Sunday, October 3, 2010


2009

      Perisitiwa berlaku beberapa jam sebelum tahun 2010. Senang cerita, New Year's Eve.


      Malam tu aku dengan beberapa brothers terlibat dengan satu aktiviti mengedar flyers kepada orang awam di KLCC. Haaaa. New year's Eve macha. Mesti ramai orang punya. Lagi-lagi KLCC, nak tengok fireworks, concert dan sebagainya. Kitorang ni bukannya badan pencegah maksiat atau kantoi-mengkantoikan orang ni, kitorang just nak edar flyers je pun, tak ada lesen, tak ada permit. Flyers kami pun bukannya nak promote barang untuk dijual ke, pinjaman berlesen ke, MLM etc., tetapi hanya berkisar tentang bahayanya zina. Herm.....



     Pada mulanya memang cuak nak edar flyers kat orang ramai ni. Memang ramai gile orang time tu berduyun-duyun nak ke taman KLCC tu. Ye la. Mana taw, silap-silap boleh kena marah balik, ataupun up sikit, kena sebijik kat muka.


Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


     Niat. Niat. Niat. Teruskan berjalan meredah arus manusia dengan laluan yang bertentangan! Tetapi, sekali lagi syaitan tak henti-henti membisikkan keraguan dan was-was pada diri manusia ini. Masih lagi takut-takut. Takut tu, takut ni, takut kena marah, takut kena pukul, lagi-lagi takut-takut kalau terjumpa member. "Eh Zabed! Pe kabar?! Ko buat apa ni? Tengok flyers ko! Ko bia betul?? Hahaha!". Gua ni dah la banyak black history. Takpe. Secara bertubi-tubi hidayah dari Allah itu turun.


Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


     Fikir balik, takkan tak ada strategi kot? Takkan nak main redah je bagi kat semua orang macam tu je? Kang tersalah bagi kat non-muslim tak pasal-pasal kena penyepak. So target time tu: mencari orang yang konon-kononnya ada gaya "educated", ala-ala gaya kononnya "orang yang berpelajaran". Rambut tak panjang, sikat dengan kemas, baju diseterika elok, berpakaian kemas dan berjalan ke depan dengan pandangan mata yang sungguh confident! Hurgh!! Itu dia mangsa pertama aku!

     "Salam 'alaikum bang. Sila amik satu (flyers) ye." Brader tu tengok je flyer aku. Nampak tajuk je, dia terus blah, tak cakap apa. Mak aih. So-called educated person? Naahhh. Jangan buat spekulasi terlalu awal. Once, gua try sekali lagi. Sekali lagi, nampak sorang lagi target aku. Zoom aku terus pi tegur, "Salam 'alaikum bang! Sila amik satu bang!". Dia tanya, "Ni (flyers) pasal apa ni?". Aku reply, "ahhh........bang tengok sendiri eh". Aku terasa berat nak cakap tajuk utama flyers yang besar-besar terpampang kat flyers tu. Brader tu pun khusyuk tengok flyers tu kemudian bersuara, "Tak pa lah" sambil menunjukkan isyarat tangan 'Gimme 5!'. Pastu dia blah macam tu je. Aku kecewa. Next target yeah! Kali ni bercermin mata plak. Aku bagi salam, dia jawab, pastu dia ambil flyers tu! Alhamdulillah! Ada jugak orang yang nak amik. Seronok punya pasal, aku pun tengok je gelagat brader tu sambil menjauhkan diri dari aku, kemudian selang beberapa saat, dia terus buang macam tu je flyers tu. Bukan buang kat tong sampah, tapi buang kat atas jalan macam tu. Serious. Gua memang fed up masa tu. Arghhhh!

     Dari jauh aku nampak beberapa orang yang berambut panjang, berpakain kusut masai, ala-ala rockstar yang datangnya dari benua di Lautan Sulawesi (Indonesia?). Sangkaan ku yang berumur 18 tahun: mungkin mereka bekerja di Malaysia sebagai buruh binaan. Wallahu'alam. Allah knows best. Pergh. Gaya memang metal habis. Rantai di sana sini, jeans koyak-rabak, baju tengkorak dan ada yang pakai baju band black metal; Slayer. Ni kalau aku hulur flyers ni memang kena pukul la ni.


Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


     Aduhhh. Niat, niat, niat macha! Cukuplah pengajaran yang Allah paparkan dalam Surah 'Abasa (detail lebih lanjut sila baca tafsirannya eg. 'Abasa (80)). Again, dengan langkah dan hati yang yakin bahawa pertolongan dari Allah itu sangat dekat, aku beranikan diri memberi salam kepada brader-brader tersebut dan terus menghulurkan flyers tersebut. "Untuk apa ini?" salah seorang dari mereka (taiko) tanya aku. "Err..ini tentang larangan berbuat zina". Kemudian, dengan khusyuk, mereka meneliti kandungan flyers tersebut. Time tu aku dah ready dah nak kena pukul dan terajang. Beberapa saat selepas itu, taiko diorang bersuara, "Wah bagus bangat sih kertas ini. Makasih banyak ya mas!", disusuli dengan anak-anak buahnya, "Makasih banyak ya mas!" beserta senyuman yang sangat mesra. Subhanallah. Dah la pakai baju Slayer, band yang kebanyakan lagu-lagunya bertemakan anti-christ, anti-religion, paganism, malah siap ada salah satu lagu diorang yang bertajuk "jihad" atau "mujahid" (dah tak ingat dah). Kandungan lagu tu menghina semangat jihad dalam Islam. Brader-brader dari Indonesia ini dengan cara pemakaian mereka? Subhanallah. Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui.



2010

     Aku ada seorang kawan, rakyat Malaysia, berbangsa Melayu, dan yang paling penting, saudara Islam. Tetapi dia tinggal di Arab Saudi. Pulangnya dia dari tanah yang berpasir tu ke tanah 'ketuanan' Melayu (ergkhh, carikan aku plastik kosong), beliau menghadiahkan aku dan rakan-rakanku yang lain satu set pakaian arab a.k.a jubah. Camana?


     Macam ni jubah yang dia bagi tuh. Cuma kain serban tu kaler merah yang macam orang Arab selalu pakai tuh. Pergh. Satu tengahari pada hari Jumaat, kami 4 orang memakai jubah tersebut ke salah satu masjid di Semenyih. Aku nak pakai serban tak reti, jadi aku hanya ikat kain serban kaler merah tu kat leher je, still nampak macam syeikh-syeikh arab yang 'alim (kononnya).

     Dengar khutbah, solat jumaat berjemaah 2 rakaat, beri salam dan habis baca doa, aku salam orang tua yang duduk di sebelah aku. Tau apa reaksi orang tua tu? Dia salam aku, sambil tunduk hampir-hampir nak cium tangan aku. Hahahahaha. Sekarang aku boleh la gelak, time tu aku terkejut gila. First time. Terasa macam Perdana Menteri Malaysia. Aku pun semangat la cerita kat kawan aku yang pakai jubah sekali dengan aku, kemudian dia jawab, "Ko taw tadi aku salam pakcik sebelah aku, siap cium lagi tangan aku!".



Pengajaran

     1. 


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Penerima taubat, Maha Penyayang.


O you who believe! Avoid much suspicions, indeed some suspicions are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it! And fear Allah. Verily, Allah is the One Who accepts repentance, Most Merciful



[Al-Hujurat (49): 12]

      2.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian taqwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.


O Children of Adam! We have bestowed raiment upon you to cover yourselves and as adornment, and the raiment of righteousness, that is better. Such are among the Ayat of Allah, that they may remember.



[Al-A'raf (7): 26]



Selamat berfikir & beramal!

Posted by Posted by zabed at 5:05 PM
Categories:

 

1 comments:

Aan MI said...

nice one syeikh zaid..
hehee..
lain kali pakai slalu jubah tu..
silap hari bulan PM pun cium tangan kau..
yg pasal flyer tu mmg terbaik laa...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>