Friday, September 17, 2010


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam sejahtera. Salam 1 Muslim Malaysia.

     Pergh. Lama gila tak blogging. Dah berhabuk dah pun page ni. Kalau post kali ni korang rasa-rasa macam bosan, paham-paham la ye. Haha :)



     Sekarang dah bulan Syawal. Habis sudaa bulan Ramadhan. Tak de "reference point" ke?



Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

O you who believe! Observing As-Saum (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqun (the pious).

[Al-Baqarah (2): 183]


     Ni kalau kita pergi mana-mana sekolah agama, tarik je mana-mana budak, tanya diorang ape dalil yang kata puasa tu wajib, konpem sorang-sorang akan dengan semangatnya berlumba-lumba sambil mulut terkumat-kamit membacakan ayat di atas ni. Key words: Kutiba 'alaikumussiyam, kamaa kutiba 'alallaziina min qablikum.

     Bukan setakat tu je, sebelum bulan puasa lagi, kalau dengar khatib time khutbah jumaat, kebanyakannya akan bacakan dalil ni (2:183) dalam khutbah mereka. Nak memastikan bahawa "anak-anak generasi bawah kita berpuasa". Salah satu saranan daripada khatib kat salah satu masjid di KL. Bukan time khutbah jumaat je, kalau sape yang selalu pergi kuliah lepas subuh ke, lepas isya' ke, ceramah kat masjid and etc. pun mesti selalu kebanyakan ustaz-ustaz tersebut akan keluarkan dalil ni bila berbicara tentang As-Saum (puasa).

     Tak yah la pegi jauh2. Aku rasa kita tanya diri sendiri pun mesti dah tahu dah. Mungkin kita tak tahu specific ayat dari surah mana dan ayat ke berapa, tapi mesti melekat la jugak kan sikit-sikit ayat-ayat macam "kutiba 'alikumussiyam" dan etc. Ye la, dulu belajar Pendidikan Islam, takkan tak ingat pape langsung kot.

     Alhamdulillah. Ramai yang guna ayat ni untuk membahaskan tentang kewajiban berpuasa. Ramai ustaz-ustaz atau ulama'-ulama' berceramah dalam TV, masjid, surau, tarik budak tepi jalanan etc. keluarkan dalil ni sebelum bulan puasa, tetapi, ada sorang ustaz muda dari Kedah, sewaktu menyampaikan khutbah raya tahun 2010, dia mention dalil ini selepas bulan puasa.

    Time aku dengar ustaz muda ni dok berkhutbah dan keluarkan dalil ni pun aku terasa pelik gak. "Aih biaq betui? Puasa dah habis dah takkan baru sekarang nak mention?". Silap geng. Wa silap besar geng. Selepas mendengar khutbah Eid Fitri ustaz muda tersebut, baru aku perasan satu benda. Kebanyakan kita yang tahu pasal dalil ni (walau 1% sekali pun), hanya memahami 80% saja maksud dalil ni. Kebanyakan ye, bukan kesemuanya.

"Eh budak ni. Bajet je nak cakap 80%. Kira ko paham 100% la? Ko ingat ko sama taraf dengan Allah ke boleh memahami  100% setiap ayat Al-Quran?"

     Memang aku main redah je cakap 80%. Nak tunjukkan bahawa kita 'terlepas' beberapa point kecil yang tak ramai orang perasan. Sori la. Aku ni mane terer Mathematic ni nak kira percentage2 ni.

"Habis tu, ayat mana je yang kitorang terlepas pandang? Aku hafal ayat ni hang taw! Tak cukup 100% lagi ka? Ke hang nak cakap kitorang kena guna 'mata hati' la, kena guna 'ilmu pandang tebus' la, 'ilmu kebal' dan etc. baru boleh nampak ayat-ayat tersembunyi tu?"

    Hahaha sumpah kelakar do ko ni. Ayat-ayat 'tersembunyi' pebende lak ni. Terang-terang Al-Quran itu Allah beri kepada manusia, takkan tak boleh paham kot. Sori la aku ni jenis realist sikit. Aku cakap benda yang manusia normal boleh paham dan fikir.

     So, cukuplah iklan-iklan tadi, apa ayat yang kebanyakan kita ni selalu miss bila berbicara tentang dalil ini?


La 'allakum tattaqun. That you may become the pious. Agar/Mudah-mudahan/Supaya kamu bertaqwa.


Reference point / Titik rujukan Part 1



       Sekali lagi,

Alhamdulillah

      Kenapa? Sebab Ramadhan tahun ni nampak kelainan sikit berbanding tahun-tahun yang lepas (mungkin juga sebab aku dah makin tua?). Kali ni nampak ada peningkatan jumlah Muslim yang betul-betul cuba mengejar keberkatan Allah dalam bulan Ramadhan 1431 ni. Alhamdulillah, segala puji hanya untukMu.

     Macam-macam kan kita buat agar kita dapat meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan. Satu juzuk sehari, sahur setiap hari, banyakkan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, sebelum sahur sempat solat sunat jap, kata-kata kesat pun tak banyak keluar dari mulut kita, ada free time berzikir dan macam-macam lagi. Lagi-lagi bila dah masuk 10 malam terakhir. Dengan iktikaf di masjid dan macam-macam lagi yang kita try tambah setambah-tambahnya!

     Alhamdulillah. Semoga kita mendapat keampunan dan keberkatan dari Allah kerana usaha kita pada bulan Ramadhan yang baru sahaja berlepas. Insya Allah.

     Sebab tu di awal post ni aku ada tanya, mana reference point kita? Mana titik rujukan kita? Mana indicator kita?

     Tak paham? Takpe. Iklan jap.



Beberapa Kejadian Pelik pada Ramadhan 1431



     Hah kejadian pelik ape plak ni? Sejadah berdiri semasa iktikaf kat masjid? Buah durian ada kalimah nama Allah pada isinya? Malam 10 terakhir dengar suara sayup sedang membaca al-Quran semasa kita sedang tidur kat masjid? Ada video tunjuk malaikat berada pada atas Kaabah?

     Haish jauhnye korang pikir. Yang aku perasan benda yang dekat-dekat dengan aku je. Apa dia?

     Aku pelik betul tengok orang yang berpuasa, tapi tak solat. Kalau pompuan aku paham la kan.

    Aku sembang dengan salah seorang yang aku kenal ni, aku tanya apasal tak ponteng puasa terus? "Agak-agak la weh. Memang la orang sekeliling ko tak nampak yang ko ponteng puasa tapi Tuhan nampak ko buat apa".

     Sebab tu aku cakap, aku pelik dengan mamat ni. Haish.


Beberapa Kejadian Pelik pada Syawal 1431

     Kali ni kejadian pelik ape plak korang boleh pikir? Ketupat dijumpai dalam surau?

     Aku rasa korang pun paham ape yang aku try explain kat sini. Terus-terang aku cakap, aku tak berniat nak mencari kesalahan orang pun. Serious. Aku mengaku sendiri bila habis bulan Ramadhan, aku sendiri terasa berat nak maintain amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

     Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah, aku bagi perumpamaan senang, ibarat ko melihat seorang ustaz atau ulama' yang paling alim yang terlampau kuat amalannya pada bulan Ramadhan, bila masuk bulan Syawal, ko jumpa dia tengah clubbing kat kelab.

    Ya. Memang betul susah kita nak maintain amalan yang giat dilakukan pada bulan Ramadhan, tetapi tidak bermaksud kita perlu ubah 180 darjah kot selepas Ramadhan? Kalau berubah jadi baik alhamdulillah, kalau sebaliknya? At least lepas Ramadhan jadi baik sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttt pun takpa lah. Kayuh pelan-pelan. Tapi, seperti perumpamaan yang aku bagi tu, imam masjid rumah kita tiba-tiba kantoi dijumpai clubbing pada malam 1 Syawal?

     Hah camana nak settle masalah ni?

     Kembali kepada persoalan awal; mana reference point / indicator / titik rujukan kita?


Reference point / Titik rujukan Part 2

      Baca balik ayat 183 tadi. Baca sampai habis boleh?

     Tolong bacakan kuat-kuat 2 ayat terakhir boleh?


La 'allakum tattaquun.

That you may become the pious. 

Mudah-mudahan kamu bertaqwa.

Agar kamu bertaqwa. 

Supaya kamu bertaqwa.


     Berdasarkan 2 ayat terakhir tadi, ada sesiapa boleh bagitahu aku apa output kita selepas Ramadhan?

     "Taqwa la macha!!"

     Boleh nampak apa yang aku maksudkan dengan titik rujukan? Adakah selepas bulan Ramadhan aku benar-benar menjadi orang yang bertaqwa?


Seseorang yang bertaqwa


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung.

O you who believe! Do your duty to Allah and fear Him. And seek the means of approach to Him, and strive hard in His Cause, so that you may be successful.

[Al-Maaidah (5): 35]



Maka bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu orang-orang yang beriman.

So fear Allah and adjust all matters of difference among you, and obey Allah and His Messenger, if you are believers.

[Al-Anfal (8): 1]



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar.

O you who believe! Be afraid of Allah, and be with those who are true.

[At-Taubah (9): 119]



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.

O you who believe! Keep your duty to Allah and fear Him, and speak (always) the truth.

[Al-Ahzab (33): 70]




     Apa yang dimaksudkan dengan taqwa? Kalau ikut jawapan SPM Pendidikan Islam (aku masih ingat lagi sebab antara soalan yang selalu keluar), seseorang yang bertaqwa ialah seseorang yang tunduk pada segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Hah ni jawapan yang selalu kita dengar dan lali dah pun.

     Kalau nak diikutkan, macam-macam pengertian boleh ditafsirkan dengan perkataan taqwa. Tapi, bagi kita, yang nak senang paham maksud taqwa ni apa dia, yang paling se-simple mungkin, takut kepada Allah.

    "Ko takut Allah tak?"

     *Aku rasa post ni agak panjang jadi aku cuba pendekkan. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tulis kat comment bawah ni. Aku bukan orang terer agama pun. Mana yang boleh jawab, aku cuba.

     Kalau kita kata kita takut kepada Allah, for sure kita tak berani nak tinggal solat kan? Tengok jawapan skema SPM balik. Tunduk pada perintah Allah. Secara automatiknya kerana takut pada Allah, kita tunduk pada perintah-Nya yang menyuruh kita agar solat 5 waktu sehari.

     Kalau kita kata kita takut pada Allah, for sure kita tak berani nak minum arak kan? Tengok jawapan skema SPM balik. Menjauhi segala larangan-Nya. Secara automatiknya kerana takut pada Allah, kita menjauhi salah satu larangan-Nya, iaitu meminum minuman yang memabukkan.

     Apa lagi contoh-contoh orang yang bertaqwa? Refer 4 ayat-ayat al-Quran yang di-mention tadi. Aku rasa ada banyak lagi ayat-ayat yang membicarakan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa. Tak payah amik banyak-banyak. Tengok yang 4 ni dulu. Adakah kita seperti mereka yang dikatakan Allah dalam keempat-empat ayat ini? Inilah yang aku kata sebagai reference point ! Titik rujukan kita ! Rasa-rasa diri kita ni dah complete ciri-ciri seperti ke-empat-empat ayat tersebut, barulah nak cari ayat lain pun ok. Kayuh pelan-pelan. Laju sangat kang accident.


Aku Tinggalkan Ramadhan kerana Syawal

     Pergh. Ada gaya macam nama novel je ni. Haha. Bagaimana? Nak jadi orang bertaqwa? Kang nanti orang cakap syok sendiri pulak sebab kita kata kita orang bertaqwa. Haha. Jangan kata kita orang yang bertaqwa, cakap lah "Aku nak jadi macam orang yang bertaqwa!". Huh!



     Selamat memperbaiki amalan, selamat bermujahadah, selamat hari raya, selamat berusaha menjadi orang yang bertaqwa!




Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan.

And be patient. Verily, Allah wastes not the reward of the good-doers.

[Hud (11): 115]

Posted by Posted by zabed at 12:03 AM
Categories:

 

2 comments:

sap said...

Good one!
sama2lah kiter memperbaiki dan mepertingkat serta meperkuat diri yang dah tentu2 lemah nie..

Daniel Ahmad said...

Insya Allah..
Berpesan-pesanlah dengan kebaikan antara kita
Moga-moga dirahmati Allah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>