Wednesday, August 18, 2010





Pertembungan 1

"Bulan puasa balik awal. 4.30 boleh keluar dah"
-Boss

     4.30 p.m. tepat aku chow keluar dari ofis nak pergi Putrajaya. Dari Jalan Tun Razak, aku akan lalu jalan ke Setiawangsa sebab nak amik sorang brader kat LRT Setiawangsa. Pergh ingatkan kalau keluar awal traffic smooth la kan plus bulan Ramadhan lagi. Mesti orang nak balik rumah terus punye.



Silap besar la bhai! Silap besar silap besar.



       Haduhh frust gila weh. Kalau jam macam biasa yang berlaku kat KL aku boleh tahan lagi. At least gerak la jugak walaupun sikit dalam 2-3 minit. Ini tak. Jam dah la tak gerak langsung. Diulangi; tak bergerak langsung. Kalau gerak pun setakat beberapa meter untuk 5> minit. Aku tension terus buat u-turn terus ikut jalan lain. Silap besar la bhai aku ikut jalan nak gi Setiawangsa tu. Tak taw plak aku ade bazaar Ramadhan kat Dato' Keramat tu.

     Dan pada hari kebiasaan pun macam tu, kalau balik office straight nak balik rumah pun memang lama la nak sampai. Ada la dalam sejam lebih baru sampai rumah. Silap besar la bhai nak balik rumah aku kena lalu Jalan Setapak-Wangsa Maju-Sri Rampai. Silap besar silap besar. Berape banyak hah bazaar Ramadhan ade sepanjang laluan tu. Astaghfirullah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah nak tunjuk dekat aku bahawa berapa banyak 'free' time aku ada supaya aku dapat berzikir mengingatiNya. Alhamdulillah :)

Pertembungan 2

      Di satu kawasan yang tak-boleh-disebut-di-sini, saja nak singgah sat dekat satu bazaar Ramadhan ni. Usha dan usha lagi, tengok jenis makanan apa yang ada dijual. Pergh menarik. Warna-warni makanan. Buat terliur je. Banyak gila choice wehh. Tak tipu punya. Tapi last-last aku tak beli pape pun. Duit tak de la macha. Hahaha tengok-tengok boleh je la.

     Jalan dan jalan lagi, ternampak satu stall ni yang ramai gila orang. Bau pun mengancam. Perghh! Ni makanan jenis bakar-bakar ni. Tengok-tengok, memang betul pun. Stall ni jual ikan bakar. Macam-macam jenis ikan ada. Ikan pari-pari (satu pari ke pari-pari?), ikan kerapu, ikan macam-macam lagi la. Aku tak taw sangat nama-nama ikan ni. Bukan setakat bakar je, lepas bakar fresh-fresh tu dia siap taruk sambal lagi atas badan ikan-ikan tersebut. Perghh memang ramai la dok beratur. Terliur gua. Aku pun tengok je la gelagat para pembeli dan penjual tu.

     Terpikir gak kat kepala aku ni berapa harga ikan-ikan ni. Check check, SEPULUH HINGGIT kaaauuuuu!! Itupun ikan ape ntah dah lupe name, 12 ringgit satu. Biar betul??? Mahal gile! Ke aku yang tak pernah update harga-harga ikan ni?

     Sat lagi aku nampak ada sorang customer ni cakap brader penjual tu.

Customer: Bang tak boleh kurang ke harga ni?

Bro penjual: Sori ar bang. Saya pun nak cari makan (dengan nada macam nak gaduh)

     Ooo nak cari makan yeee. Lepas tu, si customer tadi pun blah sebab kecewa ingat boleh dapat murah. Habis la ikan bakar hang. Lepas si customer tu blah, bro penjual tu sembang dengan member dia yang lain.

Bro penjual: Alah. Nak murah konon. Ade banyak lagi la orang nak beli ikan-ikan kita ni.

     Herm. Berapa ramai orang dok beratur kat gerai dia tu boleh dengar suara dia. Kalau aku jadi customer-customer yang ada kat situ dah terus blah dah.

Pertembungan 3

     Hari ni bukak puasa kat rumah sekali dengan parents aku. Bapak aku bawak balik ayam tandoori dia beli kat bazaar Ramadhan. Bapak aku dengan semangat cakap, "Ramai orang dok beratuq (beratur) ni nak pi gerai dia!". Pergh. Best ni bila bukak puasa karang.



Allahu akbar Allahu akbar!


      Alhamdulillah. Sesi berbuka puasa. Aku pun seronok la nak makan ayam tandoori ni. Dengan rakus, aku gigit ayam tersebut. Sekali gigit, tak rasa puas. Gigit sekali lagi kemudian kunyah-kunyah pastu telan. Tak pueh betul aku. Sekali lagi aku gigit dan kunyah-kunyah pastu telan lagi, memang sah, ayam ni tawar. Berapa ramai orang dok beratur nak pi gerai tadi?

Pertembungan 4

     Sekali lagi, di salah sebuah bazaar Ramadhan, yang berdekatan dengan masjid. Aku saja sekali lalu dekat bazaar tu, saja-saja nak tengok ada jual apa padahal dekat masjid tu memang makan free pun nanti. Haha. Alhamdulillah, sempat juga nak berbuka puasa dalam masjid tu. Bilal dah qamat dah tu nak solat Maghrib. Aku saja tengok bazaar yang dekat dengan masjid tu. Tak reti nak tutup kedai ke bang??





Morale bukan 'moreh'

      Ada yang dikalangan pembaca akan berfikir bile baca point-point kat atas ni, "Ek eleh budak ni. Bersangka baik la sikit. Nak cari kesalahan orang lain buat apa." Hahaha. Aku mampu gelak je la.

     To make things clear, point-point yang aku tujukan kat atas ni bukan bertujuan untuk mencari kesalahan orang lain. Bukannya aku nak cerita dekat korang yang bazaar Ramadhan ade udang di sebalik batu (ni kalau geng-geng yang suka sangat bincang pasal conspiracy theory mesti akan interview aku pasni. Hahaha). Bukannya aku nak memburukkan imej bazaar-bazaar Ramadhan yang ada dekat Malaysia ni. Bukannya aku nak kata semua penjual bazaar Ramadhan adalah jahat-jahat belaka. Bukannya aku nak salahkan penjual kerana memberi makanan yang tawar dan tidak berkualiti. Bukannya aku membenci sikap rakyat Malaysia yang berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Malah aku sebenarnya suka kot bazaar Ramadhan ni. Nampak beza sikit dengan bulan-bulan yang lain, nampak kita seolah-olah menyambut bulan yang diberikan Allah kepada ummat Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam agar diberi keampunan yang total. Ditambah lagi, bazaar Ramadhan ni menyediakan makanan yang banyak kepada hamba-hambaNya yang sedang berpuasa (walaupun tak belanja).


Barangsiapa yang memberi jamuan buka puasa kepada orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahalanya (orang yang berpuasa) itu, tidak kurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.

[Hadith riwayat Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban] 



     So apa yang aku nak cerita sebenarnya dalam post ni? Ok lah. Ape pengajaran yang korang rasa sesuai bila dengar atau experience point-point yang kat atas ni?

     Apa yang aku rasa lah kan, rasa-rasa je lah kan, diri kita ni sedar tak Ramadhan ni bulan apa?

     Sekali lagi, aku tak nak salahkan sapa-sapa, pihak bazaar Ramadhan ka etc. Cuma sekarang ni, aku nak mintak korang buat assumption sikit tentang penjual-penjual bazaar tersebut berdasarkan statement seorang makcik yang di-interview dalam salah sebuah berita di TV tahun lepas.

Pemberita: Makcik untung berapa bulan puasa kali ni?

Makcik: Woishhh. Untung besar nak! RM5000 makcik dapat kaut!

Pemberita: Wah hebat makcik. Jadi macammana dengan tahun depan? Berniaga lagi kah?

Makcik: Mesti lah! Untung banyak aih!

     Sekali lagi, aku nak mintak korang buat assumption sahaja, bukan betul pun. ASSUMPTION. Cuba kalau penjual-penjual yang aku cerita tadi tu, niat diorang berniaga pada bazaar Ramadhan sama seperti statement makcik tadi?

     Persoalannya: Apa yang aku harapkan pada bulan Ramadhan kali ini?

    Tanya balik persoalan ni kepada diri kita, apa yang kita harapkan sebenarnya pada bulan Ramadhan ni?


Antara Adat dan Ibadat

     Sila teliti hadith di bawah ini.

Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan hanya lapar dan haus sahaja.

[Hadith riwayat Ahmad dan Hakim dari Abu Hurairah]



       Maksud hadith ni adalah berapa ramai orang yang berpuasa tetapi seolah-olah dia tidak berpuasa seperti yang diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Bukan kerana dia ponteng puasa, tapi dia puasa hanya kerana menjadi adat semata-mata, kerana mak bapak dia suruh puasa, kerana masyarakat dia ramai-ramai puasa, so dia pun nak puasa jugak lah macam tu. Bermaksud, niat dah salah. Ada juga yang menafsirkan hadith ini bermaksud kebanyakan orang yang berpuasa hanya berpuasa fizikal sahaja, tetapi tidak berpuasa dari sudut batin; iaitu tidak menjaga pandangannya, berkata-kata kesat, melakukan perkara yang mungkar etc.

     Kalau nak bincang pasal maksud hadith memang tersangat la lama dan huraian yang sangat panjang. Jadi, aku nak sentuh satu point sahaja, iaitu adat.

     Seperti yang aku mention tadi, ada orang puasa tidak ikhlas pun, niat pun salah, puasa kerana adat, kerana menjadi kebiasaan setiap tahun diajar oleh ustaz-ustaz, ibu bapa, masyarakat etc. Niat dia berpuasa tidak bertepatan dengan hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:




Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

[Hadith Riwayat Bukhari]



      Puasa tersebut bukan kerana ibadat, tetapi kerana menjadi kebiasaan, adat. Tak perlu aku hurai panjang-panjang kat sini. Persoalan yang aku nak utarakan bila berbicara tentang adat atau sudah menjadi kebiasaan ialah seperti yang di-mention di atas, apa yang kita harapkan pada bulan Ramadhan? Memang tepat lah hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:

Allah tidak menerima amal, kecuali yang dikerjakan dengan ikhlas kerana Dia semata, dan dimaksudkan untuk mencari redha-Nya.

[Hadith riwayat Ibnu Majah]


Bengkel Repair Kereta

       Aku nak quote satu statement dari Facebook profile Aqsa Syarif.





"Bayangkan 11 bulan kita berjalan kaki di panas yang terik. Letih, luka-luka, sakit, kehabisan bekalan malah sentiasa diganggu binatang & perompak. Maka tiba kita di satu persinggahan yang redup, lengkap dengan semua keperluan yang banyak, terpelihara dari gangguan perompak dan binatang buas. Maka manfaatkanlah Ramadhan sepenuh-penuhnya kerana perjalanan 11 bulan penuh cabaran itu akan disambung semula."




      Kalau sebelum bulan Ramadhan kita hanya mampu untuk solat fardhu 5 kali sehari, tak 'sempat' untuk melakukan solat-solat sunat, maka bulan Ramadhan ni lah kita nak memperbaiki amalan kita. Perbanyakkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu (tertakluk kepada waktu yang dihalalkan untuk solat sunat sahaja). Tak lama pun, 5 minit tak rugi mana pun. Kalau dulu pada bulan biasa kita nak baca Quran tak ada time, maka bulan Ramadhan ni lah kita nak memperbaiki amalan kita. Perbanyakkan bacaan al-Quran, mafhum hadith ada mengatakan bahawa setiap huruf yang dibaca mendapat satu kebaikan, satu kebaikan bersamaan dengan berlipat sepuluh kali (Tirmidzi). Kalau dulu kita nak buat qiamullail punya la susah, time bulan Ramadhan ni la kita cuba-cuba untuk bangun qiamullail. Seminggu sekali pun cukup la. Asalkan better dari Ramadhan sebelum-sebelum ni. Ala, tak susah pun nak qiamullail. Kalau nak sahur kita boleh bangun, sebelum makan tu solat sunat 2 rakat pun jadi la. Dah jadi qiamullail dah pun. Kan free-free dapat pahala besar. Tak sampai satu jam pun.

     Kalau dulu time bulan-bulan biasa kita asyik mencarut ke, kata-kata kesat ke, tak boleh ke time Ramadhan ni kita modify sikit mulut kita tu jadi lebih cantik sikit. Berzikirlah, ingatlah Allah selalu, kalau bukan Allah, siapa lagi yang lebih layak nak tolong kita?

     Apa-apapun amalan kita, jadikanlah Ramadhan sebagai satu platform kepada diri untuk membersihkan dosa-dosa yang entah dah berape besar dah, jadikan sebagai bengkel repair kereta, me-repair mana-mana part kereta yang rosak dan tak boleh pakai dah, jadikan sebagai kem latihan tentera, menerima arahan dengan terus-menerus, mendapat berbagai jenis aktiviti dan program yang melatih 'tubuh' (iman) kita menjadi lebih 'kuat' dan 'kental', jadikanlah Ramadhan sebagai University of Tarbiyyah, mengajar kita erti kesabaran dalam melawan nafsu, mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta, memperbaiki diri kita yang terlampau cacat ni, mengharapkan keampunan dari Yang Maha Pengampun.

     
     Pergunakan Ramadhan sebaik mungkin. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk hidup sehingga pada bulan Ramadhan kali ini. Berapa ramai orang di luar sana yang tidak sempat untuk menyambut Ramadhan, yang sipi-sipi lagi nak berada pada bulan Ramadan, hanya beberapa hari lagi, yang tak sempat untuk mendapat keampunan dari Yang Maha Pengampun. Ya, mereka memang rugi, tetapi itulah rezeki yang ditetapkan Allah kepada hamba-hambaNya. Biarlah itu menjadi urusan mereka dengan Allah. Tanya diri kita ni, masih lagi bernafas pada bulan Ramadhan, apa yang kita harapkan pada bulan Ramadhan kali ini?





Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Posted by Posted by zabed at 3:24 PM
Categories: Labels: ,

 

6 comments:

Hidayatullah said...

nice post!

Anonymous said...

Ikan pari! :p

Eh bkan nak komen tu, post yang hebat!

Harap2 ramadhan tahun ni mengampun segala dosa kita

Suria Arjuna said...

kuharapkan ramadhan kali ini sebuah ketaqwaan dan suatu anjakan paradigma untuk diri ini...menuju redha ilahi~~

Abdullah said...

Keep it up. :)

Semoga Allah merahmati perjuanganmu.

Anonymous said...

Ya Allah, bantulah kami, memanfaatkan bulan Ramadhan yang Kau beri kepada kami. dekatkanlah kami pada diriMu Ya Allah. semoga kasih sayang kami padaMu tetap kami tunjukkn walaupun Ramadhan berakhir nanti dengan ikhlas. amin~

first time aku bace blog org aku minitiskn air mata. sedih ble fikir Ramadhan yg lps aku buat tak kisah, anggap puasa mcm satu adat je.

thank you zaid.

Anonymous said...

ZABED!!!!

=]... nicely done. ikan pari-pari pun bolehhh...
May Allah bless you.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>