasa lah sikit bila kat lane kanan tu. Memang lah ko bayar road tax, tapi orang lain pun bayar jugak, so be considerate bila nampak kereta atau motor nak masuk lane kanan.



Saudara-saudari seislam yang ku kasihi sekalian,

     Cuba perhatikan hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.



"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan."

[HR At-Tirmidzi dan Ad-Darimi]



     Rakan-rakan, 2 kemalangan yang aku nampak tersebut, hanyalah beberapa hari sahaja sebelum Ramadhan, tak sampai seminggu pun. Hari ni? Ada berapa hari lagi sebelum Ramadhan? 2 hari? Doa lah banyak-banyak sebagaimana Rasulullah berdoa (berdasarkan hadith di atas) agar doa kita dimakbulkan, agar kita masih lagi berpeluang untuk mendapatkan keampunan dari Allah pada bulan Ramadhan insya Allah.

    Sedih bila aku tengok kedua-dua mangsa dalam kemalangan tersebut. Kedua-duanya (sekiranya ditakdirkan mati) tidak sempat untuk berjumpa dengan Ramadhan. Bagaimana amalan mereka, hanyalah Allah sahaja yang layak untuk urusan tersebut.

     Kematian adalah motivasi untuk diri kita. Kematian yang kita nampak bukannya untuk si mati, tetapi untuk kita, yang masih hidup. Selalu bila berlaku kematian, sama sahaja seperti masyarakat Barat, kita akan membicarakan tentang si mati. Si mati ni dulu macam ni macam tu, aku dulu pernah lepak dengan dia macam ni macam tu, dia ada tu ada ni, tetapi jarang sekali kita dengar bila berlaku kematian, kita tanya diri kita balik, 



Macam mana dengan amalan ku? Berapa banyak dosa telah aku buat? Berapa lama lagi tempoh aku berada di atas bumi ini? 




     Aku tertarik dengan sorang ustaz yang pernah beri ceramah selepas berlaku ada satu kematian, dekat kubur dia bagi ceramah,

"Si fulan telah pergi meninggalkan kita, telah pergi meninggalkan dunia. Itu adalah urusan dia dengan Allah. Allah Yang lebih layak untuk menghakiminya. Persoalan sekarang, semenjak dari zaman Rasulullah lagi, persoalan yang sepatutnya kita bincang selepas kematian adalah bagaimana hubungan kita dengan Allah? Seharusnya kita membicarakan tentang amalan kita, amalan harian kita, bukan tentang si fulan, bagaimana kehidupannya dulu. Seharusnya pemergian si fulan adalah motivasi untuk diri kita, mengapa Allah memanjangkan umur kita berbanding si fulan.



And they will cry out therein, "Our Lord, remove us; we will do righteousness - other than what we were doing!" But did We not grant you life enough for whoever would remember therein to remember, and the warner had come to you? So taste, for there is not for the wrongdoers any helper.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu: "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami; kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan."Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul yang memberi amaran oleh itu, rasalah, kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".

[Fatir (35): 37]

Oleh itu wahai saudara-saudaraku, bertaubatlah. Ayat ini jelas kepada kita bahawa Allah memanjangkan umur kita agar kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNya, memohon keampunan dan belas kasihan dariNya. Janganlah kita melambat-lambatkan waktu untuk bertaubat. Sampai bilakah hati kita ini hendak menjadi khusyuk, menyerahkan anggota badan kita bulat-bulat untuk mengingatiNya?"


    Jadi, rakan-rakan, bersyukurlah kita pada hari ni, masih lagi bernyawa, masih lagi bernafas, masih lagi mampu membaca blog ini. Sudah berapa lama kita hidup? 20 tahun? Tak cukup panjangkah waktu 5 tahun selepas umur baligh kita ini yang telah Allah beri? Bila lagi kita nak tunggu sampai betul-betul kita memohon keampunan dari Allah?

     Oleh itu, banyak-banyakkanlah doa kita sebagaimana hadith di atas tadi, agar kita masih sempat berjumpa dengan Ramadhan, agar Ramadhan kali ini berbeza dengan sebelumnya, berbeza kerana kali ni insya Allah kita akan menggunakannya semaksimum mungkin.



Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

[HR Bukhari]



*kalau entry ini terasa heavy sebelum menyambut Ramadhan, ada entri lain yang agak 'light' sikit sebelum menyambut Ramadhan (itupun kalau korang nak baca lah).
wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 8:10 PM
Categories:

 

5 comments:

Daniel Ahmad said...

Meremang bulu roma aku baca..
Sebagai penunggang tegar motosikal , saya akan berhati-hati..hahah.
Alhamdulillah, terbit rasa insaf..

Catheeya said...

Mengingatkan aku mengenai arwah nenek yang baru sahaja pergi menghadap Ilahi 4 hari lagi sebelum Ramadhan. T_T

zabed said...

Jom berkempen 3R!!! (Remaja Raikan Ramadhan)

Unknown said...

kematian itu tarbiayah buat meembut hati

zabed said...

betul tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>