Bismillahirrahmanirrahim
"Don't judge a book by its cover"
Selalu sangat dengar. Kat facebook lagi la. Jadi status, jadi "Favourite Quotations" dan macam-macam lagi la kot. Bosan maybe sebab dah boleh figure out dah maksud and bertambah bosan bila sendiri pernah experience dengan maksud idiom ni. Ape aku merepek ni?
Tak pe lah. Yang penting message tu macha!
"All that is gold does not glitter, all that glitters is not gold"
2008
Sebelum masuk Sem 1, aku sempat kerja kat Sony Style KLCC tuh. Bukan cari pengalaman, tapi nak cari duit. Biasa lah, budak baru habis SPM kan. Nak beli tu, nak beli ni, lagi-lagi jenis yang suka jamming.
One day (pergh), ada sorang customer berambut panjang, berbadan kurus, berbangsa Melayu dengan keadaan kusut-masai, tak ada gaya, tak ber-branded, senang cerita, tak ada gaya macam nak beli barang mahal, datang kedai tengok-tengok barang. Aku ingat first2 dia masuk kedai nak beli topup je. Rupenye tak. Dia masuk, pastu dia banyak tengok gadget-gadget yang stylo. Biasa la. Aku dulu sebelum kerja kat Sony pun aku selalu datang tapi tak beli papepun, jakun dengan gadget2 yang diorang display. Normal la tu kan?
Yang aku peliknya, dia selalu ushar BRAVIA section (tv & home theater). Kat section BRAVIA tu kebanyakannya antara barang-barang yang termahal. Yang paling mahal LCD TV brape inci ntah tapi the biggest in the world (time tu), harga = RM 200k. Tapi mamat yang berambut panjang ala ala rockers Melayu ni dok usha-usha TV yang sesuai and home theater set sekali. Memang la bukan yang paling mahal, tapi TV yang dia check tu pun dah berharga RM 5k ke atas, home theater set lagi la, ada yang 10k ke atas pun dia survey. Aku pun khusyuk tengok aksi dia.
Lepas habis survey tuh, dia toleh ke arah aku, pastu dia senyum, dia angkat tangan. Aku pun layan la. Aku angkat tangan, senyum gak. Pastu dia blah. Dalam kepala aku: orang gila kot. Serious. Bukan kutukan, tapi memang aku ingat dia memang betul-betul kurang waras sebab cara pakaian dia ditambah dengan senyuman terakhir dia kat aku. Aishhhhh. Hahaha.
Beberapa hari lepas tu (atau beberapa minggu, tak ingat), semasa aku sedang break untuk makan tengahari, tiba-tiba senior kat Sony Style call aku. "Haishh, orang tengah break takkan nak kacau kot?". Aku angkat.
"Hey Zaid. You ada kat mana?"
"Ada kat food court atas ni. Tengah break la Chong (bukan nama sebenar). Kenapa?"
"Ni ada dua orang customer tengah cari you ni. Dia kata nak jumpa staff bernama Zaid. Siapa lagi nama Zaid kat sini."
Gasp! Pehal lak ni?????
"Eh ye ke? You cakap kat dia la saya tengah break sekarang. Nanti pukul 2 saya masuk balik."
"Ya saya taw you tengah break. I suda cakap sama dia yang you tengah break tapi dia insist mau jumpa you sekarang jugak! That's why I call you."
Aisehh. Ada customer tak puas hati ka? Dulu dah ada kes, tapi hehe tak payah cerita kat sini la. Panjang lebar plak.
"Ok ok. Kasi saya finish makan dulu."
Aku pun habiskan nasi kat pinggan secepat mungkin. Dalam kepala aku dah tension dah. Apa laa. Customer is always right la sangat. Selamat aku bukan selamanya kerja kat sini. Semenjak tu aku menyampah dengan ayat "Customer is always right!".
Dengan cepat, aku berjalan sampai la masuk gerbang Sony Syle tu. Hati aku berdup-dap-dup-dap. Suspen. Kemudian aku straight pergi jumpa Chong.
"Chong mana customer tu?"
"Tu tu. Yang rambut panjang tu."
Tengok. Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh? Aku kenal mamat ni. Ni la mamat yang aku ingat orang gila tuh. Style rambut memang tak berubah. Yang berubahnya, gaya pemakaian. Styloo beb! Pakai baju mahal2. Seluar mahal2. Kasut pun catchy. Semua barang-barang tu nampak macam baru beli je. Berkilat-kilat lagi. Pergh. Gua silap besar bhai. Kali ni dia bawak member dia sekali datang. 2 x 5 jugak macam dia. Rambut panjang, pakai brand mahal-mahal.
Dari jauh dia nampak aku dah senyum dah siap tunjuk-tunjuk kat aku lagi, nak kasi member dia kenal aku. Aku takut kot time tuh. Aku pergi dengan hati cekal. Kemudian, brader tu bersuara,
"Assalamualaikum bang!"
"Waalaikumussalam. (sambil salam tangan dia dan member dia dalam keadaan takut-takut)"
"Sihat?"
"Aaah saya sihat je. Kenapa encik cari saya?"
"Oh bukan bang. Saya dengan kawan saya ni pindah rumah baru. Saya nak bang tolong pilihkan untuk saya TV yang paling mahal (tidak termasuk TV RM 200k tuh) dan gambar (resolution) yang paling cantik sekali."
"Ohh ok2."
"Lagi satu bang. Kami nak home theater jugak tapi tak taw sangat la pasal benda2 ni. Yang saya taw saya nak bunyi ala-ala panggung wayang. Boleh tolong?"
Bunyi ala ala panggung wayang? Mesti la paling mahal jugak.
"Oh boleh2 tadahal. Tapi memang mahal la bang. Puluh-puluh ribu jugak tu."
"Ahh takpe2. Mahal tak mahal, janji nak kualiti terbaik! Jangan risau pasal harga."
"Ok2. Tapi bang tunggu jap eh. Saya nak kena check dulu."
"Ok silakan. Kitorang tunggu kat sini."
Aku daripada takut terus jadi seronok gila. Mana tak seronok? Dapat komisen kot! Katakanlah komisen yang aku dapat walau 1% sekali pun, kalau total sampai RM50k, dapat RM500 free-free je. Itu paling minimum tuh! Dengan semangat, aku pergi buat research, tengok TV yang paling cantik resolution sekali dengan HD blablabla, pastu check home theater paling ummpphh bunyi dia. Check sama ada TV dengan home theater ni compatible atau tak. Ukur jarak yang sesuai dengan resolution dan bunyi yang dihasilkan, position mana the best nak tengok TV, berapa jarak yang sesuai nak letak backgorund speaker dan etc dengan bantuan senior-senior kat situ.
Dah habis buat research, buat conclusion, pastu aku pun pergi jumpa 2 brader tadi. Brader tu pulak sedang cakap dalam handphone. Aku tak ingat dia cakap tapi lebih kurang macam ni
"I akan...You? Ala you ni..Takpe, nanti I belanja you okay? Please??? I..you..I..you.. Ok la. I balik sekarang."
Pastu dengan muka kecewa dia cakap kat aku,
"Minta maaf banyak-banyak bang. Kami kena balik sekarang. Next time saya datang abang tolong ready barang2 tadi untuk saya boleh?"
"Oh boleh2."
"Oh lupa plak".
Dia bukak dompet dia yang tebal dengan duit berwarna hijau, kemudian dia keluarkan salah satu, pastu dia hulur beserta ucapan,
"Ambik RM50 ni. Minta maaf banyak-banyak eh bang sebab ganggu waktu rehat abang tadi. Saya bukannya apa, saya nak tolong orang kita. Waktu abang rehat tadi saya tak nampak mana-mana orang kita, tu yang saya mintak si **** tadi untuk call bang. Sekali lagi saya minta maaf banyak2 bang."
Pastu dia blah. Tergamam aku. Free-free je dapat RM50. Habis kerja, aku sempat beli air yang paling mahal yang tak pernah aku minum.
Selepas beberapa hari sehinggalah aku dah berhenti kerja, brader tu tak pernah datang pun selepas tu.
Dalam kepala aku tahun 2008: Ni pencuri yang dah kena tangkap kot. Hahaha ni imaginasi sahaja ok?
Dalam kepala aku tahun 2010: Ni mat racer superbike yang mewakili Malaysia kot. Wallahu'alam.
Pengajaran? tak habis lagi. Nanti insya Allah akan sambung next post.
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
3 comments:
salam~
menanti sambungan entry ni..=)
bile nak sambung?
huhu..
http://kbg5913.blogspot.com/2010/10/cover-depan-buku-2.html
Post a Comment